CINTAMU CINTA KEDONDONG..
“Apahal pulak! Itu sahaja
kau tafsirkan cinta aku?. Melampau betul kau ni Ajak! Rasa nak letuk sahaja
kepala kau bagi biul!!!” lengan baju di singsing. Hidung yang sedikit mancung
itu digonyoh beberapa kali.
“Aik.. marah pula. Nasib
baik aku kata kedondong, kalau aku kata macam bunya tahi ayam?. Sarah..... kau
ni cepat marahlah” gelak Ajak. Terus helmet biru dipakai. Malas mahu bertekak.
Bertekak seminit sahaja 10 cubitan akan hinggap ke lengan, pipi ataupun
pahanya.
“Kau nak kemana?” jerit
Sara sebaik sahaja Ajak berlalu meninggalkannya dengan motor vespa milik
ayahnya.
“Dating bawak vespa, nak aku
terkangkang –kangkang macam katak atas motor tu. Dah lah tu panggi cinta aku tu
kedondong!!!. Blah ar!!!” Sara menyepak batu di hadapannya.
“Ha! Sepak batu tu!
Kenapa tak sepak mak kau ni sekali?. Dari tadi aku suruh kau pergi kedai beli
belacan kan?” bebel Cik temah dari muka pintu.
“huk aloh... lupa lak!
Nampak ajak jer tadi terus lupa mak. Sara pergi dulu ya!!” cepat – cepat sara
berlari anak menuju ke kedai Abang Samad.
Melihatkan sahaja motor
vespa yang ditunggang Ajak tadi tersadai di bawah pokok jambu, hati Sara
sedikit kacau. Mahu atau tidak, dia
terus menapak masuk ke dalam kedai.
“Abang ajak ni kan!!!!”
rengekan manja itu sangat – sangat dikenalinya. Jelly !!!! memang musuh dari
dalam kandungan lagi!. Sengaja je nak caras pakwe orang. Ingat senang aku nak
mengurat si Ajak tu?. Penat aku rasuah adik Ajak supaya serahkan surat berbedak
tu sekali seminggu. Ingat tak penat buka google cari ayat power rangers!!...
geram benar Sara waktu itu. bertambah sakit apabila Ajak turut ketawa bersama. Macam
pasangan bahagia pula!
“kau ni dah besar – besar
pun nak merengek. Pi balik! Mak kau tengah tunggu kat rumah nak bagi
breastfeeding tu!” agak kuat suara Sara hingga mereka yang lain memandang ke
arahnya.
“Sara!” Ajak menarik
tangannya ke luar.
“Apa?. Marah?. Ingat aku
tak tahu pasal si Jelly dengan kau ?” tngan Ajak yang masih menyentuhnya
ditepis kuat.
“Kau selalu buat hubungan
kita jadi susah kan?” Ajak seperti sudah hilang bicara lagi untuk menerangkan
betapa Sara berada di dalam hatinya. Kekal tetap di situ.
“Aku benci kau Ajak. Kita
putus!” Sara menangis – nangis.
“Sara....” Ajak cuba memujuk
lagi.
“kau hanya nampak salah
aku tapi tak nampak salah kau!” Ajak pula membalas kata – kata Sara. Terbeliak mata
Sara memandang Ajak.
“Pernah kau layan aku
macam kekasih?. Panggilan pun ‘kau’ ‘aku’. Nak keluar dating asyik ikut kau
saja... semuanya pasal kau”
Hanya nafas yang turun
naik mengisi ruang sementara Sara menjawab kata – kata Ajak tadi.
“ok... ini kau punya
permintaan kan?.... kita putus!!!” Ajak terus pergi tanpa menoleh ke arah Sarah
lagi.
Lima tahun berlalu.....
Ajak yang sudah pun
menjadi seorang usahawan yang berjaya tetap pulang ke kampung untuk bertemu
dengan ibunya, Mak Bie. Arwah ayahnya sudah meninggal dua tahun yang lepas.
Sejak perpisahan mereka
lima tahun yang lalu, tiada wanita pun yang berjaya mengisi kekosongan hatinya.
“Bila nak kahwinnya
ajak... takkan sampai mak mati pun tak dapat timang cucu” rungut Mak bie. Ajak
senyum kelat.
“Ke,........ masih
mahukan Sara” Mak Bie mengerling seketika. Tangannya berhenti daripada terus
melipat kain yang baru diangkatnya dari jemuran.
“Kasar – kasar pun kamu
rindu ya?” Kali ini Mak Bie sengih pula.
“Dia kedondong, mak” Ajak
membelek – belek suratkhabar yang tidak langsung menarik minatnya.
“Apa?.. kedondong?”
tergelak pula Mak bie mendengarnya. Banyak – banyak buah mengapa mesti
kedondong?..
“Ye lah.... kulitnya
masam tapi kalau kupas kulitnya, manis mak!. Dia tu nampak sahaja kasar tapi
kalau tiba mood romantik, aishhhh.. susah nak lupa mak” sengih Ajak.
“Romantik tak romantik
pun, mak tak pernah nampak dia sekarang ni. Cik temah pun dapat jumpa sekali
setahun. Tahun lepas dia dah habis belajar tapi terus kerja di KL tu. Kamu tak
jumpa dia ke Ajak?” Mak bie menyoal.
“Hmm... Ajak kerja di
Petaling Jaya mak, bukannya KL”
“bukan jauh mana pun..”
Mak Bie gelak tetapi nadanya penuh dengan sindiran.
Ajak tersenyum sendiri,
*********
“Sara nak jumpa kawan
sekejap, Lina” senyum Sara. Dia yang menyarungkan kasut tinggi itu memandang
Lina, rakan serumahnya.
“Nak kirim apa – apa?”
soal Sara.
“Kirim penampar!” gelak
Lina dan satu tamparan lembut hinggap ke pipi Lina.
“Aku dah bagi... jadi aku
tak ada hutang” senyum sara.
Keretanya di pandu masuk
ke dalam tempat parking kondo Arisan, milik Gina. Ada jamuan sempena hari lahir
suaminya yang ke 35 tahun. Perlahan – lahan kakinya merapati pintu rumah Gina
yang terbuka luas.
“Assala....”
Terdiam.,...................
“mualaikum Sara” spontan
Ajak menyambung perkataan yang tergantung itu. Sara berundur ke belakang dan memandang
nombor rumah Gina. Bimbang jika tersalah rumah.
“Ini rumah Gina, tak salah
alamatnya” senyum Ajak. Walaupun sedikit menggeletar namun sebagai lelaki
dikaburkan segalanya supaya Sara nampak dia lebih tenang.... walhal...
“Ooo... ok” Sara terus masuk ke dalam rumah. Ajak
memejam matanya dan tersenyum lucu. Kau masih macam dulu....
Ajak dan Sara banyak
membisu. Mata mereka bertentangan tetapi cepat – cepat ditundukkan. Mengapa mesti
rasa malu sedangkan lelaki itulah yang kau cubit berkali – kali suatu masa
dahulu.
Akhirnya pertemuan itu
berakhir begitu sahaja tanpa mengambil sebarang nombor telefon mahupun alamat
facebook. Kesal!!!!!
***********
“Aku tak tahulah
Temah.... dia kata suka makan kedondong rumah kau ni tapi bila aku bawa balik
tak pula dia makan” rungutan Mak Bie disambut dengan gelak besar oleh Cik
Temah.
“Dia nak kedondong lain
tu....” Cik Temah mengagak.
“Kau ada tanam kedondong
lain ke Temah?” Mak Bie mengibas – ngibas lehernya dengan selendang. Makin pening
dibuatnya.
“Dia nak kedondong yang
ada kaki untuk dia bawa berjalan, tangan untuk di pimpin, hati untuk dia jaga”
sengih Cik Temah.
“Maksud kau, Sara?” soal
Mak Bie. Lambat pick up betul mak Bie nih!.
“Sara cakap dia tak kisah
aku kahwinkan dia dengan siapa. Kau pula Bie?” soal Cik Temah.
“Dia nak kedondong kau
ler.,.. hahahaha”
Berderai tawa wanita
lanjut usia yang tawanya mengalahkan budak tadika dapat ribena! Kening diangkat
– angkat dan tawa meletus lagi.
**********
“Aku nikahkan dikau
dengan Nur Sarah Alisha bin Hamdan dengan mas kahwin lima lapan puluh ringgit
tunai!!!” genggaman tangan Ajak digoncang dan dengan sekali lafaz Sara dan Ajak
sah menjadi suami isteri walaupun tidak pernah bertemu janji ataupun berjumpa
sebelum pernikahan. Itu permintaan Ajak. Dia Cuma mahu berjumpa dengan Sara
sewaktu majlis pernikahan kerana bimbang akan berlakunya pergaduhan seperti
dahulu dan mereka berpisah sekali lagi.
Ajak memandang ke
belakang. Melihatkan Sara yang memandangnya dengan pandangan yang menggoda,
hatinya menjadi tidak tentu arah. Hanya satu doa Ajak......Minta – minta cepatlah
malam..........
*************
Jam sudah pukul 12 malam.
Ajak dan Sara berpandangan sesama sendiri dan tersenyum malu.
“Tak pernah nampak sayang
malu – malu begini”
Kata – kata Ajak buat
Sara mahu tergelak.
“Abang tak pernah panggil
sayang sebelum ni. Dulu pun tak pernah” senyum Sarah.
“Abang?..................
aduh sayang!!!!” Ajak mengucup satu persatu jari Sara.
“Buat apa ni?” soal Sara.
“Gwiyomi!...hehehhehe”
Jawapan Ajak buat Sara
terhibur. Terus dicubitnya pinggang Ajak.
“Sayang.... abang rindu
betul cubitan kedondong sayang...” akui Ajak. Sara gelak lagi. Ini Sara yang sekarang,
kalau Saya yang dulu, pasti akan terjadinya pertengkaran. Sara tak suka Ajak
panggil dia kedondong!
“Abang kenapa suka sangat
panggil Sara kedondong?” soal Sara.
“Hahhahaa... sebab dulu
Sara macam jantan tapi baik di dalam. macam kedondong, buruk benar rupanya...
kihkihkihkih. Tapi sekarang abang tak nak panggil kedondong.... abang nak
panggil Sara isi kedondong” makin galak dia mengusik.
Satu lagi cubitan hinggap
ke pinggangnya.
“Hmmm..... kita kena
jimat elektrik. Mari kita tutup lampu, isi kedondongku sayang” sengih Ajak.
“ABang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
******TAMAT******
Haha haha haha.....x hbs dgn kedondong....org dah voguepun kedondong lg dipanggilnya.....tp betul ek,isi dia manis? Mcm dulu mkn masam jerrrr.....😎
ReplyDeletekadang2 masam gak. tapikan saj, yang memasamkan kedondong tu kulitnya. tak caya, beli kedondong, rasa kulit dulu... maaam. pas tu kupas... manis rasanya. tapi ada gak kedondong masam kehkehehe
DeleteHd: (Y)
ReplyDelete