Sunday, 1 December 2013

ROMANTIKA KITA - bab 16

BAB 16

Izzat memandang wajah Mama Imannya dengan rasa kasih. Sesekali dia tersenyum  apabila melihat kening Mama Imannya berkerut beberapa kali kerana masih tidak mampu memasukkan benang ke dalam lubang jarum.

“Boleh ke mama?” Izzat memeluk leher Iman sambil ketawa. Iman gelak sama.


“Ala... beli baru sajalah” Iman terus meletak seluar izzat yang terkoyak di atas ribaannya. Izzat menjerit kegembiraan. Beli baru bermakna mereka akan keluar ke pusat membeli belah. Di sana dia boleh memilih beberapa mainan yang dia inginkan sejak akhir – akhir ini. Yuli pula apabila mendengar perkataan ‘keluar’ itu terpacul daripada mulut Iman akan tersengih – sengih sambil menepuk tangan. Apa lagi?... niat yang sama seperti  Izzat.

Setelah meninggalkan seluar yang koyak di situ, Iman mula menapak naik ke atas.  Dia perlu memberitahu Budi Irsyad terlebih dahulu sebelum ke mana – mana. Telefon Budi Irsyad tetap tidak berangkat. Kali ini Iman membuat keputusan untuk terus ke pusat membeli belah bersama – sama Izzat dan Yuli. Budi Irsyad pasti faham...

                                  ****************

Setelah membeli seluar sekolah izzat yang baru, kedua – dua anaknya merengek mahu makan ayam seperti selalu. Iman senyum. Di gosoknya kepala Izzat dan Yuli yang kini sudah pun pandai berjalan.  Mereka berpimpinan tangan bersama tetapi langkah Izzat yang terhenti serta merta itu membuatkan Iman turut sama berhenti. Menoleh tempat yang sama arahnya dengan pandangan mata Izzat yang teguh di situ.

“Mama..” Izzat memandang wajah Iman seketika.

“Itu papa dengan ibu”

“Ya”  Mata Iman mengecil melihat tawa mesra Akma. Budi Irsyad nampaknya lebih tenang tetapi walau apapun alasan Budi Irsyad tidak mampu  untuk mengawal rasa marah Iman ketika itu.

Aku bukan Iman yang dulu Akma........

Iman terus ke hadapan mendapatkan Budi Irsyad dan Akma yang sedikit tergamam tatkala melihat Iman berdiri tegak di hadapan mereka.

“Iman... abang..” Budi Irsyad cuak.

“Iman tak marah pun. Orang yang jiwanya terganggu seperti Akma ini memang perlukan rawatan. Lebih – lebih lagi dari bekas kekasihnya kan?. Teruskan. Iman nak bawa anak kalian pergi makan... ops..... anak Iman pergi makan. Izzat nak ikut mama atau ibu dan papa?” soal Iman.

“Mama Iman” lancar sekali jawapan Izzat malah dia yang terlebih dahulu keluar dari situ. Hati kecilnya sedikit kecewa dengan papanya. Dia sudah pun sepuluh tahun kini, sudah tentu dia tahu akan sakit hati yang Iman rasakan sekarang. Iman pergi dari situ. Panggilan Budi Irsyad tidak dipedulikannya lagi. Budi Irsyad sepatutnya lebih tahu akibat daripada perbuatannya tadi.

                                                    **************

“Dia ibu pada Izzat. Sampai bila kita nak bergaduh ni, sayang?” soal Budi Irsyad. Bahu Iman disentuh dengan lembut. Jiwa wanita hamil sememangnya cepat tersentuh. Losyen yang dilumurkan di pergelangan tangan sengaja diulang beberapa kali. Biar Budi Irsyad jemu melihat dia menjamu kulitnya dengan losyen badan.

“Dia Akma.... abang sepatutnya lebih mengerti. Dengan tindakan abang ni dia boleh rapat dengan abang kembali”

“kami boleh jadi kawan baik” bersungguh – sungguh Budi Irsyad meramalkan masa depan yang baginya akan lebih baik.

“ Tidak mampu persahabatan itu diteruskan dengan baik antara lelaki dan wanita. Lebih – lebih lagi dia pernah berada di hati abang dulu.” Botol losyen diletak kembali ke tempatnya dan Iman terus berlunjur sebelum menyelimuti tubuhnya.

“Paranoid”

Tuduhan Budi Irsyad itu mula memetik suis kemarahan di dada Iman. Paranoid?. Terlalu senang untuk dia menilai aku...

“Iman juga boleh baik dengan Kamal lah kalau begitu?. Boleh jumpa Kamal di restoran berbincang mengenai Yuli?”

Terdiam Budi Irsyad mendengar soalan pedas daripada Iman tadi. Tak marah?. Mana mungkin...

“Susah kan tinggalkan dia. Seperti papa juga... tidak mampu membuang dia hinggalah mama meninggal dunia. Kesal tak sudah kerana lambat untuk berpatah balik. Jangan jadikan Iman seperti mama Iman yang meninggal dunia dalam kekecewaan.” Selimut corak bunga daisy itu ditarik terus hingga menutup kepalanya yang sedang mengiring.

Budi Irsyad tersentak. Sanggupkah aku mengecewakan Iman seperti itu?. Tak mungkin.

                              ********************


Loceng pintu ditekan banyak kali. Hari – hari Ahad begini perlukah mengganggu ketenangan sebuah keluarga yang sedang enak menjamu sarapan pagi bersama?. Kacau betul!. Iman mengelap tangannya dengan sapu tangan sebelum ke pintu.

“Kau.... dah tak tahu beri salam?” pedas!. Akma menjeling.

“Kalau begitu tak payah letak loceng kat luar ni kalau nak orang beri salam” sinis jawapan Akma.

“Aku letak loceng aku ni untuk jiran – jiran ataupun tetamu aku yang bukan beragama Islam. Mereka tak beri salam..... macam kau! Tak tahu beri salam tapi bezanya mereka tidak boleh beri salam tapi kau yang wajib beri salam ni tak tahu pula beri salam. Kau beri salam semula. Jangan tunjuk contoh buruk ada anak – anak aku” terus pintu ditutup semula. Budi Irsyad mengeluh. Rasa seperti mereka bermadu pula. Iman juga tidak mahu mengalah.

“Asalamualaikum”

Pintu dibuka kembali.

“Hei... anak engkau seorang sahaja. Izzat anak aku!” tegas Akma.

“Ni yang dalam perut aku yang comel ni apanya?. Ish... jangan dengar kata orang ni ye nak..” sengaja diusap perutnya agar menambah sakit di hati Akma. Budi Irsyad tepuk dahi. Nahas kali ni!.

Akma menggetap bibir. Makin melampau Iman!. Dia terus masuk dan duduk menyertai Izzat dan Budi Irsyad di meja makan. Izzat hanya tunduk memandang pinggan berisi nasi lemak yang masih belum terusik. Dia yang minta Mama Imannya menyediakan hidangan itu tetapi apabila ibunya masuk sahaja, seleranya terus patah.

“Izzat nak ibu suapkan?” soal Akma. Izzat senyum sambil menggeleng.

“jemputlah makan... eh, tak jemput pun dah duduk ke?” Iman bersuara geram. Budi Irsyad menyentuh belakang badan isterinya tetapi Iman terus berlalu ke dapur.

Membasuh sekali lagi pinggan yang sudah pun dibasuhnya. Air matanya jatuh. Dia bukanlah seteguh besi untuk kalis dari kesakitan yang dibawa Akma.

“Tolong jaga sikit hati Iman. You ibu Izzat tetapi you perlu tahu ini rumah Iman” Budi Irsyad bersuara tegas. Akma mula buat muka simpati. Budi Irsyad terus bangun dan ke dapur untuk mendapatkan Iman. Air yang mengalir melalui kepala paip dibiarkan sahaja mengalir. Budi Irsyad menutup piap singki dan menarik lembut bahu Iman. Air mata Iman dikesat dengan senyuman. Budi Irsyad mengalihkan pula pandangan pada perut Iman yang masih belum nampak bulatnya. Di gosoknya perlahan perut Iman yang kemudiannya terus menyembam wajah cantik itu ke dadanya.

Kali ini kepala Iman dilurut perlahan – lahan. Budi Irsyaad berbisik ke telinga Iman.

“Sayang...jangan menangis begini. Kesiankan abang dan baby ni ya?. Bila Iman menangis abang kesal sebab di minda abang hanya berfikir yang Iman tak percayakan abang sedangkan dalam hati abang ni langsung tak punya nama Akma. Siapalah dia kalau dibandingkan dengan isteri abang yang manja dan mengada – ngada ni?” usik Budi Irsyad.

“Abang mengada – ngada” balas Iman yang wajahnya masih lagi di dada Budi Irsyad,

“La... abang pula. Yalah... abang yang mengada – ngada. Iman ni mengadi – ngadi sahaja” sengih Budi Irsyad. Lega hatinya apabila mendengar tawa kecil dari mulut Iman. Wajahnya diangkat agar dapat memandang Budi Irsyad yang masih merenungnya.

“Ish.. cepat kesat lebihan air mata tu. Nanti mesti Akma tu ingat yang Iman menangis. Mana boleh dia nampak isteri abang ni menangis!. Isteri abang ni kan hulk!”

“Abang!” kali ini lengan Budi Irsyad di cubit manja.

“gelak kuat tapi dengan nada manja .. biar Akma cemburu dengan sayang” Budi Irsyad kenyit mata. Apalagi!!!.. Iman terus ketawa manja sambil memeluk tubuh Budi Irsyad.


Akma terus keluar menarik lengan Izzat. Memang dia dan Izzat akan menghabiskan masa berdua pada hari itu. Izzat yang meminta izin untuk mencium tangan papa dan mama Imannya sebelum pergi ditegah oleh Akma. Sakit hatinya sudah tidak tertahan lagi!.

5 comments:

  1. jdt : (Y) nice story

    ReplyDelete
  2. best! =D
    Kesian Iman .. Takpe, Iman boleh!! -^^-

    ReplyDelete
  3. mmmm...x lepas rindu dh habis...mcm sekejap je bacanya

    ReplyDelete
  4. debik akma ni kang..ngada2 tul laaa...

    ReplyDelete
  5. “gelak kuat tapi dengan nada manja....hahahahaha mcmana tu ya???

    -sj sab-

    ReplyDelete