PELUH yang menitis dikesat dengan tuala muka. Penat
sungguh berjogging di kawsan berbukit seperti itu. Mujurlah permandangan di
kawasan itu memukau mata jadi sambil Elly berpeluh dapat juga dia menyejukkan
mata daripada panas asap kereta dan lori seperti di bandar. Suaminya, Hazrul
melambai Elly di bawah gazebo rumah banglo dua tingkat pusaka keluarga Hazrul.
Mamanya, Kalsom sudah lama meninggal dunia. Sejak dia berusia belasan tahun
lagi. Hazrul sejak daripada kecil lagi
memang suka ke rumah tok wannya setiap kali uti sekolah dan cuti semester
apabila dia meningkat remaja dan sudah menjadi seorang siswa.
Perkahwinannya dengan Elly tidak mendapat restu tok wannya sebelum
lelaki yang menjadi kesayangan Hazrul itu menghembus nafas terakhirnya sewaktu
berumur 75 tahun. Oleh kerana Hazrul berkeras maka, diturutkannya sahaja. Kalau
ikutkan, tok wan mahu menjodohkan Hazrul dengan anak pembantu rumahnya tetapi siapa
boleh bicara jodoh? Semua itu hak Allah. Selepas pemergian tok wan, kesemua
hartanya diserahkan pada Hazrul.
“Sayang, suka tak suasana di sini? Mendamaikan mata bukan?” Hazrul
menuangkan susu segar ke dalam gelas Elly. Mata Elly meliar memandang kawasan
rumah itu.
“Tapi abang, Elly macam tak berapa
selesa,”ujarnya seraya mengelap peluhnya sekali lagi. Angin kuat menampar pintu
rumah hingga terbuka dengan sendirinya. Elly terkejut. Angin mulai kenang
hingga Hazrul terpaksa menarik tubuh isterinya agar masuk ke dalam rumah dnegan
segera.
“Abang, rumah kita sahaja atas bukit ni. Elly rasa rumah ni...” Tak
terluah apa yang bakal keluar daripada mulutnya apabila memandnag wajah Hazrul
yang sedikit kecewa.
“Rumah
ni tak ada apalah sayang. Memang di sini banyak angin.” Dagu Elly dicuit mesra.
Dia baru berhasrat mahu menjadikan banglo itu sebagai tempat tingal meeka dan
dia akan membuka kedai perabot di pekan yang berada tidak jauh daripada situ
memandangkan hanya ada sebuah sahaja kedai perabot yang ada. Pada pandnagan
Hazrul, potensi kedainya untuk berkembang maju sangat besar.
SETELAH
selesai membersihkan diri, Elly menuruni anak tangga. Walaupun baru jam 11
pagi, namun suasana masih gelap. Mahu hujan, mungkin. Telinganya menangkap
bunyi benda bergolek di tingkkat atas rumah banglo itu. Elly mencari Hazrul
yang sedang sibuk melayari internet untuk persediaan perniagaan yang bakal
dijalankannya tidak lama lagi. Lengan Hazrul digoncang. Peluh memercik keluar
daripada dahinya yang licin.
“Abang
dengar tak?” Matanya memandang tepat wajah Hazrul yang sedang leka dan yang
pastinya dia sendiri tidak mendengarnya. Mungkin sekadar halusinasi Elly
sahaja, fikirnya.
“Tak
ada apalah, sayang.” Hazrul menutup komputer ribanya dan kepala Elly diusap
lembut. Mahu memujuk agar Elly tidak terlalu terbawa-bawa dengan halusinasinya.
Ketakutan Elly kadangkala menyulitkan Hazrul.
“Assalamualaikum,” salam yang diberi oleh seseorang di luar segera
dijawab oleh hazru seraya kakinya melangkah ke pintu. Pintu yang diselak
dibuka.
“Irina?” Hazrul ketawa. Besar hatinya memandang wajah taman
sepermainannya dahulu. Hmapir tiga tahun wajah itu tidak ditatapnya. Bakal
isteri tak jadi itu membuatkan bibir Hazrul melebar dengan senyuman. Elly
mendapatkan mereka berdua di muka pintu. Sebaik sahaja melihat Elly, segera
pandangan Irina jatuh ke lantai. Tidak berdaya mahu memandang wajah itu.
senyuman yang terlorek manis tadi hilang kemanisannya.
“Irina, ini Elly. Isteri Abang Hazrul.” Elly diperkenalkan tetapi
huluran salam perkenalan yang disua oleh Elly tidak berbalas sebaliknya irina
terus menyerahkan semangkuk kari kepala ikan ke tangan Hazrul sebelum beredar.
“Inilah
Irina yang tok wan nak sangat abang kahwini ye?” Elly memesongkan pandangannya
sambil memerhati tubuh langsing itu pergi meninggalkan kawasan banglo mereka.
“Cinta lama berputik semulalah tu,” telahan Elly dibalas dengan gelak
panjang. Hazrul membawa semangkuk kari kepala ikan itu ke meja makan dan
memanggil isterinya untuk makan bersama.
“Sayang, ni abang puji bukan sebab abang teringat apa yang sayang
fikirkan tu tau, tapi kari kepala ikan air tangan Irina memang sedap,” ujarnya.
Nampaknya Hazrul bukan menenangkan tetapi lebih membuatkan telinga Elly
terbakar. Kaki yang kulitnya putih mulus itu melangkah naik ke tingkat atas.
Hazrul tak jadi untuk makan sebaliknya terpaksa memujuk Elly yang duduk di
birai katil dengan wajah yang monyok. Terasa pula dia. Iyalah, dia sememangnya
tak pandai memasak. Hazrul masuk dan mencium dahi Elly.
“Maafkan abang ya, sayang.” Pujukan itu masih belum mampu membuatkan
isterinya tersenyum.
“Pergilah makan. Kata sedap,” rajuk Elly. Hazrul senyum dan baring di
atas riba Elly.
“Nak tidur dulu. Tak sedap mana pun kari
tu, cuma abang ni dah lama tak makan resipi masakan bekas pembantu rumah tok
wan abang, mak Embun.”
Elly
mengusap lembut rambut Hazrul dan tersenyum manja. Tahu sangat Hazrul senyuman
hilang merajuk Elly itu. Mujurlah, kalau tidak teruk dia kena memujuk isterinya
itu berhari-hari lamanya. Elly memandang ke luar tingkap. Harapannya agar Irina
tidak memecah belahkan rumahtangganya.
SEBAIK sahaja Elly meninggalkan rumahnya untuk ke
bandar, Irina dengan segera mendapatkan Hazrul yang hampir sahaja menutup
pintu.
“Irina!” Hazrul mengintai ke jalan masuk kawasan rumahnya. Bimbang juga
jika Elly berpatah balik. Irina cuba mengawal pernafasan.
“Bang,
pergi jumpa Imam Hamdan bang. Kalau boleh secepat yang boleh,” arah Irina. Dia
juga agak ketakutan jika dilihat Elly. Sebaik sahaja mendengar ada kenderaan
yang menghampiri jalan besar rumah itu, Irina terus berlari ke belakang rumah
dan menyorok. Tepat sangkaannya, Elly pulang. Pintu kereta dihempas dengan
kuat. Hazrul garu kepala.
“Mana
perempuan tu?” soal Elly dengan wajah yang ketat. Hazrul terus memeluk tubuh
isterinya. Biar Ellly tenang.
“Elly
nampak kelibat dia tadi.” Tubuh Elly meronta minta untuk dilepaskan. Entah dari
mana datangnya kekuatan Elly, tubuh Hazrul terjatuh ke lantai apabila dia
menolaknya dengan kuat. Elly menuju ke belakang rumah. Tiada! Irina sudah pun
berlari pulang ke rumahnya. Nasibnya baik kali ini. Kalaulah Elly nampak tadi?
Setelah
memastikan Irina tiada di situ, barulah Elly mempercayainya walaupun tidak
seratus peratus. Dia pergi semula dengan hati yang lega. Yang pasti dia tak
akan lama meninggalkan Hazrul di rumah. Lelaki itu miliknya, itu yang dia tahu.
Sesekali dia tidak akan benarkan Irina merampas Hazrul daripadanya. Hazrul
terduduk di kerusi. Sambil memicit-miit dahinya dia teringat akan pesanan irina
tadi. Imam Hamdan? Sahabat tok wan itu dahulunya bermastautin di Jeddaj dan tak
sangka pula Hazrul dia sudah kembali ke Malaysia.
HAZRUL
memberi salam. Pintu rumah papan yang diperbuat daripada kayu cengal itu
terbuka. Wajah berseri Imam Hamdan membuatkan Hazrul teringat akan Allahyarham
tok wan yang rupanya persis wajah Imam Hamdan.
“Cucu
Badrul, Hazrul? Ya Allah, kau temukan juga dengan aku. Doa Tok Ham
diperkenankan hari ini,” kata Imam hamdan. Tubuh Hazrul dipeluk dengan erat.
Air mata Imam Hamdan menitis sewaktu menyentuh pipi Hazrul.
“Mari
naik.” Imam Hamdan menyuruh isterinya, Mak Siti menyediakan hidangan buat
Hazrul. Diperhatikannya Hazrul daripada atas ke bawah. Bibirnya bergerak.
“Kamu
tak amalkan ke apa yang Badrul ajarkan pada kamu dulu?” Soalan itu menyentak
rasa di dalam hati Hazrul. Zikir, itu yang telah lama dia tinggalkan. Sejak
berkahwin dengan Elly, bibirnya tidak lama mengucapkan kata-kata indah buat
penciptanya. Apabila tiba waktu maghrib, Elly pasti menagajaknya keluar makan
atau pun melekakannya dengan perkara lain. Hubungan suami isteri yang boleh
ditunda juga tidak mampu ditepis setiap kali Elly mula menggoda.
“Kamu
ni dalam masalah sebenarnya Hazrul.” Imam Hamdan memulakan bicara namun belum
sempat dia meneruskan, telefon bimbit Hazrul berbunyi.
“Ya,
sayang. Ok, abang balik sekarang,” jawab Hazrul dan terus mematikan panggilan
telefon yang Imam Hamdan kira tentunya daripada isteri Hazrul.
“Tok
Imam, saya pulang dulu. Nanti ada masa lain, saya datang ya?” Hazrul menuruni
anak tangga dan mula menyarung seliparnya.
“Solat
dan zikir, Hazrul.” Nasihat Imam Hamdan dan Hazrul mengangguk sambilo
tersenyum. Mak Siti yang sudah pun siap menyediakan hidangan menghampiri
suaminya di tangga rumah.
“La,
baru siap nak hidang dah balik dah?” soal Mak Siti.
“Hmm,
kawannya di luar kawasan rumah kita dah gelisah. Baliklah dia,”jawab Imam
Hamdan dan serta merta bulu roma Mak Siti meremang.
“Abang
pergi mana tadi?” Elly duduk berpeluk tubuh di sofa. Barangan dapur kelihatan
terletak di atas meja kopi. Hazrul mengangkatnya dan terus menyusun barangan
itu di dapur. Sementelah Hazrul teringat akan pesanan Imam Hamdan sebentar
tadi. Dia mendapatkan Elly yang masih bermuka masam di ruang tamu.
“Kita
sembahyang jemaah di surau hari ni?” senyuman Hazrul dibalas dengan kerutan
kening yang dalam.
“Elly
tak boleh.” Jawapan ringkas itu membuatkan Hazrul mengeluh. Sebelum berkahwin
dahulu, dia sendiri bercita-cita mahu menjadi khalifah terbaik dalam hidup
isteri yang dibimbingnya tetapi semua itu nampaknya terbalik. Dia sendiri leka
menjalankan kewajipannya pada Tuhan yang Maha Esa mana mungkin dia mampu
membimbing isterinya jika dia sendiri juga culas dalam solatnya? Elly naik ke
atas. Pintu di tingkat atas tertutup dengan kuat dan Elly yang masih berada di
tengah tangga terdiam. Dadanya berdebar. Pintu di bilik bacaan terbuka semua
dengan sendirinya dan kemudiannya tertutup lagi. Elly berlari selaju mungkin
masuk ke dalam biliknya. Dadanya berombak hebat. Dia ternampak kelibat tok wan
di sudut hujung di mana terletak meja konsol yang diperbuat daripada kayu jati
itu. berderau darahnya pada waktu itu.
Hazrul
seperti biasa, tidak mendengar apa-apa. Sungguh dia berasa tidak selesa dengan
teguran Imam Hamdan tadi. Mengapa dipesan perkara begitu padanya. Azan manghrib
berkumandang dan kaki Hazrul laju naik ke biliknya. Dia membersihkan diri dan
memandang ccermin segi empat sama itu agak lama. ‘Apa yang ada pada wajahku
sehinggakan Tok Imam seolah-olah merenung benda lain melalui wajahku ini.’
“Abang
buat apa tu?” soal Elly sambil menggendang pintu bilik air.
“Mandi. Abang nak pergi solat jemaah di suraulah, sayang.” Jawapan itu
nampaknya tidak menyenangkan Elly. Ikatan rambutnya dilepaskan. Sebaik sahaja
Hazrul keluar dia terus menarik Hazrul ke dalam dakapannya.
“Batal
air wuduk abang, sayang. Kalau iya pun nanti ye. Lepas solat Isyak,” pujuk
Hazrul. Elly buntu. Dipeluknya Hazrul sekuat yang mungkin.
“Ok,
kalau Elly takut abang solat di dalam bilik sahaja,” kata Hazrul dan berpatah
balik masuk ke dalam bilk air untuk mengambil air wuduk sekali lagi. Elly
merengus dan keluar dari bilik setelah menghempas pintu sekuat hati.
Hazrul
berdiri di tikar sejadah. Dadanya entah mengapa berdebar-debar. Sebaik sahaja
niat dibacakan, Hazrul bagaikan tidak mampu untuk khusyuk. Pelbagai perasaan
yang bermain di dalam kepalanya dan lebih menyedihkan dia tidak mampu
mengingati surah Al-Kafirun yang selalu di ajar oleh tok wannya. Hazrul
terjelepok ke atas tikar sejadah.dia menangis. ‘Kenapa dengan aku ni?” Dadanya
sebak. Mengapa aku tak mampu menjadi tenang walaupun aku berdiri menghadap
tuhanku? Kopiah di kepala ditanggalkan dan dia cuba sekali lagi. Kali ini dia
tidak mengharapkan khusyuk di dalam solatnya. Cukuplah sekadar dia menunaikan
kewajipan yang telah lama dia tinggalkan. Allah itu Maha Mengetahui...
ELLY
entah mengapa berlainan sekali sikapnya. Setiap kali Hazrul solat, dia akan
keluar dari bilik itu. Perkara itu disedari oleh Hazrul dan diceritakannya pada
Imam Hamdan sewaktu bertembung di jalan masuk kampungnya. Imam Hamdan
mengajaknya datang ke rumah. Apabila Hazrul turun dari kereta dan memijak tanah
di perkarangan rumah pak Imam, hatinya menjadi tenang. Imam Hamid menepuk-nepuk
belakang badan Hazrul dan mengerling ke belakang. Terkumat-kamit bibir Imam
Hamid membaca sesuatu dan dihembuskannya ke belakang. Hazrul terkunci mulutnya
untuk bertanya.
Duduk
sahaja di atas sofa, Hazrul disambut dengan senyuman manis Mak Siti dan Irina
yang kebetulan berada di situ. Hazrul resah. Bimbang jika Elly dapat tahu.
“Kenapa? Takut dengan mak tiri kamu?” soal Imam Hamdan. Berkerut dahi
Hazrul.
“Mak
tiri?” Memang mengelirukan. Dia sendiri tak tahu yang ayahnya berkahwin seorang
lagi. Imam Hamdan senyum simpul.
“Mak
tiri kamulah. Elly!” Mak Siti pula yang menerangkannya dan Imam Hamdan
mengangguk tenang. Hazrul sangat terkejut. Isyarat yang diterima oleh otaknya
tidak mampu ditafsir dengan jelas. Irina memandang Imam Hamdan.
“Siti,
ambil surat tu.” Arahan daripada Imam Hamdan segera Mak Siti patuhi. Surat yang
agak lama itu dihulurkan ke tangan Hazrul.
Hamdan,
Aku
rasa aku tak mampu menyelamatkan cucu yang sangat aku sayangi itu lagi.
Kalaulah aku tahu wanita yang dicintainya itu adalah ibu tirirnya sendiri
takkan aku serahkan seluruh harta aku padanya.
Elly bunuh Johan. Dia bunuh anak aku dan kali ini dia mahu buat benda
yang sama pada cucu aku. Johan disantaunya sehingga meninggal dunia dan Irina
teruk dikerjakannya hanya dengan bersalaman dengan Irina sewaktu tiba di rumah
aku. Pulanglah dan bantulah aku dan Irina. Aku yakin dia buat hazrul lupa pada
Irina. Mana mungkin hazrul boleh lupakan cintanya pada Irina sedangkan Hazrul
yang bersungguh-sungguh mahu aku menjodohkannya dengan Irina walaupun ditentang
hebat oleh Johan. Aku tahu hanya kau sahaja yang mampu menyelamatkan mereka
dengan izin Allah
Surat itu Hazrul lipat dan dia merenung Irina yang
sudah pun mengalirkan air matanya. Perlahan-lahan Mak Siti menyelak lengan
Irina yang kelihatan dengan jelas parut seperti digigit sesuatu yang bukan
daripada nyata. Hitam dan mengerikan. Mujurlah Imam Hamdan sempat pulang jika
tidak irina juga akan jadi mangsa seterusnya. Hazrul mencengkam rambutnya.
Padanlah setiap kali selepas melayari nafkah batin, hatinya tidak akan tenang
malah seperti sebuku kekesalan semakin menebal dalam dirinya. mengapa pun dia
tidak tahu.
“Tok
kena pulihkan Hazrul tapi tok kena minta izin Hazrul dulu. Hazrul rela atau
tidak tok ubatkan Hazrul ni?” soal Imam Hamid inginkan kepastian. Hazrul
mengangguk. Ada sesuatu yang diingatnya kembali. Wajah Irina. Wajah itulah yang
membuatkan hatinya terpanggil untuk pulang ke kampung sellau selain daripada
rasa rindunya pada tok wan. Sebelum ini dia cuma Ingat irina tetapi tidak sejarah
cinta mereka. Irina sudah pasrah.
“Jangan pulang malam ni. Tidur di rumah tok,” arah Imam hamid dan Hazrul
menurutinya. Apabila Imam hamid turun ke bawah, Hazrul mendekati Irina. Air
matanya menitis.
“Irina
..budak manja suka makan buah kedongdong,” ujar Hazrul. Irina senyum dalam rasa
sebak yang amat sangat. Dia mengangguk.
“Hazrul dah ingat Irina?”
“Saya
tak tahu bagaimana saya boleh lupa wanita pertama yang bertakhta di hati saya.
Saya tak tahu Irina.” Kesal sungguh Hazrul. Tubuhnya tersandar ke dinding.
Sebelah lagi tangannya meraup wajahnya yang kelihatan amat kesal dengan apa
yang berlaku. Mujur mereka belum punya anak. Kalau tidak tentu anak mereka itu
adalah anak yang tidak sah taraf. Hakikatnya Elly tak sah sebagai isterinya dan
yang lebih tepat lagi tak akan pernah sah. Hazrul berasa dirinya sangat kotor.
Padanlah Elly langsung tidak mahu bernikah di Malaysia. Entah-entah segala yang
diaturkan oleh Elly itu cumalah palsu atau lakonan semata.
Irina membuka begnya dan menyerahkan tasbih kepunyaan tok wan yang
sempat diserahkan kepadanya sebelum dia pergi menghadap Illahi. Masih teringat
lagi akan kasih sayang tok wan buat mereka berdua. Terketar-ketar tangan Hazrul
menyambutnya.
“Tok
wan,” sendu Hazrul tidak tertahan lagi. Kecewanya tidak mampu digambarkan
dengan kata-kata tetapi irina sangat memahaminya. Memang Irinalah wanita yang
paling memahami Hazrul. Bukannya Elly. Entah apa yang Elly buat hinggakan nama
Irini sedikit demi sedikit terhakis daripada ingatan Hazrul. Sebenarnya Elly
terperanjat juga apabila Hazrul mampu mengingati Irina beberapa hari yang lepas
malah senyuman Hazrul melebar saat melihat irina di hadapan matanya. Itu;ah
kuasa cinta yang tak mampu untuk Elly sangkal.
ELLY
resah! Sudah hampir jam 8 malam tetapi Hazrul masih belum pulang. Dadanya
menjadi tidak tentu hala. Dia menggosok belakang tengkuknya kerana terasa seram
sejuk. Pintu di tingkat atas rumah mereka tertutup dnegan kuat dan menghasilkan
bunyi dentuman yang agak menakutkan. Kunci kereta dicapai dan Elly terus keluar
dalam kelam malam. Itu lebih menyenangkan daripada duduk di dalam rumah yang
sering mengganggunya dengan bunyi-bunyian yang membingitkan telinga.
Sementara itu di rumah Imam Hamid, selesai sahaja solat Isya’ rawatan
pertama mula di lakukan. Hazrul di minta duduk bersila mengadap kiblat. Bermula
dengan surah Al-Fatihah hinggalah hampir ke ayat terakhir surah Qursy. Tangan
Hazrul mulai menggeletar. Badannya sudah lain macam. Irina yang berada di
belakang Mak Siti kelihatan sedikit takut.
“Kau
cabar aku!” tempelak Hazrul dengan mata yang garang. Kali ini dia yang duduk
bersila sudah pun mencangkung memandang Imam Hamid yang hanya tersenyum tenang.
“Keluar juga kau ya? Sebelum ini kau cuma tunggu di luar kawasan rumah
aku sahaja. Kenapa? Takut?” sergah Imam Hamid. Hazrul yang sudah pun
dipengaruhi jin ketawa dengan kuat.
“Aku
benci masuk ke dalam rumah kau. Aku benci!” kepalanya terteleng-teleng. Dia
menepuk lantai berkali-kali. Menjeling Imam Hamid yang masih lagi tenang. Dahi
Hazrul disentuh tetapi tangan Imam Hamid ditepis kuat. Tidak sampai beberapa
minit, dua orang anak murid Imam Hamid tiba.
“Kenapa
mula sebelum kami sampai Imam?” soal salah seorang daripada mereka sebelum
memegang tangan Hazrul yang sedang meronta.
“Dia
dah cabar aku dulu. aku tak mahu Hazrul kena lebih teruk,” jawab Imam Hamid.
“Azan!” arah Imam Hamid dan sebaik sahaja alunan azan berkumandang,
Hazrul menggeletik kepanasan dengan kedua belah tangannya mencengkam rambut.
Nampak seperti dia dalam kesakitan.
“Kau
ganggu aku, tapi kau silap aku berlindung dnegan tuhanku, tuhanmu, tuhan
sekelian alam. Aku dijanjikan Allah akan kesejahteraan apabila aku menjauhi
makhluk keji seperti kau. Aku tahu siapa yang hantar kau kepada dia.” Imam
Hamid membaca potongan surah Al-Quran dan dihembuskan ke dalam telinga Hazrul.
Terkulai Hazrul di situ. Dia nampak lemah sekali. Irina menangis. Tak sanggup rasanya
melihat Hazrul begitu. Tubuhnya
kelihatan sangat tidak bermaya.
PART 2
Elly menekan brek kereta serta-merta. Tubuhnya bagai
dipukul sesuatu. Terjerit seketika dia di dalam kereta. dengan perasaan yang
tidak tentu arah dia kemudiannya pulang ke rumah. Hazrul sudah pulang
barangkali. Hati Elly sedikit lega. Hazrul terpaksa berpura-pura tetapi dia
berjanji tidak akan mennyentuh Elly lagi. Loya tekaknya apabila mengenangkan
dia sudah pun terlanjur dengan ibu tirinya sendiri. Sebelum pulang, Imam Hamdan
memandikannya untuk membersihkan dirinya yang kotor dengan dosa yang dia sendiri
tidak jangka.
“Abang pergi mana?” soal Elly. Hazrul yang sedang
membawa segelas air sejuk terus masuk ke dalam bilik tetamu. Tiada jawapan bagi
soalan Elly tadi. Dia naik berang lantas tangan hazrul di tariknya.
“You ni kenapa!!” jerkah Elly. Sebaik sahaja Hazrul
mengangkat wajahnya, Elly seperti tiada kederat untuk terus mencengkam tangan
suami yang tidak pernah sah di sisi agama. Elly menundukkan wajahnya dan terus
naik ke atas biliknya. Pintu dikunci rapat. Dia dengan sedaya upaya menarik
tilam agar membolehkan dia mencapai sesuatu yang di selitkan di bawah tilam
tersebut. Kain kuning yang membaluti tanah kubur dan tulang mayat itu kelihatan
terbakar dan mengeluarkan bau yang sangat busuk. Elly membalingnya ke tingkap.
Dia duduk berdiri lutut sambil bersandar di dinding dengan wajah yang pucat.
“Irina!” dia mengetap bibir. ‘Perempuan tu tak
serik-serik!” gerutu hatinya. Bagaimana dia mahu kelihatan muda sentiasa kalau
Hazrul tidak mahu menyentuhnya lagi. Dia tahu, Hazrul sudah berubah dan
berkemungkinan besar hazrul sudah tahu siapa dirinya. dengan tangan yang
menggeletar, Elly menutup lampu sebaik sahaja memasang beberapa batang lilin.
Kain kuning dihamparkan dan untuk memastikan Hazrul tidak dapat menghidunya,
Elly mengunci pintu bilik daripada dalam. Kain kuning dibentang di hadapannya.
Dia mula terkumat-kamit membaa mentera yang dipelajarinya di Siam dahulu. Baru
sahaja setengah mentera di baca, balang berisi rambut dan kuku Hazrul pecah.
Yang peliknya, ianya menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Hazrul di dalam bilik
tetamu memejam matanya. Sudah dipesan oleh Imam Hamdan jika terdengar apa-apa
diamkan sahaja. baca sahaja ayat-ayat suci sehinggalah tertidur dengan
sendirinya.
Imam
Hamdan yang sedang berzikir tersenyum. Jari jemarinya ligat mengatur buah
tasbih satu persatu....
TANGAN yang sedang memegang tulang mayat mati
beranak sulung itu terpelanting apabila tangannya seolah-olah ditepis oleh
sesuatu. Elly meraung tatkala menyedari tangannya menjadi hitam dan seperti
melecur di tekap dengan besi panas. Hazrul menekup telinganya dengan bantal.
Bukan tidak kasihan tetapi Elly benar-benar mempergunakannya. Matanya menangkap
bayang yang melintasi tingkap biliknya. Mana mungkin itu bayang milik manusia
biasa memandangkan ketinggian makhluk itu melebihi tubuh biasa seorang manusia
malah keadaannya seperti bongkok tiga.
“In kullun nafsin lamma alaiha hafiz” zikir yang
diajar oleh Haji Hamdan dialunkan dengan mata yang terpejam rapat. Tidak mahu
dia memandang ke arah tingkap itu semula. Elly tidak tahan lagi. Dia mahu
bangkit tetapi makhluk yang tingginya mengalahkan galah itu tersenyum
menampakkan taringnya.
“Kau manusia memang lupa janji,” suara garau itu
menyentak keberanian Elly.
“Mana janji yang kau perlu bagi pada aku? kau
manusia memang bodoh! Kau dah dapat, kau lupa janji kau” mata makhluk itu merah
menyala.
“Aku takkan bagi kandungan ini pada kau, syaitan!!”
jerit Elly. Makhluk itu ketawa dan semakin hampir pada Elly.
“Kau ingat itu anak dia? Itu anak kita!”
Elly tersandar ke dinding. Kau lupa? Setiap kali
tiba bulan mengambang...kau akan jadi milik aku?” berdekah-dekah makhluk itu
ketawa.
Tidak
tahan lagi, Hazrul terus berlari keluar dan membuka pintu keretanya. Elly yang
mendengar deruman enjin Hazrul terus menjerit minta pertolongan. Siapalah dia
untuk melawan apa yang ditakdirkan Allah untuknya. Dia tidak memohon
pertolongan daripada Allah di setiap kesusahannya. Dia lebih betah meminta
pertolongan makhluk hina bernama syaitan maka, apalah yang ada pada jeritannya
untuk dipandang Maha Pencipta. Tubuhnya melayang dan terhentak ke dinding.
Makhluk besar itu merapati dan tangannya terus menyentuh perut Elly. Keluarlah darah
hitam yang pekat disertai ulat yang begitu banyak sekali. Elly menjerit.
Darahnya begitu banyak keluar dan wajahnya yang berseri menjadi pucat lesi.
Sebaik sahaja makhluk itu mengambil ketulan hitam sebesar bola tenis, makhluk
itu pergi meninggalkannya dengan tawa yang sangat menakutkan.
Hazrul
tidak sampai hati, dia berpatah balik semula dengan Imam Hamdan ke rumahnya.
mengucap panjang Imam Hamdan sewaktu melihat Elly pengsan dengan berlumuran
darah. Lebih-lebih lagi darah yang membasahi seluarnya. Begitu busuk hingga
membuatkan Hazrul terpaksa berlari ke bilik air untuk muntah. Mata Elly terbuka
dan dia menyeringai memandang Imam Hamdan.
“Keluar daripada tubuhnya,” arah Imam Hamdan.
“Apa
yang tinggal pada aku? Dia bukannya menjadi tuan pada aku tapi banyak lagi. Aku
juga perlu tuntut hak aku!” jerit Elly yang pasti bukan dirinya. Dia memandang
darah yang terlekat pada seluarnya lalu dijilatnya sedikit demi sedikit. Nampak
begitu berselera sekali.
Tidak sampai seminit kedengara suara Elly meminta
pertolongan.
“Abang tolong Elly!” rayunya
“Kau tak patut panggil aku abang tapi, anak!” Hazrul
menangis.
“Elly cintakan Abang” katanya dengan tangan yang
dihulurkan.
“Kau bunuh hati dan cinta aku. kau bukan saja tak
sepatutnya menjadi isteri malah sebahagaian daripada keluarga aku. aku benci
kau tetapi kerana Allah dan aku bukanlah insane yang sempurna mana, aku maafkan
kau Elly” Hazrul emngesat air matanya.
“Elly tak nak mati, abang..Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!”
Dia menjerit sehingga melangsing suaranya. Elly muntah darah di situ juga. Imam
Hamdan membantu Elly sebaik sahaja mereka yang lain tiba. Irina memandang
Hazrul yang terjelepok di lantai.
SEMINGGU kemudian...
Rumah pusaka itu terlalu banyak kepahitan. Hazrul
mewakafkan rumah pusaka itu untuk menjadi rumah anak-anak yatim atas nama tok
wannya. Biarlah semua pahala yang
mengalir sampai ke tok wan yang sangat disayanginya. Irina akan menjadi
isterinya beberapa hari sahaja lagi. Dia tidak mahu tahu mengenai Elly lagi.
Wanita kejam yang berumur 40 tahun di mana lebih tua 12 tahun daripadanya itu
memusnahkan hidupnya dengan memberinya makan makanan yang kotor daripada tubuh
badannya sendiri. Imam Hamdan menyuruh Hazrul pergi jauh daripada situ dan
membina kehidupan yang bahagia bersama Irina.
Elly
yang ditempatkan di wad pesakit jiwa asyik memeluk bantal dan menutup wajahnya
sekali sekala. Tangannya menyentuh perutnya. Ada rasa sakit di situ dan seperti
ada janin yang bergerak-gerak di dalam perutnya walaupun manusia biasa tidak
nampak akan kandungan yang sudah pun sebesar kandungan berusia 7 bulan.
“Jangan ambil anak aku lagi!!!” jerit Elly hingga menakutkan semua di
situ. Makhluk hitam itu menyeringai sambil ketawa.
“Kau milik aku, Elly!”
ngeri...tapi bagus untuk dijadikan sebagai pengajaran buat semua...jalan cerita yang sangat menarik.
ReplyDeleteterima kasih munie... sudi gak baca (kelip2 mata tanda malu)
DeleteTerbaca cerpen ni pukul 1 pagi smlm.. Waaa, ngeri! haha.. mujur da masuk bilik time tu.. Tapi cerpen ni memang terbaik la. Terselit pengajaran disebaliknya :)
ReplyDelete1 pagi? perghhhhhhhhhhhhhh.. walau tak seseram mana tapi kalau baca pukul 1 pagi emmang tabik toing2 ler... mesti ixora ni berani kan kan kan
Delete