Thursday, 13 March 2014

IREEN IR...? BAB 4

BAB 4.

Ireen cuba mempamerkan senyuman paling indah buat Irsyad yang baru tiba dengan nasi lemak di tangan. Mata Ireen menangkap cara bungkusan nasi lemak itu yang baru sahaja dikeluarkan oleh Irsyad. Itu bungkusan Abang Danial!. Kalau ada gambar basikal tu memang sah Danial punya kerja. Tak larat mamanya nak tegah. Biarlah... cuma bungkusan sahaja pun.

“Jemput makan Ireen” pelawa Irsyad. Buat seketika Ireen terlupa akan Irfan. Cara Irsyad duduk dan menyuap makanan menggamit rasa geli hati pada dirinya. Tersenyum – senyum Ireen melihat Irsyad menggaru – garu kepala akibat kepedasan setelah memakan sambal ikan bilis yang turut sama dimasaknya malam tadi. Huda yang sudah pun tiba bersandar di dinding memerhatikan Ireen yang masih lagi sibuk memerhati Irsyad yang dalam kepedasan.

“Nak saya tolong garukan ke kikikiki” usik Ireen. Irsyad lantas menoleh ke belakang. Ireen serta merta terdiam dan dengan segera berpaling ke belakang.Kali ini wajahnya pucat lesi apabila Huda menggeleng – gelengkan kepalanya sambil jari telunjuk digoyang – goyangkan kiri dan kanan.

“Ish... nak garu Irsyad. Irfan tak marah ke?” usik Huda. Terdiam!. Itu sahaja yang mampu Ireen buat. Tak perlu dia menidakkan kerana suaranya tadi cukup jelas. Irsyad menggeleng kepala. Bungkusan yang sudah pun habis dimakan dimasukkan semula ke dalam plastik dan dia berlalu melintasi Ireen yang masih tercogok di muka pintu.

“Saya ambil awak bekerja untuk buat kerja, Ireen. Bukan untuk garu saya”

Huda gelak besar mendengarnya. Apatahlagi apabila mlihat wajah Ireen yang merah padam menahan malu. Dia masih tak nampak agaknya yang majikannya itu bukan seperti Irfan yang suka sangat bergurau. Irsyad susah sekali mahu senyum apatah lagi bergurau senda namun begitu Huda lebih menyenangi Irsyad berbanding Irfan.

Kanvas yang sudah pun dimasukkan kedalam bingkai di susun ke sudut kiri bilik Irsyad melukis. Menghadap tingkap. Bagi Ireen, permandangan di luar galeri sangat cantik dan molek untuk Irsyad mengabadikannya di dalan kanvas yang masih putih itu. Irsyad yang baru masuk dengan berus lukisan yang baru dibeli meminta agar Ireen keluar.


“Kenapa?” soal Ireen yang masih belum berganjak dari tempat dia berdiri. Irsyad memandang kosong wajah Ireen dan kemudiannya menjongketkan keningnya.

“Saya nak melukis”

“Ye ... saya tahu. Lukis sahajalah. Saya cuma nak tengok” tegas Ireen yang masih tidak mahu pergi. Irsyad masuk ke dalam dan meletak berus yang baru sahaja dibelinya itu ke atas meja dan berlalu pergi. Ireen tercengang. La.... tak faham betul aku!!! tak faham!!

Ireen yang tidak berpuas hati mengekori Irsyad daripada belakang. Irsyad yang mengeluarkan kunci keretanya daripada kocek seluar berjalan terus ke keretanya. Ireen berlari anak mendapatkan Irsyad.

“Ye la.... pergilah melukis. Saya tak kacau Encik Irsyad. Itu pun nak merajuk”

Irsyad mematung seketika. Menggeleng kepala Irsyad mendengar kata – kata Ireen. Budak ni memang perasan!. Apahal pula aku nak merajuk dengan dia?. Tak kuasa aku...

“Puteri Ireen... saya nak ke pejabat saya. Tak ada maknanya saya nak merajuk dengan awak. Siapa awak nak pujuk saya? Siapa saya nak merajuk dengan awak?. Fikir balik ya...” Irsyad masuk semula ke dalam kereta dan terus meninggalkan Ireen yang entah ke berapa kali kena menanggung malu..


                      ****************************

Huda sudah pulang awal hari itu. Dia muntah – muntah lagi. Kandungan yang baru mencecah dua bulan itu membuatkan Huda terpaksa menanggung ‘mabuk’ buat awal kehamilannya. Suaminya, Johan yang datang menjemputnya tadi. Melihatkan sahaja tiada siapa di galeri, Ireen ke bilik melukis. Berus dipegang kuat.

“Aku harus pandai melukis! Nak kaya macam Encik Irsyad!Yes... kau boleh!!!!” nafas dihelakan dengan penuh keyakinan. Satu calitan bewarna biru sudah pun mengenai kanvas yang polos itu tadi.

Perghhhh!!!.. berbakat aku ni. Satu lagi calitan yang berbentuk segi tiga bewarna hijau pula di tambah. Lama kelamaan kanvas itu sudah penuh dengan corak abstrak yang bewarna warni.. dengan menggunakan cat hitam, Ireen membuat beberapa corak berbentuk hati disekeliling kanvas itu.

Irsyad yang baru sahaja memasuki bilik melukisnya tercengang. Bukan kerana lukisan Ireen yang menarik perhatiannya tetapi kerana betapa beraninya Ireen menggunakan peralatan dan catnya untuk melukis tanpa kebenaran.

“Nak kena potong gaji ke?”

“Oh mak!!!” Ireen terkejut dan kakinya terpijak cat minyak yang tumpah sewaktu dia berundur akibat terkejut sebentar tadi. Irsyad cepat – cepat menyambut tubuh Ireen daripada terus jatuh terlentang ke belakang. Tangan Ireen yang penuh cat itu memaut pula pada bahu Irsyad.... baju kemeja baru Irsyad.. yang baru di beli di luar negara dengan harga ratusan ringgit!.

“Awak kan....” Irsyad membuka butang bajunya satu persatu.

“Encik Irsyad jangan rogol saya!!! Saya cuma nak lukis sahaja. Nanti saya ganti balik baju tu. Jangan rogol saya!!!!” mata Ireen terpejam dan tangannya menutup keseluruhan wajahnya. Irsyad menggeleng kepala. Mujur ada baju t-shirt di dalamnya, kalau tidak pasti keretanya pula akan terkena cat minyak itu.

“Saya tak berselera nak rogol awak!”

Ireen membuka semula matanya. Dia senyum tawar. Ya! Mungkin sudah kali ke sepuluh dia memalukan diri sendiri.

“Saya ingatkan...”Ireen cuba menjawab.

“Say tak ada selera dengan awak”

“Tak baik Encik Irsyad cakap saya begitu....” cebik Ireen.

“Saya memang tak ada selera pun” sengaja Irsyad mengulanginya. Ireen mengambil baju kemeja dari tangan Irsyad dan meninggalkan lelaki itu sendirian di dalam bilik. Dush! Kenapa aku pula rasa lain ni!.. Irsyad menampar – nampar pipinya sendiri.
  

                                                *********
Hari pertama pembukaan galeri mereka berjalan dengan baik. Irsyad memeriksa satu – persatu lukisan yang sudah pun siap tergantung di ruang pameran sehinggalah terjumpa sebuah lukisan yang amat dikenalinya semalam. Lukisan Ireen!. Ireen dan Huda dipanggil agar mendapatkannya.

“Ni apa?” Irsyad menoleh sebentar pada lukisan yang tergantung itu sebelum memandang semula pelukis lukisan haru biru itu. Ireen gigit jari sementara matanya memandang Huda yang tersenyum – senyum daripada tadi.

“Satu jer Ir...” Huda memujuk Irsyad. Wajah Ireen yang begitu mengharapkan keizinannya membuatkan Irsyad terpaksa bersetuju. Dia merenung anak mata Ireen dan berkata dengan jelas.

“Jual sendiri.... saya tak nak promote”

“Ai ai captain!” suka Ireen apabila Irsyad memberinya peluang untuk menjual hasil seninya sendiri. Lukisan Irsyad sudah banyak terjual dan begitu juga dengan Huda. Wajah Ireen tampak kecewa. Dia masih berdiri di tepi lukisannya sehinggalah seorang perempuan muda yang cantik menghampirinya.

“Saya Batrisya. Hmm.. Saya nak beli lukisan ni”

“Cik berminat?” Ireen membulatkan matanya. Kedua belah tangannya dirasakan sedikit dingin. Tidak sangka.

“Apa makna disebalik lukisan indah ini?” soalan dari Cik Batrisya membuatkan hati Ireen bertambah teruja. Dia menolak Irsyad ke tepi.

“Aa.... pasal bahagia menjelma saat duka. Ala.. tak mahal, RM10,000 saja lukisan ni” jawapan yang keluar daripada mulut Ireen membuatkan Irsyad dan Huda terlopong. Mak aih... setakat lukis macam kebun cacing ni pun sampai RM10,000?. Kalah aku yang profesional ni!. Irsyad menggeleng kepala.

“tapi.... saya sanggup RM5,000 sahaja” kening Cik Batrisya terjongket sedikit.

“Tak apa, ok deal!” Ireen mengenyit matanya.  Irsyad menggaru – garu kepalanya sambil mengarahkan pembantunya menurunkan lukisan tersebut. Ireen senyum lebar sampai nak tumbuh batu pipinya. Irsyad memandang Ireen yang masih senyum bangga kerana dapat menjual lukisannya secepat itu. Cik Batrisya mengeluarkan cek yang awal – awal lagi sudah tertulis jumlah di atasnya. Irsyad cepat – cepat mengambil cek tersebut sebelum sempat sampai ke tangan Ireen. Ah .. lantaklah... janji aku dapat duit, senyuman Ireen tak lekang – lekang. Oleh kerana terlalu gembira, Ireen terus melayan mereka yang lain. Batrisya berpatah balik dan mendapatkan Irsyad.

“Nak gantung kat mana bos?” soal Batrisya. Irsyad berpura  pura batuk dan menarik lengan Batrisya ke belakang galeri agar tiada siapa yang perasan.

“gantung dalam bilik pejabat saya” Irsyad mempamerkan senyuman buat Batrisya yang sedikit tergamam.

“Apa dia, Batrisya?”

“Bos senyum lebar” Batrisya gelak kecil. Cepat – cepat Irsyad meninggalkan Batrisya yang masih lagi ketawa. Senyum pun nak gelakkan aku!.

                          *****************

Mereka bertiga duduk bersandar di atas kerusi. Penat menguruskan pameran lukisan siang tadi. Ireen masih lagi bercerita pada Huda mengenai lukisannya yang sudah pun terjual siang tadi.

“Baik Cik Batrisya tu beli lukisan ireen kan kak Huda?” soal Ireen. Karipap pusing dikunyah dengan penuh rasa bahagia.

“Dapat duit tu nanti Ireen nak beli kereta. Buat pendahuluan. Boleh bawa mama dan abang jalan – jalan. lepas tu selebihnya Ireen belanja Encik Irsyad dan kak Huda makan.” Kakinya digoyang – goyangkan. Terpamer rasa bahagia pada wajahnya. Huda mengerling Irsyad yang buat – buat tidak dengar.

“tak pun.... malam ni Encik Irsyad beri saya pinjam seratus dulu buat saya belanja Encik Irsyad dan Kak Huda. Dah dapat duit tu nanti, saya ganti balik. Ok tak?” Ireen menggoncang lengan irsyad. Mata Irsyad beralih pada tangan Ireen yang masih berada di lengannya.

“Jomlah... saya belanja makan” rengek Ireen berkali – kali.

“Tapi ganti balik duit saya ni. Nah seratus. Ingat!!! Ganti” Irsyad menyerahkan wang RM100 ke tangan Ireen. Bukan main kecoh lagi Ireen waktu itu. bukan dia tidak pernah pegang duit puluhan ribu tetapi memandangkan ini adalah hasil titik peluhnya sendiri maka perasaan teruja itu lain sedikit.Irfan pula berada di luar negara sekarang jadi hanya Irsyad dan Huda sajalah yang ada untuk dia belanja pada malam itu.

“Jom kitta makan seafood”  

Jeritan Ireen membuatkan Huda lekas – lekas mengambil suratkhabar dan menutup wajahnya. Irsyad juga mengulum senyum. Bukan main teruja lagi kau yek!.

                                                 **********

Sampai sahaja mereka bertiga di restoran makanan laut yang terkenal itu, Irsyad sudah pun mencuit lengan Huda.

“Dia minta aku seratus tapi dia tak tahu yang kat sini makan berdua pun dekat seratus. Inikan pula makan bertiga” bisik Irsyad. Huda menggeleng kepala dan tertawa.

“biarlah... dia gembira”

“Tapi nanti mesti dia malu nak minta kat aku duit lagi.... kau tengoklah” sengih Irsyad. Huda menahan Irsyad dengan menarik lengan sepupunya itu.

“Ir....”

“Apa?”

“Kau ketawa”

“Apa korang ni! Aku sengih, ketawa pun pelik ke?. Tadi Batrisya pun sama. Tak faham aku korang ni” pelik Irsyad dan terus melajukan sedikit langkahnya. Huda senyum makin lebar. Aku tahu kenapa Irsyad....

Dengan siakap tiga rasa dua ekor, butter prawn dua pinggan, tom yam semangkuk besar dan ikan bakar yang besar – besar sudah pasti RM100 tu tidak mencukupi. Sebaik sahaja bil diterima sewaktu mereka sedang menikmati juadah membuatkan ikan pari bakar yang baru sahaja ditelan terasa seperti hempedu ayam pencen!.

Irsyad memandang Huda dan begitu sebaliknya. Sudah tiga kali Ireen meneguk minuman. Seleranya bagaikan patah waktu itu sehinggalah Irsyad bersuara.

“Makan sajalah.... malam ni saya belanja. RM100 tu buat imbuhan untuk awak. Ambil saja” Irsyad berkata tanpa memandang Ireen. Tiada jawapan. Irsyad meletak semula isi ikan dan memandang wajah Ireen yang kelihatan sugul.

‘Ireen... saya kata saya belanja. Itu pun nak takut lagi ke?”

“Ala... kalau tahu Encik Irsyad nak belanja, saya ambik ikan besar – besar daripada ni lagi” rungut Ireen. Huda bantai gelak.

“Ini tak cukup banyak ke? Rm120 saya habiskan untuk penuhkan tangki perut awak tu saja tau”

Ireen sengih dan dia terus menyambung makan semula. Orang belanja... kena habiskan!. Terhibur pula Irsyad melihat Ireen yang sedang leka meratah isi ikan dihadapannya. Leka benar Ireen makan. Kalaulah dia tahu Ireen suka makan makanan laut begini sudah lama diajaknya makan bersama. Entah mengapa Ireen seakan – akan membuka hatinya untuk mengenali wanita muda itu dengan lebih dalam lagi.

Sesudah sahaja makan malam, Irsyad terus menghantar Huda pulang ke rumahnya dan seterusnya Ireen. Mereka banyak membisu tanpa kata. Nak cakap apa lagi kalau perut dah kenyang?. Sebaik sahaja tiba di hadapan pagar rumahnya, Irsyad menunggu di dalam kereta. baru Ireen teringat yang dia tertinggal kunci rumah di dalam bilik tidurnya. Bilik mamanya pula jauh di belakang. Kalau yang boleh dengar pun cuma Danial.

“Abang Danial!!!!” teriak Ireen beberapa kali. Irsyad keluar dari dalam kereta dan berdiri di sebelah Ireen. Danial membuka pintu rumah. Lega betul Ireen pada waktu itu.

“Nenek... saya tak nak beli kerepek malam – malam” kata Danial sambil menggaru – garu perutnya. Ireen tepuk dahi. Sah! Danial takkan berinya masuk.

“Abang ... ini Ireen adik abang!”

“kahkahkaha.. tak payah tipu lah aunty. Adik saya lain” mengekek Danial ketawa di hadapan pintu pagar.

“Ha... kalau adik Ireen cium hero hensem ni” arah Danial. Irsyad dan Ireen berpandangan sesama sendiri dan menelan air liur. Sudah............. habis aku!!!

“Cepatlah... cepatlah...” Danial bersungguh – sungguh. Irsyad berundur setapak ke belakang. Ireen mula mengerutkan dahinya.

“Kenapa Encik Irsyad berundur?. Macamlah saya nak ...” masam mencuka wajah Ireen. Irsyad menggosok – gosok tengkuknya.

“Adik nak pergi mandi kat Sunway lagoon tak?. Yang boleh main gelongsor air laju – laju tu” Irsyad mencari helah. Danial cepat – cepat mengangguk. Teruja pula dia mendengarnya.

“Tapi tak nak bagi kakak kerepek masuk rumah” cebik Danial.

“Alah...............” Ireen menggaru – garu kepalanya.

“Tak pun ha!!!!. Adik Ireen tahu menari itik lawan katak!!!!. Kalau ini Ireen menari cepat!!!” arah Danial . Ireen terjelepok ke tanah.

“saya lebih rela cium daripada menari Encik Irsyad”luah  Ireen. Terkejut Irsyad mendengarnya. Dia menggeleng cepat – cepat.

“No!. Awak menari” arah Irsyad.

Ireen mencangkung dan mula berjalan itik.

“Kwek...kwek.... mari kita bertarung sang katak! Tak! Tak!” Ireen melompat pula. Irsyad menoleh ke arah lain tetapi suaranya gelak jelas didengari Ireen. Dengan nada lagu yang sama Ireen menyanyi tetapi menggunakan lirik yang lain.

“Takpe Encik bos!!! Tak apa!!!! Nanti ada balasannya. Saya ingat gelak encik tadi” jeling Ireen.

“Kwek kwek ong gedek gedek”

Irsyad ketawa. Ireen terus berdiri.

“Sorry... saya berpakat dengan Danial pagi tadi. Kenapa tak beritahu Danial ni abang awak sedangkan awak tahu nasi lemak dan kuih muih tu saya beli dari mana bukan?” Irsyad terus masuk ke dalam kereta. Danial membuka pintu pagar dan berlari selaju mungkin masuk ke dalam rumahnya.

“Tak apa abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit Ireen geram. Telefonnya berbunyi. Nama Irsyad tertera di skrin telefonnya. Ireen mengangkat dengan suara yang sedikit garang.

“Jangan tonggek sangat – sangat! seksi macam tu buat saya tak boleh tidur sahaja. selamat malam Puteri Ireen... princess”

Tut...tut...tut............ Ireen terduduk dan sempat lagi mengukir senyuman.



3 comments: