Sunday 6 October 2013

PEMERINTAH SYURGA CINTA - bab 2

BAB 2

Dina berhenti melangkah apabila sesusuk tubuh yang begitu dikenalinya berada lebih kurang 2 meter dari jaraknya berdiri. Hisham sedang berbual dengan Nasha, kakak angkat yin yang dikenalinya sejak dari bangku sekolah lagi. Menyampah! Perlukah wujud kembali saat aku makin mendapatkan Hisham?.. kali ini Dina tidak hanya terpaku di situ. Dia memberanikan diri melangkah menghampiri mereka berdua. Yin yang baru sahaja keluar dari kedai buku itu memerhatikan Dina yang sedang mendapatkan abang dan kakak angkatnya.

“Abang Hisham.. Kak Nasha?” senyum Dina. Ternyata senyuman itu amat jauh dari makna keihklasan. Wajah yang terukir sebarang senyuman itu membuatkan Hisham dapat mengagak. Dia mendekati Nasha dengan lebih rapat lagi.

“Ada apa ni?” soal Dina

“Oh.. akak ter..”

“Kami ada temujanji!” Hisham cepat – cepat mematahkan kata – kata Nasha. Terbeliak mata Nasha mendengarnya. Temujanji? Habis suami aku kat dalam stesyen minyak tu nak letak mana?... Nisha terpinga – pinga.

“Oh.... ok” Dina berpatah balik. Mukanya sudah seperti mahu menangis. Yin tersengih – sengih. Itulah, bila ajak pergi kenduri kahwin asyik mengelak, sekarang dah kena tipu bulat – bulat dengan Abang Hisham.

“Jom  balik” Dina terus mengeluarkan kunci kereta dari beg tangannya. Yin mengangkat keningnya. Mungkin Dina tak tahu Abang Hisham yang mengajaknya untuk menonton wayang bersama dengan Yin.  Enjin kereta dihidupkan dan yin cepat – cepat masuk ke dalam kereta milik ibu Dina.

“Kata nak pergi tengok wayang” Yin merenung dina.

“tak nak!” Dina memandang seketika wajah Yin.

“Ala... tak baik tau buat kawan baik begini!. Tak lama lagi aku nak ke afrika” sengih Yin. Dina mencebik. Banyak punya Afrika!. Yin keluar dari kereta dan terus membuka pintu kereta sebelah Dina. Tangan Dina ditarik agar teman baiknya itu keluar dari kereta. Yin kemudiannya menolak tubuh Dina masuk semula ke dalam kereta di sebelah kiri. Yin memandu!.

Tiba sahaja di kaunter bayaran, Dina terkejut apabila melihat Hisham yang baru sahaja selesai membayar tiket wayang tersenyum manis memandangnya. Yin terus ke tandas. Pandai betul main peranan!. Entah berapa ribu Hisham bayar tetapi malangnya Si Dina masih tidak faham. Dia menukar pandangannya ke arah lain. Hisham tersenyum manis dan terus berdiri betul – betul di sebelahnya.

“Mana kak Nashanya?. Kan ada temujanji” kerling Dina seketika. Hisham buat – buat tidak dengar. Sekali sekala matanya turut mencuri pandang wajah ‘angin’ Dina itu. cemburulah tu! Sampai merah – merah muka kalau cemburu... bisik Hisham sendiri.

“tak boleh...” jawab Hisham pula. Dia menundukkan wajahnya sedikit dan Dina yang sedang menoleh terpaku kedudukan kepalanya di hadapan Hisham.

“dia isteri oranglah sayang...” lembut sahaja HIsham berbicara. Serta merta Dina tersenyum. Dia berdehem dan berpaling. Malu pula rasanya!.

“kalau cemburu tandanya menyampah kan?” soal Hisham. Sudah tidak tentu hala Dina dibuatnya.

“Mana ada!” Dina mengerutkan dahi. Tali beg tangan dipintal – pintalnya.

“habis kalau Dina cemburu tandanya apa?’

“Sayanglah...ops!” Dina gigit jari. Hisham ketawa.

“Dina sayang abang?” Hisham makin seronok menyakat. Dia ketawa kecil appabila melihat kepala Yin yang sedang bersembunyi si sebalik dinding. Parah adik aku ni!.

“Dina tak sayang!” – dina

“Ok.. Dina benci abang” – Hisham

“Tak! Tak!.. tak benci” Dina mula serba salah.

“Kalau tak benci sayanglah...” Hisham mula berbisik di telinga Dina.

“Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!” Dina terus meluru masuk ke dalam tandas. Dia yang berselisih dengan Yin menggetap bibirnya saat Yin ketawa berdekah – dekah..

Mampukah dia menonton filem romantik saat Hisyam berada di sebelahnya?. Sudah pasti tidak!. Hisham nampak tenang tetapi Dina ternyata gelisah. Dia menoleh dan terkejut besar apabila Hisham memandangnya sambil tersenyum. Tahu sahaja orang nak pandang dia!

“Nama saja peguam syarie tapi layan panggung juga” kutuk Dina.

“Abang tak tengok pun” Hisham angkat kening.

“Habis masuk dalam ni tengok apa?”

“Tengok Dina!” kata Hisham dan kemudiannya terus bangun dari tempat duduknya. Hisham keluar. Yin memandang abangnya yang baru sahaja keluar dengan kepala yang menggeleng. Pandai je abang hisham ni.... nak pancing Dina keluarlah tu!. Belum pun sempat Yin menghabiskan ayatnya, Dina sudah pun bangun dan keluar meninggalkannya sendirian di situ. Perghhhhhhhhhhhhhhh..... melampau betul diorang ni! Ingat aku ni apa?. Yin  menggigit pop corn dengan rasa geram. Abang Hisham memang mengada – ngada!!!.

Dina tercari – cari Hisham. Dia akhirnya mengeluh. Kecewa kerana kehilangan Hisham walaupun hanya beberapa minit. Dia mencebik dan berpusing kembali.

“Cari abang?” soal Hisham. Dina mengerutkan wajahnya. Malu!!!!!!!!!!!

“kunci kereta pada siapa?” soal Hisham setelah lama dina membisu.

“Yin”

“Ok.. jom ikut abang. Nanti sms Yin suruh dia bawa balik sahaja kereta Dina kat rumah kitorang”

Wah.... advance juga abang Si Yin ni. Patutkah aku tinggalkan Yin?. Hmmmm ni kes kecemasan... boleh aje...

Dina mengangguk dan terus menghantar sms ke nombor telefon Yin yang masih ditutup kerana berada di dalam panggung.

Setelah wayang tamat.....

Yin membelek handphonenya. Matanya mengecil. Bibirnya digigit geram.

“Korang kejammmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Yin . mereka yang lain memandangnya dengan hairan. Yin peduli apa! Dia terus memandu pulang. memang siaplah korang nanti

No comments:

Post a Comment