BAB
14
Zarin tidak banyak bercakap banyak
apabila Puan Sri Norma pulang daripada percutiannya sebentar tadi. Tidak perlu
berkata apa - apa pada orang yang kejam begitu.
Padanyha, tiada lagi Mak Long selain Mak
Long sebelah arwah ayahnya di kampung. Dia tidak layak di gelar 'Mak Long".
Segalanya membuatkan hati Zarin hancur.
Menjadi debu yang beterbangan. Puan Sri Norma mendapatkan Zarin di dapur.
"Hai... apa yang anak Mak Long buat
di dapur dengan Mak Jah ni. Hmm.. rajin betul memasak," dia mengusap
kepala Zarin. Lagaknya seperti tiada apa - apa yang berlaku. Zarin hanya senyum
tawar. Mak Jah memandangnya dengan pandangan yang kosong.
"Masak apa hari ini Jah?,"
soalnya kepada Mak Jah. Mak Jah yang sibuk memotong sawi berhenti seketika
tangannya daripada ligat memotong sayur. Dipandangnya wajah Puan Sri Norma
seketika.
"Masak lemak cili api dengan sawi
goreng. Sambal sotong kegemaran Puan Sri pun saya dah masakkan," jawab Mak
Jah.
Puan Sri Norma mengangguk dan terus berlalu.
Sebenarnya, Puan Sri Norma bukan selalu berbual dengan Zarin. Sangat jarang.
Dia kelihatan gentar sewaktu bersama Zarin. Masanya banyak di habiskan dengan
Mak Jah. Ada keserasian antara mereka berdua.
"Mama tak berkawan dengan Mak Longkah
dulu?," soal Zarin. Cuba mengorek rahsia lama.
"Mana seronok kawan dengan orang
yang tegas seperti dia. Dia tidak suka berkawan. Dia hanya berkawan dengan anak
datuk - datuk sahaja. Anak orang gaji tidak dipandangnya langsung. Apa orang
sekarang kata tu?.. hampeh," . Jawapan Mak Jah membuat Zarin ketawa terkekeh - kekeh.
Hampeh?. Mungkin itu juga pandangannya
terhadapku... fikir Zarin di benaknya.
*********************************
Terkejut juga Zarin apabila Aishah
memanggil untuk ke rumahnya. untuk apa?.
Zarin sedikit tidak senang dengan pelawaan itu. Sebaik sahaja keretanya tiba di
halaman rumah teres dua tingkat itu, Aishah yang baru sahaja keluar dari rumahnya
itu tersenyum memandang Zarin.
Zarin keluar dari kereta. Keramahan Aishah
menyambut kedatangannya menyingkirkan segala syak wasangka. Zarin cuba berlagak
mesra. Tidak salah untuk dia mencuba berbaik dengan Aishah terlebih dahulu.
Zarin diminta duduk sebentar sementara
Aishah membancuh air buatnya. Zarin tidak melarangnya langsung kerana ingin
juga dia rasa sedap ke tidak air yang dibancuhnya tu. Tak baik aku ni!
Sepinggan mee goreng yang dicampur dengan
sotong yang banyak telah di hidangkan bersama jus buah tembikai. Rajin
sangatlah pula minah ni..kisar jus segala!
Zarin hanya memandang makanan yang
terhidang itu sekali lalu. Tidak mahu dikatakan gelojoh walaupun perutnya itu sedang menjerit – jerit mahukan makanan
di atas meja itu.
“Makanlah!. Mee goreng basah macam ni
Fareez suka sangat. Lagi suka kalau letak sotong banyak – banyak” senyum
Aishah. Ok..... aku dah mula menaruh bukan sedikit tetapi banyak syak wasangka.
Rasa lapar tadi terus hilang entah ke mana.
“oooh... tak tanya pun tapi terima
kasihlah bagi maklumat ni ya. Prihatin awak ya?” perli Zarin dan dia hanya
memandang tanpa bicara.
“Macam ni lah.. baik terangkan kenapa awak
panggil saya ke rumah sedangkan kita satu pejabat. Rasanya dekat pantry pun
boleh cerita”
“Kita berbicara sebagai seorang perempuan”
mula Aishah.
“Memanglah perempuan. Awak ni lelaki ke?”
sengih Zarin dan wajahnya mulai berubah.
“Saya tak suka bergaduh atau bertelagah
pasal hal remeh temeh dan saya tidak mahu berlaku sebarang salah faham”
tuturnya dan Zarin hanya mendengar walaupun tidak berapa minat nak dengar. Rasanya
minat lagi dengar Opahnya membebel lagi kot!.
“Bila dua jiwa mula mencintai satu jiwa,
konflik, rasa benci dan semuanya akan ada” sambungnya lagi. Kali ini Zarin dah
tak tahan dengar bunga – bunga kertas yang keluar dari mulut Aishah. Terus
terang sahaja. Itu lebih menyenangkannya.
“Terus terang” arah Zarun, tegas!. Mukanya
agak serius. Aishah tunduk dan selepas beberapa ketika dia memandang wajah
Zarin semula.
“Saya cintakan Fareez”
Rasa macam kena panah petir saja telinga
Zarin mendengarnya walaupun pada hakikatnya Zarin sudah sedar mengenainya lebih
awal lagi.
“Jadi?” soal Zarin. Dia memegang hujung
beg tangan. Apa yang ada di situ di sentuh dan dipintal – pintal kerana menahan
marah. Panggil ke rumah ingatkan nak bagi makan rupanya memang ada harapan nak
kena makan penampar!, kecil sahaja mata Zarin memandang Aishah.
“Jangan ganggu. Tolong ya, Zarin!. saya
merayu” dia menggenggam jari jemari Zarin dengan kemas. Matanya berkaca seolah
– olah mengharapkan Zarin agar memahaminya
Alahai.. aku bab rayu merayu ni memang
tersangat lemah rasanya!. Aku ni memang senang dipujuk. Tapi untuk ini...
hatiku tidak lemah seperti selalu... bulat kata hati Zarin
Zarin senyum sahaja dan dia cuba
mempamerkan senyuman semanis yang boleh.
“Pernah Fareez nyatakan cintanya pada
awak?” itu saja yang Zarin ingin tahu.
Aishah menggeleng. Zarin mengangguk
beberapa kali.
“Jika keluar walaupun sekali dari mulut
Fareez yang dia cintakan awak, saya akan pergi meninggalkan dia. Bukan dia
sahaja malah rumah besar itu juga. Jika belum seperti yang awak kata, awak dan
saya berhak memenangi hati Fareez seadil mungkin” Zarin bangun.
Tidak teringin mahu menjamah mee kegemaran
Fareez itu. Zarin berlalu tetapi suara Aishah yang memenggilnya terus mematikan
langkah.
“Tak dapatkah awak lihat betapa dia
bahagia dan tersenyum bila bersama saya?. Tak nampakkah betapa stress Fareez
bila bersama awak?. Tak nampak lagikah bagaimana lembutnya dia melayan saya
berbanding awak?” nada suara Aishah memang lembut. Walau ketika marah begini pun
dia masih mampu berlembut. Ya.. lembut tapi sinis!.. dia tetap ada sedikit
sikap kejam. Manusia memang tidak sempurna!
Zarin tidak mahu menjawab. Dia rasa Aishah
tahu akan jawapannya bila dia pergi tanpa menoleh ke arahnya lagi.
Sampai sahaja di rumah, Zarin lihat Fareez
sedang bergurau senda dengan Mak Jah. Tiba – tiba teringat kembali akan kata –
kata Aishah. Kelembutan dia melayan Aishah berbeza sekali dengan dirinya.
Senyuman yang dilemparkan itu juga sangat berbeza daripada senyuman manis dan
nampak ikhlas yang dilemparkannya untuk Aishah.
Zarin terus naik ke bilik. Melintasinya saja
sudah membuatkan air matanya mulai bergenang.
Kenapa? Bodoh?terlalu sayang?... berbaloikah
untuk orang yang kita tak pasti cintanya buat aku atau pun tidak!
BAB
Dokumen di tangannya diletak kembali di
atas meja Puan Sri Norma. Fareez meraup wajahnya. Menarik nafas sedalam yang
mungkin untuk mengumpul kekuatan menegur apa yang sepatutunya.
“Tak cukup lagi mama?” soalan Fareez
membuatkan Puan Sri Norma sedikit tersinggung.
“Fareez nak kata mama tamakkan harta?”
Puan Sri Norma mula mahu bertelagah.
“Bukan.... itu hak Zarin dan wajib kita
serahkan pada dia. Memang tanah itu besar dan harta peninggalan atok Zarin
banyak tapi kita tak sepatutnya mengambil kesempatan. Rasanya harta peninggalan
papa ini pun dah cukup banyak untuk kita” Fareez cuba memperahankan hak Zarin.
Bukannya dia tidak tahu niat sebenar
mamanya mahu menjemput Zarin datang semula ke mahligai mereka. Puan Sri Norma
tidak mahu berpindah rumah walaupun papa Fareez menyuruhnya. Selalu juga Fareez
mendengar mamanya bertelagah dengan papanya hanya kerana harta Datuk Mahfuz.
Datuk Zarin itu sudah pun mewasiatkan sebahagian besar hartanya kepada waris
Nina, anaknya yang amat rindukan. Ungkapan maaf yang tidak terucap sehingga
nafasnya yang terakhir. Fareez yakin, Puan Sri Norma akan terima akibatnya
kerana terlalu lama menggunakan harta anak yatim itu. Wang di dalam bank
bernilai jutaan ringgit telah pun dia gunakan. Tinggal tanah berhektar – hektar
itu sahaja dia tidak mampu merampasnya. Nama Nina tertera di geran tanah itu.
Mujurlah arwah papa Fareez melarang dari syarikat Wawasan Holding menerima
walau satu sen pun duit dari Puan Sri Norma. Dia ada syer di syarikat itu dan
sekali sekala akan masuk ke dalam biliknya... hanya kerana mahu tunjuk lagak.
Selebihnya, Puan Sri Norma menghabiskan masanya di butik pakaian dan pusat
membeli – belah yang baru di binanya.
Kalau bukan sebab wasiat papanya untuk
menjaga Puan Sri Norma, pasti dia sudah lama meninggalkan wanita itu. Terbit
rasa rindu buat papanya setiap kali melihat Puan Sri Norma. Jujur di akui,
papanya sangat bahagia dengan wanita di hadapannya itu. Dia mungkin seorang
wanita yang kejam tetapi di sisi lainnya, dia seorang isteri dan ibu yang baik.
“Mama yang jaga atok dia. Mana perginya
mama dia selama ini?” Puan Sri Norma mula mengungkit.
Fareez bangun dari kerusinya. Dia
memandang wajah ibu tirinya yang di sayanginya. Wanita itulah yang menjaganya
dari kecil sampailah dewasa malah Fareez tidak pernah merasa akan kekurangan kasih
seorang ibu walaupun sedetik. Dia ibu yang baik tetapi dia juga seorang wanita
yang mementingkan diri sendiri.
“Ma.. Fareez sangat sayangkan mama tetapi
Fareez tidak dapat menyokong perkara yang salah mama. Pulangkan segalanya milik
dia. Malah tanah itu pun tak pernah menjadi milik mama” Fareez melangkah
keluar.
Puan Sri Norma menghentak mejanya.
Nani!.. kau dah mati pun masih menyakitkan
hati aku!!!!.. jerit batin Puan Sri Norma
***************************************.
Bukan niat Fareez mahu menyakiti hati Puan Sri
Normah. Tidak sesekali!. Kerana menyayangi ibunya itulah dia perlu menegur segala
kesilapan Puan Sri Norma.
Dia sudah bosan dengan sikap Puan Sri
Normah yang terlalu gilakan harta dan wang ringgit. Namun begitu, Fareez
bersyukur ibu tirinya itu tetap melayan Zarin dengan baik walaupun hanya buat
setakat ini....
*******************************
“Ibu Zarin banyak buat salah pada keluarga
ini” kata – kata Puan Sri Norma itu membuatkan telinga Zarin sedikit berdesing.
Pada waktu ini dia terlalu rindukan Opah.
Kalau Opah ada di hadapannya ketika ini, sudah tentu tubuh tua itu akan
dijadikan tempat dia menghilangkan rasa pedih di hati. Tubuh tua itu akan
dipeluknya seerat yang boleh.
“Kenapa Maklong burukkan ibu depan Zarin?”
soal Zarin. Mukanya merah padam
“Tak ada apa. Cuma Mak Long tidak mahu
Zarin salahkan Mak Long kalau ada apa – apa yang berlaku selepas ini. Orang
yang tidak menjaga orang tuanya, tidak layak pun mewarisi hak milik keluarga
ini walapun satu sen” kata Puan Sri Norma . Dia terus mengatur langkah masuk ke
dalam kamarnya.
Mak Jah memeluk Zarin. Dahi Zarin di
kucup. Anak muda itu perlu ditenangkan. Fareez yang mendengarnya dari dapur cuma
mampu mengeluh. Fareez membancuh secawan
koko panas buat Zarin dan mengajaknya minum di gazebo halaman rumah.
“Sejuk pula malam ni kan?” cuba memancing
rasa gembira Zarin walaupun agak mustahil.
“Panas” jawab Zarin ringkas. Dia menelek –
nelek mug biru kepunyaan Fareez itu.
“Itu mug saya. Bukan semua orang boleh
guna tau. Cuma orang yang...” Fareez tidak meneruskan kata – katanya.
“Sayang?” teka zarin.
“Tak malu!” Fareez mencuit hidung Zarin.
“Mana awak tahu saya tak malu?” soal Zarin
pula. Senyuman mula terukir dan Fareez sedikit lega.
“Eleh.. tengok muka pun tahu” cebik
Fareez.
Zarin ketawa. Mereka berdua berbual hingga
ke larut malam sehinggalah Mak Jah menjerit memanggil Zarin supaya masuk ke
dalam rumah.
Sejujurnya, Fareez tidak suka apabila
Zarin disakiti sebegitu rupa. Dia berhak ke atas miliknya sendiri!.
BAB
15
Tina menelefon Zarin dengan suara yang
ceria. Terkekeh – kekeh dia bercerita mengenai Dollah yang mula mengintai
cintainya. Zarin hanya mampu ketawa.
Bekas pakwe aku Tina oiiiii!!!!... tapi
ambillah, keep the change..
“Dahlah.. aku banyak kerja. Malam nanti
aku telefon kau pula” kata Zarin. Naik pening dia melayan kerenah Tina. Gelak
tawanya yang kuat itu sedikit membingitkan telinganya.
“Tak boleh! Dollah dengan aku nak pergi
pasar malam sama – sama” kata Tina. Zarin terdiam. Sudah lama dia tidak ke
pasar malam. Pasar ikan saja yang dia pergi itupun kerana temankan Mak Jah beli ikan dan sayur.
Selepas meletak ganggang telefon, Zarin termenung sendiri. Lagipun waktu makan
tengahari tinggal beberapa minit lagi.
“Uitt.. kenapa temenung?” usik Kak Vee.
Zarin memandangnya.
“Dah lama tak pergi pasar malam” jawabnya jujur. Berdekah – dekah Kak Vee gelak hingga
senget tudungnya itu.
“Kan dekat je dengan rumah Encik Fareez
tu” gelaknya masih kuat.
“Kelakar ke kak?” soal Zarin
Kak
Vee gelak lagi dan terus angkat punggung. Pelawaannya untuk makan tengahari
bersama, Zarin tolak. Mak Jah telah membekalkannya dengan nasi lemak ayam yang
dibuatnya pagi tadi.
Zarin duduk seorang diri di pantry.
Menyuap nasi lemak ayam yang agak banyak nasinya. Fareez duduk menghampirinya.
Zarin melihat sekeliling. Mana tahu
Aishah ada bersama. Dia mengambil sudu
ditangan Zarin. Dengan selamba Fareez menggunakan sudu yang sama untuk makan
bekalan Zarin. Sedikit terkejut tapi macam suka pun ada!... sengih Zarin.
“Mak Jah tak bekalkan saya pun” rungut
Fareez.
Kadangkala mahu juga dia bermanja dengan
pengasuhnya itu.
“Ada ke bos bawa bekal ke pejabat” perli
Zarin. Fareez ketawa. Alahai.. suara dia bila ketawa memang menggetar jiwa.
Tawanya tidak kasar. Itu yang buat seksi tu!.
Aku menyuap pula menggunakan sudu yag
sama.
“Nak pergi pasar tak malam ni?” ajak
Fareez. Tiba – tiba pula ramah dengan aku ni kenapa. Layan sajalah!
“nak..nak!. Ini dikatakan pucuk dicinta,
kangkung yang datang hihihi. Awak nak beli apa di pasar tu?” soal Zarin teruja.
Aishah pula masuk ke dalam pantry.
“Sha... nak rasa nasi lemak Mak Jah yang
saya cerita tu tak?. Nah, ambillah” pelawa Fareez. Sesuka hati dia saja nak
pelawa orang lain makan bekalan aku!. Yang Si Aishah ni pula bukan main buat
muka bahagia lagi mengambil sudu dari tangan Fareez dan merasa nasi lemak air
tangan Mak Jah.
“Sedap, Encik Fareez” puji Aishah.
“Oh ya.. tadi Zarin tanya nak buat apa
dipasar kan?. Ni, Aishah nak beli apa entah. Dia ajak saya. Kereta dia kan
rosak. Tu yang saya ajak awak sekali. Nak tak?” soal Fareez.
Zarin mula rasa seperti dirinya beg plastik
kena simbah air panas. Lemah longlai dia mendengarnya. Aishah cuma tersenyum.
Zarin tidak pasti Aishah tersenyum sebab terpaksa ataupun tidak.
“Nak lagi Sha?” soal Fareez. Aishah terus
duduk sebelah Fareez dan makan nasi lemak bekalan Zarin tadi.
“Makanlah... dah kenyang. Pasal pasar tu
tak naklah” Zarin menolak pelawaan Fareez. Zarin boleh lihat dengan jelas
senyuman sinis Aishah. Lantak kau lah perempuan...
Makanlah nasi lemak tu! Kau tahu kenapa
aku berhenti menyuap tadi sebelum Si Fareez tu datang? Sebab separuh daripada
nasi lemak tu dah jatuh ke lantai, aku kaut dan sekarang kau berdua
makan...bagus! Selamat datang cacing ke perut Si Aishah dan Fareez!.. Zarin
senyum puas.
**************************
“Semalam aku nampak bos dengan Aishah di
pasar” beritahu Razlan. Zarin hanya mampu sengih.Dia tahu kerang pun tak
mengaku kerang bila dia sengih begitu.
“Kau tak ikut?” masih menyoal. Zarin
sengih lagi.
“Encik Fareez dengan Aishah tu ada affair
kot” tekanya sendiri. Zarin buat muka bosan.
“Kau kenapa?” soal Razlan. Janggutnya
dibelai – belai.
“Tak ada mood!. Jadi jangan kacu aku hari
ni. Aku rasa macam nak mengamuk saja hari ni” terang Zarin. Razlan gelak. Dia
ingat Zarin main – main apa?. Memang dia tengah PMS dan kalau ikutkan hati mahu
saja di lepuk – lepuknya Si Razlan ttu.
Lagilah Zarin bengang bil Fareez
mengarahkan dia belajar mengenai akaun
syarikat dengan Aishah. Zarin benci sebab tiga perkara. Pertama... diaa memang
benci nombor!. Kedu... dia tak suka belajar dengan Aishah. Ketiga...... Fareez
tu macam lihat Aishah tu pandai sangat buat kerja. Jangan Zarin mengamuk hari
ni sudah!
Zarin sudah agak benda ini akan berlaku.
Dengan perut yang tak berapa nak sedap, dia dileteri Aishah yang kononnya pada
pandangan mata Fareez sangat berdedikasi dan tegas ketika bekerja.
Kalau kot iyapun, aku salah key in jumlah
wang keluar masuk tu, tak payahlaah sampai heret aku depan Fareez.... geram
Zarin.
Dengan wajah yang serius Fareez menyemak
sesuatu dari komputer.
“Takkan ini pun salah, Zarin?” soalnya
dengan suara yang lembut.
“Saya tak berapa sihat” jawabnya jujur.
“Apa yang tak sihatnya?. Pms?” mulut
Aishah makin lantang. Hilang kelembutannya pada pandangan mata Zarin. Dia hanya
membisu.
“Tak apalah.. nanti buat baik – baik ya”
pujuk Fareez. Dia senyum.Ha! macam itulah Fareez aku...
“Mana boleh Encik Fareez dia sepatutnya
bertanggungjawab” Aishah tak puas hati.
“Alah.. boleh edit balik. Nanti saya buat.
Ingat mesin taip ke?. Itu komputer lah!” kata Zarin. Suaranya sudah semakin
tinggi.
“Shut up!” jerkah Aishah.
Zarin sudah hilang sabar. Tangannya terus
mengambil cawan teh yang masih penuh itu. Zarin sempat merasanya terlebih
dahulu. Suam – suam kuku!.. dengan sengaja dia menuangnya ke kaki Aishah. Nasib baik kaki,
kalau ikutkan hati, memang dia nak tuang satu badan. Nanti kena hurung dengan
semut pula!
“Zarin!!” Fareez bingkas bangun.
“Apa?”
“Kenapa macam ni?” soal Fareez. Aishah sudah
mengaduh kesakitan. Mustahil sakit! Air itu tidak sepanas mana. Pandai wanita
itu berlakon dihadapan Fareez.
Kerana terlalu menyampah dengan semua
sandiwara yang dicipta Aishah dan keprihatinan yang tidak kena tempat Fareez
terhadap perempuan itu, Zarin rasa dia perlu keluar dari bilik itu. Mukanya
dirasakan sedikit panas. Mungkin kemarahannya meluap hingga ke atas. Razlan, Kak
Vee dan pekerja lain hanya memerhatikan Zarin yang sibuk mengemas meja untuk
pulang ke rumah.
Baru pukul 3.30 petang. Belum tiba
waktunya untuk Zarin menamatkan tugas yang masih ada untuk disiapkan.
Aku
peduli apa?. Nak pecat?. Pecatlah!!. Aku tak pernah minta untuk berkhidmat di
isni. Sudah aku katakan dahulu pejabat bukanlah tempat yang sesuai buatku! Lagi –
lagi bekerja dengan prempuan sengal budget ayu tu!!... Zarin menggetap bibir
Ketika Zarin membuka pintu pejabat untuk
keluar dari situ, dia terdengar Fareez
meneriak namanya berulang kali. Dia sudah malas!.
Zarin memicit butang lif. Ah!!! Sempat
juga Fareez masuk ke dalam.
Dia menarik tangan Zarin keluar dari
tingkat dua bangunan itu. Mereka membuka pintu jalan menuju ke tangga bangunan.
Zarin sememangnya tidak mahu memandang Fareez.
Lantak! Mungkin dia akan bergeruh pula di tangga bangunan.
“Zarin..” panggil Fareez dengan lembut.
Dia tahu Zarin tidak boleh dilayan dnegan kasar. Dia akan lebih memberontak!.
Maaf!. Aku masih tidak mahu menoleh
memandang kau yang aku rasakan terlalu mengambil berat akan Aishah.Ya... aku
tak berhak untuk marah tapi hatiku tidak berkata begitu. Aku berhak untuk marah
pada cinta yang mungkin akan terkubur begitu sahaja. Mampu?... sudah tentu
tidak... kerling Zarin. Buar beberapa ketika dia memalingkan wajahnya.
“Zarin... dengar sini” suaranya yang
lembut sedikit sebanyak menyejukkan kepanasan hatinya itu.
“Kenapa sampai begitu sekali. Kenapa marah
sangat dengan Aishah?” soalan yang Zarin rasakan sangat tidak wajar untuk dia
utarakan.
“Masih bimbang akan Aishah?” soal Zarin
dengan tegas. Fareez menarik nafas dalam – dalam dan kemudian melepaskan satu
keluhan yang agak berat di dengar.
“Saya sebenarnya tak faham apa – apa pun”
Fareez seperti benar – benar buntu.
“Awak tak peduilkan saya pun. Pergi saja”
aku merenungnya.
“Kalau saya tak peduli, buat apa saya
tinggalkan Aishah dan kejar awak sedangkan saya tahu saya akan dimarahi dan
ditengking oleh awak?” soal Fareez kembali.
Zarin terdiam. Benar – benar membatukan
diri. Ada benar kata – kata Fareez itu tetapi dia juga memarahi Zarin kerana
Aishah. Zarin perlu bijak ketika ini.
“Macam mana nak jadi wanita sempurna di
mata lelaki bernama Fareez di hadapan saya ni?” soal Zarin selamba. Kali ini
mata Fareez benar – benar bagai menembusi setiap jiwa dan perasaannya sebagai seorang
wanita.
“Untuk apa?” soal Fareez kembali.
“Tiada apa – apa!” jawab Zarin dan cuba
berlalu dari situ. Tangannya di tarik sekali lagi.
“Jika tersurat jiwa dan raga ini untuk
awak....... tak perlu buat apa – apa. Jadi diri sendiri” jawab Fareez.
“Itu kata – kata sopan bila seorang lelaki
menolak cinta seorang perempuan” balas Zarin. Kali ini Fareez membisu. Kebisuan
itu membuatkan hatinya semakin membengkak. Seolah – olah kata – katanya itu
tadi benar belaka.
“Saya dah malukan diri sendiri. Jangan
ditegur hingga luka saya sembuh kembali dengan sendirinya” kata Zarin. Kali ini
dia benar – benar pergi meninggalkan Fareez sendirian di tangga.
ada sambungan lagi tak.. bila nk smbungnya??
ReplyDelete