Kesempatan kedua....
Matanya terpaku hanya di
disitu .... di skrin lcd kamera digital
milik Khair. Bagai di rentap seluruh nyawanya sekali gus! apabila melihat
sesuatu yang tidak betah untuk dia saksikan. Walaupun hanya rangkulan di leher,
namun wajah wanita itu kelihatan sangat bahagia di sisi lelaki miliknya. Nisha
terjelepok di lantai. Tidak pernah! ..tidak sesekali pun Khair curang
dibelakangnya selama ini. air matanya masih tetap menakung di situ... belum
masa untuk mengalir keluar. Dengan kaki yang longlai derapan kakinya
menghampiri Khair yang sedang leka bermain ps3 di ruang tamu bersama anaknya,
Ninie.
Tangan suaminya itu
ditarik lembut agar mengikut langkahnya ke kamar bahagia mereka.
“Kenapa sayang” masih
lembut seperti biasa. Dagu Nisha dicuit sekali. Senyuman masih menguntum
seperti tadi.
“Ini gambar siapa sayang?”
soal Nisha dengan tangan yang terketar – ketar. Riak kosong!. Tiada rasa
bersalah dan juga tiada rasa bangga. Perlahan – lahan anak mata khair mencuri pandang wajah Nisha. Jeritan Ninie
di luar tidak diendahkan. Bukan masanya untuk mereka melayan kerenah manja
Ninie.
“Sampai hati abang!!!”
kali ini kaki Nisha bagaikan sudah hilang deria rasa. Dia terjelepok di lantai.
“Sayang... dengar apa
abang nak kata” tangan Nisha digenggam. Memohon agar Nisha memberi sedikit
waktu untuk dia menerangkan segalanya.
“Sampai hati abang. Nisha
tahu nisha tak cantik, bodoh dan teruk tapi bukan begini untuk abang menghukum
Nisha...”
Khair tunduk sambil
tangannya menongkat kepala yang menggeleng dua tiga kali. Khair bingkas bangun
dan terus memeluk tubuh Nisha.,
“lepaskan Nisha!!!!”
jerit Nisha. Tidak punya upaya untuk dia menatap wajah suaminya lagi. Dia terus
pergi ke meja kerjanya dan menutup suis komputer riba. Bilik tetamu menjadi
persinggahannya sementara hati yang panas itu kembali suam dan seterusnya
sejuk.
Tiga foto tadi benar –
benar menghenyak jiwanya hingga tiada bentuk. Hati yang sentiasa berbunga hanya
tingga tangkai meskipun masih punya kudupnya.
“Sayang... dengar dulu!!”
suara Khair memujuknya dari luar tidak dihiraukan. Tidak perlu aku hiraukan dia
yang tidak punya rasa untuk menghiraukan sesuatu yang dinamakan kesetiaan...
bisik hati kecil Nisha.
************
Perkara ini sudah sampai
ke telinga Hajah Kamsiah. Berjuraian air mata mertua yang sentiasa menjadi wanita yang paling dihormati Khair. Pedas!...
ya... itu yang Khair sedang rasa apabila mendengar setiap patah perkataan Hajah
Kamsiah. Rasa itu dilontarkan dengan tangisan yang masih belum mahu berhenti.
Khair melutut dan memegang lutut wanita separuh abad dihadapannya.
“Tak mak... tak! Khair
tak ada apa-apa dengan dia. Dia patient Khair. Memang dia sukakan Khir tapi tak
pernah terlintas di hati Khir untuk curang dengan Nisha, mak”
Suara Khair tenggelam
timbul. Wajah Khair direnung dalam – dalam oleh Hajah Kamsiah. Memang ketara
ada kejujuran di situ tetapi bukti yang mampu dilihat lebih meyakinkan dari
ungkapan kata hati yang belum pasti.
“memang Khair salah
..sebab turut sama membalas pelukan dia... itu spontan, mak. Khair gembira
skait yang dia deritai selama ini sudah semakin sembuh”
“Tapi perlu ke sampai
peluk segala?”..
Khair terdiam...
“itulah kesialapan Khair”
wajahnya semakin menunduk.
“Khair.. jika kau dengan
perempuan tu.... kau akan hilang Nisha! Khair tahu kan?” bahu Khair digoncang
lembut oleh Hajah Kamsiah. Jiwa Khair semakin luluh. Dia tersedu – sedan hingga
bahunya turut sama terhenjut – henjut.
“tidak mak.. Khir tak
mahu hilang Nisha... tak mampu hidup tanpa Nisha...tak mampu mak!!”
Hajah Kamsiah memegang
lembut wajah Khair.
“Perbetulkan segalanya. .
mak yakin Khair jujur tapi setiap kesalahan perlu ada pembetulan...”
Khair berdiri dan terus
pulang ke rumah. Dia masih melihat Nisha teresak – esak di birai katil sambil
menjawab panggilan telefon dari Hajah Kamsiah.
Sejurus sahaja ganggang
telefon diletak semula ke tempat asal, Nisha memandang Khair. Ya Allah.... dia
membahagiakan aku dengan senyuman dan kata – kata yang lembut buatku setiap
hari. Marahnya hanya di mata tidak di bibir. Sepanjang aku berkahwin
dengannya.... aku sangat bahagia. Dia lelakiku...dia suamiku... Nisha
menjatuhkan pandangannya.
“Memang abang salah
tetapi semuanya itu tanpa rasa cinta. Abang lelaki... iman abang hanya serapuh
ranting kayu yang sudah berusia. Abang... hanya cintakan Nisha! Bukan dia...
sayang... abang salah kerana membiarkan rasa kejam itu meguasai diri abang. Abang
tidak rasa terlalu bersalah kerana tidak pernah menyerahkan hati ini pada dia. Hanya
gambar! Itu salah abang..” Khair memandang tepat ke mata Nisha yang sudah pun
bengkak dan merah.
Mampukah lelaki menyentuh
tanpa rasa ingin memiliki? Mampukah lelaki membiarkan keinginan itu pergi terus
dari waktunya?, takkan Khair tidak teringatkan dia lagi?. Takkan Khair tidak
rindukan dia? .... Nisha mencengkam rambutnya.
Dada Khair di tolak
sedikit keras.
“abang berani bersumpah
sayang.... hanya itu sahaja. Tidak ada rasa lain buat dirinya. Abang dah punya
Nisha yang baik untuk abang. Abang tidak mahu yang terbaik kerana abang sendiri
tidak mampu menjadi yang terbaik buat sayang. Jika kebaikan itu luruh dari diri
sayang sekali pun cinta abang tetap di sini. Sayang, sudah lebih 10 tahun
sayang kenal abang.. pernah kea bang curang?”
Soal Khair. Nisha terasa
segala sendinya sudah lemah. Dia menyentuh pipi Khair. Mata yang masih berkaca
itu mengaburkan sedikit pandangannya.
“tangan, pipi, cinta dan
diri ini untuk Nisha...sayang. hanya untuk Nisha! Tak mahu orang lain
menyentuhnya.sakit abang....sangat sakit apabila lihat perempuan tu merangkul
leher abang dengan senyuman bahagia sedangkan Nisha yang patut di situ” Nisha
meletakkan kepalanya ke dada Khair yang masih memujuk.
“Bagi dia... abang tidak
tahu tapi bagi abang, memang hanya ada Nisha di hati abang. Hanya Nisha. Sebab itu
abang minta ditukakan ke hospital yang lain. Abang tak mahu dia mengganggu
Nisha. Abang tak mahu lihat air mata ini..... air mata sedih seorang isteri adalah racun bagi suami, sayang” air mata
Nisha dikesat perlahan. Khair memeluk Nisha seerat – eratnya...
“Pelukan ini hanya untuk
Nisha?” soal Nisha pula. Dia tidak dapat menafikan yang dia selesa, dia hangat
dan dia rasa selamat apabila berada di dalam dakapan Khair. Dakapan itu sudah
jarang buat mereka sejak setahun yang lepas. Kesibukan Nisha menguruskan
butiknya hampir menghilangkan rasa hangat dalam hubungan mereka. Rasa cinta
seakan hanya bertukar menjadi tanggungjawab.
Di akui, hanya Khair yang
memainkan peranan dalam segala urusan di rumah. Kerja sekolah Ninie semuanya
dipantau oleh Khair jika tiada on call pada sebelah malam. Dalam dakapan yang
masih erat, satu keluhan menyentap rasa pilu di hati Nisha.
“Abang rasa sunyi,, tak
dicintai oleh wanita yang abang cintai. Setiap kali dia beri pesanan ringkas bertanyakan
makan minum dan kesihatan abang...... abang terfikir kenapa bukan Nisha yang
tanyakan semua ini pada abang. Kenapa bukan Nisha yang hiraukan makan minum
abang.”
Pelukan terlerai saat itu
juga. Belum sempat Nisha melontar sepatah dua kata, Khair menyambung lagi
bicara hatinya.
“Abang rindukan isteri
yang menghantar abang ke muka pintu setiap pagi, yang menyediakan secawan milo
panas buat abang dan tersenyum indah seolah – olah dia bahagia dimiliki abang. Abang
rindukan makanan yang dihidangkan di dalam dulang, di temani isteri dan
berbicara tentang kisah suka dukanya. Abang tidak menyekat Nisha. Cuma pohon
abang........ luangkanlah sedetik waktu buat lelaki di hadapan sayang ini
meskipun rasa cinta buat abang tidak sehangat dulu. Abang rindukan Nisha. Walaupun
berada di hadapan mata, tapi Nisha seolah – olah jauh dari abang. Tapi demi
Allah... sehingga saat ini tidak ada mana – mana wanita pun yang berjaya
singgah di hati abang melainkan sayang. Berilah abang kesempatan kedua untuk
menjadi suami dan lelaki yang sayang impikan meskipun jauh dari kenyataannya. Abang
rindukan sayang.......rindu sentuhan sayang. Bukan di katil tetapi sentuhan
jiwa, sentuhan sampingan yang membuatkan abang rasa di manjai seorang wanita
yang abang dambakan seumur hidup abang. Abang takkan kahwin dengan mana – mana wanita
lain meskipun ajal sudah menjemput sayang dari genggaman abang. Abang akan
besarkan Ninie sehingga dia berjaya seperti sayang malah abang tidak akan ubah
atau buang sebarang sentuhan sayang dalam rumah kita ini. Abang mahu mati
sebagai suami Anisha nurin”
Nisha menangis lagi.,
kali ini bukan rasa marah pada Khair tetapi pada dirinya sendiri. Saat itu dia
sedar, dia yang memberi jalan buat insan lain cuba singgah di hati dan cinta
Khair. Dia beruntung kerana Khair tidak pernah mengizinkan hatinya disentuh
mana-mana wanita selain daripadanya.
Jari jemari Khair yang
masih tertunduk di kucup berulang kali oleh Nisha.
“Berikan diri ini
kesempatan kedua juga.......”
Pelukan bersatu
lagi,malah kali ini rasa cinta yang seakan pudar sebelumnya mula menyinar
menerangi hati mereka. Nisha memandang wajah Khair... wajah ini yang aku dambakan
selama ini dan aku perlu mendambakannya buat seumur hidupku.......
Ha ahlahhh... Sbnrnya kita selalu menunding jari pd org yg terang2 terbukti bersalah.
ReplyDelete.tetapi x pernah nak muhasabah diri yg mungkin pemula percikan itu adalah diri sendiri...
endbie : hmmm kisah menarik....berperasaan...den sukeee....
ReplyDeletemenarik kak,cuma pendek sgt,hehe..ada slh ejaan sikit,kalau pnjgkan lg msti lg hot.tahniah
ReplyDeletesy suka...bunga yg kt atas tu!!!
ReplyDelete