Saturday 28 September 2013

ROMANTIKA KITA - bab 14

BAB 14

Perbicaraan diteruskan lagi. Iman cuba untuk terus memberikan sokongan kepada Budi Irsyad walaupun dia terpaksa mendengar segala yang mampu merobek hatinya.

Yatie memandang Budi Irsyad yang duduk di sebelah Dato Hijaz dan kemudiannya berlalu dua tapak ke hadapan.

“ undang – undang menetapkan bahawa jika mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali!. Saya dapat tahu Encik Budi Irsyad hanya memaklumkan kepada pihak JKM selepas sebulan menjaga Muhammad Izzat. Jadi saya nak panggill seorang saksi dari JKM. Puan Munirah agar memberikan penjelasan” Yatie memandang Puan Munirah yang berhati – hati duduk di kandang saksi kerana kakinya yang tempang. Senyuman yang puas mula terukir.

“sila beri keterangan siapa Puan Munirah berkaitan kes ini?” soal yatie. Puan Munirah memandang satu persatu wajah yang merenungnya. Lebih – lebih lagi Budi Irsyad.

“Saya Munirah Binti kassim yang bekerja sebagai pengurus di Jabatan Kebajikan Masyarakat”

“Adakah Encik Budi Irsyad  mendaftarkan Muhammad Izzat bin Abdaullah kurang dari seminggu sepertti tempoh yang ditetapkan?”  Yatie memandang seketika wajah Dato HIjaz.

“Tidak!” jawab Puan Munirah.

“Itu sahaja yang arif” Yatie duduk kembali di tempat duduknya.

Dato Hijaz pula mengambil tempat. Dia tersenyum menghampiri Puan Munirah.

“puan Munirah.... jika anak yang Puan Munirah mahu jadikan anak angkat itu diserang demam panas yang teruk hingga dimasukka ke wad icu selama tiga hari dan kebetulan anak Puan Munirah itu tidak mahu berenggang di saat dia sakit begitu, adakah Puan Munirah akan meninggalkannya untuk mendaftar ke Jabatan kebajikan masyarakat?”

Terdiam....

“bantahan!”

Dato HIjaz meoleh . matanya tepat merenung Yatie. Sangkaan yatie meleset..fikirnya Dato Hijaz akan melenting tetapi lelaki berusia 51 tahun itu tetap tenang seperti biasa..
“pihak defenden... teruskan sahaja kepada fakta” Dato Suraya membongkokkan sedikit badannya. Penat!.

“Baik yang arif”. Dato Hijaz mmengambil laporan kesihatan daripada hospital swasta di mana Izzat menerima rawatan demam panas yang kritikal selepas sehari dia diselamatkan oleh Budi Irsyad.

“Ini laporan kesihatan yang ditulis oleh Doktor pedreatik hospital berkenaan. Izinkan saya memanggilnya ke kandang saksi”

Dato Suraya mengangguk. Keizinan diberikan. Iman yang berada sedikit jauh dari Budi Irsyad dapat merasakan pilu di hati suaminya. Setiap kali budi Irsyad bercerita mengenai bagaimana dia hampir kehilangan Izzat, air matanya akan mengalir. Kini..... semuanya itu akan diungkit malah dikorek lebih dalam lagi....

Ya Allah.... kuatkan dia!!!!! .. Iman menutup matanya. Saat ini hanya kuasa Allah yang mampu memberikan kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

Doktor Nicole Nair sedikit gementar. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia duduk di dalam kandang saksi yang selama ini di tonton di kaca televisyen sahaja.

“Saya Doktor Nicole Nair yang bekerja sebagai pakar pedriatik di hospital  Mesra medical centre cawangan bangsar. Saya menjadi doktor yang merawat Muhammad Izzat yang ketika itu mengalami Hyperpyrexia iaitu demam yang suhunya  dalam dan melebihi 41.5 darjah celcius. Di dalam keadaan tersebut, Muhammad Izzat lebih selesa berada di dalam penjagaan Budi Irsyad malah saya yang mencadangkan agar Encik Budi Irsyad mengutamakan kesihatan Muhammad Izzat dahulu berbanding proses pengambilan anak angkatnya. Muhammad Izzat kritikal dan keadaanya sewaktu itu boleh mengancam nyawanya” terang Doktor Nicole Nair.

“Mungkin... tidak perlu untuk saya nyatakan di nahkamah mengenai perkara ini tetapi saya ingin juga nyatakan. Izinkan saya ya yang arif?” pinta Doktor Nicole Nair. Dato Suraya memberi keizinan.

“Saya telah merawat lebih daripada 200 kanak – kanak sepanjang saya bergelar doktor pada waktu itu tetapi itulah kali pertama saya melihat sendiri bangaimana seorang ayah angkat sanggup melepaskan segalanya demi anak angkatnya. Muhammad Izzat sentiasa dipangkuannya kerana dia akan menangis jika berjauhan dengan encik Budi Irsyad. Yang Arif, bayi yang masih belum tahu apa – apa itu, menggenggam jari telunjuk Encik Budi Irsyad dengan kuat sehingga dia tertidur setiap kali berjaga. Matanya memandang Encik Budi Irsyad seolah – olah itu sahaja ayah dan ibunya di dunia ini. saya dapat tahu, syarikat Encik Budi Irsyad mengalami masalah kerana kegagalan Encik Budi Irsyad menghadiri mesyuarat untuk membentangkan proposal. Yang arif, dia seorang ayah yang baik malah lebih baik daripada ayah – ayah kandung yang lain” ada genangan air mata di kelopak mata Doktor Nair. Dato Suraya mengangguk dan perbicaraan ditunda lagi.

Dato Suraya terus masuk ke dalam tandas. Dia duduk di atas mangkuk tandas yang tertutup dan menahan sesuatu yang tersimpan selama ini. dadanya dipagang lama.

“Reen.... Izzat seperti Reen. Begitu payah untuk mama pertahankan Reen dari ibu Reen yang hanya mahukan harta papa Reen. Sakit Reen.... mama sakit! Hati mama pedih!.....” ujarnya perlahan. Tangisannya menjadi sedikit kuat.

Reen adalah anak angkatnya. Dato Suraya tidak berkahwin sehingga kini kerana terlalu menyayangi anak yang bukan lahir dari dalam rahimnya sendiri itu. Reen adalah anak arwah teman rapatnya dahulu yang hanya mempergunakan Reen yang ditinggalkan itu untuk menuntut harta yang dimiliki oleh bekas suaminya. Kerana terlau tamak, ibu  kandung reen kemalangan dan meninggal dunia saat dia tersenyum kerana mahkamah menyebelahinya. Sewaktu dia mahu mengambil Reen dari Dato Suraya, dia kemalangan jalan raya dan menghembuskan nafasnya waktu itu juga. Reen tiada siapa lagi. Neneknya yang dari dahulu bencikan ibu kandung Reen tidak pernah menganggap Reen itu cucu kandungnya.

                                    ********************

Akma terdiam dan duduk sendirian di bangku luar mahkamah. Dia memandang Budi Irsyad dan  Iman yang baru sahaja keluar. Perlahan – lahan dia mengatur langkah menghampiri mereka berdua.

“Budi...” ada sisa tangisan pada wajah Akma. Iman hanya merenungnya,

“Betul apa doktor tu kata?” soal Akma. Budi Irsyad menentang mata Akma.

“Aku tak perlu jawab soalan itu. aku lakukannya demi izzat bukannya kau, Akma!. Dia memang hak kau tapi saat kau meninggalkan dia begitu sahaja..hak kau sebagai ibu pada aku.... sudah lebur!”

Dato Suraya dan Dato Hijaz yang baru sahaja keluar dari bangunan itu terpampan apabila melihat tubuh Akma perlahan – lahan terduduk menyentuh lantai. Iman memandang Budi Irsyad yang masih tenang. Kaki Budi Irsyad di sentuh.

“Kau selamatkan dia.... kau hampir hancurkan syarikat yang kau bina dari mula itu demmi izzat... aku kejamkan?” tersedu sedan Akma menangis di kaki Budi Irsyad, tidak sampai hati pula Budi Irsyad melihat ibu kepada Izzat itu duduk sambil menangis memegang lututnya. Bagu AKma disentuh dan  Akma bangun tanpa memandang wajah Budi Irsyad.

Dato Suraya tersenyum. Dato HIjaz juga begitu tetapi dia harus lekas...

“Aku akan tarik balik semuanya. Aku akan pergi dari sini, Budi! Demi kamu berdua, orang yang paling aku sayang”

Iman tersentak.

Budi Irsyad memandang seketika dan terus memimpin tangan Iman berlalu dari situ. Akma memandang mereka dengan tangisan yang masih belum reda.

                                    ****************

Mengejutikan!

Akma menarik balik tuntutan mahkamahnya untuk merampas Izzat dari Budi Irsyad. Hari ini adalah hari terakhirnya di Malaysia., dia mahu menetap terus di luar negara. Apa lagi yang ada di sini?....

Beg yang sedang dikemas dibiar seketika. Loceng pintu rumahnya berbunyi. Akma membuka pintu.

“Izzat!!!!!!” AKma terus memeluk Izzat. Budi Irsyad dan Iman yang berada di belakang memandang tenang wajah Akma yang sedikit pucat itu.

“Tak usah pergi.... ibu”

Akma terkejut! disentuhnya pipi Izzat.

“Kau nak buat silap lagi?. Kau nak dia tuntut kau kat akhirat pula?” soal Budi Irsyad. Akma bangun memandang Budi Irsyad.

“Kau benarkan aku jumpa dia?” soal Akma.

“Kita gilir seminggu sekali. Dia berhak menyayangi ibu kandungnya, Akma. Tapi kau perlu jujur. Jangan kau bawa dia pergi dari aku” pinta Budi Irsyad dan Akma memandang Izzat. Senyuman Izzat menenangkan hatinya., Iman tersenyum.

“Tapi hanya Izzat?. Kau?. Kau memang mahu aku di sini juga kan?” soal Akma...

Iman bagai dihempap batu besar. Dia tahu bakal ada sesuatu yang merobek hatinya nanti. Ya... Akma sudah berubah! Baik dengan anaknya... tetapi dia juga ingin berbaik dengan lelaki yang dipanggil ayah oleh anaknya!.


5 comments:

  1. Oh tidak...budi jgn balik semula dgn skma.jgn...berkecailah hati iman...

    ReplyDelete
  2. if budi cair dgn akma, malas nk minat ngan budi irsyad lg!!! x suka10x

    ReplyDelete
    Replies
    1. inaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
      budi kata... sampai hatimuuuuuuuuuuuuu

      Delete