Saturday 18 January 2014

geng lima serangkai - cerpen

GENG LIMA SERANGKAI ....
20 tahun sebelum ini.....
Hang Wan Tijah Wan Mahmud membuka langkah silat. Kekuda kakinya dikuatkan agar dapat mengimbangi tubuhnya dengan baik. Muka penyamun tarbus yang dikenali sebagai Epol Sekentot itu ditentang dengan mata yang tajam. Sementara itu Hang Wan Norliza Wan Samad, hang Nitasha Ari, Hang SJ Sab, Hang Mona Haslina mengangguk – angguk tanda sedia bermulanya pertempuran.

“HIyakkkkkk!” jerit hang Wan Tijah Wan mahnud.

“Haiyak!!!!!” jerit Epol sekontot pula. Tangannya dipulas ke belakang. Sebagai adik yang bongsu Hang Sj Sab menepuk tangan. Memuji kekandanya yang hebat bertarung. Keris dihunuskan ke tanah dengan rasa dendam yang membara kerana Epol Sekontot telah mencuri gtetah basikal Hang Mona Haslina. Kalau tak punya getah bagaimana hang Mona Haslina mahu ke pasar membeli coki – coki dengan basikalnya?. Lagipun Hang Nitasha Ari juga berdendam dengan Epol sekontot kerana selalu melastik anak ayamnya. Itu anak ayam katik yang menjadi kesayangannya. Habis punggung anak ayam katiknya merah – merah.

“kau nak buat lagi atau tidak!!! Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!! “ hang Nitasha Ari pula mengambil alih tempat Hang Wan Tijah Wan mahmud... kali ini kepala Epol Sekontot dipegang dengan kuat.

“Apa ni!!!” jerit Epol Sekontot.

“Ala... budak 12 tahun pun nak belasah!!!! Saya bagitahu mak saya kang!!!” Epol Sekontot meraung hiba.

“Habis tu!!! Yang kau buli kitorang yang sepuluh tahun ni!!” Hang Mona Haslina menumbuk – numbuk aiskrim Malaysia ke batang pokok untuk menghancurkan aisnya. Wan Tijah wan Mahmud melepaskan Epol Sekontot pergi dengan wajah yang merah padam. Tali getah yang panjang dikeluarkan dari kocek skirtnya. Nitasha kemudiannya mengajak kawan – kawan yang lain main tali skipping tetapi mereka yang lain menolaknya.

“Eleh Nita... kau pandai lompat... boleh lah!!!!” cebik Sj sab.

“Aik... dah hilang dah nama ‘HANG” kita tu???” Wan Tijah Wan Mahmud mula mengusik Nitasha Ari yang terlompat – lompat kegirangan. Merah – merah wajah mereka kerana dipanah mentari.

“Esok kita mandi sungai nak!!!!” cadang Wan Norliza Wan Samad.

“mak kita tak kasi kan Kak Nita?” Sj Sab memegang lengan kakaknya.

“Kenapa pula?” Mona Haslina membetulkan ikatan tocangnya. Gigi yang baru sahaja dua batang patah ditepi itu menampakkan wajahnya yang kelihatan lain berbanding biasa.

“Wei... gigi kau dah kena kidnap!!” wan norliza ketawa terkekeh – kekeh. Mona Haslina sengih sambil mencari idea bagi menutup giginya yang sudah hilang dua batang itu.

“mak kita simpan kat bank muamalat. Nanti dapat faedah!!!”

Terkejut mereka yang lain mendengarnya. Mereka berpandangan sesama sendiri. Iyalah.. selalunya orang simpan duit kat bank... mana ada orang simpan gigi di bank., siap dapat faedah pula tu!.

                 *********************************

Keesokan harinya, mereka semua bertemu lagi dan kali ini mata Mona Haslina pula terbeliak apabila kesemua teman baiknya kekurangan gigi secara serentak. Mana tak hilangnya kalau lepas menghantar Mona Haslina pulang , mereka semua yang sarat menaiki sebuah basikal saja itu terjunam ke dalam parit. Gigi Nitasha Ari dua batang patah . Gigi Sj Sab hanya sebatang sahaja yang patah manakala Wan Tijah Wan mahmud pula hilang tiga batang daripada giginya. Wan Norliza  wan samad sahaja yang tak hilang giginya tetapi dua batang giginya sumbing sekerat.

“Mana gigi korang?” Mona Haslina menilik gigi Nitasha Ari yang ketara rompongnya.

“mak aku pun pi simpan bank.... bank cimb”

“Aku hong leong bank” sengih Sj sab pula.

“Kitorang ikut syariat islam.... kami berdua bank islam....” Wan Tijah mengangguk. Mengiyakan kata – kata  Wan Norliza. Mona Haslina sengih. Hmmm... nak tipu aku yangawal – awal tipu korang yek!. Bagilah alasan lain... tak logik sungguh.

     *************************************************

UMUR 17 TAHUN..
Berada di dalam sekolah dan kelas yang sama membuatkan mereka semua lebih rapat. Sj Sab sahaja yang muda setahun belajar di dalam kelas yang lain.  Biasalah... dalam sekolah mesti ada musuh tradisi yang tak berapa nak tradisi.  Sophea Laurren Binti Tukiman....... memang salah seorang musuh yang membuatkan hati mereka berlima membuak – buak keinginannya untuk mendushummm perempuan itu. nama orang putih  sebab mak dia minat dengan Sophia Laurren.  Berlagak betul budak tu sebab nama dia sahaja yang orang kata sedap.  Nitasha mencuit paha Wan Norliza yang sedang meminta 20 sen daripada anak jirannya....

“apa?.. kata nak beli air... aku pau Si Kemat ni kejap!!!” Wan Norliza menyuruh Nitasha tunggu sebentar. Kemat yang kebetulan belanja hanya lima puluh sen pada hari itu menangis dengan penuh rasa hiba kerana wang 20 sennya di ambil wan norliza.

Tidak semena – mena Sophia Laurren datang menghalang mereka beredar daripada kantin sekolah. Sophia Laurren yang merupakan penolong ketua pengawas mula mengeluarkan buku catitan dan pen dari dalam poketnya.

“Di minta duit kamu?” soal  Sophea Laurren. Wan Tijah yang baru sahaja daripada kelas ternampak dua orang sahabatnya disoal siasat. Dia menghampiri sahabatnya yang dalam keadaan sedikit cuak. Buatnya Si Sophia Laurren ni bawa jumpa Cikgu Ahmad Mustaza. Cikgu diisiplin itu memang menjadi ketakutan para pelajar.
“Sudahlah Sophia.. kawan aku ni bukan buat salah pun. Lainlah kalau curi – curi tangkap gambar Cikgu Idham kat belakang sekolah tu...”

Sophia terdiam. Mana pula Si Wan Tijah ni tahu semuanya?. Yang dia tahu, Cuma dia dan Jihan sahaja yang selalu buat kegiatan tu. Nak buat macam mana.... dah cikgu tu kacak sangat.

“Dah... lain kali jangan nak minta duit orang” Sophia Laurren terus pergi. Sesekali dia menoleh kebelakang. Wan Tijah menepuk bahu Wan Norliza atau lebih dikenali sebagai Wan Liz sejak akhir – akhir ini. maklumlah sejak glamour menang pertandingan teka kacang masa hari katin tahun lepas.

“dia saja cari pasal dengan aku” adu Wan Liz dan Moha HAslina yang baru tiba hanya mendengar. Siapa yang tahan dengan sikap Sophia Laurren Binti Tukiman tu??... Over!

Malas mahu berkata banyak, mereka semua menukar topik perbualan dan seperti biasa, mereka semua akan gelak terkekeh – kekeh sambil berjalan beriringan.

                                        **********************    

“Ala... Wan Liz tu kata kau tu selalu habiskan barang – barang sekolah dia. Kau tu teruklah.. macam – macam aku dengar” Sophia laurren berbisik perlahan ke telinga Mona haslina. Terdiam Mona Haslina mendengarnya.  Tidak cukup dnegan itu, Sophia Laurren menambah lagi...

“Ala... kau join  group tu nak buat apa?. Kau join group aku. kita buat pertandingan replika ni sama – sama. Modal semua aku tanggung. Kalau dengan diorang kau pun kena keluar duit kan?”

Mona Haslina tidak menjawab tetapi sebaliknya cuma tersenyum.      Sophia Laurren masih tidak berpuas hati. Dia masih mahu menukarkan pandangan Mona haslina terhadap sahabat – sahabat baiknya.

Nafasnya ditarik sedikit berat. Dia memandang Sophia Laurren yang menunggu jawapan daripadanya waktu itu juga.

“Kalau kau punya duit banyak macam ni, baik kau ajak Zaleha tu join group kau sekali. Dia tu anak yatim,. Kasihan dia. Untuk pengetahuan kau, aku tak kisah keluar duit bersama untuk buat apa sahaja dengan kawan – kawan baik aku. itulah namanya bekerjasama dan Sophia... aku tak boleh bekerja sama degan orang seperti kau” Mona haslina bangun dan terus meninggalkan Sophia   Laurren yang terpinga – pinga.

Wan Tijah Wan Mahmud yang kebetulan mendengar perbualan meeka berdua terharu dengan pendiriaan dan sikap percaya kawan yang ada dalam diri Mona Haslina.  Biarpun ramai yang datang menghasut namun pendiriannya tetap satu dan kawan – kawan baiknya tetap mereka berempat.

Keputusan Mona Haslina itu membuatkan Sophia Laurren sedikit berdendam dengannya. Hati yang busuk itu sering berfikir ke arah yang salah.

                               *************************   

“Kalau awak tak mengaku salah... awak akan dibuang sekolah Mona!!!” tengking Cikgu Mustaza. Tercengang – cengang Mona haslina apabila secara tiba – tiba Encik Mustaza masuk kedalam kelas dan menempelaknya sedemikian rupa. Wan Tijah dan Wan Liz terus berdiri memandang Mona haslina yang memandang kehairanan guru mereka.

“Buang sekolah? Kenapa pula cikgu?” Nitasha Ari tidak mampu mematungkan diri lagi. Dia perlu tahu . Cikgu Mustaza mengeluarkan beberapa keping gambar dirinya yang diconteng dengan bentuk hati.

“LOVE MUSTAZA???????” Nitasha Ari sedikit menjerit suaranya. Mona Haslina lebih terkejut. Wan Liz bagai mahu pengsan begitu juga dengan Wan Tijah.

“Ini bukan saya punya” Mona Haslina menafikannya.

“Saya tahu ramai peajar yang sukakan saya tapi taklah sampai bertindak keterlaluan begini. Awak tu student saya, Mona.Pengawas pula tu” Suara Cikgu Mustaza sedikit tenang. Kawan – kawan lelaki yang lain berpandangan sesama sendiri. Wan Liz maju ke hadapan dan menilik gambar tersebut.

“Tak mungkin!!” NItasha Ari menggeleng kepala.

“Ini bukan tulisan Mona” Wan Tijah menjeling Sophia Laurren yang tersengih – sengih di belakang bersama Fatma .

‘lagipun cikgu bukan taste dia. Dia tak suka lelaki halkum besar terjojol macam cikgu ni” jujur wan Tijah. Wan Liz cepat – cepat mencubit paha Wan Tijah. Cikgu Mustaza berdehem dan terus membetulkan kolar bajunya. Halkumnya ditutup dengan  telapak tangan.

“Sudah... teruskan. Bukak buku teks. Muka surat enam belas” arah Cikgu Mustaza . perkara itu berhenti setakat itu sahaja. dia sendiri termalu apabila dengan selambanya Wan Tijah memberi informasi tanpa penapisan. Habis sahaja waktu sekolah. Mereka semua menenangkan Mona Haslina yang ternyata malu dengan perkara tersebut. Sophia Laurren yang lalau di hadapan mereka menghadiahkan senyuman sinis buat Mona Haslina.

“Aku rasa dia” Sj Sab mula memberi pendapatnya sendiri.         

“Kita buat operasi cantas!!” Nitasha Ari berdiri dan menegakkan jari telunjuknya.

“cantas apa?” soal mereka serentak.

“Operasi geng lima serangkai cantas peah lolen!!!!” jawab NItasha Ari. Mereka semua mengangguk setuju.

                                                   *********************
Wan Liz , Wan Tijah, Sj sab dan Nitasha Ari menyuruh Mona Haslina pulang dulu ke rumah. Mereka mahu Mona Haslina berehat. Sebaik sahaja Mona Haslina pulang, mereka semua terus berjumpa dengan cikgu Mustaza.

Banyak kali jugalah Cikgu Mustaza mengelak daripada berbicara mengenai hal ini dengan mereka sampailah Wan Liz bersuara.

“Kalau ini fitnah... cikgu juga berdosa. Firnah tu umpama...”

“Ok ..ok... apa yang kamu semua nak tahu?” soal Cikgu Mustaza. Tali lehernya di longgarkan.

“Siapa bagi gambar tu?” Nitasha Ari memulakan perbincangan.

“Sophia... dia penolong ketua pengawas dan saya mesti percayakan dia”

“Dah agak dah!!!!” serentak mereka semua bersuara.

Nitasha Ari mengetap bibir . matanya dan Wan Tijah bertentangan antara satu sama lain. Seperti mereka memikirkan benda yang sama.walau apapun.. mereka harus membersihkan nama Mona Haslina..

“Buka locker Sophia!!!” kata nitasha Ari dan Cikgu Mustaza tidak bersetuju. Itu melanggar hak peribadi Sophia.

“Habis,.. kalau tak.. macam mana nak tahu siapa yang betul dan salah. Kalau kata langgar  hak peribadi, Sophia pun kira dah langgar hak peribadi Mona” bernas kata – kata Sj sab dan Cikgu Mustaza terdiam sebentar dan akhirnya mengangguk setelah beberapa minit berfikir. Dia dan yang lain mengambil kunci simpanan di dalam pejabat dan terus ke locker milik Sophia.

Perlahan – lahan Cikgu Mustaza membukanya....

                                      *******************************

“Sebagai seorang penolong ketua pengawas awak mesti menjadi tauladan pada yang lain bukannya mengenakan orang seperti ini, Sophia!!” tengking Cikgu Mustaza. Sophia Laurren tunduk malu. Kesemua gambar Cikgu Mustaza yng berselerak di atas meja  itu dipandang sekali lalu.

“Saya takkan ambil awak jadi isteri saya pun..... jangan harap!. Walaupun saya muda tapi apabila saya telah diamanahkan menjadi seorang pendidik, walau sebesar manapun awak.... saya akan anggap awak seperti anak saya sahaja”
“jawatan awak sebagai penolong ketua pengawas aka saya gantikan dnegan Mona Haslina kerana saya dapat tahu dia juga seorang pengawas yang baik. Awak!... perlu minta maaf di hadapan kelas dan meminta maaf secara terbuka. Saya kecewa dengan awak” Cikgu Mustaza menggeleng kepala dan menyuruh Sophia Laurren keluar segera. Sakit matanya melihat wajah anak murid yang busuk hatinya.

Mereka semua dibelanja Mona Haslina makan di KFC . bersyukur benar dia punya kawan seperti mereka berempat. Sanggup mencari jaln penyelesaian buat masalahnya. Tidak terucap rasa penghargaan buat sahabat – sahabatnya. Rasa pilu pula kerana tinggal sebulan lebih sahaja lagi mereka akan meninggalkan alam persekolahan yang pastinya akan merubah segalanya....
                    ************************************************

Keputusan yang cemerlang dalam SPM membuatkan mereka terpaksa berpisah demi mencapai impian masing – masing. Ada yang belajar ke luar negara dan ada juga yang belajar di Malaysia. Kesibukan menuntut ilmu membuatkan kerinduan itu terpaksa dibiarkan ke tepi. Janji mereka setelah habis belajar, mereka tetap akan terus menjaga persahabatan itu dan akan bersama sepeti dahulu.

Kini , masing – masing punya kerjaya dan ada juga yang telah berkeluarga. Setiap hujung tahun mereka berlima pasti akan mengadakan percutian bersama – sama.     

Angin pantai Port Dickson sedikit kencang. Wan Liz ketawa riang memandang anak – anak Nitasha Ari yng berlari ke sana ke mari.

“macam kau juga dulu Nita... asyik berlari saja” sengih Wan Liz. Nitasha Ari gelak besar sambil emmandang suaminya, Benjamin.  Wan Tijah pula datanng bersama – sama jagung yang baru dibelinya. Sj Sab dan Mona Haslina tak habis – habis menjerit menyuruh anak mereka tidak jauh hingga ke tengah.

“Anak – anak kita bersahabat seperti kita ya?” mereka semua merenung anak – aanak yang juga menjalinkan persahabatan antar satu sama lain. Gelak tawa mereka  mengingatkan mereka pada peristiwa di mana mereka panjat pokok bersama dan jatuh basikal bersama.

“Aku rindukan zaman dulu....” air mata Sj Sab bergenang di kelopak matanya.

“Aku berjanji persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat kita” Wan Liza memaut bahu Nitasha Ari dan Sj Sab. Mona Haslina terus memeluk mereka semua.
“Aku sayangkan korang dari dulu sampai aku dah tak bernyawa lagi” Wan Tijah mengesat air matanya.

“Hidup menjadi sahabat korang adalah detik terindah dalam hidup aku” Mona haslina bersuara.

“Kami pun!!!” jerit mereka semua dan menangis dalam peluka yang besar.


Anak – anak dan suami masing – masing menggeleng kepala dan akhirnya ketawa. Perempuan.... touching lebih!!!!                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

No comments:

Post a Comment