Tuesday 19 November 2013

KEKASIH AAWAL DAN AKHIR BAB 1/5

KEKASIH AWAL DAN AKHIR

“pernahkah cinta ini memburu rasa benci di hatimu?”  soalan itu bagai memanah jantung Irina hingga tembus jauh ke dasar emosinya. Memejam mata!. Hanya itu yang termampu Irina lakukan. Tidak!. Tidak pernah rasa benci itu singgah walaupun sewaktu wajahmu terlayang di dalam mimpi ku...sayang!

“Dia lebih mengerti... dia lebih tulus menyayangi berbanding aku”

“Siapa kau mahu meletakkan siapa dia di hati aku?” Rayqal menarik lembut bahu Irina.

“Tangisan ini bukti betapa kau menyayangi aku.... kau dari awal lagi sudah memiliki hati ini. tak pernah ada dia dalam hati ini!”

“Tapi.,.....” Irina menutup tirai kelopak matanya. Tidak sanggup... tidak betah menegakkan sesuatu yang bukan datang dari hatinya.

“Tapi..... kau yang menolak aku jatuh sebelum sempat aku berdiri. Kau yang memisahkan rasa cinta sebelum sempat aku satukannya. Kau.... yang meruntuhkan hati ini sebelum sempat aku bina rasa cinta untuk kau dan aku” rayqal melepaskan tangannya dari bahu Irina.

“Kalau ada awal pasti ada akhirnya... tetapi bagi aku kaulah awal dan kaulah akhir. Titik – titik yang menyambungkan antara awal dan akhir itu ada pada kau..... hanya kau!”

Rayqal harus melangkah pergi. Sudah tidak sangup mendengar alasan  demi alasan untuk irina pergi jauh daripada hidupnya. Dia tahu Irina terseksa... dia juga tahu Irina juga sakit malah lebih sakit berbanding jiwanya.

Apa jua keputusan Irina, dia yang berhak menentukannya. Bukannya hatinya terpaut pada Hanny. Tidak sesekali!. Siang dan malamnya untuk Irina tetapi masih tidak jelaskan bukti cintanya itu?. dia tidak mampu pasrah di saat perlu pergi daripada hidup irina.

Rayqal duduk bersandar di kerusi keretanya sebaik sahaja tiba di pantai Morib. Itulah kali pertama dia mengenali penjual belon dan gula – gula... Irina. Rayqal menutup matanya.... memutar kembali detik – detik bersama yang mungkin hanya tinggal sejarah...

“Belon!!!! Gula – gula!!!” jerit Irina. Tudung warna putihnya itu diselimpang ke belakang. Angin yang bertiup kencang membuatkan matanya terpejam – pejam kerana bimbang dimasuki habuk. Rayqal yang kebetulan lalu di situ tersenyum lucu apabila memandang seoarng gadis yang hanya sedrhana cantik itu dok bermain – main dengan belon yang dijualnya.

“Nak beli belon encik?” senyum Irina. Ya... dia tidaklah bersolek tebal tetapi cukup manis senyumannya. Gadis ceria itu menambat pandangan mata Rayqal agar tidak melepaskan wajahnya walaupun seminit.

“Nak beli belon ke?. Yang besar ni RM5 dan yang kecil ni RM 2 saja. Nak test?” Irina menghulurkan batang buih belon ke tangan  Rayqal. Tersenyum Rayqal seketika. Mungkin Irina tidak nampak baju suit yang tersangkut di bahu Rayqal.

“Suka main belon ke?” soal rayqal.

“hmmm... kalau saya jawab.... Encik ni nak beli ke belon saya?”

“Bukan sahaja belon, dengan gula – gula awak ni saya borong”

Irina ketawa sambil menutup mulut. Keningnya diangkat seolah – olah tidak mempercayai kata – kata Rayqal.
“Mula – mula dulu saya menyampah jual benda ni tapi lama – lama macam best pula” jawab Irina jujur.

“Hmmm... tak payahlah beli semua. Saya bergurau sahaja tadi Encik....”  Irina menggaru – garu kepalanya.

“Kodokek..” senyum Rayqal.

“Ha!!! Kodokek?.. apa punya nama ni?. Keturunan siam campur red Indian yek?” dia ketawa lagi. Rayqal turut sama ketawa. Suka pula dia lihat Irina ketawa begitu.

“Encik...kodokek.. hahahaha.. adeh... kodokek.. Ish!!!” Irina ketawa lagi. Mereka berdua ketawa berselang seli. Paksu nan mengintai dari jauh. Apalah yang diketawakan Si Irina ni...

Telefon bimbit Rayqal berbunyi dan dia terus mengangkatnya.

“Ya.. Umi!. Qal dah nak balik ni. Buah tangan?... la Umi.. kat Morib ni ada ke buah tangan...” matanya terpaku memandang irina yang menunjuk – nunjuk belon dan gula – gulanya. Konon – kononnya jaualannya itu boleh dijadikan buah tangan. Rayqal senyum.

“Hmm... ok.. Qal bawa balik manisan dan buah tangan untuk Umi”

Sebaik sahaja teleon bimbit Rayqal masuk ke dalam poket seluar, Irina terus menghulurkan semua barang jualannya pada Rayqal.

“semua sekali... RM120 hehehe”

Rayqal ketawa lagi. Sampai merah – merah wajahnya. Wang Rm 150 dikeluarkan.

“Ambil semua” senyum Rayqal.

“Eh... tak maulah. Nah baki duitnya. Tak mahu duit dari lelaki yang saya tak kenal. Tak baik” senyum Irina sambil menghulurkan semula baki duit pada Rayqal.

“Ooooo... paksa lelaki tak kenal borong semua barang...baik pula?” rayqal menggeleng kepala.

“Saya tolong Encik Kodokek.. tak payah susah – susah nak beli buah tangan apa untuk mak encik” sengih irina.

“itu ibu angkat saya. Mama saya di luar negara” jawab Rayqal . dia terbongkok – bongkok mengikat kembali semua barang ke dalam satu beg plastik.

“Ooo.. best lah jadi anak orang kaya” Irina senyum.

“Best ke?.. Hmmm. Saya balik dulu” Rayqal terus pergi. Irina membelek – belek wang ditangannya. Yes! Boleh belanja Maman makan kfc.

                                          ***********
Umi memandang terkebil – kebil kesemua gula – gula dan belon di hadapannya. Berkerut – kerut wajah Umi memandang Rayqal.

“kenapa Umi?. Inilah manisannya. Itu belon untuk umi main petang – petang” sengih Rayqal. Umi mengecilkan matanya. Ada sesuatu yang menarik minat Rayqal barangkali!.

“Hmm.. pakcik ni dah tua ke jual barang – barang ni?” umpan mula di beri. Umi menunggu jawapan Rayqal.

“Tak... budak perempuan” senyum Rayqal malah agak lama.

Umi gelak.

“Hmm... tak baik gunakan Umi nak mengurat perempuan” jawab Umi dan terus membawa semua buah tangan Rayqal itu ke dapur.

“erk...” Rayqal terdiam.

   

5 comments:

  1. hehehehehe..skali skala umi.... dah takde taktik lain dah ...hikhik hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kata Rayqal... "oh.. saya terpaksa... saya cuma lelaki biasa yang lemah llagi suci..." kikiki.. tenkiu Sj sudi baca yek :)

      Delete
  2. ish..ish..nama umi yg naik,anak ngorat jer laa..
    hai en kodokek...nice meet u..ngeee
    cm besa laa...besttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkahka... memang,,,
      umi memang akan selalu dijadikan alasan...
      terima kasih kak zam sebab sudi baca yek :)

      Delete