ROMANTIKA KITA...
Ada keluhan pada helaan nafasnya ketika itu. Iman
hanya duduk berteleku di sejadah. Banyak masalah banyak juga penyelesaian yang
perlu difikirkannya. Anaknya Yuli yang sedang nyenyak tidur di katil dipandang
seketika, timbul sebak di sanubarinya. Anak yang baru berusia 10 bulan itu
terpaksa hidup tanpa lelaki yang boleh menjaganya sesempurna yang mungkin.
Kamal?. Usah di sebut nama itu. Lari tanpa menoleh lagi....
Mati atau hidup lelaki itu, Iman tidak mahu tahu.
Itulah akibat yang perlu ditanggungnya kerana membantah kata orang tua. Usia
muda yang sepatutnya di habiskan di puncak menara gading di sia – siakan
bersama teman lelaki yang entah dari mana asal usulnya. Tampan!.. itu sahaja
penyebab cintanya di usia 18 tahun bergejolak dengan hebat. Segala kata bantahan
tidak diendahkan. Akibat tidak mahu hidup anak sulungnya itu bergelumang dengan
dosa, Encik Johan menikahkan sahaja permata hatinya itu dengan Kamal. Kahwinlah
dan pergilah terus dari sisinya yang sudah hilang hak untuk menjaganya. Sedih
itu ada tetapi cinta yang kuat buat kamal membutakan hatinya.
Mujur dia tidak selemah yang disangka. Penangan yang
hampir hinggap ke pipi ditepis sekuat hati. Mimpi besarlah Kamal jika dapat
menyakiti tubuh pemilik tali pinggang hitam seni mempertahankan diri itu.
Lenggoknya nampak gemalai tetapi jangan disangka dia selembut itu. Rumahtangga
yang bertahan tidak sampai dua tahun itu lerai walaupun masih punya ikatannya. Digantung tak
bertali..... Iman tidak sesekali berpaut pada tali itu untuk hidup. Air matanya
sudah lama kering dan dia tidak mahu lagi membasahinya dengan perasaan kesal
dan sedih. Rumah sewa papan setengah batu itu baru disewa dua bulan yang lepas.
Yuli sesekali tidak akan berpisah dari pelukannya..
***************
“Nak kerja pun Iman tak mahu yang boleh pisahkan
Iman dengan Yuli” terang Iman. Dia yang dahulunya tidak langsung masuk ke dapur
kini sudah pandai buat pelbagai jenis kuih untuk jualan. Semuanya dengan tunjuk
ajar Kak Rina, jiran yang sentiasa membantu.
“Tak apalah.. jual kuih begini pun dapat juga
membesarkan Yuli” senyuman Kak Rina melegakan hati Iman. Walaupun tidak sampai
seribu ringgit pendapatannya dengan menjual kuih, namun ianya cukup untuk dia
dan Yuli terus hidup dan sentiasa bahagia. Kak Rina meriba Yuli di pangkuannya.
Rambut Yuli yang sedikit jarang itu dijelum dengan santan bersama sedikit asam
jawa. Tersengih – sengih Yuli kerana sejuk di bahagian kepalanya. Naik geli
pula hati Iman melihat gelagat Yuli.
“Yuli.. ibu takkan tinggalkan Yuli tau” pipi Yuli
disentuh.
“Nasib baik ikut muka kau ya, Iman.” Usikan kak Rina
itu disambut dengan tawa yang besar. Memang wajah Yuli seirasnya. Yang ada
persamaan dengan Kamal pun hanya telinganya yang sedikit tebal. Tidak
kisahlah.... walaubagaimana pun rupa Yuli, dia tetap mengasihi cahaya matanya
sepenuh hati.
Setelah hampir maghrib, baruah kak Rina pulang
semula ke rumahnya. dia juga ibu tunggal tetapi berpisah kerana ajal. Sejak
hari itu kak Rina langsung tidak mahu kahwin lagi. Biarlah dia menjaga anaknya
yang sudah pun berusia 16 tahun itu hingga ke akhir hayatnyaa.
**************
Jualan kuihnya sering sahaja habis. Dia tersenyum
puas sambil memandang Yuli yang sedang bermain dengan jarinya sendiri di atas
tilam. Satu yang bagus mengenai kawasan kejiranan mereka ini, tiada hasad
dengki malah mereka bersama – sama membina gerai kuih muih untuk Iman.
Uzir, anak tuan rumah sewa Iman banyak sekali
menghulurkan bantuan. Setiap kali rumah itu kehabisan gas atau apa sahaja,
dialah yang akan datang membantu. Lelaki bujang berusia 26 tahun itu baru
sahaja pulang dari Sabah selepas menamatkan masternya dalam bidang komunikasi.
Iman sudah menganggapnya seperti seorang abang kerana sikap ambil beratnya
terhadap Iman. Yuli juga mesra dengan Uzir. Kadangkala manjanya melebih – lebih
apabila bersama Uzir.
**************************
Iman menyikat rambut Yuli sambil diperhatikan oleh
Uzir. Abang angkatnya itu nampaknya akan merindui Yuli mulai esok. Dia yang
dipanggil bertugas pada hari Isnin akan datang kelihatan sedikit tawar riak wajahnya.
Iman tahu akan kerinduan yang menerpa itu. Belum lagi menapak keluar, Uzir
sudah buat muka sedih sambil merenung Yuli yang berjalan ke arahnya.
“Jangan nakal-nakal ya Yuli. Jaga mama” pesan Uzir.
Iman senyum. masakan anak berumur setahun itu mampu menjaga ibunya sendiri?.
Ayat orang yang akan dilanda kerinduan mungkin begini agaknya. Sesekali matanya
memandang sayu wajah Iman.
“jaga diri, dik. Kalau ada apa – apa telefon abang
Zir” pesanan Uzir disambut dengan anggukan dan senyuman manis. Biar Uzir pergi
bekerja dengan tenang. Dia juga perlu mencari laluan cinta dan hidupnya
sendiri. Mentari yang semakin memacak membuatkan Uzir cepat – cepat masuk ke dalam
kereta. Iman juga perlu pergi ke pekan untuk membeli barang keperluan rumah
yang semakin menyusut. Susu, pampers dan segala keperluan perlu ditambah.
Seperti biasa, Kak Rina akan menjaga Yuli buat sementara waktu.
************************
Sementara menunggu bas datang, sempat juga Iman
membelek kertas iklan di sebuah pejabat. Cleaner diperlukan?. Masuk pukul 7.30
pulang pukul 4. Bayarannya juga lebih banyak berbanding hasil jualan kuih
muihnya. Iman berfikir sejenak. Yuli akan membesar dan sudah pasti dia
memerlukan jumlah wang yang besar untuk menampung hidup mereka berdua kaki Yuli
pantas masuk ke dalam syarikat INDAH HOLDINGS. Masuk sahaja ke dalam pejabat
itu mata Iman terpaku pada sesusuk tubuh yang berada tidak jauh daripadanya.
Wanita anggun itu menghampiri Iman dengan sekuntum senyuman. Tiada riak sombong
pada wajahnya dan ini sangat menyenangkan hati Iman.
“Ye..dik?”
“Aaa... ada jawatan kosong untuk jadi cleaner?”
soalan itu terus terpacul keluar. Wanita itu mengangguk dan mengarahkan Iman
supaya naik ke tingkat atas untuk berjumpa dengan Encik Budi Irsyad. Tanpa
berlengah lagi, Iman terus menekan butang lif.
Pintu pejabat yang harus dibukanya itu menjadikan
hatinya sedikit gentar. Satu perasaan lain mula mengawal dirinya. Kalaulah dia
tidak degil, tentu dia juga kini sudah menyambung warisan perniagaan ayahnya.
Segalanya sudah terlambat. Tidak mahu mengadu resah dan pilu. Dia perlu hidup
dan tegap di atas kakinya sendiri.
“Nak jumpa Encik Budi Irsyad” spontan kata – kata
itu keluar. Penyambut tetamu yang telah
dimaklumkan terlebih dahulu oleh Zarina, pegawai eksekutif syarikat itu
seketika tadi terus membawa Iman masuk.
“Jangan!!!!!” jerit Hawa, peyambut tetamu itu
sewaktu budak lelaki berumur 7 tahun hampir membaling bola ke arahnya.
“Izzat... duduk” arah Budi Irsyad. Iman masih tidak
selesa dengan semua itu.
“Awak amanah orangnya?” soal Budi Irsyad. Wajah
serius itu langsung tidak berniat untuk ditenungnya. Iman hanya mengangguk.
Izzat juga turut sama memandangnya.
“Hawa..uruskan apa yang patut. Terangkan juga apa
yang saya suka dan tidak” Budi Irsyad terus keluar sambil memimpin tangan
Izzat. Iman mengeluh. Mungkinkah dia dapat bertahan di sini?.
*******************
Rasa lega apabila Kak Rina bersetuju mahu menjaga
Yuli. Dapatlah dia mencari duit lebih untuk mereka berdua. Jam di tangan tepat
pukul 7.39 pagi. Terlewat sedikit. Tak sangka pula ramai yang sudah masuk ke
dalam bangunan syarikat. Dia pasti lif itu akan berasak.
“Selamat pagi Encik Budi” sapa mereka yang ada di
situ. Budi Irsyad senyum. hmm.... manis kalau dia senyum, sempat juga Iman
memberi komen. Pintu lif terbuka dan seperti biasa mereka akan berasak. Iman
semakin ke belakang. Haruman Budi Irsyad semakin dekat dengannya. Dia menoleh
ke belakang. Rupa – rupanya Budi Irsyad betul – betul berada tidak sampai 10
inci daripadanya.
Cepatlah..tutup! cepatlah... jangan bagi yang lain
masuk!... doa Iman.
Ternyata siapalah dia untuk mengharapkan segala
doanya menjadi kenyataan waktu itu juga. Dua orang pekerja dari pejabat di
tingkat atas masuk dengan membawa dua kotak peralatan pejabat ke dalam lif.
Sebaik sahaja pintu lif ditutup, tubuh Iman benar – benar hampir dengan Budi
Irsyad. Tiad seinci ruang pun. Bagai mahu menggeletar jari jemari Iman waktu
itu. Budi Irsyad seperti cuba untuk bergenjak tetapi tidak mampu. Iman hanya
mempu memejamkan matanya sewaktu Budi Irsyad berdehem kecil. Sebaik sahaja
pintu lif terbuka, Iman terus malangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.
Dia membersihkan lantai pejabat dan segala apa yang
patut. Menurut Zarina, Encik Budi tak sukakan kopi pekat. Dia suka yang sedang
– sedang sahaja. Iman buat apa yang sepatutnya dia lakukan. Pintu bilik Budi
Irsyad diketuk.
“Ini kopinya Encik Budi” matanya tidak langsung di
angkat. Hanya memandang lantai sewaktu berjalan.
“Terima kasih Nurul Iman”
Iman hanya mengangguk dan keluar dari situ. Setelah
membersihkan pejabat. Dia duduk di pantry. Budi tidak pernah melarang pekerjanya
daripada melepaskan lelah asalkan kerja – kerja mereka beres. Iman membuka
bekas makanannya. Karipap pusing inti daging dipegang seketika.
“Awak beli di mana?” soal ben sambil menuang air teh
yang sudah siap di bancuh oleh Iman. Bekas makanannya di hulurkan ke tangan
Ben. Tanpa banyak soal Ben terus mengambilnya dan tidak sampai dua saat,
mulutnya sudah pun mula mengunyah.
“Encik Budi nak rasa tak? Sedap dia buat” Ben
menyapa Budi Irsyad yang baru sahaja masuk ke dalam pantry. Mata Budi Irsyad
memandang bekas makanan milik Iman.
“Silakan” Iman takut – takut. Budi mengambilnya dan
mula mengunyah. Tiada respon atau sebarang komen. Budi membasuh tangan dan
berhenti seketika di sebelah Iman.
“Sedap. Terima kasih”
Iman mengangguk lagi. Baru sehari bekerja, kepalanya
sudah seperti burung belatuk. Hanya mengangguk dan mengiyakan segala apa yang
diarahkan. Kakinya tidak pernah leguh, tangannya tidak pernah jemu setiap
kali mengelap atau menyapu apabila
terkenangkan Yuli di rumah. Iman berjanji akan membelikan Yuli permainan yang
banyak sebaik sahaja memperolehi gaji pertama nanti
**************************
Iman dipanggil oleh Budi Irsyad sewaktu melintas
jalan. dia berpaling dan berlari mendapatkan Budi Irsyad semula.
“Ada apa Encik Budi?” soal Iman. Terkejut juga
mengapa dia dipanggil waktu – waktu begini. Budi tidak menjawab tetapi
memandang beg tangan Iman yang tergantung keychain bentuk puting susu.
“Anak awak umur berapa tahun?”
“Setahun” jawab Iman dengan jujur. Budi mengangguk.
“Awak tahu buat kuih apam sri ayu?” soal Budi lagi
dan seperti biasa Iman akan mengangguk.
“Buatkan saya... esok saya bayar”
“Eh.. tak apalah Encik Budi. Saya buatkan sahaja”
tersenyum manis Iman waktu itu. Budi Irsyad membalas senyuman itu dengan ikhlas.
“Ehemmmm...... nak saya hantar balik?” soal Budi
Irsyad. Dia memandang ke arah lain.
“Hmmm.. tak apalah. Saya nak cari bahan – bahan buat
apam tu”
“Saya temankan dan saya bayarkan semua bahan tu”
Budi Irsyad melonggarkan ikatan tali lehernya.
Iman terpaku tanpa suara. Sesekali dia memandang
Budi Irsyad dan ada ketikanya dia cuma memandang jalan tar di bawahnya.
“Ada orang marah kalau saya teman awak?”
Soalan Budi Irsyad menyentak kesunyian antara mereka
berdua. Apa yang dia nak kata... dia masih punya suami tetapi sudah
meninggalkannya tanpa rasa belas. Kes penceraian yang dituntutnya juga masih
belum selesai.
“Tak mengapa. Saya balik sendiri ya?” Iman
mengangguk sedikit dan terus pergi. Budi Irsyad hanya memandang Iman hingga
wanita itu jauh dari matanya.
Tersenyum seketika Budi Irsyad waktu itu.
“Mungkin dia fikir aku ingin memikatnya.... tak
mungkin...hanya Akma yang masih di hatiku...” Budi Irsyad berpatah balik semula
ke keretanya.
bab 2
“Tak payahlah masih menanti Akma. ....” bebel Puan
Jiha. Encik Halim mengangguk setuju. Sudah
dua tahun Akma pergi meninggalkannya. Izzat ditinggalkan kepadanya
walaupun Izzat itu bukanlah darah dagingnya sendiri. Percintaannya dengan balu
anak satu itu membuatkan hatinya tertekan. Akma pergi tanpa khabar dan bukanlah
salahnya jika Izzat sendiri sudah melupakan ibunya. Dia menjaga Izzat seperti
anaknya sendiri.
“Cari wanita lain dan kalau boleh jangan seperti
Akma’ makin berjela pula bebelan Puan Jiha.
“Seperti Akma tu bagaimana mama?” senyum Budi
Irsyad.
“Yang nak seronok sahaja. Cari anak orang kaya
sampai tak mengaku Izzat ni anak dia. Mentang – mentanglah Izzat ni tak
sempurna” bibir sumbing Izzat yang baru lepas menjalani pembedahan itu dipandang
sayu oleh Puan jiha.
“Biarlah ma... mana tahu suatu hari nanti akma
kembali” Budi memujuk hati sendiri.
“Huh.... sampai matilah tak jumpa di Akma tu” Puan
Jiha mula naik berang. Budi Irsyad masih menunggu Akma yang entah kan hidup
atau mati itu.
“Cari wanita yang tahu menjadi isteri dan ibu. Tahu
menghargai cinta bukannya menghabiskan harta!” Puan Jiha tidak mahu tunggu
lagi. Dia angkat punggung dan memimpin tangan Izzat naik ke atas. Izzat sudah
dianggap seperti cucunya sendiri. Walaupun sumbing tetapi Izzat sangat pintar
budaknya. Setiap pagi dia akan bangun dan memeluk Puan Jiha terlebih dahulu.
Macam manalah Puan Jiha tak terikat dengan kasih sayang Izzat.
Budi Irsyad hanya termenung di hadapan kolam ikan .
dia mengeluh dan terus masuk ke dalam rumah. Kecantikan Akma menjadi
kebanggaannya suatu ketika dahulu dan kerana kecantikan itulah dia perlu
membayarnya dengan rasa sedih tidak berpenghujung
********************************
Sudah pukul 10 pagi tetapi mesyuarat masih belum
habis. Risau juga Budi Irsyad dengan Izzat yang ditinggalkannya bersama Hawa.
Bukannya Izzat suka sangat dengan Hawa yang asyik bersolek tak kira tempat itu.
Melayan anak – anak kecil membuatkannya cepat bosan.
Mesyuarat sudah selesai dan Irsyad bergegas masuk ke
dalam biliknya. Tiada di situ!. Memang cuak Budi Irsyad ketika itu. Dia menjerit
– jerit memanggil nama Izzat. Sebaik sahaja melintasi stor, terdengar tawa Izzat yang mengkelekek. Budi
Irsyad mengintai sedikit dari pintu yang terbuka. Terukir senyuman pada
wajahnya saat melihat Iman menggeletek Izzat dan kemudiannya bercerita lagi
dengan suara yang bertukar – tukar.
“Aunty... boleh lah Izzat jumpa Yuli..” pujuk Izzat.
Iman mengetuk perlahan dagunya seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Nanti papa Izzat marah” pipi Izzat di tekan
perlahan. Izzat diam dan yang pastinya sedikit hampa. Teringin benar dia
berjumpa dengan Yuli yang diceritakan Iman
sebentar tadi.
“Hmmm... Izzat tak ada mama” keluh Izzat.
Budi Irsyad tunduk pilu. Bukannya izzat tak puya ibu
tetapi ibunya melepaskan dia dari rangkulan rasa cinta seorang ibu terhadap
anaknya.
“Izzat!” panggil Budi Irsyad. Iman turun berdiri
sama. Dengan cepat tangannya mencapai bekas makanan dan diberikannya ke tangan
majikannya.
“Apam sri ayu” jelas Iman tanpa dipinta. Tersenyum Budi
Irsyad mendengarnya. Pada waktu itu juga dia merasa kuih hasil air tangan Iman
itu. Selepas beberapa kunyahan, Budi irsyad kelihatan sedikit sebak. Dia menutup
bekas makanan itu dan terus memimpin tangan Izzat keluar. Iman terpaku di situ.
Adakah dia bersalah? Kerana apa ada riak duka pada wajah Budi Irsyad???......
BEST...NAK LAGI KAK BOLEH.
ReplyDeletethe different side of Waniza Aisa...suka3x...
ReplyDeletemona airawanie : sangat terharu bila dpt membaca karya seorang penulis yg gigih mengubah cara penulisannnya demi dicabar seorang rakannya....kalau diteruskan pelbagaikan cara penulisan tidak mustahil 1 hari nanti pmbaca akan tertanya dan tertunggu2 novel jenis apa yg diterbitkan oleh anda...romantis,sdih atau selamba....anda memilikinya dan asahlah serta jgn memalu utk luahkan ke naskah...Sy doakan kejayaan anda..Aamiin
ReplyDeleteterima kasih banyak ya Mona!
Deletedoa anda sangat saya hargai...sangat!sangat!
terima kasih juga sbb sudi membacanya...
siapa ya mona ni?... dari group saya ke?
kalau bukan, jemput lah ke group saya di FB - waniza aisa
k <3
Mona Airawanie : Sy memang sudah mjadi ahli group awak punn...sbb tu sy tahu awak dicabar utk menulis novel begini....mesti kwn yg mcbr awak berbangga dgn awak...
ReplyDeleteAI...... macam dah tahu jer saper ;)
DeleteWah.. *tepuk tangan. Akak ni mmg SUPER. Setuju dengan akak kat atas ni.. Cayalah akak! Gaya penulisan akak mmg menampakkan kepelbagaian. Plot cerita pun tak pernah sama.. Tak sabar nak beli karya akak. Oh ya.. dah lama tak singgah, rindu pula dekat akak.. hihihi. Akak AWESOME!!
ReplyDeletehehehhe.. terima kasih
Deletekannn... izzatul dah lama x nampak.
akak pun rinduuu sangat...
sokongan izzatul amat akak hargai :)
cayang selalu
Saya setuju...gaya penulisan yg amat2lah sayagemari...sejak 2-3hari ikuti blog nie...agak terkejut..dgn kepelbagaian genre utk setiapnaskah.walaupun semua ceritamasih blm menemui titik nokhtak,buat saya ter tanya2 cerita mana yg akan di up kan n3 yg baru...sayang awak...
Delete-aflah-...
SAYANG AWAK AFLAH!!!!!!!!
Deleteterima kasih banyak2...
saya gembira awak selesa di sini..
nak cakap sekali lagi..... labiuuuuuuu <3
mona airawanie tu bukan watak dlm Jodoh Sebelah Pintu Dekna ka?
ReplyDeletegot it!!!!!!
Deletetenkiu kak tini.. sekarang izah tahu siapa mona tu..
sayang kak tini...berdozen2... muah