Saturday 19 July 2014

cerpen: SELAMAT MALAM ... NURUL ASHIKIN


SELAMAT malam ... Nurul Ashikin
Ucapan yang wajib keluar daripada bibirnya sewaktu meninggakan pejabat sambil melihat Abby sha yang masih leka dengan tugasanku. Entah mengapa ucapan selamat malam itu hanya untuk Abby Sha. Tidak pada pekerja yang lain. Semua pekerja berbicara betapa tegasnya lelaki yang bernama Shahremy itu mengemudikan perniagaan milik keluarganya. Abby Sha cuma seorang pekerja yang mengendalikan akaun syarikatnya. Ya... Abby Sha akui, Shahremy tegas malah sekali pun dia tidak pernah menghadiahkan senyuman buat dirinya. Hanya ucapan selamat malam... Nurul Ashikin. Abby Sha gembira tetapi tidak tahu mengapa. Adakah kerana namanya begitu sedap ataupun cara Shahremy menyebutnya yang membuatkan bibirnya tersenyum biarpun dia tidak memandangnya.
     Abby... itu panggilan rakan sekerjanya tetapi Shahremy masih lagi memanggil dengan nama penuh. Ingin sekali dia tanya mengapa tetapi perasaan malu lebih mengawal akal. Abby Sha dipanggil masuk ke dalam biliknya. Ada yang tidak kena pada laporan akaun yang diserahkan ke mejanya pagi tadi. Sambil meneguk teh Shahremy mengangkat kening.
     “Perbetulkan apa yang silap”
     “Apa yang silap?” amboi... bagus betul Abby Sha menyoalnya  kembali. Memang tak takut kena marah agaknya. Shahremy merenungnya.
     “Apabila mencari kesilapan sendiri atau diberitahu mana silapnya, awak rasa mana yang lebih baik untuk awak , Nurul Ashikin?” soalnya tegas. Abby Sha terdiam. Sebenarnya tak tahu mahu  menjawab apa.
     “Tak mengapa. Pergi betulkan” Shahremy bangun dan keluar mendahului Abby Sha yang masih berdiri kaku di situ. Dengan rungutan yang berpanjangan Abby Sha berjalan keluar ke mejanya. Rupa – rupanya Shahremy sedang duduk di kerusinya. Memeriksa komputer dengan mata yang tepat memandang ke arah skrin komputer. Abby Sha tepuk dahi awal – awal. Tiba – tiba Shahremy tersenyum dan melirikkan mata kearahnya. ‘Aduh.. kenapalah aku tak buang wallpaper tu!’. Perasaan kesal silih berganti.
     “Konon – konon awak ni romantiklah?” soalnya. Shahremy mencuit dagunya sambil memandang gambar pasangan romantis di tepi pantai. Yaya di sebelah Abby Sha ketawa mengekek. Amboi bukan main lagi dia ye...
     “Padanlah salah buat kerja” Shahremy mengerlingnya sekali lagi. ‘Apa yang aku nak jawab kali ini?. walhal gambar itu sikit pun tak ada kena mengena dengan salahku tadi. Pandai pula Si Shahremy ni kenakan aku’.
     “Siapkan” Shahremy bangun dan terus keluar. dari pintu cermin Abby Sha boleh lihat dengan jelas dia tersenyum dan menggeleng kepala.’ Malunya aku!!!’.

HARI berganti hari. Nampaknya Shahremy semakin boleh melonggarkan wajahnya buat Abby Sha. Ucapan selamat malam masih seperti dulu dan dia masih memanggilnya dengan nama penuh. Rasa beku darah Abby Sha tatkala mendapat e-mail daripada Shahremy. memang benar – benar terkejut. Dia meneliti 2 ayat yang ditaip buatnya. Tidak disangka ada juga kelemahan pada seorang lelaki yang berani sepertinya.

Nurul Ashikin.
saya nak ajak awak makan malam selepas waktu pejabat. Abaikan jika tak sudi.

Dengan tangan yang terketar – ketar Abby Sha membalasnya.

Sudi.

Tidak lama kemudian Shahremy keluar daripada biliknya dengan senyuman yang malu – malu untuk dilebarkan. ‘Amboi... pandai malu boss aku rupanya’. Jujur Abby Sha akui yang dia sangat berdebar – debar. Lebih – lebih lagi keluar berdua dengan Shahremy. ‘Mampukah aku mengawal semuanya menjadi sempurna. Buatnya aku terjatuh, ketawa besar sampai dia terkejut?’. macam –macam perasaan yang bermain di benaknya.
     Shahremy membukakan pintu restoran buatnya. Abby Sha mengangguk dan terus masuk. Mereka berdua makan bersama tetapi hanya dua tiga kali sahaja mereka  berbual. Abby Sha sangat yakinyang lelaki dihadapannya itu pun malu sebenarnya.
    “Saya suka pada awak. Nurul Ashikin... saya bukan lelaki romantik yang pandai membelai perasaan wanita tapi saya cuma ada cinta yang ikhlas. Saya nak ambil awak sebagai isteri saya yang sah” luahan itu benar – benar membuatkan Abby Sha kelu lidahnya. Air teh panas dihadapannya dirasakan dingin serta merta. Nak jawab apa? . nak menolak... hatinya juga ada terpahat nama Shahremy tetapi tidakkah teralu awal?.
     “Saya beritahu awal – awal yang saya tidak romantik dan tak pandai merayu segala tetapi hakikatnya saya sayangkan awak. Saya tak suruh awak jawab sekarang. Awak boleh fikirkannya”
     Abby Sha masih lagi kelu lidahnya tetapi bibir yang menggariskan senyuman manis itu membuatkan Shahremy sedikit lega.

Itu dua tahun yang lepas.

KINI mereka sudah pun menjadi ibu dan ayah kepada seorang anak yang bernama Muiz. Perkahwinan mereka bahagia tetapi bak kata Shahremy sebelum ini, dia memang tak pandai merayu. Tanggungjjawab digalas dengan baik. Sebut sahaja apa yang Abby shaa dan Muiz nak, pasti dia akan dapatkan. Nak pergi bercuti ke mana?. Dia akan uruskan.
     Sejak akhir – akhir ini syarikat shahremy mendapat projek mega yang memerlukan tenaga shahremy lebih 100% di pejabat. Abby Sha rindu. Itu hakikat. Walaupun Shahremy pulang seperti biasa tetapi dia tahu suaminya itu keletihan. Sesekali tidak mahu iganggu akan rehat suaminya itu. Shahremy sangat penyayang. Walaupun penat namun dia tetap mendukung dan bermain dengan Muiz sebelum anak lelaki mereka itu tidur.
     “Abang... kita pergi bercuti nak?” soal Abby Sha sambil menuang air ke dalam cawan suaminya. Shahremy hanya mengangguk.
     “Jawablah boleh ke tidak” Abby Sha memancing perhatian daripada suaminya.
     “Boleh. abang pergi dulu” dahi Abby Sha dikucup dan Shahremy terus berlalu. Walaupun permintaannya dipersetujui namun hati Abby tidak gembira. Dia menarik kerusi dan duduk bersandar. Termenung. Mengapa susah benar Shahremy mahu menunjukkan kasih sayangnya. Dia mahu Shahremy yang sering bergelak tawa dan sama – sama gembira bersama Muiz. Seringkali Abby sha menyoal dirinya sendiri. Apa salahnya....

HAKIL menarik kerusi dan duduk di hadapan  Shahremy. Dia merenung waqjah ketat Shahremy yang sedikit sibuk dengan projek terbarunya.
     “Lama Abby Sha tak datang rumah aku. kalau tidak dulu sebulan sekali mesti kau bawa Muiz main dengan Alissa” tegur Hakil. Shahremy mengeluh.
     “Dia faham. Dia isteri yang baik, Hakil. Tak pernah merungut” jawab Shahremy dengan mata yang masih menyemak kertas kerja pekerjanya.
     “Takkan kau nak tunggu sampai dia merungut dan menangis baru kau nak ambil tahu?”
     “Takkan sampai menangis kot. Aku tengok dia okey je. Tak pernah pun merungut apa. Maknanya oklah tu” Shahremy senyum.
     “sorry tanya.... dalam seminggu berapa kali kau duduk berbual dengan Abby Sha?”
Soalan itu bagai batu yang dibaling tepat ke kepalanya. Tiada jawapan yang boleh diberi untuk mempertahankan dirinya. serta merta dia teringat bagaimana Abby Sha menunggunya di sofa hingga tertidur walaupun baru pukul  9 malam. Baru dia teringat bagaimana wajah Abby Sha sedikit kendur apabila diajak membeli belah bersama ditolak atas alasan banyak kerja. Shahremy merenung mata Hakil.
     “Hargai dia..... jangan samai dia ingat kau tak sayangkan dia langsung” Hakil bangun dan terus keluar daripada bilik Shahremy yang menongkat dahinya.

PINTU rumah dibuka. Abby Sha dan Muiz tertidur di sofa. Terus tubuh Muiz diangkat dan baru sahaja Shahremy melangkah dua tapak hatinya teringin sekali memandang wajah isteri yang setia menantinya setiap malam. Luluh hati Shahremy saat itu. dia terus menghantar Muiz ke biliknya sebelum mendapatkan Abby Sha semula.
     Tidak sampai hati mahu menggerakkan Abby sha yang ternyata tertidur kerana keletihan. Diangkatnya tubuh Abby Sha dan diletakkan perlahan – lahan dia atas katil. Rambut Abby Sha yang menutupi matanya diselak dengan lembut. Pipi isterinya itu dielus. Teriang – iang kata – kata Haqil siang tadi. ‘tak pernah abang curang kerana abang cintakan sayang. Tak pernah abang tengking atau marah sayang biarpun punya kesalahan yang besar kerana abang cintakan sayang. Kalaulah sayang tahu betapa dalamnya cinta abang pada sayang. Abang cuma...’
     “Abang...” Abby Sha menyentuh  lengan Shahremy.
    “Nurul Ashikin tidur ya?”
     “Abang nak makan?”
     “Tak apa...”
Diselimutkan Abby Sha agar isterinya itu dapat tidur lena. Shahremy ke bilik air untuk membersihkan dirinya. tidak mahu diganggu Abby Sha yang dia tahu sangat tak berdaya untuk bangun lebih – lebih lagi sejak Muiz sudah pandai bermain.

DUM!

SHAHREMY  menekan brek kereta.  begitu juga dengan pemandu yang lain. Sebuah kereta yang melanggar pokok ditepi jalan raya kelihatan teruk keadaannya. Pemandunya yang merupakan seorang wanita terhentak kepalanya dan cedera  parah. Shahremy menghubungi ambulans dan membantu mengeluarkan mangsa yang berusia dalam lingkungan 30 tahun. Tidak lama kemudian terdengar jeritan seorang lelaki yang baru sahaja keluar daripada kereta.
   “ Damia!!!!!!!.... maafkan abang sayang. Maafkan abang” tubuh yang longlai itu dipeluk rapat – rapat. Apabila mengetahui yang isterinya tiada lagi, lelaki itu terjelepok ke tanah. Lemah tidak berdaya tetapi masih memangku isterinya dengan tangisan.
      “Abang cintakan sayang. Tak pernah kurang cinta abang. Kenapa sayang merajuk keluar begini. Sayang tahu sayang tak berapa cekap bawa kereta. nampak... sekarang sayang dah tinggalkan abang. Abang tak pernah lupakan sayang... tak pernah hilang rasa kasih buat sayang. Abang cuma sibuk. Sayang!!!” lelaki tadi meraung – raung. Shahremy tersandar ke batang pokok. Ya Allah... Nurul Ashikin!. Air mata Shahremy sudah bergenang. Tak dapat dia hadapi jika perkara ini terjadi pada Abby Sha. Dia tak mampu untuk berdiri sekalipun jika dia mengalami perkara yang sama.
     Dia bukan tidak mahu membelai Abby Sha. Dia bimbang dia akan kehilangan Abby Sha seperti kekasihnya yang dahulu.kerana teralu dimanjakan kekasihnya hilang rasa hormat dan buat ikut sesuka hatinya sahaja malah curang dibelakang Shahremy. Dia tak kesal kehilangan wanita itu kerana  hatinya tidak sepenuhnya mencintai bekas kekasihnya tetapi tidak Abby Sha!. Itulah permaisuri hatinya, dia cintakan Abby Sha sepenuh jiwa raganya malah sebab takut akan kehilangan Abby Sha lah dia tidak membelai dan memanjakan Abby Sha seperti yang sepatutnya.

PINTU rumah yang terbuka dipandang tatkala baru keluar daripada kereta. shahremy masuk ke dalam rumah. Muiz masih lagi tidur agaknya. Shahremy menapak naik ke tingkat atas. Sebaik sahaja pintu dibuka, kelihatan Abby Sha sudah pun berdandan cantik. Terus tubuh itu dipeluk dan ciuman singgah bertalu – talu. Abby Sha tergamam. Tak pernah – pernah Shahremy begini.
     “Abang kenapa?” soal Abby Sha. Tiada jawapan. Tubuh Abby Sha terus didakapnya erat – erat. Mata Shahremy terpejam. Walaupun pelik tapi Abby Sha tetap membalas dakapan suaminya itu malah dia sukakannya. Sudah lama dia ingin lihat sisi manja seorang lelaki yang bergelar suaminya padanya.
     “Abang cintakan Nurul Ashikin. Sangat – sangat cinta. Maafkan abang selama ini membuatkan Nurul Ashikin rasa disisihkan” bisik Shahremy. Air mata Abby Sha jatuh juga.
     “Abang nak Nurul Ashikin menemani abang hingga ke syurga. Hanya ini wanita yang abang inginkan. Tiada yang lain. Abang cintaaka Nurul Ashikin lebih daripada sayangkan nyawa abang sendiri. Abang sayang nurul Ashikin...sayang....sayang isteri solehah abang”
Terasa hangat pelukan kejutan itu.
     Shahremy melonggarkan pelukannya. Pipi Abby Sha disentuh kedua – dua belahnya.
     “Sayang terseksa hidup dengan abang selama ini?” matanya merenung mata Abby Sha.
     “Demi tuhan ... saya tak pernah terseksa hidup dengan suami yang bertanggung jawab seperti abang. Jika ada pun saya cuma ikutkan fikiran jahat yang abang mungkin tak cintakan saya tetapi hanya sayangkan saya”  Bibir Abby Sha ditutup dengan jarinya.
      “Abang cinta, kasih dan sayangkan Nurul Ashikin. Tak pernah berkurang walau seinci pun malah sentiasa bertambah setiap hari. Abang berjanji akan melayan sayang sampai sayang lupakan siapa Shahremy yang dulu” dahi Abby Sha dikucup lagi.
     “Saya tak nak hilang Shahremy yang dulu.... saya cuma nak abang tambah sifat manja semulajadi abang tu. Tambah pelukan manja, tambah gurauan dan gurau senda. Shahremy yang dulu ... adalah Shahremy yang menggetarkan hati Nurul Ashikin. Jangan jadi orang yang berbeza abang. Sebab saya memang sukakan abang sedia adanya. Saya cuma mahu sentiasa dibelai..” Abby Sha membenamkan wajahnya ke dada Shahremy. Tubuhnya didakap lagi.
     “Selamat malam Nurul Ashikin...” bisik Shahremy.
     “Abang... baru pukul sepuluh pagilah!”
Shahremy gelak dan matanya dikenyitkan. Kali ini boleh kedengaran tawa Abby Sha yang meneriakan jiwanya. kalaulah daripada dulu dia begitu, sudah pasti dia tidak akan menangis seperti tadi..

    



3 comments:

  1. Fuiyooo... mmg terbaik la ctr nie abby sha... hhehehe... tp nama betui mmg nurul ashikin ker? Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. pssttttt Syania.... setelah bersekongkol dengan pihak berkuasa zimbabwe akhirnya saya dapat tahu juga nama betul dia....... kikiki

      Delete
  2. Miahaha akhirnya nama sebenar Abby Sha terbongkar... tapi betul ke Iza nama dia tu... u jangan nak buat scene Aprilfool di bulan julai ni ekkk.... apa2 pun terbaik la cerpen santai SMNA ni

    love
    kak itasukri

    ReplyDelete