BAB 13
"Bukan.
saya tidak ada di sana sewaktu pergaduhan itu terjadi. saya hanya menunggu di
luar. lagipun waktu di London itu sudah pun pukul 3 pagi. mungkin puan akma
memutar belitkan cerita" Budi Irsyad beriak tenang.
Yatie
seperti mahu mendidih darahnya. satu hentakan dilepaskan di palang kandang
saksi. dadanya berombak kencang. muka yang sedikit tunduk itu diangkat kembali
dan mata dia dan Budi Irsyad bertentangan. getar!!!! itu yang dia masih
rasakan. matanya dipejam seketika dan terbuka setelah namanya dipanggil oleh
Dato Suraya.
"kawal
diri anda. ini mahkamah" renungan tajam itu dibalas dengan anggukan tanda
faham.
"itu
sahaja" yatie duduk kembali.
"Kau
memang melampau. kau malukan aku lagi!" Yatie berbisik dan Akma hanya
membisu.
"Pihak
defendan.. silakan" Dato Suraya semakin berminat tahu segalanya.
"Saya
mahu panggil seorang saksi" suara Dato Hijaz bagai guruh yang menghentam
kesunyian di hati Akma. dia segera dia menoleh ke belakang.
Tan sri
Khalil duduk di dalam kandang saksi. Akma memicit - micit kepalanya. bagai
tidak sanggup berada di situ lagi.
"Adakah
Tan Sri Khalil mempunyai hubungan sulit dengan Akma dahulu?" Dato HIjaz
menyoal tenang.
"Bantahan!...bantahan
yang arif" seperti sudah tiada upaya yatie saat itu.....
“bantahan
di tolak” serius Dato Suraya.
Bagai
sudah kering air liur dalam mulut Yatie. Rasa terseksa apabila dihentam satu
persatu dalam mahkamah. Dia rasa seperti dijunam ke dalam gaung pada waktu itu.
Dengan
hati yang berat Tan sri Khalil mengangguk lemah. Agak kecoh mahkamah pada waktu itu.
“Adakah
Izzat anak tidak sah taraf Tan Sri Khalil bersama Akma?” Dato Hijaz sengaja
menyucuk duri yang lebih tajam di dalam emosi yatie dan Akma.
Tan Sri
Khalil memandang Iman yang duduk agak jauh darinya. Tan Sri Khalil menundukkan
kepalanya. Agak lama sebelum di soal sekali lagi.
Iman
sudah pucat lesi wajahnya. Andai terlewat sekali pun untuk dia berharap, namun
tetap hatinya memohon pada Allah agar Izzat itu bukan anak papanya.
“Tidak!”
Lega hati
Iman pada waktu itu.
“itu anak
kau!!!!” jerit Akma. Dato Suraya
mengarahkan Akma bertenang. Mendengar pekikan Akm sebentar tadi,
perasaan lega Iman bertukar bimbang semula.
Tan Sri
Khalil menarik nafas dalam – dalam. tekadnya hanya satu..... membahagiakan Iman
dengan kebenaran yang patut dibongkarnya walaupun terpaksa menanggug malu.
“Saya
tiada mampu untuk ...... “ Tan Sri Khalil tunduk lagi.
“Sewaktu
saya mula – mula berkenalan dengannyamemang saya ada melakukan sesuatu yang
tidak elok tetapi Allah itu maha berkuasa, sejak isteri saya meninggal
dunia..... saya tidak mampu menjadi elaki yang sejati lagi. Saya mati pucuk!”
Akma
tersentak. Iman menangis.
“Ini
surat doktor dari pakar perubatan Hoskins medical centre, London” Dato HIjaz
menyerahkan satu ail perubatan mengenai masalah kesihatan Tan Sri Khalil.
Akma
bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Yatie juga hilang buah fikiran waktu itu.
mahu ataupun tidak dia terpaksa menguatkan kakinya untuk melangkah menghampiri
kandang saksi Tan Sri Khalil.
“Tan Sri
Khalil..... bukankah sewaktu Puan Akma hamil, Tan Sri masih berhungan
dengannya?” – Yatie.
“Ya...
tapi saya hanya menjaganya begitu sahaja. malah, kami tidak tinggal serumah
seperti dahulu. Saya hanya memberikannya wang untuk dia menyara hidup
sehinggalah Budi Irsyad menjainkan hubungan dengannya” – Tan Sri Khalil.,
Tiba –
tiba ada sesuatu yang bagai menyusuk perasaan Iman. Sakit pula hatinya
mendengar semua cerita mengenai Budi Irsyad dan Akma suatu ketika dahulu.
Perbicaraan
akan bersambung seminggu lagi.
**********
“Abang
nampak Iman murung hari ni” Budi Irsyad memegang kedua belah bahu Iman yang
sedang duduk di hadapan meja solek.
“Tak ada
apa, abang” senyuman Iman sangat tawar hingga mampu untuk Budi Irsyad
tafsirkannya.
“Itu dulu,
sayang. Sejak sayang ada, tiada langsung rasa rindu, cinta atau pun kasih buat
dia” perlahan – lahan jari jemarinya menyisir lembut rambut Iman.
Tiada kata
– kata lagi yang lahir dari mulut Iman. Dia terus bangun dan baring di katil.
“Selamat
malam sayang” ucapnya. Matanya dipejamkan.
Budi Irsyad tahu duka di hati Iman. Dia tidak mahu mengganggu Iman yang sedang
bertarung dengan kepercayaan dan keyakinan. Budi Irsyad keluar dari bilik dan
sempat lagi menoleh Iman yang masih terbaring kaku.
Sebaik sahaja
pintu di tutup, Iman membuka kelopak matanya. Air jernih mengalir dan Iman
membiarkannya sahaja. pedih hatinya......
Hd : hmmm...mcmana ya kalau kita ditempat iman? Thanks Puan Penulis idea anda mengusik jiwa menguis hati...
ReplyDeleteOh no....ayah....suami...masing2 ada kaitan dgn akma....nasib baik izzat bkn adik iman...wah bestlah cik writer....satu konflik yg jrg2 jumpa dlm naskah....
ReplyDelete