Tuesday 25 February 2014

cerpen: AKU IMAN LILY,AIDA DAN HARTINI MR ARROGANT

AKU IMAN LILY, KAU AIDA ZULKIFLI DAN DIA HARTINI MR ARROGANT

 Daun dan bunga kuning yang berguguran di padang permainan di perumahan Desa Jaya dipandang kosong oleh Iman Lily. Pen dan buku nota di masukkan semula ke dalam beg galas. Bagai punya tarikan pula apabila memandang daun – daun itu jatuh berguguran. Iman Lily memeluk lututnya sambil tersenyum. Tiba – tiba dia berasa seolah – olah berada di Tokyo. BUnga Sakura yang jatuh berguguran....

“Dik... tepi dik... tepi dik... akak nak tangkap gambar ni”  Aida Zulkifli mencuit bahu Iman Lily yang tersenyum seorang diri. Terperanjat Iman Liliy dibuatnya.  Aida senyum dan menoleh ke belakang.

“Kak.... memang nak tangkap gambar kat sini juga ke?. Kat sebelah sana tak boleh ye kak?. Kat hujung tu ke?” berkerut – kerut dahi Iman Lily menahan rasa tidak puas hatinya.

“Ini tempat kami bercinta dulu” senyum Aida . dia menoleh ke belakang . suaminya senyum manis. Iman Lily keliru.

“Nampak tak pokok ni?” soal Aida. Iman Lily mendongak. Pokok yang berbunga kuning itu meluruhkan bunganya. Iman Lily angguk.

“Akak yang tanam” senyum Aida. Lagi Iman Lily keliru.

Tiba – tiba seorang lagi datang menghampiri mereka.

“Assalamualaikum... boleh ke tepi tak?. Akak nak ambil gambar ni”pinta Hartini.

“Akak tanam juga ke pokok ni?” Iman bangun dan membersihkan daun – daun yang terlekat pada seluarnya. Hartini mengerutkan dahinya. Apahal pula aku nak tanam pokok kat sini. Rumah aku pun bukan aku yang tanam. Kali ini Hartini pula bertaut keningnya.

“Korang tak tengok ke cerita Mr Arrogant?. Bermula dari situ akak sentiasa mahu ambil gambar – gambar yang nampak romantis. Kan cantik ni... bunga kuning jatuh berguguran. Hartini bersalaman dengan Aida. Punya lama kat situ baru nak salam. Aida menggaru – garu kepalanya

“Nama kau siapa ye dik?” soal Aida..

“Iman Lily” senyum Iman menampakkan barisan gigi yang cantik dan teratur.

“Ha!!” serentak Aida  dan hartini bersuara. Iman Lily terkejut hingga terlepas beg yang baru dicapainya tadi.

“Kau kan Lily... pi ler cari bunga Lily” Hartini dan Aida mengangguk sesama sendiri. Iman Lily garu kepala dan terus meminta diri untuk pulang. Sepanjang perjalanan pulang dia masih lagi tertanya – tanya. Kenapa perlu ada situasi seperti tadi. Mungkinkah waktu ini Hartini dan Aida pula berebutkan tempat itu?. tak mengapa esok aku pergi...


                                                            ***********

Esoknya Iman Lily menuju ke tempat yang sama dan kali ini dia tidak menghentikan langkahnya sebaik sahaja melihat Hartini dan Aida yang berbual mesra di situ. Salam diucapkan dan nampaknya kehadiran Iman Lily sangat disenangi oleh mereka berdua.

“Kami berdua baru perasan yang Iman ni penulis novel ya?” Aida menyoal seraya tangannya menyambut lembut huluran salam yang Iman Liliy berikan. Senyuman yang menguntum mengiyakan soalan Aida sebentar tadi.

“Boleh tak kami minta Iman tuliskan sesuatu buat lelaki yang paling bermakna buat kami. Kami berdua tahu baca tapi nak tulis sesuatu yang membuatkan hati suami kami tersentuh susah sikit agaknya” Hartini gelak. Iman Lily tunduk dan tertawa.

“Tiru sajalah ayat dalam Mr Arrogant tu” selamba Iman Lily mengusik nakal. Dalam pandangan matanya, jelas kelihatan dua wanita dihadapannya itu penuh dengan rasa cinta. Yang melimpah ruah tanpa batasan. Iman mencuri pandang gambar Jason di skrin telefon bimbit yang baru sahaja dikeluarkannya. Lelaki berketurunan China Inggeris itu sudah lama bertakhta di hati tetapi untuk meluah atau menyakannya adalah sesuatu yang sukar buatnya. Pagi tadi Jason menghantarnya sebungkus nasi lemak kerang yang dibelinya  sebelum masuk ke pejabat. Iman Lily yang berurusan dengan syarikat penerbitan sebelah pejabat Jason agak leka mengambi sarapan pagi sejak dua menjak ini. apabila tahu sahaja Iman mahu ke sana, Jason akan menyuruh pekerjanya menghantarkan sarapan. Kak Bee yang akan memberitahu Jason jika Iman Lily aka ke pejabatnya atau tidak.

Cinta?... itu tidak perlu penafian. Segalanya terbukti melalui mata yang bercahaya setiap kali Iman Lily memandang mata lelaki itu. begitu juga sebaliknya. Snyuman sambil tunduk memandang lantai itulah yang membuatkan Jason terpikat dengan Iman Lily. Dia jarang menentang panahan matanya. Dia juga sedar akan getaran di hati Iman Lily kerana dia punya rasa yang sama

“Hello!!” Hartini dan Aida melambai – lambai ke wajah Iman Lily.

“Uik... maaf kak, teringat kat rumah dah tutup api nasi ke belum” Iman Lily berpura – pura mencari pen dan bukunya. Hartini dan Aida bantai gelak.

“Uwakakakakakakaa”

Iman Lily buat – buat tidak dengar. Sah – sah gelakkan aku lah tu. Tak apa.......

“Nak mula cerita siapa dulu?” Iman Lily memandang Aida dan Hartini silih berganti. Perbualan mereka terhenti apabila dua orang makcik datang membawa kuih keria untuk dijual.

“Nama makcik Nurrz bayu dan makcik ni namanya setia” mereka memperkenalkan diri mereka. Kuih keria ditunjuk.

“Makcik Nurr bayu...” Hartini bersuara

“Ops.... ada huruf ‘z’ dibelakangnya ya?” Makcik Nurrz Bayu menegur kesilapan Hartini menyebut namanya. Makcik Setia mencubit lengan Iman Liliy. Apahal lak ni?. Kak Hartini yang salah sebut aku lak yang kena cubit! Rungut Iman Lily. Bukannya Makcik Setia tu nampak sangat. dia main cubit sahaja. nasiblah siapa yang kena.....

Sebaik sahaja dua orang makcik itu beredar mereka bertiga meneruskan perbualan. Aida menyandarkan tubuhnya pada batang pokok yang tumbuh merendang itu. sesekali tangannya menyentuh batang pokok itu dengan senyuman.

“Pokok ni kami tanam masa umur kami 17 tahun. Pulang daripada sekolah kami beramai – ramai datang ke sini untuk membersihkan taman ini yang dahulunya sebuah taman  bunga yang agak terbiar. Kawan -  kawan lain sibuk mengutip sampah, suami akak sibuk menggamit akak agar menghampirinya. Akak ketawa lucu appabila dia kata kita tanam bunga cinta kami berdua. Biar bila dia gugur nanti orang yang mengenai bunga – bunga ini akan sentiasa mekar cintanya” Aida menghelakan nafasnya. Senyuman puas menghiasi wajahnya. Hartini dan Iman Lily hanya mendengar.

“Cinta dia memang teguh malah tak keterlaluan jika akak kata lebih teguh dari pohon yang meninggi ni. Setiap kali ulangtahun perkahwinan kami, kami akan ke sini dahulu dan Iman tahu , entah kenapa apabila bunga kuning ini gugur mengenai wajah Iman semalam..... wajah Iman Lily nampak berseri. Seolah – olah menanti cinta... barangkali?” Aida mengintai sedikit wajah Iman Lily. Serta merta wajah Jason juga menerpa ke ruang mindanya.

“Mesti banyak dugaan yang akak tempuhi...” teka Iman Lily. Aida senyum.

“Dugaan itu bukti kekuatan sesebuah cinta ke?”

Iman membisu. Kali ini dia memandang Hartini yang turut sama memandangnya.

“Hmm.. pada akak.. jalani sahaja cinta tak kira betapa pahit atau manisnya perjalanan yang terpaksa kita lalui. Lebih lama kita dapat bertahan lebih kuatlah cinta itu. tak semua diduga dengan masalah. Ada juga yang tak punya apa – apa masalah tetapi tetap juga berpisah”  Hartini senyum. dia membuka botol air mineral dan diteguknya beberapa kali. Iman seolah – olah mendengar masalah cintanya sendiri. Dia tak punya apa – apa masalah tetapi hatinya yang tidak tegap untuk menahan hentaman dugaan yang bakal terjadi. Pihak keluarganya juga tidak melarang daripada dia bercinta dengan Jason asalkan lelaki itu memeluk agama Islam. Malah ayahnya sendiri mahu membimbing Jason.

Ah.... cinta itu rumit lagi merumitkan.

“Kak Hartini pula..”

Hartini senyum lebar. Dia membetulkan duduknya.

“Selepas tengok mr arrogant,...”

Iman Lily dan Aida sengih panjang.

“Aip... janganlah sengih. Akak berazam mahu jadi isteri yang romantik sekali. Akak mahu menyayangi suami akak sehingga dia rasa dialah lelaki paling bertuah di dunia ni” Hartini memejam matanya.

Iman yang sedang menulis gelak besar. Terus pahanya dicubit kuat oleh Hartini.

“Ni memang kita kena nak bahagiakan orang saja ke?” berkerut dahi Iman Lily.

“Habis tu?. “ serentak mereka berdua menyoal kembali. Iman Lily senyap lagi.

“Wanita memang dilahirkan sebagai pemberi cahaya cinta. Kelembutan wanita melembutkan hati lelaki yang keras. Kasih sayang wanita menghancurkan keresahan di hati lelaki” Aida menambah.

Iman Lily bergegas bangun. Dia terus mengemas beg sandangnya.

“kak.. saya pergi dulu!” jerit Iman Lily dan terus berlari.

“Nak ke mana?” jerit Aida . Iman Lily berhenti berlari dan menoleh seketika.

“Iman nak cari lelaki untuk Iman lembutkan hatinya dan hancurkan keresahan dihatinya” Iman lily melambai dan terus pergi. Dia memecut keretanya ke pejabat Jason. Lamaran Jason empat bulan dahulu perlu dia terima secepat yang mungkin. Dia mahu jadi seperti Hartini dan Aida yang bahagia dalam cinta masing – masing walau dengan cara yang tersendiri. Kebetulan sebaik sahaja jasin keluar dari dalam pejabatnya, Iman Lily berlari ke pintu lif.

Agak terkejut besar Jason apabila melihat Iman Lily yang tercungap – cungap menekan perut menahannya.

“Iman?” Jason mendekati Iman Lily.

“I....i...i... adeh!!!” Iman Lily masih menekan perutnya. Penat sungguh berlari seperti olahragawati tadi.

“Apa dia sayang?”

Soalan Jason membuatkan Iman Lily terpaku. Hilang mengahnya berlari laju tadi. Mata Jason yang bercahaya itu membuatkan Iman mampu bersuara.

“Saya terima...”

Jason gelak kecil. Dia meraup wajahnya beberapal kali. Seolah – olah tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.

“Tapi....”

Jason bagaikan tahu apa yang Iman Lily maksudkan. Dengan tenang dia cuba berbicara dengan Iman Lily tetapi disapa oleh seorang lelaki.

“Encik Zariff.... semuanya sudah selesai. Nanti saya bawa semua dokumen untuk proses pembelian rumah Encik Zariff ke pejabatlah ye. Saya ingat nak terus ke pejabat encik tapi rupanya dah keluar. Tak mengapalah saya pulang dulu” lelaki berkumis tebal itu terus meninggalkan mereka berdua.

“Zariff??” Iman Lily terlopong. Jason senyum.

“Haji Muhammad Zariff Johanson” gelak Jason.

“Awak jahat!” Iman Lily tiba – tiba rasa geram. Jason ketawa. Matanya melirik seketika wajah merah padam Iman Lily. Itulah... setahun yang lepas ajak berbincang tak mahu. Banyak sekali alasannya. Tak mahu Jason masuk Islam hanya kerana dialah... tak tahu sama ada mampu mendidik Jason taupun tidak. Beribu alasan diberi hinggakan dia sendiri tidak tahu yang Jason sudah pun menunaikan haji enam bulan yang lepas. Ringan sahaja tangan Iman Lily mahu mencubit lengan Jason.

“Aip... haram.. tunggu halal ye” perli Jason disusuli dengan senyuman mengena. Iman Lily gelak besar memandang Jason yang jalan mendahuluinya.

Jason memandang ke belakang,

“Cepatlah.... jom makan. Temanlah bakal suami awak ni makan.”

Gelak Iman Lily pada waktu itu. Serta merta wajah Aida  dan Hartini menjengah ruang matanya. Terima kasih kak... terima kasih sangat – sangat!.

                                           ***********************
Enam bulan selepas itu...

Hartini dan Aida sekeluarga datang ke rumah Jason dan Iman Lily yang sudah pun dua mingu berumah tangga. Rumah yang baru sahaja dibeli oleh Jason itu terletak di  Bangsar. Mulai sejak itu Hartini dan Aida menjadi kakak angkat buat mereka. Mereka bertiga selalu berkongsi segala masalah bersama.

Suami Hartini mula memberi satu tips buat Jason dan terus pinggangnya dicubit oleh Hartini.

“Nak bagi Iman romantik, Jason suruh Iman tengok Mr Arrogant. Kak tini kau ni sejak tengok drama tu bibir abang ni ha... asyik menyengih aje. Romantik macam tak ingat dunia!”
 Ketawa besar mereka semua.

“Kalau Aida yang dah memang romantik ni?” usik suami Aida pula.

“Ish... kalau dah romantik jangan diberi tengok nanti lembik macam obor – obor terus”

Amboi bukan main lagi lelaki tiga orang tu mengutuk isteri masing – masing ye. Iman Lily dan Jason berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum.

“Jason... isteri kau ni brutal ke .. romantik ke....” soal Hartini. Jason sekali lagi memandang Iman Lily.

“Dia dah cukup sempurna buat saya... dia lebih dari apa yang saya mahu. Tiada apa yang saya mahukan lagi selain dia. Alhamdulillah... Allah dah hadiahkan dua iman di hati saya”

Kata – kata Jason disambut dengan anggukan oleh mereka semua.

Sebaik sahaja kesemua tetamu itu berlalu pergi, Jason terus merangkul kemas pinggang  Iman Lily dan menutup rapat pintu hadapan rumah mereka. Iman Lily tersenyum malu.

“Aik... dah kahwin pun malu lagi..”

“mestilah...” Iman Lily meleraikan pelukan Jason tetapi sekali lagi Jason menarik tangannya.

“Tak nak dengar suara Johanson junior ke dalam rumah ni?” bisik Jason dan kali ini iman Lily tidak tahan lagi. Terus dicubit – cubitnya pinggang Jason hingga suaminya itu terkekeh – kekeh ketawa melarikan diri. Iman Lily menggeleng kepala. Dia senyum lagi.

Kalaulah aku terlewat sesaat....... pasti dia bukan milikku seperti hari ini....





No comments:

Post a Comment