Tuesday 27 August 2013

kau, aku & kambing (izharidayu) - edisi rayo!!!!


izharidayu raya 

dum!dam!dum!.. 

Dayu mengembek ketakutan. Hidayu yang sedang membantu Atan memberi kesemua kambing – kambing makan bercekak pinggang memandang sekumpulan remaja yang ketawa berdekah – dekah sambil betenggek di atas basikal tua. Hidayu menepuk kepala Dayu.
 

“Come on bebeh..... jangan takut. Biar mama settle” lengan baju disingsing hingga ke lengan. Atan mahu tergelak. Mama?.. la.... bila masa pula dia beranakkan kambing ni?. Keningnya digaru berkali – kali. Sekali dua dulu pernah huga dia duduk sendirian dan terfikir, selain cantik dan baik hati tak pernah ke Izhar nampak Hidayu yang sedikit tak betul ni?. 

“Jangan nak kutuk aku atan” Hidayu berpaling. Terlepas ranting dari tangan Atan. Macam tahu – tahu pula aku kutuk dia. 

Empat orang remaja lelaki dalam lingkuan umur belasan tahun memandang anak dara haji Seman merangkp bakal cucu menantu tok ketua yang semakin hampir dengan mereka. 

“Ni siang ke malam?” soal Hidayu, 

“Ala.. Kak Dayu ni..”


“Aipppp.... jangan panggil aku Dayu... Dayu tu dia!” jarinya terus menuding kea rah Dayu dia atas kandang. 

“Bukan lebih kurang ke?. Akak tak pernah fikir ke mana tahu abang Izhar mahukan akak sebab akak macam Dayu tu?” sengih anak sulung Mak Mona.

“Amboi... mulut... kau tak fikir ke kenapa mak kau panggil kau ketom” soal Hidayu pula. Ketom terdiam.


“Sebab muka kau tak komersial. Hantar kat pasar lambak pun orang tak pandang” balas Hidayu. Tersembur air yang baru disedutnya sebentar tadi.

“Ala akak ni dah melampau” jeling Ketom. 

“dah lah tu... tak puasa!. Selamba saja minum neskefe ais depan aku. Kau tu yang macam dayu. Tak puasa. Kalau aku togelkan kau, letak tanduk, ekor depan etak belakang sah sah kau jadi laki si Dayu tu tau! Itu pun kalau dayu tu selera dengan kau” mata Hidayu tepat ke wajah Ketom yang sudah pun merah padam . semua rakan – rakannya bersorak sakan. 

“Ha... korang jangan nak gelak. Nak main mercun pergilah main kat padang sana tu. Ni main kat sini. Korang ni kenapa?. Nak ngurat kambing2 ni ke?. Dah tak ada pompuan dan yang korang nak mengurat?” 

Diam.......................................... tak sangka sampai begitu sekali Hidayu fikir pasal mereka. Walaupun mereka Cuma ada basikal dan duit seringgit dalam poket tak bermakna, mereka beralih rasa cinta kepada kambing.  Ketom dan rakan – rakannya seolah terkunci segala saraf kata – kata. Perlahan – lahan mereka meninggalkan Hidayu yang masih merenung mereka dengan tajam. Sebaik sahaja mereka pergi Hidayu ketawa berdekah – dekah.


“Hmmm... garangnya bakal isteri saya ni. Sampai nak letak ekor ketom ke belakang...” Izhar yang duduk di atas batu besar tersenyum memandang Hidayu. Dia menyaksikan semuanya tadi. Hidayu yang tidak perasankan kehadiran Izhar di situ. Hanya dengan ekor mata, Hidayu menjeling dan terus naik semula ke kandang. Aik... jual mahal pula dia.... Izhar  senyum sendiri. 

                                 ******************

Pian asyik berbuka puasa di luar bersama Shimi, bakal tunangnya. Sejak bersama Shimi sukar sekali untuk mereka bertemu seperti dahulu., biarlah... Pian perlu mencari jodohnya. Umurnya pun hampir mengenjak ke 30 tahun, sudah bagus benar waktunya untuk dia mendirikan rumahtangga.

Sudah banyak sekali perubahan yang berlaku pada diri Pian. Dia yang dahulu lebih kelihatan ringkas penampilannya  kini sedikit sarat dengan aksesori di tangan , jari dan leher, naik pening pula Hidayu melihatnya. Walhal Pian memang tidak sukakan semua itu dahulu. Malah, sangat janggal pada penglihatan Hidayu. Rambutnya di gayakan bagai seorang askar.  Izhar menepuk belakang badan Pian dengan mesra. 

“Hei Izhar.... jomlah berbuka sama” ajak Pian. Shimi kelihatan sedikit tidak selesa. Hidayu sedar akan perubahan pada wajah Shimi. 

“Tak payahlah.,... kita boleh makan tempat lain” Hidayu mula melangkah tetapi suara Pian mematikan langkahnya. 

“Lama aku tak makan dengan sahabat aku ni” 

Ya... sangat lama. Sejak Shimi hadir di dalam diri Pian, persahabatan hanya tinggal kenangan. Tiada lagi gelak tawa antara mereka mereka berdua malah bertiga jika bersama Izhar. Bila Izhar hadir dalam hidup mereka, semuanya tetap sama seperti sebelumnya tetapi apabila Shimi pula hadir dalam hidup Pian, semuanya bertukar seratus peratus malah identiti PIan turut sama berbeza. 

Selepas berbuka puasa, Hidayu tidak dapat menahan rasa di hatinya lagi. 

“pian... kau tak suka pakai macam ni kan? Yang kau pakai kenapa?. Pontianak pondan je suka jantan pakai macam ni. Dah sarat mengalahkan mami jarum” 

Izhar memicit dahinya. Dia sudah agak. Pian hanya membisu tetapi tidak Shimi. 

“Dia mahu jadi yang terbaik buat saya kak!” suara Shimi sedikit menjengkelkan. 

“begini terbaik untuk kau?” 

“Ya... baru nampak ranggi. Saya suka lelaki yang ranggi. Potongan rambut begini,pakaian begini” 

“Lagi sepuluh tahun, kalau negara jepun dah cipta robot sebiji macam manusia, aku nasihatkan kau beli” 

Meja di hentak sekali. Tangan Shimi sedikit menggigil. Hidayu nampak tenang. Pian membuat isyarat mata agar Hidayu berlalu dari situ. 

“Akak jangan masuk campur soal hati kami. Nampak ni, baju raya pun bukan baju melayu tau...semuanya kami buat untuk kami sendiri. Kami bahagia cara begini” Shimi menentang mata Hidayu. 

“Sayang.... mari baliklah” ajak Izhar. 

“Pian mahu buat yang terbaik untuk kau?., kau patut hargainya tetapi kau perlu tahu manusia tidak akan pernah sama segalanya. Kau pernah tanya apa yang terbaik dari kau untuk dirinya?” Hidayu masih tidak mahu melarikan anak matanya. 

“Katanya dia bahagia bersama saya” bongkak sekali kata – kata Shimi.  

“Hidayu... baliklah dengan Izhar” rayu Pian. 

Bagai dipanah petir telinga dan hatinya waktu itu. 

“Kau suruh aku balik?. Dulu siapa nak jadikan aku sahabat?. Siapa yang tolong kau yang jatuh dalam parit? Siapa yang bersusah payah tolong kau selama ini Pian? . aku tak pernah kisah kalau orang kata kita bercinta. Aku tak pernah kisah kalau orang kata Haji Seman tak pandai didik anak asyik berkepit dengan Pian. Aku tak kisah sebab aku tahu persahabatan kita ikhlas. Bila aku nampak sesuatu yang kau tak rela tetapi kau lakukan juga..... itu menyakitkan aku. Sakit!. Kau ibarat patung... dia yang tentukan corak, warna, pakaian dan segalanya tentang kau. Dia tak mencintai kau. Kalau dia cintakan kau, Pian........ dia akan menerima diri Pian seadanya. Diri boleh menerima Pian yang dia kenal kali pertama seadanya. Bukan mengubah Pian yang dia kenal menjadi lelaki impiannya. Sekarang aku pergi dan kau jangan cari aku lagi. Jangan gelarkan kau sahabat aku lagi. Dulu memang kau sahabat aku... tapi sekarang tidak Pian. Kau yang menolah aku jatuh,.... di hadapan perempuan seperti ini.” Hidayu bingkas bangun. 

“Hidayu,,, aku...” Pian turut sama berdiri. 

“Kau tentu ingat ayat yang kau tuturkan sendiri. Dugaan sesebuah persahabatan adalah cinta. Kalau persahabatan itu tetap molek walau salah satu darinya menemui cinta.. itu bermakna  persahabatan itu utuh dan ikhlas tetapi kalau cinta memusnahkan persahabatan.... tidak layak perhubungan itu di beri ama persahabatan” 

Hidayu terus berjalan deras ke kereta Izhar. Di dalam kereta air matanya banyak menitis. Izhar berdiam diri. Setelah hampir setengah jam, Izhar memberhentikan keretanya di tepi jalan berdekatan sebuah restoran. Dia berdehem dua tiga kali. 

“mama kambing tahu marah rupanya” gurau Izhar, 

“Jangan nak buat saya lagi geram” Hidayu menjeling.


“Hidayu... jangan menghukum Pian yang tersedia di hukum. Awak menghemburkan semua kata – kata tanpa mellihat pada wajahnya.... dia snagat sedih Hidayu... sangat – sangat sedih! Seolah – olah hilang seluruh jiwanya saat awak mengatakan persahabatan awak dan dia sudah tiada lagi. Awak juga bukan sahabat yang baik” 

HIdayu menjatuhkan pandangannya ke lantai kereta. sayu...... hatinya merasakan itu tetapi untuk menyedarkan Pian sesuatu yang menyakutkan erlu keluar dari mulutnya kerana dia tahu betapa Pian menghargai nilai sesebuah persahabatan. 

Hanya lambaian sahaja yang diberikan buat Izhar setelah dia tiba di halaman rumah. Wajaha Haji Seman yang sedang tidur berdengkur dipandang sepintas lalu. Entah mengapa sakit benar hatinya malam itu.

                                              ***********

 “Kak Dayu!!! Kak Dayu!!!” 

Jeritan Ketom mengejutkan Hidayu yang sedang sibuk menyental bilik air. Hidayu keluar dengan keningnya yang terjungkit sebelah.

“Ha... ketom daun kesum! Kau nak apa panggil akak ni? Nak kena tempeleng laju – laju?” 

“Ish... kak Dayu ni!!!” jeling Ketom., 

“Jangan panggil aku Dayu!!!!!!!” merah padan wajah Hidayu. Orang kampung masih memanggilnya dengan nama yang sama. Dulu bolehlah sebab tiada Dayu di dalam kampung itu lagi. Siapa rela kalau nama sama dengan kambing!. 

“Eleh... dulu  boleh jer” cebik Kesom. Dia turun dari basikal dan membetulkan rambutnya yang sedikit terpacak. 

“Kak Long suruh bagi akak duit ni. Dia minta akak belikan lipstick yang dia pesan hari tu” Ketom menghulurkan wang kertas lima puluh ringgit ke tangan Hidayu. Ketom terus ke basikalnya semula. 

“Ketom daun kesom!” panggil Hidayu. 

“Akak ni sesuka hati saja menambah daun kesom kat belakang” rajuk Ketom. Pecah tawa Hidayu. 

“Tunggu kejap” 

Hidayu nak ke atas. Dia masuk ke dalam bilik dan mencapai beg kertas di atas almari soleknya. Dia turun semulla dan mendapatkan Ketom.

“Nah... hadiah raya” senyum Hidayu. Terbeliak mata Ketom waktu itu. perlahan – lahan dia membuka beg kertas itu.

“Perghhhhhhhhhh topi!!!!!” jerit Ketom.

“Limited edition ni...” Ketom bersorak dengan kuat. Haji Seman yang baru pulang dari kedai terus menjentik telinga ketom sedikit kuat. 

“Pak Haji ni....” 

“Kau ngurat anak aku yek?. Tak padan baru tingkatan tiga nak ngurat anak orang. Bersunat pun baru separuh” sengih haji Seman. Ketom peduli apa, dia terus bersorak dan mengayuh basiklanya pulang ke rumah. 

“Bagi apa kat dia?” soal Haji Seman. 

“Topi” 

“Yang Dayu beli kelmarin tu?” 

Hidayu mengangguk. Haji Seman sedikit terperanjat. 

“Kan itu untuk Pian?. Kamu dah order lama untuk dia” Haji Seman menggeleng kepala. Dia juga tercari –cari akan Pian. Sudah lama Pian tidak bergurau senda bersamanya seperti dahulu. 

                                   ***********

“Budak praktikal mana pula nak minta kerja dengan kambing ni?” Hidayu mengeluh. Sejak dapat topi limited edition dari Hidayu, ketom seperti james bond kampung. Tak pernah pun Hidayu menyuruhnya tetapi dia sendiri yang akan datang membuat laporan. 

“Cantik kak” terangguk – angguk kepala Ketom. HIdayu menongkat dagu. 

“Padanlah semalam ajak beli baju raya tak nak” rungut Hidayu di sudahi dengan keluh yang panjang. 

“Semalam abang Izhar bawa kakak tu pergi pekan” terang Ketom lagi. 

“Apa?????” 

“iya....” Ketom mengunyah gula – gula getah. 

PELEPUK!!!!! 

“Adeh kak!!!” Ketom menggosok – gosok kepalanya yang baru dilepuk Hidayu tadi. 

“Tak puasa!” 

“Bawah umur takpe kak!” Ketom sengih.,dia merenung wajah Hidayu yang bersih. Matanya tidak beralih pandangan dari tadi. Dipandangnya bibir Hidayu yang merah jambu serta hidungnya yang tidak terlalu mancung. Comel – comel sahaja. 

“Akak cantik...” terluah kata – kata itu dari bibir Ketom. 

“Hmm... aku tahu” sengih Hidayu. Gelak besar Ketom mendengarnya. 

“Tak payah dengan Abang Izhar pun takpe. Tunggu lagi empat tahun saya minang akak” sengihnya. Hidayu terus merenung wajah Ketom. 

“Aku tak mainlah budak tak puasa macam kau” 

“Saya puasa esok kak..janji kak Dayu terima lamaran saya” 

PELEPUK!!!! 

“Dah pi balik!. Mengarut macam apa saja. Syaitan dah kena ikat pun masih macam ni. Kau pakai Bluetooth ye dengan syaitan..” 

Makin besar gelak Ketom. Dia bangun dan menepuk – nepuk belakangnya. 

“I balik dulu sayang” dia terus menunggang basikal pulang ke rumah. Terkunci bibir Hidayu saat itu. 

Budak sewel!!!!! 

                                     ***************
 

Hidayu melorek – lorek hujung ranting ke tanah. Dayu yang sedang tidur hanya diperhatikan dari bawah. Izhar yang sedang mengira sesuatu direnung tajam. Hidayu menoleh ke belakang pula. Ziana, pelajar praktikal dengan ayunya memeriksa anak kambing  yang baru dilahirkan. 

“Kena ambik dia juga ke?” soal Hidayu. Izhar Cuma mengangkat kening. 

“Dia praktikal. Ha.,.... jangan nak kata awak cemburu pula” jeling Izhar. 

“Ehhhh.. tolong sikit, tiada istilah cemburu dalam kamus hidup saya” cebik Hidayu. Mestilah cemburu!!!!! Buat – buat tak tahu pula. Batang pokok sahaja yang tak reti cemburu...


“Abang Iz..... semuanya ok” senyum Ziana.Abang Iz????????.... Hidayu menggigit hujung bibirnya dan Izhar perasan akan perubahan pada wajah HIdayu. 

“Thanks sayang...opsss...” Izhar menekup mulutnya. Ziana ketawa sambil tangannya menampar lembut lengan Izhar. Hidayu berdiri. Menarik nafas dalam – dalam. dengan langkah yang lebih laju dari biasa, dia terus meninggalkan Izhar. Atan menepuk bahu Izhar. 

“Bahaya woooooo” sengih Atan. Izhar gelak. Dia mengiringi langkah Hidayu dengan ekor mata dan bibir yang tersenyum manis. Kau comel bila cemburu...saying! 

“Abang Iz... nak Ziana buat apa lagi?” soal Ziana. 

“Tak apa... rehat sahaja dulu” senyum Izhar. Suka betul dia mengusik Hidayu. Dia pasti selepas ini pasti rajuk Hidayu semakin panjang. 

                                      ************ 

“Hantarlah kuih seri ayu ni ke rumah Izhar..dia suka kan?” Hajah Ani mendesak. 

“Tak mahu” Hidayu menggeleng kepala sambil tangannya ligat menabur kelapa parut ke dalam acuan. 

“Pulak dah....” menggeleng kepala Hajah Ani. 

“Merajuk?” soal Hajah Ani lagi. 

“Dia sayang orang lain” muncung Hidayu sedikit panjang. Hajah Ani gelak. Haji Seman tersengih panjang. Wajah Hidayu yang sedikit kemerahan membuatkan Haji Seman yakin yang anak tunggalnya itu benar – benar marah dengan Izhar. 

“Nak ayah cantas kepala dia?” usik Haji Seman. Hidayu mencebik lagi. 

“Assalamualaikum!” terdengar suara Izhar dari luar dapur. Hidayu mahu naik ke atas. Mahu duduk diam – diam di dalam biliknya tetapi belum pun sempat dia memijak anak tangga, haji Seman sudah menarik lengan Hidayu. 

“Tak baik buat tetamu begitu” senyum haji Seman. 

Izhar yang sudah pun masuk tersengih – sengih memandang Hidayu. 

“Hidayu nak pergi mana?” soal Izhar. Ceh!.. pura – pura tak tahu!. 

“nak pergi panjat pokok sawit” jawab Hidayu acuh tak acuh. 

“Ha... Izhar! Katanya Ziana nak beraya di sini” ujar Haji Seman. Terbeliak biji mata Hidayu mendengarnya. 

“Tak apalah Haji... lagi pun dia tolong banyak kat rumah tu. Baju saya, bilik saya habis dikemasnya” gelak Izhar. 

PRANGGGGG!!!! 

Kuali terjatuh dari atas para. Hajah Ani mengurut dadanya. Hidayu makin sakit hati., diangkatnya kuali dan diletaknya semula ke atas para. 

“Pergi kahwin dengan dia.... jangan kahwin dengan saya”  

“Awak nak saya kahwin dengan dia?” Izhar menyoal kembali. 

Hidayu tidak menjawab. Kakinya merapati Izhar dengan mata yang sudah berkaca. Rasa bersalah pula Izhar pada waktu itu. 

“Saya pun tak pernah pegang tombol pintu bilik awak.. dia senang – senang boleh uruskan bilik tidur awak?. Awak dah beritahu saya siapa dia di hati awak” kali ini Hidayu sudah pun mengalirkan air mata. Izhar terpana sebentar. Begitu juga dengan Haji Seman dan Hajah Ani. 

“HIdayu....” 

“Bukan Hidayu..... tapi Ziana!!!!” hidayu terus naik ke atas. 

Izhar terduduk di kerusi. Haji Seman dan hajah Ani berpandangan sesama sendiri. 

“Kamu tak beritahu Hidayu ke?” soal Haji Seman. 

“dia tak tahu ke yang Ziana tu adik sesusu saya Haji?” soal Izhar pula. 

“Aku tak beritahu. Penting sangat ke nak beritahu?” soal Haji Seman pula. Hajah Ani dan izhar menepuk dahi. Hajah Ani naik ke atas. Dipanggilnya Hidayu keluar. Tidak berkesan!!!. HIdayu tidak mahu keluar. Akhirnya Izhar terpaksa memujuk di sebalik pintu. 

“Sayang... dia adik sesusu saya,. Adik sepupu belah ibu yang di susukan ibu sewaktu kecilnya. Saya dan dia tak boleh kahwin pun. Lagipun saya nak kahwin dengan awak sahaja. awak ni.... kuat cemburu juga rupanya”gelak Izhar. 

“Apa yang kuat cemburu?” pintu dibuka. Wajahnya yang merah tadi sudah ada serinya di sebalik senyuman yang baru terukir. 

“Salah faham saja. Cuba dengar dulu...” Izhar menggeleng kepala. 

“mana ada cemburu” dalih  Hidayu. 

“Haishhh... tak cemburu apa kalau kuali prong prang.... prong prang” izhar menjeling nakal. 

“Saya datang ni nak hadiahkan awak sesuatu untuk hari raya esok. Tak kesian ke dengan mak awak?. Masak ketupat seorang diri kat bawah tu?. Dah lah tak tahu anyam ketupat” gurau Izhar. 

“Hadiah apa?” Hidayu duduk bersimpuh di hadapan izhar. Izhar menbgeluarkan gelang tangan emas dan terus di pakaikan ke lengan Hidayu. 

“Selamat hari raya sayang..... lip lap lip lap mami jarum dah ... kalau menangis lagi saya tak tahu dah nak pujuk macam mana” gelak Izhar. 

Hidayu gelak. Haji Seman dan hajah Ani berpandangan sesama sendiri di dapur. 

“Dia romantik macam awak..” senyum Hajah Ani dan Haji Seman tersenyum bangga. Dah lama tahu dah!!!.

                                    *******************

 Semua sudah berkumpul. Izhar dan orang kampung makan ketupat dan rendang Hajah Ani yang sememangnya popular kerana kelazatannya. Satu suara dari bawah sedikit menggetarkan jiwa Hidayu. Kakinya melangkah ke muka pintu. 

Pian...... 

Mata Hidayu bergenang saat melihat Pian yang dahulunya sudah kembali. Tiada lagi gelang tangan, rantai dan cincin berderet di jari. Dia sudah kembali seperti dahulu dan lebih menggembirakan Hidayu ada seorang wanita di sebelahnya yang sangat cocok pada pandangan mata Hidayu. Pian sudah bertemu Alisha.... bekas kekasih di bangku sekolahnya dahulu. Hidayu tahu siapa Alisha... kebaikan Alisha dan semuanya mengenai Alisya..  

Pian menghampiri Hidayu. Sesuatu yang disorokkan di belakangnya diikeluarkan. Topi limited edition yang diberikan kepada Ketom. 

“Mana kau...” 

“Aku bayar dua ratus kepada ketom untuk sesuatu yang datangnya dari sahabat aku tetapi akibat kecewa dia menyerahkan topi ini kepada budak lelaki yang menaruh hati padanya.” Pian gelak. Hidayu sedikit keliru. 

“Ketom tu gilakan kau. Dia berlagak dengan aku...katanya kau sayang dia lebih dari aku. Dia dapat tahu dari kakak dia yang topi itu kau beli untuk aku. Jadi dia ingat kau sayang dia lebih. Waktu itu aku tersedar, aku tak boleh hilang kau hanya kerana perempuan itu. kau sahabat sejati aku.... kau suruh aku cari cinta sejati yang indah...dan aku mencarinya semula. 

 Alisya terus memeluk Hidayu. Kalau tidak kerana nasihat Hidayu mungkin kebarangkalian dia bertemu semula dengan pian hanyalah angan- angan semata. 

“Hari yang indah kan?” Izhar menyampuk. Hidayu tergelak besar apabila matanya menangkap kelibat Ketom disebalik pokok rambutan Haji Seman.

“Saya rasa tercabar bila tengok Ketom” bisik Izhar ke telinga Hidayu. 

“Ketom tu macam cikedis 20 sen lah sayang....” mata Hidayu mengenyit manja.

“Kau meh sini!!! Berani kau nak caras awek aku yek” jerit Izhar. Ketom lari bagai tidak cukup tanah. Semua di situ ketawa besar. Di hari lebaran ini Hidayu dapat bersama dengan semua insan kesayangannya......itulah hari lebaran paling bermakna buatnya.
                              **TAMAT**

14 comments:

  1. tabik spring 25x...baru puas membacanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang yek.... Kikikiki. Cam x caya lk boleh buat panjang2

      Delete
  2. deabak wadebuk kak!!!
    -tiehah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikikiki..... Wadebuk
      Terima kasih byk tauuuuuuu

      Delete
  3. Selalu x menghampakan...best tahap gaban zek potong dua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhikhik... Zek potong dua...
      Terbaiklah sj! Tersengih den bacabkomen bab zek potong dua ni. Tenkiuuuuuu

      Delete
  4. hahahaah! sumpah kelakar. dari awal asyik gelak je.. adoilah kak Jijah! cerita kamu kelakar banget!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekna.... Tgh bz2 pun leh layan lg yek.... Tenkiuuuuuu

      Delete
  5. waaahhh kak iza superbb bestlah akak ni..muah..muah..muah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalam..... Cerita ni ntah apa2 ntah ye dak!.. Hihihi tenkiuuu masih boleh layan muah!

      Delete
  6. Replies
    1. hikhikhikhik
      terima kasih ye baby mio
      lebiuuuuuuuu muah!

      Delete
  7. Best....kelakar kihkihkih, dah dapat buku akak weekend ni baru bace dapat hadiah no 80....Hehehe. ...

    ReplyDelete
  8. best ,kak dah boleh dapat kat kedai buku.

    ReplyDelete