BAB 5
Iman cuma
tersenyum manis sewaktu Budi memegang Yuli yang sudah pun mulai mesra
dengannya. Dipeluknya Budi Irsyad itu seperti sudah lama kenal. Hati Iman yang
sedikit mendung tempoh hari semakin cerah kembali. Ya... sinar cinta Budi yang
menghambat jauh mendung yang tidak sesekali di undang itu.
“Anak
saya” ucap Budi Irsyad sambil menggosok manja kepala Yuli.
Serta
merta wajah comel itu semakin merah. Mungkin malu atau mungkin juga terharu.
Pipi Yuli dikucup lagi.
“Nak bawa
Izzat datang sini lain kali” cadang Budi Irsyad. Izzat yang sememangnya sukakan
kanak - kanak perempuan itu membuatkan Budi yakin yang mereka berdua akan
serasi menjadi pasangan adik beradik.
“Mamanya?”
ringkas soalan itu tetapi seribu keresahan terpamer walaupun cuba
diselindunginya. Budi Irsyad senyum.
“ya...”
jawab Budi Irsyad. Hanya anggukan yang diberikan Iman sebagai respon. Malu pula...
“saya
pulang dulu” Budi Irsyad menyerahkan Yuli ke pangkuan Iman semula. Wajah serius
Budi Irsyad sedikit mengganggu Iman yang lebih gemar jika lelaki di hadapannya
itu menghiasi wajahnya dengan senyuman.
“Encik
Budi” panggil Iman. Budi yang sedang menyarung sepatu menoleh semula. Iman
mendukung Yuli dan menghampiri Budi di pintu.
“Rasanya
saya perlukan sedekah hari ni”
Kata –
kata Iman membuatkan Budi Irsyad keliru. Dompet dikeluarkan tetapi cepat –
cepat Iman menahannya.
“Sedekah
yang datangnya dari bibir bukan dari dompet” senyum Iman kali ini lebih lebar
berbanding tadi. Budi Irsyad tunduk sebentar sebelum tersenyum memandang Iman.
“Senyuman
Encik Budi sangat manis” puji Iman. Bagai tidak percaya dia dipuji Iman
sebegitu rupa. Pipi Yuli disentuh seketika sebelum dia masuk ke dalam kereta.
sebaik sahaja Budi Irsyad hilang dari pandangaan matanya, Iman memandang Yuli
dan terus ketawa.
“Mama
bercinta dengan lelaki yang terlalu lokek dengan senyuman” hidungnya dilaga –
lagakan ke hidung Yuli yang comel itu. Terkekeh – kekeh Yuli ketawa. Dia perlu
memandikan Yuli. Selepas ini banyak lagi kerja – kerja rumah yang perlu dia
habiskan.
*******************
“Tak
rindukan mama?” soal Akma sewaktu melawat Izzat di rumah Budi Irsyad. Izzat
memandang nenek dan papanya berselang seli. Izzat seperti keliru.
“Tapi
nenek kata Aunty Iman akan jadi mama Izzat?” kepalanya yang sedikit besar itu
bergerak ke kiri dan kanan. Budi Irsyad tidak memandang Akma ketika itu.
Biarlah dia menjawab segala kerumitan yang menerpa di benak fikiran anaknya
yang ditinggalkan tanpa kasih sayang suatu ketika dahulu. Sendu tangis anak
kecil itu terbiar tanpa belaian seorang ibu yang hak!. Dia hanya seorang ayah
angkat yang menjadikan kasih sayangnya sebagai pengikat hubungan mereka berdua.
Tiada pertalian darah..... hanya pertalian kasih sayang.
“Assalamualaikum”
Iman muncul di muka pintu bersama – sama kuih apam seri ayu di tangan. Dia
terpana seketika sewaktu matanya dan Akma saling berpandangan. Budi Irsyad
tenang menghampiri Iman dan mengiringinya masuk ke dalam rumah. Puan Jiha
mengerling wajah Akma. Dia dapat menangkap rasa kurang enak dalam diri Akma
dengan kehadiran Iman di situ.
“Aunty
Iman!!!” Izzat berlari dan memeluk Iman yang masih belum lagi mencecahkan
punggungnya di sofa. Terus Iman mendakap mesra dan mengucup pipi Izzat.
“Dah
makan?” bisik Iman.
“Belum.
Nenek suruh tunggu tetamu yang lain” Izzat memandang tetamu – tetamu lain yang
sedang menunggu di dalam khemah.
Sepatutnya kehadiran Akma di majllis ulangtahun kelahirannya mampu menempah
rasa bahagia di hatinya tetapi Budi Irsyad tidak merasakan perasaan itu.
Ternyata tiada langsung!
“Dia..”
Akma memandang Budi yang duduk di sebelah Iman.
“Kau yang
menjauhi Izzat dan aku. Kau yang memisahkan rasa cinta ini dan merubahnya
menjadi kabur. Aku tertanya – tanya apa dosa aku dan Izzat hingga kau perlu
menjauhi kami. Jika kepulangan kau mahu membawa sinar kembali pada Izzat,
lakukannya tetapi tidak sesekali aku biarkan kau mengambilnya terus daripada
aku. Setelah lukanya aku rawat, setelah air matanya aku keringkan dan setelah
rindunya aku ubatkan.... adakah kau rasa wajar untuk kau memisahkan aku dengan
dia, Akma?”
Kata –
kata Budi Irsyad merentap harapan Akma sekali lalu. Kata – kata itu lebih tajam
dan bisa...
Akma
terdiam. Dia memandang Iman yang tertunduk dari menentang wajahnya yang jelita
itu.
“Kau
sudah berkahwin?” soal Akma pada Iman.
“Sudah
Akma!!!.” Puan Jiha tahu benar mulut berbisa Akma. Dengan lontaran kata –
katanya itu dia pasti harapan dan cinta Iman terhadap Budi Irsyad melebur
dengan mudah.
“Saya ibu
tunggal anak satu” jawab Iman.
“Nah!..
kau tentu tahu perasaan aku dan izzat jika lelaki idaman kau ni terpisah dari
kami. Kalau kau tak fikirkan aku, fikirkan budak lelaki yang ternyata kau
sayang ini”
Iman
mengerutkan wajahnya untuk mengawal rasa pedih yang semakin merebak sedikit
demi sedikit.
“Akma!”
Budi Irsyad sedikit keras nada suaranya.
“Ini
hakikat” Akma mencengkam rambutnya seketika.
Iman
tenang. Selepas mengumpul rasa pilu dan hiba dari pihak Izzat dan Budi Irsyad,
dia bersuara dengan jelas
“JIka
awak menyayangi dua insan ini dengan sempurna, tentu tiada ruang untuk saya
singgah di hati mereka walaupun sesaat cuma. Izzat memeluk saya seolah – olah
tidak pernah merasai kehangatan pelukan seorang ibu. Izzat menerima suapan dari
saya dengan mata yang berkaca dan linangan air mata seperti dia tidak pernah
mengecapi keenakan makanan yang keluar dari tangan seorang wanita yang bergelar
ibu. Tanyakan pada diri awak sendiri sama ada wajarkah awak menagih kembali
sesuatu yang telah awak buang dan lempar tanpa sebarang belas kasihan. Sumbing
bibirnya pada awak satu kecacatan tetapi pada saya ianya satu ukiran indah yang
Allah hadiahkan buat kami. Ukiran itu membahagiakan saya... kerana ukiran
bibirnya itu membentuk satu perasaan antara saya dan dia”
Terdiam!...........
semua yang berada di situ terkunci kata – kata. Mereka yang mengintai dari luar
seperti tidak berdaya mahu menidakkan kenyataan yang lahir dari bibir seorang
ibu.......menerima kasih sayang seorang insan kecil tanpa sebarang syarat. Dia
menerima Izzat dan memberikan Izzat satu pengalaman kasih sayang seorang ibu
pada anaknya. Budi Irsyad memejamkan matanya. Dia berdiri dan terus naik ke
biliknya. Izzat bukan tidak cerdik. Setiap patah perkataan yang terbit dari
mulut Iman difahaminya dengan jelas. Pelukannya semakin erat. Seperti hanya
seorang sahaja ibunya di dunia ini..... Nurul Iman.
Puan Jiha
menutup kesayuan itu dengan menjemput semua tetamu makan. Malah dia sendiri tidak mampu menjamah
sebarang hidangan di hadapannya. Akma berlalu pergi namun begitu rasa sedih itu
masih belum menjauhinya. Izzat menangis di pangkuannya. Iman memandang ke
tingkat atas. Kalaulah bisa dia mententeramkan perasaan Budi Irsyad, sudah
pasti dia akan segera mendapatkan lelaki itu. Mana mungkin dia tidak merasa
getarnya setelah apa yang dia lalui bersama Izzat selama ini.
“Izzat.
Bawa Aunty jumpa papa di bilik bacaan” arah Puan Jiha. Iman terkejut. Takkan
pula dia berduaan dengan Budi Irsyad di atas?. Izzat lantas memimpin tangannya
naik. Perlahan – lahan mereka menghampiri bilik bacaan. Izzat membuka pintu
bilik itu dan terus memeluk papanya. Budi Irsyad sudah bengkak matanya. Dia
sudah dapat mengagak apa yang bakal terjadi. Dia kenal siapa Akma......
“Papa
sayang Izzat” kepala Izzat dikucup. Luluh hati Iman sewaktu melihat air mata
lelaki yang sentiasa serius pada pandangan matanya itu luruh.
“Izzat
tak kan duduk dengan aunty Akma... Izzat nak duduk dengan papa” luah Izzat
pula. Iman menyentuh perlahan rambut Budi Irsyad walaupun dengan tangan yang sedikit menggeletar. Budi Irsyad
mendongak. Air mata Iman membuatkan dia tersenyum.
“Kenapalah
lelaki bernama Budi Irsyad ni tak berjumpa dengan Nurul Iman terlebih dahulu?”
Budi Irsyad meletak Izzat di atas bangku sebelum berdiri menghadap Iman.
“Kerana....
jika kita bertemu terlebih dahulu, tiadalah Izzat dan Yuli. Dua insan
kesayangan kita” Iman mengesat air mata Budi Irsyad dan serentak air matanya
dikesat pula oleh Budi Irsyad.
“Awak
juga kesayangan saya” renung Budi Irsyad. Iman tersenyum dan tunduk malu.
“Mama
Iman...” ujar Budi Irsyad. Iman terkejut sedikit. Izzat bertepuk tangan. Nampaknya
setuju benar dia dengan panggilan barunya untuk Iman itu.
“mama
Iman....” tutur Izzat. Iman ketawa kecil.
“Ya..
abang Yuli” kata Iman dan mereka berdua bergesel hidung.
Budi
Irsyad mengiringi dua insan penting itu turun ke bawah untuk melayan tetamu
yang hadir. Iman.... kekuatan jiwanya!
BAB 6
“Takkanlah
Encik Budi!” berkerut dahi Zarina dan hawa. Ben dan Omar juga ketawa lucu.
“Bukan
saya tak suruh tapi dia yang tak mahu” Budi Irsyad ketawa. Pekerja – pekerja
nya tersenyum lucu. Sudah agak lama gelak tawa itu tidak kedengaran di dalam
pejabat. Mereka memandang Iman yang sedang mengelap meja pantry. Hawa
mengerutkan dahinya lagi.
“Pakwe
bos.... makwe cleaner... ish! Tak patut!!!!” Ben menggeleng kepala.
“Habis
tu.. nak suruh dia buat apa?. Dua bulan saja lagi” senyum Budi Irsyad. Mereka
semua bersorak hingga membuatkan Iman di pantry itu terkejut.
Budi
Irsyad tidak berfoya – foya di dalam pejabat meskipun Iman itu kini menjadi
jantung hatinya. Dia suka melihat Iman yang sentiasa senyum sambil menghidangkan
kuih dan air di mejanya.
“Terima
kasih....” senyum Budi Irsyad.
“nampaknya
Encik Budi saya ni dah banyak bersedekah” Iman menutup mulutnya. Malu pula
berbicara seperti itu.
“Saya
sedekah tapi kalau tiada yang mahu menerimanya.... apalah mampu saya buat” Budi
Irsyad mengerling sedikit wajah Iman sewaktu mengambil sebiji karipap dari
dalam piring. Karipap pusing yang sedikit berderai itu membimbangkan Iman jika kulit
karipap itu terjatuh pada baju Budi Irsyad yang akan bermesyuarat sebentar nanti
dengan Datuk Fahim. Terus Iman mendekati Budi Irsyad. Telapak tangannya di hulurkan di bawah dagu
Budi Irsyad.
“Kenapa
Iman?” soal Budi Irsyad.
“makanlah....
kalau kulitnya jatuh, ianya akan jatuh di telapak tangan saya. Tak lah kotor
baju awak” senyum Iman. Budi Irsyad meletak semula karipap itu ke atas piring.
“Kenapa
tak mahu makan?. Saya buat inti ayam tau”
“Kalau
sampai menyusahkan awak... tak perlulah saya makan” Budi Irsyad menduga. Iman
mengambil karipap pusing itu dan dengan telapak tangan yang sedang menadah,
karipap itu disuap perlahan ke mulut Budi irsyad. Habis sahaja mengunyah Budi
Irsyad menekup wajahnya. Bahunya bergerak – gerak menahan tawa.
“kenapa?”
soal Iman.
“Saya
rasa macam saya ni Izzat” gurau Budi Irsyad. Iman termalu sendiri. Cepat –
cepat dia melangkah keluar dari bilik Budi Irsyad. Malu pula kerana meluahkan
perasaan hingga begitu jelas kelihatan.
******************
Kaki Iman
tidak mampu bergerak saat melihat Akma dan Kamal, suaminya berjalan sambil
berpegangan tangan. Terlepas barangan runcit yang baru di belinya. Mereka berdua
yang semakin hampir dengannya turut tersentak. Kamal terkuci lidahnya dari
terus bersuara. Air mata Iman luruh tanpa rasa malu lagi. Akma yang masih tidak
tahu apa – apa hanya menunggu sahaja renungan yang bertaut antara Kamal dan
Iman itu lerai.
“Kenapa
kau kejam dengan aku?.” Soalan pertama yang keluar dari mulut Iman. Kamal
tunduk.
“lepaskan
aku dengan cara baik. Kau gantung aku tak bertali sehingga anak kita dah tahu
berjalan, kamal” tersekat – sekat suara Iman pada waktu itu.
“Aku dah
ceraikan kau tapi kau yang histeria macam apa entah. Kau nak dengar sekali
lagi?. Aku ceraikan kau dengan talak 2” jerkah Kamal dan terus menarik tangan
Akma pergi dari situ.
Iman
sedih? Tidak!
Saat ini
Iman rasa Allah mendengar doanya. Kini dia bebas! Dan pastinya Allah memberinya
ruang untuk mencipta bahagia bersama Budi Irsyad. Iman terduduk. Kali ini barulah
air matanya menitis.....dalam senyuman.
Akma
merentap semula tangannya. Dia benar – benar berang. Tindakan Kamal membuatkan
jalannya semakin sukar. Kalaulah dia tahu Kamal itu suami Iman, sudah pasti dia
akan mengatur rancangan untuk memisahkan Budi Irsyad dengan Iman. Dia juga
terbelenggu. Apa alasan yang mahu dia berikan?. Kamal tidak tahu apa – apa mengenai
Izzat mahupun Budi Irsyad.
“You kenapa?”
marah Kamal.
“Kenapa...”
Akma tidak meneruskan kemarahannya. Tiada sebarang alasan atau ayat yang cocok
untuk dia padankan bagi menyempurnakan hasratnya itu.
“Kita
balik” Akma merempan.
“Rumah
siapa?. You atau i?” soal kamal.
“Rumah i
takkan rumah you.. tempat i private. Tak ada pencegah maksiat. You tak ingat
dulu, kelam kabutnya kita?” jeling Akma. Kamal senyum. terbayang saat dia dan
Akma hampir sahaja di cekup kerana bersekedudukan.
Iman
hanya memandng kereta Kamal berlalu pergi bersama Akma..
“memang
kau berdua sesuai bersama...” Iman menggeleng kepal. Dia terus pulang ke rumah.
Tidak sabar mahu menunjukkan baju baru buat Yuli.
mona airawanie : 1)sebak
ReplyDelete2)terharu
3)bangga
4)romantis
5)indah
6)tahniah
1)TERIMA KASIH
Delete2) RASA BERSEMANGAT NAK MENULIS
3) RASA KARYA DIHARGAI
4) TULIS JER NOVEL NI TERINGAT NURR BAYU KAWAN SAYA
5)TERIMA KASIH SANGAT2..SANGAT2..... mona :) <3
congrats...pn penulis berjaya terus menulis luar dr kebiasaan walaupun bermula dgn cabaran dr seseorng...go go go...azizah md isa...
ReplyDeleteterima kasih adik pengomen
Deleteanda juga salah satu sebabnya....
:)
terbaek ni jijah.. teruskan smpai sudah!
ReplyDeleteterima kasih kak tini!!!!
Deletemuahhh :)