Monday 9 December 2013

CERPEN: 3 DARA SEMPOI JADI MUSLIMAH VOUGE




Weeda : mahir menjahit dan selalu membantu ibunya menjahit baju – baju pelanggan di sekitar kawasan rumahnya. pandai mereka fesyen – fesyen terkini tetapi lebih senang dengan berpakaian ringkas.

Norkertini: mahir menyolek kerana selalu mengikut ibu saudaranya yang merupakan seorang mak andam terkenal di daerah itu tetapi tidak gemar bersolek kerana rimas dengan krim dan bedak yang bertepek – tepek.

Fatimah : seorang yang lemah lembut dan pandai membawa diri. Yakin dengan setiap keputusannya... MEREKALAH 3 DARA SEMPOI JADI MUSLIMAH VOUGE.....

Weeda menggaru – garu kepalanya tatkala mendengar arahan tanpa bayaran dari kak Esah yang mahukan fesyen ketat ikut badan tetapi badannya tidak mampu pun untuk diketatkan lagi.

“Bagi nampak sikit pinggang aku ni, weeda” bahu Weeda dicuit.


Hmm... bila masa pula kak esah ni ada pinggang?. Seketul je aku tengokk adalah!. Weeda hanya mengangguk. Nak berterus terang takut sentap sampai sebulan. Dia hanya mengangguk dari tadi. Norkertini dan Fatimah yang baru sahaja tiba di rumahnya untuk berbual awal – awal sudah gelak besar apabila melihat muncung weeda hampir seinci panjangnya.

“Kena ikut badan baru cantik kan kak!” usik Norkertini.

“Ha... itulah akak nak buat!” sengih Kak Esah. Fatimah menggosok belakang badan Weeda. Kain pun bagi 4 meter saja. Ingat cukup! Memanglah aku buat ketat!

Sebaik sahaja kak Esah pergi meninggalkan mereka, dengan segra Weeda mencampak baju yang belum digunting itu ke dalam bakul.

“Mari pergi party!!!” jerit Norkertini. Fatimah dan Weeda mengeluh. Setakat party Tupperware makcik dia pun seronok bukan main. Iyalah... makcik dia kalau buat party Tupperware mesti banyak makanan yang sedap – sedap. Kenyang perut walaupun tak beli sebarang produk dari makciknya. Habis – habis tolong basuh pinggan!.

                              ********************

“Nak buka butik pakaian dan Andaman?” hampir tersembul keluar mata Zul apabila mendengar idea yang keluar dari mulut anaknya, Norkertini.

“Iyalah ayah..... Weeda pandai jahit, Along pandai  solek orang dan Fatimah pandai  design serta cairkan hati orang.. kan ke gandingan yang amat mantap tu!” sengih Norkertini.

“Ayah bukan apa... takut lebur macam tu sahaja” Akhbar mingguan diletak ke atas pahanya. Matanya merenung mata Norkertini. Macam tidak yakin pun  ada tapi kalau ayah sendiri tak beri dorongan siapa lagi?. Dengan sekali anggukan darpada Zul sahaja Norkertini bersorak riang dan serta merta Weeda masuk ke dalam rumah bersama Fatimah sambil turut sama melonjak gembira.

“hmmm... aku dah agak dah” Zul gelak.

Memang pandai memujuk sampaikan matanya dikecilkan sebegitu semata – mata mahu meraih rasa simpati ayahnya.

“terima kasih pakcik!” mereka bertiga terus keluar. Pasti akan berbincang sehingga ke petang. Lantaklah! Janji diorang tak buat kerja yang sia – sia.

                                   ***************

Setelah dua bulan berusaha keras, akhirnya kedai mereka sudah boleh  dihiaskan sebelum memulakan operasi dua minggu lagi. Stok – stok baju dan kain sudah lama sampai dan dalam pada itu Weeda sudahpun menyiapkan hampir sepuluh helai baju pengantin dengan dibantu beberapa orang pekerja sementara. Zul hanya memandang dari jauh.  Kegembiraan mereka bertiga lebih bermakna pada waktu ini.

Satu masalah besar apabila pemilik butik pakaian di hadapan mereka juga adalah bekas musuh ketat mereka sewaktu sekolah dahulu. Mereka juga bertiga seperti mereka tetapi gaya mereka melebihi artis!. Vouge sampai tak kira tempat!.

“Boleh ke?. Daripada rugi banyak baik aku nasihatkan kau tutup. Buat kedai jual gula – gula sahaja” Ella mencebik. Cermin mata hitamnya diangkat dan di letak sementara di kepalanya. Matanya memandang Weeda. Norkertini dan Fatimah dari atas ke bawah.

“Korang pakai pun macam nak pergi pejabat. Baju kurung dengan tudung sahaja. ini nak tarik pelanggan?” Jasmin pula masuk campur. Disentuh – sentuhnya set barang kemas yang masih terletak di atas meja.

Norkertini bagai mahu muntah melihat aksi bekas teman sekolah yang masih tak berubah – rubah malah nampaknya semakin teruk.

“Korang punya kedai mesti tak ada benda ni kan?. Sebab tu batak ya amat dok usik – usik barang kitorang. Ala... kalau nak pinjam kitorang boleh kasi” sengih Fatimah. Weeda gelak besar.

“Kalau kau nak cagarkan cermin mata tu pun kitorang tak ambik. Pinjam sajalah” tambah Weeda.

“Cermin mata tu pun korang beli kat Apet kannnnnnn” terbayang wajah penagih dadah yang selalu minta duit orang di pekan.

“Kurang ajar!” Lola membentak. Terus dia menarik tangan Ella dan Jasmin keluar dari situ. Mana pula dia tahu aku beli cermin mata ni daripada Apet???????????????????.

Gelak Weeda, Fatimah dan Norkertini masih bergema walaupun musuh mereka sudah jauh dari kedai. Weeda duduk dan memandang sahabatnya.

“kita tak pandai bergaya ke?” soal Weeda.

“Entah.. aku rasa aku cantik saja kehekhekhekhek” gelak Norkertini.

Bergaya atau tidak apa yang budak bertiga itu peduli?. Tak ganggu periuk nasi mereka pun!.

                                             ********************

Sudah dua minggu kedai dibuka tetapi hanya beberapa orang sahaja yang membeli pakaian dari butik mereka. Kalau ada yang masuk pun akan keluar semula apabila ternampak banner besar ELLOJA milik Ella, Jasmin dan Lola. Siap letak gambar mereka yang vogue tu lagi!.

Tak mengapalah.. mungkin rezeki belum tiba, itu sahaja ayat penaik semangat mereka.

Pintu di tutup dan di kunci sebelum mereka bertiga masuk ke dalam kereta Weeda.

“Macam mana nak cantikkan orang kalau awak bertiga ni sempoi sangat?. Pakai selipar , muka tak berias dan hmmm... pakai jeans dan t-shirt saja?” soal seorang lelaki yang tiba – tiba muncul di belakang mereka.

“Habis.,.. awak nak kami bergaya macam nak pergi red karpet?” jeling Fatimah. Lelaki yang memeperkenalkan namanya sebagai Gibran itu menyambutnya dengan senyum yang mengulum.

“keyakinan diri!.. awak akan yakin diri bila awak rasa cantik” kali ini dia duduk pula di atas tembok.

“Dah cantik dah pun!” pintas Weeda dan mereka berdua mengangguk. Gibran gelak.

“memang cantik tapi perlulah vogue” sengihnya lagi.

“yang saya tahu awak ni pereka fesyen. Walaupun tak profesional tapi nampak dari rekaan awak, saya tahu awak snagat berbakat. Awak pula pandai merias wajah.... kenapa tak buat semua itu pada kamu semua dahulu sebelum buat pada pelanggan?” soalan Gibran membuatkan mereka bertiga duduk ditangga sambil termenung.

“ok... awak suka tengok artis kegemaran awak nampak cantik dengan baju – baju yang hebat atau dengan jeans dan t-shirt?” Gibran masih memandang mereka bertiga.

“mestilah cantik!”

“Ha... senang saja. Apa salahnya perasan yang diri tu cantik macam artis tapi jangan poyo sudahlah” gelak Gibran. Dia berdiri lalu mengucapkan salam sebelum berlalu pergi.

“Aku macam kenal lelaki tu” Weeda mengetuk – ngetuk jari telunjuknya ke dagu.

“Wei... itu Abang sulung Ella la wei” suara Norkertini sedikit meninggi.

“A’ah la.... dia yang belajar kat oversea tu kan?. Abang – abang dia semua belajar oversea kan?. Semuanya kacak tau!!” Fatimah gelak. Weeda dan Norkertini bersetuju. Macam nak cair sahaja hati mereka bertiga.

“Kita mesti jadi cantik demi...” Weeda mahukan jawapan yang sama untuknya.

“Gibran!!!!!!!!!!!!!” Norkertini menjawab. Fatimah dan Weeda yang menjawab demi ‘kedai’, tercengang sebentar. Untuk menutup malu, Norkertini terus masuk ke dalam kereta, terkantoilah pula... malu aku!

                                            *********************

Dua minggu butik mereka di tutup. Sudah seminggu masih tiada lagi pelanggan yang mahu datang ke butik mereka. Zul sengih sahaja mendengar luahan hati mereka bertiga. Dia bersetuju dnegan kata – kata Gibran apabila Norkertini menceritakan tentang Gibran yang memeberi nasihat pada mereka seminggu yang lepas. Mereka fikir semua itu tidaklah terlalu penting untuk mereka ikut cadangan Gibran itu.

Geng ELLOJA lah yang paling gembira apabila melihat butik itu ditutup. Hati mereka puas malah mereka bertiga mahu membesarkan perniagaan mereka untuk menjadi butik Andaman seperti Butik Velvet Kejora milik Weeda, Norkertini dan Fatimah.

Sebulan selepas itu,


Dengan kasut tumit tinggi yang tingginya lebih 3 inci mereka bertiga melangkah yakin. Cermin mata hitam yang sedikit besar terletak elok di atas hidung mereka. Dengan lilitan tudung gaya terbaru  membuatkan wajah mereka lebih cantik. Walaupun vogue tetapi cirri – cirri pakaian muslimah tidak mereka tinggalkan. Ternganga jugalah pemilik – pemilik kedai berhampiran butik mereka memandang perubahan pada tiga dara sempoi itu. Sudah banyak kali ELLOJA mempersendakan mereka. Dengan menghasut pembeli agar menjauhi butik mereka disebabkan penampilan mereka yang sempoi. Sekarang sudah tiba masanya mereka menjadi pemilik butik  yang vogue walaupun dalam pakaian muslimah.

Setakat kasut tumit tinggi?... apa ada hal!.  Senang sahaja cuma mereka lebih senang berpakaian ringkas sebelum ini. dengan baju yang cantik dan fesyen tudung terbaru mereka bertiga berdiri di hadapan kedai mereka sambil mengedarkan risalah mengenai kedai mereka. Makanan dihidangkan untuk para tetamu yang datang ke majlis pembukaan semula itu.

Geng ELLOJA terkejut besar apabila melihat ramai sekali orang yang mengunjungi butik Velvet kejora milik musuh ketat mereka. Ella dan Lola menghendap dari luar untuk melihat apa yang berlaku. Alangkah terkejutnya dia apabila Weeda dengan pakaian yang begitu bergaya melayan pelanggan – pelanggan baru butiknya. Fatimah yang juga berpakaian cantik perasan akan kehadiran mereka berdua di luar butik dan hanya tersenyum.

“Nak masuk.. masuk sajalah. Kitorang buat makan – makan tu” sapa Noorkertini dari belakang. Terkejut besar Ella dan Lola apabila disapa begitu oleh Norkertini.
Mata Ella terbeliak. Amboi mak Norkertini!!!!!!!!!!!!!!.,.. vougenya... mengalahkan aku.

Lebih mengejutkan apabila abangnya Gibran tersenyum dari belakang Norkertini.

“Abang?”  Ella mengerutkan dahinya..

“Ella... ini bakal kakak ipar Ella” beritahu Gibran.

Mata Ella kali ini memandang Hasnul dan Johari di belakang Gibran.

“Abang Ngah, Abang cik!!” Ella memegang dadanya. Kejutan yang langsung tidak dijangka.

“Masuklah... kakak – kakak ipar Ella semuanya di dalam. rasanya korang kenal kan?” senyum Hasnul sebelum masuk mendapatkan Weeda dan diikuti Johari untuk mendapatkan Fatimah.

Ella menangis terlolong – lolong sambil mengikut hala kakinya ke butik mereka sendiri. Lola juga menangis. Sudah hampir bertahun – tahu dia cuba mendapatkan Johari tetapi akhirnya dapat ke tangan Fatimah. Jasmin cuma mengeluh.

“Tak sangka 3 budak sempoi yang dah jadi vogue tu jadi kakak ipar kau hihihi” sengih jasmin dan akhirnya berlari keluar kerana dikejar oleh Ella dan Lola.

Ella msih menangis..

“kalau seorang boleh juga aku buli tapi ini tiga – tiga sekali....... mesti aku yang kena buli huwaaaaaaaaaaaa”.....

3 comments:

  1. Hahaha I memang VOGUE tp untuk cerpen nie jer...memang terbaik cerpen ni as our birthday gift......lebiu muah muah <3

    Me:norkertini

    ReplyDelete
  2. hehehe...ella seriau dah tu...kak ipaq sempoi yg vouge...agak2 ada sambungan tak ini kesah...ada buli buli tak??hehe

    ReplyDelete