Monday 8 July 2013

ROMANTIKA KITA - bab 9

BAB 9

Yuli duduk dipangkuan Izzat saat menunggu bilik tidurnya siap dikemas oleh mama dan papa barunya. Sekotak demi sekotak barang lama dikeluarkan untuk dibuang. Sebuah kotak yang dihias cantik mencuri tumpuan Iman seketika. Tangannya membuka kotak itu dan pandangan matanya mula tertumpu pada  dua tiga keping gambar yang dikira milik Budi Irsyad. Bibirnya menyorot ke bawah sementelah membelek satu – persatu foto di tangannya.

“Abang.....” Iman memandang Budi Irsyad yang sedang membuang habuk di hujung bilik.

“kenapa sayang?”

“Ini gambar apa?”

Budi Irsyad menghampiri isterinya kemudian turut sama bersila memandang foto ditangan Iman. Tiada kata yang terucap saat itu. Air liur ditelan lebih dari sekali. Mata Iman seolah – olah bersinar..memancar satu peringatan buatnya agar lebih bersedia menjawab lebih dari tiga buah soalan.

“Ini....”

“Ya.. akma!” sumbing sekali senyuman Budi Irsyad saat itu.

“Dekat mana ni?” masih lagi merujuk pada foto yang sama. Foto itu diambil dari tangannya yang halus runcing. Budi Irsyad mengetuk – ngetuk dagunya dengan jari telunjuk. Menggayakan seorang pemikir mendapatkan ilham. Agak lama!.

“Abang...” Iman mula bersuara.

“Jom makan” Budi Irsyad cuba menukar topik perbualan agar persoalan Iman terbehenti setakat itu sahaja. Iman tetap di situ seperti matanya juga... tetap memandang tepat ke dalam bola mata Budi Irsyad. Satu keluhan berat dilepaskan.

“Ok... itu abang dengan Akma dekat Taj mahal India” Budi Irsyad mengecilkan matanya. Iman mengangguk. Di tariknya pula sekeping gambar lagi dari tangannya.  Foto itu ditunjukkan dekat dengan mata Budi Irsyad yang sudah pun berfikir bagaimana mahu lari dari situasi itu.

“Abang dan Akma di Pulau jeju.......Korea”. Iman mengetap bibirnya dan lagi sekeping foto dihulurkan.

“Sayang.... dah lah” rayu Budi Irsyad sambil diekori gelak kecil dihujungnya.

“yang ini...” lagi sekeping foto dihulurkan.

“Cape town..” jawapan yang ringkas namun bisa membuatkan hati Iman sedikit tercubit.

“ok...” Iman berdiri dan menepuk – nepuk belakang seluarnya.

“Izzat.. bawa Yuli pergi main di bilik mainan” arah Budi Irsyad. Izzat terus bangun dan mendukung Yuli. Izzat menoleh seketika sebelum membawa adiknya bermain di bilik yang lain. Pintu bilik di tutup rapat oleh Budi Irsyad dan  lantas merangkul tubuh Iman ke dalam dakapannya. Iman menjatuhkan pandangannya ke bawah. Tidak bisa untuk dia mengangkat kepingan wajahnya yang sudah pun layu dek perasaan cemburu yang datang bergolek – golek meskipun dia tahu semuanya hanya masa silam Budi irsyad. Ah! Mana bisa untuk dia mengalihkan rasa cemburu begitu sahaja dari helaian perasaan yang berlainan sedangkan bait – bait rasanya tetap sama. Cemburu tidak mampu ditukar menjadi rasa gembira.

“Hei.. mari abang tengok wajah cemburu Nurul Iman..” dagu Iman diangkat sedikit. Iman mengelak lagi. Todak mahu wajah cemburunya itu menjadi tatapan percuma Budi Irsyad yang semakin galak mengusik.

“Tengoklah abang,sayang” Budi Irsyad memujuk lagi. Kali ini rangkulannya di ketatkan agar lebih rapat berbanding tadi. Iman masih bungkam wajahnya.

“Itu kisah dulu kan?” bisikan lembut mengalir lembut ke lubang telinga Iman menjadikan suara itu semakin lembut dan manja pada halwa pendengarannya. Budi Irsyad memang pandai memujuk. Intonasi suara yang lembut memujuk membuatkan hati yang berkeping – keping tadi mencair sedikit demi sedikit. Lebih cepat dari biasa.

“Iman tak suka” luah Iman.

“Kita buang sahaja gambar – gambar itu”  Budi Irsyad mengesyorkan sesuatu yang mampu mengembalikan senyuman isterinya yang semakin menjauh sebentar tadi.

“betul?”soal Iman. Kedua belah pipi Budi Irsyad disentuh dan di elus dengan penuh rasa cinta. Anggukan dan senyuman Budi Irsyad membuatkan dia yakin tiada lagi ‘Akma’ di dalam hati Budi Irsyad. Kali ini Iman pula menjingkit kakinya dan merangkul leher Budi Irsyad. Haruman yang di sembur Budi Irsyad selepas mandi tadi masih kekal baunya hingga ke saat itu. Haruman pemikat hati Iman....

                                ***************************

Berbulan madu berempat?

“Ada ke orang berbulan madu pergi empat orang?’ soal Puan Jiha dan suaminya ketawa besar.  Yuli yang sedang memerhatikan Izzat melukis diperhatikan mereka berempat. Mana mungkin mereka berdua berasa gembira tanpa mereka di sisi.

“kenapa tak boleh pula?” soalan Budi Irsyad disambut dengan jelingan manja oleh Puan Jiha. 

“macamlah tak tahu kenapa?” jawab Puan Jiha. Sesekali dia mengetap bibirnya. Berlagak tidak faham pula anak tunggalnya itu!

“Nanti Budi sewa apartment. Jadi Budi dan Iman punya bilik sendiri... itu maksud mama kan?” kening Budi Irsyad terangkat – angkat. Pecah gelak tawa mereka semua sehingga menyentak kosentrasi Izzat yang sememangnya gemar melukis.
Iman hanya menundukkan wajahnya. Gurauan Budi Isrsyad itu menarik rasa segannya di hadapan mertua yang sebenarnya lebih berfikiran terbuka.

“Iman dah malu...” Budi Irsyad mengintai wajah Iman yang sedikit kemerahan. Tidak mahu lebih malu, Iman meminta izizn untuk meninjau anak – anaknya di hujung ruang tamu.Puan Jiha tersenyum lucu.

                                          *************

“Sayang jangan risau..kita bawa mereka berdua ya sayang” jari jemari Budi Irsyad bermain – main dengan pipi Iman yang sedang terbaring di sebelahnya.

“Memanglah kena bawa...” jawab Iman.

“Ya... sebab honeymoon dalam bilik bukan di luar” bisik Budi Irsyad ke telinga Iman yang sudah pun menekup mukanya dengan kedua belah tangan.

Bunyi derapan langkah seseorang mematikan pucuk asmara mereka dari terus tumbuh menghijau saat itu. Ketukan pintu yang sedikit kuat membuatkan Budi Irsyad lebih mendahului langkah Iman. Wajah Puan Jiha sedikit masam. Jelas kelihatan sesuatu yang seakan mengganggu ketenangan emosi ibunya. Rasanya Budi Irsyad tahu penyebabnya!
Belum pun sempat mereka bertiga memijak tangga terakhir menuju tingkat bawah banglo, Izzat sudah pun menerpa sambil memeluk Budi Irsyad.

“Tapi Izzat anak mama!” Akma menghampiri Izzat yang sudah pun menyorokkan wajahnya di belakang Budi Irsyad. Tangan Izzat sedikit menggeletar hingga membawa satu perasaan simpati hadir dalam diri Iman. Terus Izzat dan Yuli dibawa naik ke tingkat atas.

“Bukan cara ini Akma!!” Budi Irsyad memandang tepat ke dalam bola mata wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu. Semua di situ meninggalkan mereka berdua.

Akma terus memaut lengan Budi Irsyad.

“Jangan katakan yang tiada sedikit pun baki cinta untuk aku, Budi” mata itu merayu Budi Irsyad agar tunduk mengalah. Budi Irsyad menarik kembali tangannya. Hanya Iman yang berhak!. Kali ini Akma bertindak lebih berani dengan memeluk tubuh Budi Irsyad,

“Pejam matamu... rasakan sesuatu yang hadir antara kita. Masih adakan sayang?” tubuh Budi Irsyad di dakap sekuat hati.

“Lepaskan aku Akma”pinta Budi Irsyad.

“Tolaklah aku kalau punya rasa kejam di dalam diri Budi Irsyad!!!” kali ini wajahnya dibenamkan ke dada bekas kekasihnya. Iman terhentak hatinya saat melihat drama tanpa rela itu di hadapannya. Iman mengatur langkah yang tetap tanpa goyah menghampiri mereka berdua. Tangan Akma direntap dengan kuat sehingga jantung Akma bagai terhenti sedetik!.

“Saya masih hormatkan awak sebagai ibu kepada Izzat bukan bekas kekasih kepada Budi Irsyad. Kalau rahim awak tu tak pernah membalut kemas Izzat di dalamnya, sudah lama pipi awak ini hilang warna asalnya. Bibir awak juga hilang sedikit bentuknya.  Mata awak juga akan hilang alisnya yang molek walaupun tidak semolek pemiliknya...” mata Akma ditenung.

Iman mendekatkan bibirnya ke telinga Akma. Senyuman nak terpamer pada wajahnya saat itu.

“nak kena cekup dengan pencegah maksiat?. Kalau tak beredar sekarang, aku akan buat sesuatu yang kau tak sendiri jangka. Kau tahu siapa aku bukan?”

Akma menoleh ke sisi lain dan terus mengambil beg tangnnya. Kakinya melanglah sumbang keluar dari istana bahagia keluarga angkat anaknya.

“Sayang kata apa?.. senang je dia keluar?” soal Budi Irsyad.

“Iman tak mahu cakp dengan suami yng senang – senang berikan tubuhnya untuk dipeluk” Iman menjeling. Budi Irsyad melepaskan keluha  berat.


13 comments:

  1. Replies
    1. terima kasih banyak2 ye
      Ruunna !!!!
      sudi baca di blog saya :)

      Delete
  2. best tp awat pendek pn penulis? x puas nk lepas rindu kt budi...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eja..... msti rasa panjang hhehehe
      muahhhhh !! <3 :)

      Delete
  3. Best n3 ni ....tp betul lah pendek sgt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepala fenin...feninnnnn.. hehhehe
      ni menyemak balik pun terbalik biji mata.
      esok2 saya post panjang punya k
      sori tau... muah! <3 :)

      Delete
  4. enbie : den rasa nak benam akma dalam selut yg penuh dgn lintah....ni spesis minah pacat lakkk...."kalau rahim awak tak pernah membalut kemas Izzat didlmnya" terbayang lepat pisang lakkk...kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkakakhahkaka...
      lopat pisang yo???
      nampak sangat mengidam heheheh
      muahhhh!!! <3
      esok den hantar lopat

      Delete
    2. bila endbie punya post jawabnya berjela...bila cheq pun suruh ngeja ya...

      Delete
    3. kahkahkahka..
      sebab ada budak tu berlahak betui bila den tak habis lagi
      baca novel... siap kutuk kata mengeja,,,,, saja jer bagi balik heheh rupa2nya dia x beli lagi

      Delete