Wednesday 11 September 2013

ROMATIKA KITA - bab 10-11

BAB 10

Rambut paras bahu Iman yang terlepas bebas itu  bergerak – gerak di tiup angin. Perlahan – lahan Budi Irsyad menghampirinya dari belakang dan meniup lembut telinga isterinya sambil mengintai manja.

“Ab..”

Pelukan Budi Irsyad semakin kuat sehingga menenggelamkan perkataan yang ingin Iman tuturkan. Satu kucupan hinggap ke telinganya. Lembut dan mendamaikan...

“Sayang seronok kita berdua di sini.... hanya kita” kali ini tangan Budi Irsyad memusingkan tubuh Iman agar menghadapnya. Iman senyum manis dan mengangguk malu. Budi Irsyad merapatkan lagi tubuh Iman menghampirinya.

“sayang bila malu – malu begini buat abang lebih teruja” bisik Budi Irsyad lagi. Iman gelak. Dia cuba meloloskan diri dari pelukan Budi Irsyad yang tidak longgar walaupun seketika.

“Nak pergi mana hmm?” kali ini Budi Irsyad berbisik di sebelah kiri telinga Iman pula.

“Saat ini sayang milik abang tau” dagu Iman di cuit mesra.

“Abang....”

“Ya sayang...”

“Petang lagi ni.,.....” senyum Iman. Budi Irsyad gelak pula. Perlahan – lahan dia melepaskan rangkulannya. Sebaik sahaja tangan Budi Irsyad menjauhi hangat tubuhnya, Iman menangkap kembali tangan lelaki idamannya.

“Aik???” Budi Irsyad angkat kening.

“terasa sejuk bila tangan ini menjauhi Iman....” senyum Iman. Budi Irsyad senyum nakal.

“sayang...” panggil Budi Irsyad,

“Ya...”

“Petang lagi ni,......” gelak Budi Irsyad dan serta merta wajah Iman merah padam. Cepat – cepat dia masuk ke dalam bilik air. Percutian berdua begini selalu menghangatkan kembali hubungan mereka berdua. Budi Irsyad merenung pintu bilik air dan akhirnya ketawa lucu. Hampir 15 minit Iman di dalam bilik air. Dia hanya berdiri dan tersenyum nakal. Akhirnya pintu bilik air dibuka. Terkejut besar dia apabila melihat Budi Irsyad berada betul – betul di hadapannya.

“nak jalan – jalan sepanjang pantai?” soal Budi Irsyad.

“Abang tak nak dukung Iman ke nanti?” soal Iman.

“Timbang dulu. Kalau ringan .... ok” seloroh Budi Irsyad. Iman mencubit geram.


Berpegangan tangan sambil berbual mesra membuatkan Budi Irsyad lupa pada segala masalah. Jari jemari Iman yang semakin hangat setiap kali di genggam menghangatkan lagi perasaan cintanya pada ibu kepada Yuli itu. sesekali Iman melentokkan kepalanya ke bahu Budi Irsyad dengan manja. Penenang jiwanya itu sememangnya membuatkan rasa bahagia dalam dirinya meluap keluar. Rasa rindu pada Budi Irsyad sentiasa mekar. Rindu itulah penyebab cintanya semakin dalam.

“Iman rindu kalau abang pergi kerja” luah Iman. Dia berhenti melangkah. Budi Irsyad hanya mengangkat keningnya.

“Abang rindu kalau Iman terlepas dari di sentuh abang walaupun sesaat” balas Budi Irsyad.

“Iman rindu kalau bibir ini berhenti melontarkan bicara” Iman duduk di atas ribaan Budi Irsyad. Batu besar yang terlindung itu membolehkan mereka berdua memadu cinta tanpa gangguan.

“Abang rindu kalau mata ini tak mengiringi setiap langkah abang”

Iman senyum. di elusnya pipi Budi Irsyad dengan lembut.

“Kalaulah abang tahu betapa cintanya Iman pada abang....” satu kucupan hinggap di tangan Budi Irsyad.

“Kalaulah Iman tahu betapa gilanya abang pada Iman. Kegilaan hati ini lebih bahaya dari segala gila yang ada. Setiap hari rayuan Iman buat abang lemah. Senyuman Iman buat hati abang sentiasa berbunga mekar” kali ini Budi Irsyad pula membelai pipi Iman.

“Pandai bermain kata – kata” jeling Iman.

“Tapi itu bukan sekadar kata – kadar. Itu penjelmaan rasa hati” gelak Budi Irsyad.

“Sayang....” rayu Iman.

“Iman suka merayu begitu...tahu saja kelemahan abang” Budi Irsyad mengerling.

“Ala.....” rajuk hatinya mula menjengah. Cepat – cepat Budi Irsyad menarik Iman ke dalam pelukannya.

“Ok... nak apa sayang”

Iman merenung mata Budi Irsyad.

“Nak apa sayang?” Budi Irsyad masih menanti akan jawapan dari pemilik sukmanya.  Perlahan – lahan Iman mendekati telinganya seperti mahu berbisik.

“Iman teringin....” bisik Iman.

“Apa?”

“Gigit telinga abang!!!” Iman terus berlari sebaik sahaja menggigit kuat telinga Budi Irsyad.  Geram pula Budi Irsyad waktu itu. dikejarnya Iman sehingga tangannya dapat merangkul pinggang ramping Iman.

“Ok...ok... sorry!!!!” rayu Iman.

“Apa  yang ok?. Meh sini!!” Budi Irsyad pula ingin menggigit telinga Iman. Kakinya ibarat hilang rentak apabila melarikan diri dari budi Irsyad.

“Sayang...” gelak tawa Iman meredakan keresahan di hati budi Irsyad. Tekadnya satu, biar hanya dia yang menanggung segalanya. Tidak mahu Iman turut serta melalui segala keperitan dalam perebutan Izzat.


                                       ****************

Dato Hijaz telah diupah untuk mewakili Budi Irsyad di mahkamah nanti sementara Peguamcara  Yatie pula menjadi peguam bagi pihak Akma. Penyelesaian di luar mahkamah tidak berjaya kerana Akma langsung tidak mahu bertolak ansur.

Suasana mahkamah hening. Dato Suraya binti Tan Sri Kamarul mengarahkan supaya sesi perbicaraan dijalankan pada pagi itu. Tiada satu kerlingan pun yang di hadiahkan buat Akma malah hati Budi Irsyad semakin sakit.  Izzat duduk di belakang bersama – sama Iman. Dia yang kurang pasti mengapa namanya disebut – sebut hanya memandang Iman dua tiga kali.

“Mama...” Izzat menggoncang tangan Iman.

“Izzat sayang papa kan?” soal Iman dengan nada yang berbisik. Terus kepalanya mengangguk yakin.

“Doa pada Allah agar kita sentiasa bersama” pipi Izzat dikucup perlahan. Dato Suraya terpandang tindakan seorang ibu angkat buat anaknya.

Peguamcara Yatie memulakan soalannya.

“Wajarkah seorang ibu dipisahkan daripada anaknya?”


“Bantahan!!” awal – awal lagi Dato Hijaz membantah.

“Dia yang memisahkan dirinya sendiri dari anaknya. Kenyataan itu tidak benar sama sekali” tenang sahaja suara Dato HIjaz.

Hakim Dato Suraya menerima bantahan itu.

“jangan keluarkan kenyataan yang bukan fakta” satu amaran di berikan.

Peguamcara Yatie mengangguk dan meneruskan perbicaraan .

“Setiap manusia melakukan kesalahan. Tidak kecuali juga dengan Puan Akma. Sepatutnya pihak encik Budi Irsyad bertolak ansur mengenai soal penjagaan Izzat tetapi kegagalan pihak encik Budi Irsyad membuatkan pihak anak guam saya mahu mengambil tindakan. Itu sahaja yang arif” Peguamcara Yatie mengangguk dan terus duduk di sebelah Akma. Tangan Akma digenggam erat.

Dato HIjaz pula bangun. Sebenarnya Budi Irsyad amat terseksa dengan situasi ini. sesekali dia memandang Izzat yang seolah – olah bingung.

“Untuk pengetahuan pihak anda, anak guam saya telah mengambil Izzat sebagai anak angkat yang sah. Ini buktinya” sehelai kertas dihulurkan. Puan Yatie terus memandang Akma yang sebenarnya agak terkejut.

“Encik Budi Irsyad mengambil Izzat yang telah ditinggalkan oleh Puan Akma 9 tahun yang lepas. Jadi kalau diikutkan , uan Akma telah membuang anaknya sendiri dan Encik Budi Irsyad telah mengambilnya dan menjaga Izzat sehingga sekarang.rasanya itu sudah cukup untuk difahami. Itu sahaja yang arif”

Budi Irsyad meletak kepalanya di kedua belah tangan yang tertongkat di atas meja. Dia pedih. Izzat terpaksa mendengar semua ini.

Perbicaraan berlangsung tanpa sebarang masalah. Izzat sedikit terkesan dengan semua yang disaksikannya saat itu. bola matanya seiring resah hatinya. Ada genangan di kelopak matanya.

“Maafkan papa....” Budi Irsyad memeluk tubuh Izzat . perlahan – lahan Izzat membelai rambut Budi Irsyad dengan senyuman.

“Izzat sayang papa dan mama Iman...”

Kenyataan dari Izzat itu melemahkan segala sendinya. Terjatuh tangannya kelantai saat dia mencangkung membelai pipi Izzat.

“Abang..” Iman senyum. sebenarnya cuba tersenyum untuk meluruskan kekusutan yang bersarang pada emosi dan fikiran Budi Irsyad. Iman mendekati Budi Irsyad yang sedang menekup wajahnya dengan telapak tangan.

“Kuat demi dia....senyum demi dia.... biar dia tahu tiada derita di hati kita untuk dia” bisikan itu dibalas dengan anggukan oleh Budi Irsyad. Dia berpaling dan mengesat air matanya.

“Izzat!!” Akma memanggil lembut

“papa... kita balik sekarang” Izzat terus menarik tangan Budi Irsyad dan Iman ke kereta mereka. Akma terbehenti langkahnya.

Dato Suraya memandang situasi itu dan hanya termenung beberapa ketika. Ada sesuatu menusuk jiwanya.




Bab 11

Dato Suraya yang sedang membeli belah bersama anak daranya tersenyum gembira. Gurauan dua beranak itu menarik perhatian Iman yang kebetulan ada di pusat membeli belah itu.

“Assalamualaikum, Dato Suraya” senyum Iman.

“Waalaikumussalam... awak ni isteri Budi Iryad kan?” ramah sekali Dato Suraya. Tidak seperti di meja penghakiman, dia  lebih tegas dan wajahnya sedikit serius.

“Ini anak?” soal Iman.

Anak daranya, Reen bersalaman dengan Iman. Remaja berusia 16 tahun itu kelihatan sangat manis. Lebih –lebih lagi dengan tudung yang menutupi rambutnya.

“Tak mengapa ya Dato, saya pergi dulu” senyum Iman. Dato Suraya sedikit terkesima. Riak wajahnya disedari Iman.

“Kenapa Dato?” soal Iman sambil menggaru – garu keningnya.

“Awak tak mahu merayu untuk kes Izzat seperti orang lain?” soal Dato Suraya. Iman tenang sekali menerima soalan tanpa dia duga itu.

“Saya tiada kuasa mahu pun hak untuk membantah takdir Allah. Tapi saya yakin, Allah akan beri yang terbaik buat Izzat. Saya berdoa pada tuhan yang menciptakan saya, Budi dan Izzat... hanya dia tempat saya meminta pertolongan. Dato, saya tidak mahu membuatkan Dato serba salah dalam menjalankan tanggungjawab Dato sebagai hakim yang baik. Jika Allah buka hati Dato untuk membuat sebarang keputusan.....itu adalah keputusan pencipta saya. Siapa saya mahu menidakkan apa yang telah tersurat. Walaubagaimanapun saya tidak menafikan yang saya sentiasa berdoa agar Allah membuka hati Dato memilih lelaki , ayah  dan suami yang terbaik itu sebagai lelaki penting dalam hidup Izzat” senyum  Iman. Setelah bersalaman, Iman terus pergi.

Mata Dato Suraya tidak melepaskan langkah Suraya walaupun seminit dari pandangan matanya.

“Reen tak kenal dia.... tapi dia buat Reen kagum” Reen memeluk bahu dato Suraya yang hanya mengangguk setuju.

                                            *******************

“Aku tak tahu pula dia dah ambil Izzat sebagai anak angkat yang sah” AKma menggosok – gosok wajahnya dengan kasar. Peguamcara Yatie termenung seketika.

“Aku dah kata kes kau susah sikit sebab kau yang tinggalkan Izzat”keluh Peguamcara Yatie.

“Tapi tak mustahil” balas Akma pula.

“ya .. kebarangkalian tak mustahil tu tipis ya amat!’ jeling Peguamcara Yatie. Akma menjeling teman sekolah lamanya dahulu.

“Kalau main cara kotor?” Akma terus bangun dari kerusi.

“Kau jangan main – main dengan undang – undang!” Peguamcara Yatie cuba memberi peringatan. Akma mencebik dan terus ke luar dari pejabat peguamcara Yatie.

                                        **********************

“Suprise!!!!” pintu yang terbuka itu membuatkan Budi Irsyad tersenyum. Kek pelangi di tangan Iman mengingatkan sesuatu yang penting bagi dirinya.

“lupalah sayang...” pipi Iman dikucup mesra.

“Lupa hari lahir sayang tak mengapa tapi jangan lupa hari lahir Iman....” satu cubitan hinggap ke pipi Budi Irsyad. Izzat dan Yuli yang terketek – ketek berjalan terus memanjat kaki Budi Irsyad.

“meh anak perempuan papa yang comel ni” tubuh Yuli di angkat. Kepala Izzat digosok dan dikucup dahinya. Pekerja – pekerja Budi Irsyad sudah bising di luar. Tidak sabar menjamah makanan yang terhidang di hadapan mata.

Sedang mereka berdua beriringan jalan ke luar, Iman terhenti langkahnya. Dia memegang lehernya. Budi Iryad meletak Yuli ke bawah. Pipi Iman di sentuh.

“kenapa sayang?” soal Budi Irsyad.

“Loya....” jawab Iman jujur. Semua pekerja berosrak nakal.

“hei ... apa cerita ni?” Budi Irsyad menggosok belakang tubuh Iman.

“Apalah Encik Budi ni......pregnant lah!!!” jerit Zarina. Iman ketawa. Sebenarnya dia bukan loya sangat pun. Sengaja mahu buat Budi Irsyad tertanya – tanya

“Empat minggu” jawab Iman perlahan. Budi Irsyad tidak mampu mengendurkan senyumannya. Terus diangkat tubuh Iman dengan penuh ceria.

“Abang nak jadi ayah!!!” jerit Budi Irsyad.

“Bukan selama ni dah jadi ke?” usik Hamdi, akaun eksekutif di syarikatnya. Berderai tawa mereka semua. Spontan jari jemari Budi Irsyad mencari arah jari jemari Iman. Genggaman tangan yang kemas membuatkan Iman rasa selamat di samping siuaminya itu.

“Tiada yang lebih indah darimu, sayang” bisik Budi Irsyad. Rona wajah Iman nertukar kemerahan.

Dia mahu...akan..... lakukan segalanya buat Budi Irsyad. Dia tidak mahu hanya menonton kisah cinta terhebat di dalam filem ataupun membacanya dari helaian kertas novel tetapi dia mahu merealisasikannya dalam alunan cinta mereka yang sah dan suci. Dia mahu budi iRSYAD rasa yang dia adaloah hero dalam watak filem cinta mereka ..begitu juga dengan Iman.

“Iman cintakan abang.....”

                      ***************************

Izzat menarik kasar tangannya dari genggaman Akma.

“Izzat anak mama!” tegas Akma. Waktu rehat yang sepatutnya menjadi waktu paling digemarinya membuatkan Izzat sedikit ketakutan. Johan, rakan baik Izzat cuba menarik tangan Izzat tetapi apalah daya budak lelaki berusia lapan tahun untuk melawan tenaga wanita yang berkali ganda usianya?.

“Aunty... saya beritahu uncle Budi!!” jerit Johan. Guru disiplin yang kebetulan melalui kaki lima itu menghampiri mereka bertiga.

“Apa puan buat ni?” Encik Kahar menyoal serius.

“Dia anak saya, cikgu” tegas Akma.

“Tapi dia anak Encik Budi dan Puan Iman” kening Encik Kahar pula bercantum. Ada kekeliruan di situ. Akma melepaskan keluhan yang berat.

“Mereka Cuma ibu dan ayah angkat dia sahaja. saya ibunya yang sebenar” wajah Akma semakin mencuka. Encik Kahar senyum walaupun bukannya pada waktu yang sesuai.

“Mana Puan pergi sebelum ni sampai dia diserahkan ke jagaan ibu bapa angkatnya?” soalan Encik Kahar bagai petir memanah tepat ke jantungnya. Apa yang dia mahu jawab? Meninggalkan Izzat di atas katil yang hampir pun tergolek jatuh sebelum Budi Irsya mengambilnya?. Soalan itu sering menghukum Akma....

Langkah kakinya sahaja yang menjawab soalan dari Encik Kahar tadi. Perlahan – lahan Encik Kahar menggosok lembut kepala Izzat.

Dia sebenarnya tahu segalanya. Dari awal pendaftaran Izzat masuk ke sekolah lagi Budi Irsyad sudah memberitahu yang Izzat bukan anak kandungnya memandangkan kening Encik Kahar bercantum sewaktu melihat nama Izzat yang ber bin kan Abdullah bukiannya Budi Irsyad. Atas permintaan Budi Irsyad, Encik Kahar tidak pernah membangkitkan soal itu.

“Terima kasih cikgu” ucap Izzat

“Kalau papa awak lambat datang, duduk sahaja di dalam sekolah. Bahaya! Panas kat luar tu” takkan dia mahu kata ibu Izzat bahaya buat dirinya sendiri?... dia tidak mahu merosakkan fikiran Izzat.


                                      *************

“Kau memang gila!” Budi Irsyad berdiri di luar rumah AKma. Nampaknya Kamal sudah pun memutuskan hubungannya dengan AKma. Tiada kelibat Kamala lgi di rumah itu.

Hanya pagar besi di pintu masuk menjadi penghalang antara mereka berdua.

“Kau buat dia trauma!” Budi Irsyad melonggarkan tali lehernya.

“Aku mahukan dia!!!” AKma mencengkm rambutnya. Memohon simpati dari Budi Irsyad tetapi semuanya dipandang enteng oleh budi Irsyad. Kau memang pandai memainkan peranan dalam drama yang kau ciptakan sendiri, Akma!.. Budi Irsyad menggeleng kepala.

“Iman dah cuba bertolak ansur di luar mahkamah untuk kau bersama Izzat pada hari Ahad atau pun sabtu. Bila dia semakin rapat dengan kau, barulah kami beri kau masa lebih lama tetapi kau tolak! Mahkamah juga kau pilih sebagai penyeesaian. Kau mengundang kebencian di hati izzat. Kau tak sedar akan itu, Akma!”

Akma membuka pintu pagar. Dia menyentuh tangan Budi Irsyad. Tergamam Budi Irsyad waktu itu.

“Tidakkah kau rasa getarnya sewaktu kita bersentuhan seperti ini? takkan secebis memori pun antara kita kau dah hapuskan ?” rayuan Akma berganda kalinya..

“getaran aku hanya untuk Iman. Sejak dia menyentuh aku, aku sudah lupa bagaimana rasanya bercinta dengan kau dulu. Hebatkan dia? Sampai boleh buat aku lupakan ku sratus peratus melainkan sikap kejam kau ini?” bidas Budi Irsyad. Akma melepaskan tangannya. Telinganya bagai diratah – ratah dengan ayat yang keluar dari mulut Budi Irsyad.

“Kau berubah. Sebelum ini kau banyak tersenyum dan menuruti tetapi sekarang tidak lagi, budi!” Akma melabuhkan punggungya di kerusi.

“Apapun.... jangan dekati Izzat dengan cara itu. lagi kau mendesak lagi dia hilang dari hidup kau. Hmmmm.... memang selama ini sudah hilang pun bukan?’ Budi Irsyad terus berlalu.

Tiba – tiba timbul rasa rindu untuk mencintai lelaki itu semula dalam diri Akma. Dahulu, tangan lelaki itulah yang merangkul pinggangnya ketika sama – sama berjalan di luar negara. Sekarang tangan itu sudah menjadi milik insan lain. Selagi dia masih bernyawa, peluang untuk memiliki Budi Irsyad masih ada walaupun terpaksa berkongsi rasa kasih dengan Nurul Iman.

                                **************

Yuli menangis naik ke atas. Matanya merah akibat terlalu banyak menangis. Puan Jiha mengeluh. Sejak dua menjak ini Izzat selalu memulaukan Yuli. Entah mengapa rasa kasih kini bertukar menjadi benci....walaupun tidak sepenuhnya. Saat melihat Budi Irsyad mencium pipi Yuli tadi, Izzat sedikit tercalar hatinya.

Budi Irsyad mendukung tubuh montel Yuli dan mengesat air matanya.

“kenapa sayang?” soal Budi Irsyad. Iman juga keluar dari dalam bilik selepas menyangkut semua pakaian yang baru di basuh ke dalam almari pakaian.

“Bang Jat nanak awan Yuli” mulut yang semakin petah berkata – kata itu meminta simpati. Manakan tidak, hatinya di cuit rasa pilu apabila abang yang selama melayannya bagai puteri tiba – tiba bertukar seperti orang asing. Kesemua barangnya yang boleh dikongsi bersama kini menjaadi milik Izzat seorang.

GEDEGANG!!!!!

Terdengar pintu bilik Izzat dikatup dengan begitu kuat sekali. Encik Halil, ayah kepada Budi Irsyad yang baru sahaja pulang dari out station sedikit terpana.

“Apa hal pula Izzat ni?” Budi Irsyad memandang Iman.

Hanya senyuman yang diberikan sebagai jawapan. Iman menuruni anak tangga dan terus ke bilik Izzat. Beberapa ketukan dan panggilan membuatkan Izzat membuka pintunya. Dia memang tidak sampai hati dengan mama Imannya. Iman mengunci pintu bilik dari dalam.

Izzat duduk berdiri lutut di hadapan katil. Iman juga bertindak sedemikian. Sambil membetulkan skirt labuhnya, Iman menyiku lembut tangan Izzat.

“bro.... apa hal beb!”

Terbeliak mata Izzat mendengar patah – patah perkataan yang janggal pada mulut Iman. Terukir juga senyuman Izzat.

“Sis....hehehehe” Izzat menekup mulutnya. Iman ketawa besar sambil menggosok kepala Izzat.

“Cerita dengan mama apa yang buat Izzat marah?. Mama tak mahu tahu kenapa Izzat buat Yuli..tetapi mahu tahu mengapa Izzat marah. Tak adil kalau mama salahkan Izzat dan menangkan Yuli sebab Izzat pun anak mama, sama macam Yuli. Kenapa sayang?” soal Iman lembut.

Izzat menentang mata redup mama Imanya. Terjatuh juga pandangannya saat Iman tersenyum manis.

“Papa tak sayangkan Izzat bila ada Yuli kan?. Lagi pun mama pun nak dapat baby baru, mesti Izzat dilupakan” terluah juga apa yang terikat di hati kecilnya selama ini. simpulan itu dapat juga Iman leraikan.

“dengar sini..... Izzat tahu tak yang papa akan rasa sedih sangat kalau tahu Izzat fikir begini?. Ingat tak lagi yang papa lupa belikan patung Barbie yang ada dress coklat tu sebab sibuk carikan Izzat baju askar yang Izzat minta?. Kalau orang lain, dia fikir apa?” soal Iman.

Izzat terdiam sejenak.

“papa sayangkan Izzat lebih?” cuba menjawab walaupun tanpa ada keyakinan.

“Hmmm... pandai pun. Kenapa yang simple begini pun izzat mahu rumitkan. Kita satu keluarga. Papa, mama, Izzat, Yuli, atok dan nenek. Kasih sayang kita sama rata. Slaing memberi dan menerima. Jangan sesekali fikir kita tidak disayang atau kurau disayangi sebab...... kami semua menyayangi Izzat lebih dari nyawa kami sendiri.  Bila bangun tidur, siapa yang Yuli cari dulu?” kening Iman terangkat sedikit. Sesekali dia memandang jari jemari Izzat yang sibuk memintal hujung baju kemejanya. Izzat gelak kecil.

“Yuli jalan terketek – ketek panggil bang jat... kalau Izzat tak buka pintu, dia akan ketuk dengan botol susu” jawab Izzat. Iman ketawa.

“Yuli Cuma ada satu abang.....iaitu Izzat. Kami Cuma ada satu anak sulung iaitu Izzat. Kedua – dunya permata hati kami. Tidak akan pudar walau sedikit” Iman mengucup dahi Izzat dan spontan kedua belah tangan Izzat memeluk mama Imannya sekuat hati.

“Izzat selalu mahu Mamalah mama Izzat sampai mati”

Luahan Izzat membuatkan mata Iman tidak mampu menahan air matanya daripada mengalir. Hanya sepotong ayat tetapi itu sudah cukup membuatkan sanubari Iman bergetar.

“Izzat anak mama dunia akhirat. Kurangnya mama kerana tidak melahirkan Izzat tetapi yakinlah... Izzat tidak akan kurang segala amanah setiap ibu di dunia ini” kali ini Iman mendakap Izzat lebih lama. Hati anak kecil ini perlu di jaga.. bimbang ianya rapuh dan seterusnya menghilangkan tawa di bibirnya.

Iman berbual dengan Izzat sehingga anak lelakinya itu tertidur di atas katil. Sebaik sahaja pintu dibuka untuk dia keluar, tangannya ditarik lembut dan satu kucupan singgah di dahinya.

“terima kasih sayang” ucap Budi Irsyad.

“Abang...”

“Abang dengar semuanya. Tanpa Iman abang tidak mampu menghadapi semua ini seorang diri. Bulan depan kita akan berpindah ke rumah kita sendiri jadi Iman mempunyai tanggungjawab yang lebih untuk kedua ank kita” pipi Iman dielus lembutnya oleh tangannya.

Ya.... kita akan membina bahagia kita bersama dengan permata – permata hati kita sayang......



2 comments: