Tuesday, 25 June 2013

cerpen ~BAHAGIAKANLAH DIRI INI

sebenarnya saya x pernah buat karya seperti ini. menyahut cabaran terakhir nurr bayu.....

Bahagiakanlah diri ini

Dua bulan sebelum.....

Helaian demi helaian kertas yang bertaburan di atas meja Johan sewaktu dia membuka briefcase sebentar tadi di belek. Puisi?. Sejak bila pula Johan pandai berpuisi?... persoalan itu mula menerawang di fikiran isterinya Meen. Dikumpulnya segala yang terjatuh dari meja kerja suaminya itu dan di susun semula dengan kemas. Biar pun soalannya tadi masih berputar ligat di benaknya tapi tidak wajar rasanya untuk menanyakan itu dan ini pada suami yang baru sahaja pulang dari out station.

Johan mengeringkan rambutnya sambil tersenyum memandang Meen yang mengeluarkan sehelai demi sehelai pakaian dari beg johan.

“Sorry sayang... lupa nak beli buah tangan. Lagipun Meen yang pesan begitu kan” senyum Johan.

“Tak apa... asalkan abang balik dengan selamat sudah” setelah semuanya di masukkan ke dalam bakul, Meen turun ke bawah. Beberapa bait puisi itu menarik perhatiannya hingga ke saat itu.

Jika itu sudah berlalu..
Jadikannya kini
Jadikan esok
Masa depan cinta kita
Biarkan bahagia pula mengambil gilirannya...

Meen termenung di mesin basuh. Biarkan bahagia mengambil giliran?. Tidak bahagiakah Johan selama ini?. gagalkah aku menyuluhkan cahaya untuk dia meniti jambatan kasih aku dan dia?.

“Sayang!!!” Johan memanggil Meen dari tingkat atas Meen terus mendapatkan suaminya dengan segera.

“Malam ni... abang nak jumpa kawan sebentar. Nak ikut?” sojial Johan. Meen mengangguk. Johan memang suka membawa Meen bertemu dengan rakan – rakannya. Tidak kira ke mana asalkan bukan urusan kerja, pasti tubuh cantik itu diusungnya ke sana ke mari.

                                         *******************

Johan mengangkat tangannya sambil tersenyum girang sebaik sahaja kelihatan bayang – bayang rakan sekolejnya dahulu di dalam restoran mewah itu. Genggaman jari jemari Meen terus dilepaskan. Meen tersentak!. Selama ini, jari jemari itu akan digenggam dan dipimpin sehingga punggungnya mencecah kerusi setiap kali mereka keluar bersama. Lerainya genggaman tangan Johan tadi membuatkan sekelumit resah di hati Meen mula hadir.

Meen tersenyum. Tiga lelaki dan seorang rakan kolej Johan yang dahulu ramah melayaninya.

“Berani kau..” kata Khairul. Johan hanya ketawa.

“Nadia... mana buah tangan untuk kami dari Spain?”

SPAIN!!!!.... Meen terus menoleh memandang Johan yang hanya sibuk memotong lamb chop di hadapannya.

“Hei..... you pun tak bagi i hadiah tau” jeling Nadia.

Kenapa ada rasa resah? Kenapa ada rasa sangsi...... selama ini dia hanya teman bagi Johan. Apakah benar kata Abang Long yang Johan ....tidak! jangan fikirkan itu Meen.....

“kenapa you diam meen?” soal Nadia. Meen hanya menggelengkan kepala.
Selesai sahaja makan malam bersama, mereka semua bersurai tetapi ayat yang keluar dari mulut Khairul membuatkan langkah Meen terkaku di situ juga.

“Nadia... macam mana puisi you tu?. Apa namanya?... biarkan aku bahagia?...dah sudah belum. I dah tak sabar nak terbitkan kat majalah i ni” gelak besar Khairul pada waktu itu.

Nadia tidak menjawab sebaliknya hanya bersalaman dengan semua yang berada di situ. Pandangan mata yang agak lama tertancap pada wajah Johan membuatkan Meen tidak mampu menenggelamkan segalanya begitu sahaja.  Meen bersuara sewaktu Nadia baru sahaja mahu beredar.

“jika itu sudah berlalu, jadikan kini, jadikan esok, masa depan cinta kita,biarkan bahagia pula mengambil gilirannya..” mata Meen memandang Nadia yang benar – benar pucat wajahnya. Dia memandang Johan yang juga membisu . Dia tak mampu untuk mengeluarkan walau sepatah kata pun.

“Tidakkan kejam lelaki bernama suami itu mengiringi langkah isterinya sendiri untuk bertemu musuh hati dan jiwanya?” mata berkaca itu terus merenung Johan. Khairil berpatah balik. Beberapa teman Johan yang lain sudah berlalu pergi.

“Meen... jangan di sini..” pujuk Khairil.

“Jika tidak mahu di sini.. mengapa bawa aku ke mari?” soal Meen. Johan meraup wajahnya. Perlahan – lahan dia memegang kedua belah bahu Meen.

“I still love you”

“Hanya kerana rahim ini lewat 3 tahun untuk melahirkan seorang anak?” soal Meen. Nadia Cuma tunduk. Menyesal pula dia kerana menyimpan semua hasil karyanya di dalam briefcase Johan. Niatnya hanya mahu memberi kejutan...

Johan menarik tangan Meen masuk ke dalam kereta. segala terbongkar lebih cepat dari yang disangka. Sepanjang perjalanan hanya terdengar esak tangis Meen...

                           ******************************


Kini..

Meen masih menguruskan butiknya seperti selalu. Mata yang bengkak itu tidak boleh dirawat lagi. Sembab mata akibat menangis siang dan malam. Sudah dua malam Johan tidak pulang ke rumah. Dahulu, katanya bosan kerana tiada apa yang boleh menceriakannya di rumah. Nadia yang dahulu sebagai teman bicara kini hilang patah perkataannya kerana dirinya sendiri. Memang Meen tahu dia dan Johan dahulu pernah bersahabat baik tetapi mengapa kini rasa cinta itu berputik? Alangkah bagusnya jika rasa cinta itu hadir tanpa dia di sisi lagi...

Nadia hamil tiga minggu...
Tahniah untuk Johan, tetapi tidak untuk Meen. Sejak Nadia hamil, namanya seakan – akan sudah hilang pangkal dan hujung ejaannya pada diri Johan. Ya ... dia pulang. sekadar memberi nafkah. Meen duduk termenung. Merenung cintanya yang seakan menanti patah. Jika seekor semut pun yang meniti di atas ranting cintanya, pasti akan patah dan jatuhlah segala apa yang disemainya dahulu. Dia hanya sekadar menyemai tetapi tidak berdaya menuainya. Rasa sakit itu kejam kerana rasa bahagia itu adil pada insan sepertinya.

“Kak meen tak nak makan lagi ke hari ni?” Laila menyentuh  bahu Meen, hanya gelengan lemah yang diterima sebagai jawapan. Mampukah dia menyuap rezeki itu jika selera sudah tertutup?. Laila sebak. Begitu kejam wahai lelaki..      

                                  *********************

Meen masak kari kepala ikan hari ini. memang makanan kegemaran Johan. Sebaik sahaja Johan masuk ke dapur, hidungnya sudah menangkap bau enak air tangan Meen.

“Wah..sayang.. sedapnya” Johan memeluk tubuh Meen dari belakang. Meen tersenyum. Dia memimpin tangan Johan duduk di meja makan.

“meen suap abang boleh?” soal Meen. Berkerut juga dahi Johan mendengar permintaan Meen saat itu.

“kenapa?” soal Johan.

“Meen dah lama tak jumpa abang.. dah dua minggu. Meen rindu abang” Meen tunduk. Johan tersentak. Dia bagai dipukul dengan kata – kata Meen. Bukannya dia tidak rindukan Meen tetapi Nadia selalu sahaja muntah – muntah dan perlukan perhatian darinya.

“Nadia hamil. Dia tak sihat.... Meen fahamkan?” rambut Meen di gosok manja. Meen mengangguk dan terus menyuap nasi ke dalam mulut Johan. Melihat sahaja Meen teresak – esak menangis, luluh seluruh hati Johan. Di dakapnya Meen erat – erat.

“Maafkan abang sayang” kepala Meen dikucup.

Malam itu Meen menyediakan pencuci mulut kegemaran Johan apabila Johan mengambil keputusan untuk bermalam bersamanya. Johan ketawa mesra bersama Meen. Bukan dia tidak rindukan Meen.....

Telefon Johan berbunyi.

Mak Mah, pembantu rumah Nadia memberitahu yang Nadia pengsan di rumahnya. Kelam kabut Johan yang sedang membelai Meen untuk tidur. Tidak sampai hati Johan untuk meminta izin dari Meen agar menjaga nadia di sana. Meen hanya tersenyum.

“Pergilah...dia mahukan bahagia itu” ringkas jawapan Meen.

“Tapi dia pengsan” ujar Johan pula.

“Ya... dia pengsan. Mungkin! adakah abang akan bergegas seperti ini jika Meen pengsan di sini?” lembut tutur katanya. Johan berhenti membutang bajunya. Dia menoleh ke a rah Meen yang sudah pun berselubung. Enggan berkata apa – apa lagi.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Nadia tersenyum manja.

“April fool sayang” gelak Nadia. Johan menggenggam tangannya menahan marah. Terus dia duduk sambil merenung wajah Nadia.

“you tahu i di sana kan?. Dalam dua minggu baru hari ni i jumpa dia, Nadia” agak keras suara nadia.

“Janganlah marah.. i pregnant kan” Nadia merajuk dan terus masuk ke dalam bilik. Malas Johan mahu memujuknya lagi.  Akhirnya, Johan tidur di sofa.

                            *********************************

Mata meen bagai tidak dapat menampung rasa rindunya lagi. Dengan tangis dia menuju ke rumah Nadia untuk memberitahu sesuatu kepada Johan. Sesampai sahaja dia di situ... kelihatan ramai teman – teman Johan dan Nadia yang ada di situ. Meen masuk ke dalam rumah yang dihias cantik.

Ulangtahun pertemuan pertama....

Terdiam Meen saat itu. Pertemuan pertama diraikan dengan meriah sekali...
Khairil mendapatkan Meen yang terpinga – pinga mencari Johan. 

“meen.... jemput makan meen” Khairil menyapa Meen yang sememangnya agak rapat dengannya.

“Mana Johan?” soal Meen.

“Sayang!!!!!!” terdengar rengekan Nadia tidak jauh dari situ. Meen melangkah lebih dekat. Dilihatnya Nadia ketawa mesra sambil memeluk Johan yang baru sahaja mengalungkannya seutas rantai berlian sempena ulangtahun pertemuan pertamanya......... iaitu ulangtahun perkahwinan Johan dan Meen. Hadiah dari Meen mungkin tidak mampu mengembirakan Johan. Khairil tunduk. Benar – benar rasa simpati itu membuatkan Khairil rasa ingin menarik Johan agar menyembah isteri sebaik Meen.

“Johan!!!!” tengking Khairil. Semua terkejut dan memandang Meen yang tidak mampu lagi mengukir sesuatu yang indah wajahnya. Ukiran senyuman itu sudah menghilang..

“Meen..buat apa kat sini?” soal Johan sambil merapati Meen. Kotak hadiah di tangannya terus dilepaskan.

“Tak payah susah – susah nak raikan untuk kami, Meen” Nadia juga menghampiri dengan tangan yang sentiasa mengusap perutnya yang sedikit membesar.

“Hadiah itu sudah tak ada makna.....tapi yang pasti bukan untuk awak. Untuk suami saya...itupun jika dia masih menganggap saya isterinya lagi” ujar Meen satu persatu. Johan keliru.

“Abang Cuma ada satu hati dan cinta. 80 perratus telah abang serahkan pada nadia. Tinggallah Cuma 20 peratus buat meen. Saat abang melalaikan giliran abang untuk mencintai Min, 10 peratus sudah hilang... saat abang lupa hari lahir meen, abang telah merampas 5 peratus dari hati Meen dan hari ini waktu abang lupa akan ulangtahun perkahwinan kita walaupun dengan hadiah di tangan Meen... abang telah rampas 5 peratus lagi.... hari ini Meen sedar, sepatutnya saat Meen tahu abang telah membahagikan cinta abang, meen perlu beredar agar luka meen tidak separah ini.”

Johan menarik nafas dalam – dalam.

“meen..”

Meen terus pengsan waktu itu juga. Laila yang baru sahaja tiba untuk menjemput Meen terus memeluk Meen dengan tangisan.

“kenapa secepat ini kak....” tangis Laila. Johan menangis tetapi kata – kata laila menimbulkan kekeliruan.

“kenapa dengan kak Meen , Laila?”

“Kau buat apa nak tahu!!!!!. Asyik jaga isteri kau tu sedangkan Kak Meen yang yang sedang menghidap sakit jantung ni pun kau tak tahu!!!” jerit Laila.
Khairil membantu Laila mengangkat meen ke dalam kereta. meen dibawa ke hospital tanpa Johan yang masih meraung kesal di atas lantai.


                                      *********************

Johan masuk ke dalam biliknya. Satu kertas yang tertampal pada cermin solek itu di ambil dan dibaca dengan teliti.

BAHAGIAKAN DIRI INI JUGA.....SAYANG!
AKU BERHAK MEMELUK DIRIMU...
AKU JUGA BERHAK MENANGIS DI BAHUMU..
AKU JUGA BERHAK MERASAI BELAIAN YANG TELAH LAM SEPI...
AKU JUGA BERHAK.....
SEPERTI DIA..

JIKA INI JALAN TAKDIRKU.
KU HALALKAN PELUKAN  DAN KASIH SAYANG YANG TELAH MENJADI
HUTANG BUATMU
KU BAHAGIAKAN RASA SAKIT INI DEMIMU...
JANTUNG INI TELAH SAKIT.... MUNGKIN
SERING DISAKITI DAN PASTINYA
KAU LUPA BAHAWA JANTUNGKU INI JUGA PERLU DIRAWAT
PERLU DITAMBAH RASA CINTANYA...

JIKA DIRI INI BERHUTANG AKAN SESUATU YANG MENJAD HAKMU
DUNIA DAN AKHIRAT....
HALALKANNYA SEBAGAIMANA AKU TIDAK PERNAH MENGHARAMKAN
HATI INI TERUS DI SAKITI...

TIDAK MUNGKIN TAPI INI PERMINTAAN TERAKHIRKU
BAHAGIAKANLAH DIRI INI...........

Johan mengambil sejadah dan termenung di atasnya. Mengenang arwah Meen yang tidak mampu dipenuhi permintaan terakhirnya dan terus melenyapkan nama Nadia dalam hidupnya. Anaknya gugur saat Meen menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Abang akan bahagiakan Meen dengan doa seorang suami dayus seperti abang. Semoga Allah memakbulkan doa seorang suami hina buat  isteri sehebat JASMEEN ARIANA...

15 comments:

  1. jgnlah kejam sangat pn penulis buat ending mcm nie...nk nangis nie,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduyaiii amat bersetuju dgn ina hashim...sob sob sob.
      Mmg sedih...kesian meen..dr awal smp ending sedih...seb baik cerpen..imagine novel..x sggup baca klu heroin ending mcm ni...sob sob son

      Delete
    2. hhahahaa.. ini akak sahut cabaran kawan akak supaya buat sad ending. akak pun nak pitam rasanya buat sad ending cam gini sbb mama pernah...... rasa nak panjat tingkat satu lepas tu terj,, eh tak,,,,, turun guna lif jr,,,
      tenkiu ye sudi baca :) <3

      Delete
  2. Rasa nak letuk kepala si Johan tu.. Haish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.
      letuk jer
      akka izinkan....
      terima kasih ye izzatul :) <3

      Delete
  3. FARADINA AZLIN AZAHAR25 June 2013 at 17:17

    aduh... sedihnyer... for the fact that reality is never gonna be happy ending, but to read this in cerpen.. uwaaaaaa.... sobs sobs sobs.. pity meen.. and puhleaseeee Nadia weng! Johan will alwiz be Johan in my heart as the most hated hero in novels. tp sape Khairul? hrmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHEHHEHE
      terima kasih banyak ya Fara..
      sudi gak baca karya yang banyak kurangnya ni.
      akak x pernah buat sad ending.. kawan akak cabar ni...
      akak nak buat ending pun macam nak ketul dushum - dushum kepala akak ni...
      ooo... lelaki tu kawan diorang....
      terima kasih :) <3

      Delete
  4. Best ami ! Sgt best !! Syabas !!

    ReplyDelete
  5. Sedih....😓😭
    -aflah-

    ReplyDelete
  6. Best and sad ending and gd job....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak ye Zarinah.. sudi gak jenguk blog :)

      Delete
  7. Aper citerrr sedihhhh nieeeee..... huwaaaaa..... tak sukaaa.... tak sukaaa.. tak sukaaaa.... jijahhh kijammm... sobs sobs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaaaaaaaaaaaaaaaa lalalla alaaaaaaaaaaa lalalalla Syania... meh den belanja cikedis jom kiki

      Delete
  8. Ya Allah....
    Sedihnya.....bergenang cairan jernih d kelopak

    ReplyDelete