Thursday, 20 December 2012

CINTA POPULAR D&S - bab 5


 BAB 5

Setelah pulang dari Perlis, Darren perlu berlatih untuk persembahan di sebuah anugerah berprestij di mana karyawan filem akan dinobatkan sebagai yang terbaik di kalangan yang terbaik. Darren perlu menyanyikan lagu berentak sentimental yang berjudul BERJANJI di mana lagu itu dijadikan soundtrack bagi filem PERGI. Darren perlukan seorang penari ballet yang berbakat untuk bersamanya di atas pentas. Dia mahu penari itu menari dengan lemah gemalai mengelilinginya sepanjang nyanyiannya.

Zie telah mengundang Batrisy supaya menjadi menari latar Darren. Batrisy yang sudah tiba lebih awal terus ke tingkat atas di mana studio tarian untuk Darren berlatih melakukan persembahannya. Darren yang masih di talian telefon meminta Sutera naik ke atas dan menyediakan apa yang diperlukan oleh Batrisy. Wanita muda yang sudah menjulang nama di dalam negara itu tidak sombong malah ramah berbual dengan Sutera. Darren masuk ke dalam studio. Dia memberi penerangan kepada Batrisy apa yang dia mahukan pada malam itu nanti.Lagunya berkumandang. Sutera senyum sendiri apabila melihat bagaimana Darren mengelus lengan Batrisy kemudian melepaskannya. Selepas Batrisy berpusing mengelilinginya, tangan batrisy di sentuh dan pinggang Batrisy di rangkul. Mereka bertentangan mata buat seketika. Setelah sebahagian daripada lagunya diputarkan, Darren berhenti buat seketika.

“Awak keluar” arah Darren. Sutera menjeling. Apa pula nak halau aku keluar?. Bukannya aku buat apa pun?... fikir Sutera.

“Apa ni Encik Darren?. Ala... saya tak buat apa pun” bentak Sutera.

“Awak punya sengih tu menyakitkan hati” kata Darren. Batrisy ketawa.

“Come on lah Darren.. atau you takut Sutera cemburu” bisik Batrisy. Sengaja mengusik.

“Apa pula?. Bukannya i nak pada dia pun” cebik Darren. Sutera menghampiri.

“Tak payahlah Batrisy, Darren ni memang benci pada saya. Pembawa malang agaknya saya ni” suara Sutera mendatar. Serta – merta Darren terdiam. Wajah sugul Sutera membuatkan dia sedar kadang kala mulutnya juga lepas apabila berbicara dengan Sutera.


“Tak payah nak merajuk sangat. Duduk situ diam – diam. Saya tak dapat feel!” Darren menggaru – garu kepalanya berkali – kali. Batrisy ketawa.

“Dah menari dengan ibu anak tiga.. mana nak ada feel?. Cuba menari tarian romantik ni dengan Sutera, tak payah cari pun mesti feel datang sendiri” usik Batrisy. Darren mencebik. Sutera mengangkat keningnya berkali – kali.

“Hei.. i ada cadangan. Apa kata you menari saja dengan Sutera. You boleh upah i untuk ajar dia” senyum Batrisy. Sutera terus berdiri di tengah – tengah mereka berdua.

“Nak test?” sengih Sutera.

“Apa yang test nya?” soal Darren pula.

“Menari dengan saya”

“Tak mahu. Mesti macam tunggul kayu” terjongkit – jongkit bibir atas Darren. Berani betul dia tawarkan diri nak menari dengan aku...

“Batrisy... on lagu” arah Sutera. Dia terus menarik tangan Darren apabila lagu itu mula berkumandang di seluruh studio tarian. Darren hanya mengikut sahaja perangai gila Sutera. Nak termuntah Darren apabila melihat Sutera melakukan aksi terbang seperti burung flamingo  gaya ballet. Sutera berpusing dan terus memegang bahu Darren. Dia kemudiannya memegang tangan Darren dan berpusing merapati Darren. Batrisy tersengih – sengih. Punah!!!!!.. fikir Batrisy. Habis sahaja lagu, Darren terus menolak perlahan tubuh Sutera.

“Dah.. keluar saja dari sini. Macam uli tepung saja gayanya” marah Darren. Sutera menjuihkan bibirnya dan terus keluar dari studio. Batrisy menghampiri Darren.

“Dia hebat” puji Batrisy.

“Agak – agaklah Batrisy. You nampak tak macam mana dia uli i tadi. Bukan gaya flamingo yang dia buat tapi gaya itik serati’ Darren duduk berdiri lutut.

“Dia hebat kerana dia berani. Bila dia selesa menghampiri you, dia boleh melakukan persembahan yang baik. Tanpa segan silu” senyum Batrisy lagi.

“Tak payah nak bela dia. Ada dua minggu sahaja lagi. I nak segalanya sempurna” kata Darren dan kemudiannya meneruskan latihan bersama Batrisy.

Setelah hampir dua jam mereka di atas, akhirnya Batrisy pulang sambil melambai – lambai tangan ke arah Sutera dan Zie. Darren turun. Menghampiri Sutera yang sudah pun merajuk.

“Belikan makanan. Saya lapar. Belikan untuk Zie dan yang lain sekali” pinta Darren sambil menghulurkan sejumlah wang ke tangan Sutera. Tanpa sebarang bantahan Sutera terus ke kedai makan. Tidak lama kemudian, dia pulang bersama beberapa bungkus nasi goreng ayam ke dalam pejabat. Sutera naik semula ke studio nak menyerahkan bungkusan makanan ke tangan Darren yang sedang membelek majalah. Tiada kata – kata. Sutera terus turun ke bawah. Duduk sendirian di pantry sambil merenung air milo panas yang baru dibancuh sebentar tadi. Darren mengira baki wang di dalam plastik makanannya. Kening Darren berkerut. Ini bermakna ada salah seorang pekerjanya yang tidak dapat makanan itu. Darren menelefon Zie. Setelah dipastikan oleh Zie, Darren termenung. Mungkin dia terlalu kasar sehinggakan Sutera yang tidak pernah menolak makanan itu langsung tidak membeli makanan untuk dirinya sendiri. Nasi goreng ayam bersama telur dadar di renung. Sutera tahu apa yang Darren suka. Telur dadar memang perlu ada di setiap makanan Darren.

Zie menghampiri Sutera yang masih termenung. Bahunya di tepuk kuat hinggakan dia terperanjat. Zie ketawa. Buruk betul rupa Sutera kalau terkejut begitu.

“Encik Darren suruh naik atas” beritahu Zie. Sutera menurut. Dia masuk ke dalam studio dan duduk bersila di hadapan Darren. Dia memandang nasi goreng ayam yang masih belum bersentuh. Begitu juga telur dadar itu.

“Kenapa tak beli untuk awak sekali?” soal Darren. Sutera tidak menjawab sebaliknya hanya menggeleng.

“Merajuk?” soal Darren. Sutera menggeleng lagi.

Darren mengoyakkan bekas makanan itu untuk dibahagi dua. Dia kemudiannya membahagikan pula nasi goreng ayam itu kepada dua bahagian. Telur dadar juga begitu. Setelah semuanya siap, Darren menghulurkan salah satu daripada dua bekas itu ke hadapan Sutera.

“Kita makan sama” kata Darren. Sutera memandang Darren.


“Nak saya suap pula ke?” perli Darren. Sutera menggeleng. Darren menyuap makanan ke dalam mulutnya. Udang yang terdapat di dalam nasi itu di buang kulitnya. Setelah bersih, Darren memasukkan udang itu ke dalam bekas makanan Sutera.

“Saya minta maaf” kata Darren tanpa memandang Sutera.hanya anggukan sebagai jawapan.

“sensitif pula awak ni sejak akhir – akhir ni” kata – kata Darren itu membuatkan Sutera mula bersuara.

“Ya la.. saya penat – penat menari gaya anggun depan Encik Darren. Kalau tak cantik atau buruk sangat pun tak payahlah kutuk depan – depan. Saya pun ada perasaan. Nasib baik Batrisy tu baik tak gelakkan saya. Saya malu sangat tadi” kata Sutera.

“Dah tahu tak pandai menari janganlah tunjuk pandai” Darren memandang mata Sutera.

“Puji sajalah!” dijelingnya Darren.

“Pulak dah... dah buruk saya katalah buruk. Takkan nak tipu” usik Darren.

“Dah la... tak nak makan lagi. Ambil saja balik udang ni. Tak nak makan” Sutera merajuk lagi. Darren ketawa.

“Makanlah...saya penat kopekkan untuk awak. Nak kena pecat?” ugut Darren. Sutera makan semula. Malah telur dadar Darren juga di ambil sedikit. Akhirnya Darren hanya ketawa apabila melihat Sutera yang seperti anak kecil. Manja tapi suka melawan!



                                                  **********************

Sepatutnya Darren tiba agak lewat hari ini tetapi disebabkan dia tidak punya sebarang aktiviti, dia terus ke pejabat untuk berlatih langkah tarian untuk persembahan yang akan di adakan tiga minggu lagi. Persembahan yang akan di adakan di Sarawak itu adalah sempena hari Belia tahun itu. Darren naik ke studio tarian. Langkahnya terhenti apabila mendengar lagu BERJANJI yang bakal dinyanyikan di malam anugerah itu dimainkan. Pintu yang terbuka sedikit itu membolehkan Darren melihat dari luar dengan selamat. Matanya terbeliak apabila melihat Sutera cuba menari seperti Batrisy. Kadang – kadang langkahnya berterabur. Darren tersenyum. Kadang – kadang liuk lentur badannya membuatkan Darren sedikit kagum. Tak sangka Sutera juga boleh menari walaupun agak kekok. Apabila lagu itu habis, Sutera memutarkannya kembali. Kali ini dia memegang kayu mop. Bunyi stereo diperlahankan. Mungkin dia mula sedar ianya terlalu bising.

Sutera berangan – angan menari bersama Darren. Pasti angannya bersama Darren kerana nama Darren di sebut sebelum memulakan tarian. Darren menutup mulutnya.

“Silakan menari encik Darren” kata Sutera. Dia berpusing – pusing bersama kayu mop dengan wajah bahagia. Kemuadian dia berhenti. Cuba berlagak seperti Darren itu PA nya dan dia adalah penyanyi ternama. Darren mahu mendengar dan melihat segalanya. Sutera mula bersuara.

“Hei Darren sukun!. Ambil duit ni pergi beli nasi goreng ayam!. Jangan lupa telur dadar tau. Kalau tak, aku Sutera Indah yang cantik jelita ni pecat kau. Apa?... jangan pecat?.. hei... ini Suteralah. Setakat PA macam kau ni aku buat bola lisut je. Lagi satu.. kenapa kau suka sangat masuk tangan kau dalam kocek?.. ingat bergaya sangatlah!”

Darren memandang koceknya. Cepat – cepat tangannya dikeluarkan dari kocek seluar.

“Kau tahu tak Darren, kau ingat aku ni tak penat ke?... bawa baju kau banyak – banyak tapi yang pakai satu saja!. Lain kali aku buat kain buruk je baju kau tu. Bukannya kau tahu. Nasib baik aku ni baik.... sebabkan kau kacak bergaya, aku ampunkan kesalahan kau. Dah pergi buat kerja hahahahahhahaha” suka benar Sutera waktu itu. Darren terus membuka pintu dengan kuat. Terkejut Sutera dibuatnya.

“Orang pagi – pagi cari rezeki bukannya cari dosa mengumpat orang” perli Darren. Sutera menelan air liur.

“Aduh sakit perut.. saya pergi dulu” sutera terus berlari ke bawah. Darren memandang batang mop yang Sutera tinggalkan. Darren memandang batang mop itu sambil tersenyum.

“Boleh pula dia samakan aku dengan batang mop! Sah sewel!”. Batang mop itu terus dicampak ke tepi. Yang Darren tahu, Sutera akan menerima hukuman setimpal kerana mengutuknya dengan kutukan yang amat teruk!.

Darren memanggil semula Sutera naik ke atas. Dengan segera Sutera mendapatkan Darren.

“Mop lantai ni bersih – bersih” arah Darren.

“hek eleh... kan kita ada cleaner. Suruhlah dia bersihkan” bantah Sutera.

“Boleh.. separuh gaji awak bulan ni saya beri pada dia” ugut Darren. Dia meneguk air mineral ke dalam mulut. Angin satu badan Sutera rasa. Di ambilnya batang mop dan terus dibawa ke tandas. Dengan mulut yang terkumat kamit dia terus meletakkan pencuci lantai ke dalam baldi. Sutera naik semula ke atas. Darren yang sedang diduduk selesa di atas kerusi direnung tajam. Tanpa memerah mop itu dahulu, Sutera terus mengemop di kawasan Darren duduk. Sengaja diangkat batang mop berkali – kali agar air sabun pencuci itu terpercik di badan dan kaki Darren.

“Awak nak protes ke Sutera?” soal Darren. Kakinya terangkat – angkat. Sengaja Sutera melanggar – langgar badan Darren. Kononnya mahu mengemop kawasan lebih sukar. Tanpa disengajakan Darren terjatuh. Habis seluarnya terkena air yang banyak di lantai. Sutera ketawa terkekeh – kekeh. Darren cuba bangun tetapi terlalu licin. Mahu atau tidak, dia terpaksa merangkak ke muka pintu. Apalagi, Sutera terus mengambil gambar Darren dengan menggunakan telefon bimbitnya. Darren naik angin. Dia tidak kira. Sutera sudah melampau. Darren bangun dan berhati – hati menghampiri Sutera. Dia merampas iPhone yang dibelinya itu dari tangan Sutera.

“La.. apa ni?” soal Sutera. Darren senyum nakal. Dia memandang lantai yang masih dipenuhi air. Malah lebih banyak dari tadi kerana dia baru saja menyepak baldi yang penuh dengan air itu dengan sengaja.

“Ish.. melampau betul!. Itulah banyak sangat makan sukun.. otak pun dah macam sukun” jerit Sutera. Kali ini dia benar – benar marah. Darren sengaja menambah api kemarahan Sutera dengan menjelirkan lidahnya berkali – kali. Sutera yang sudah tidak tahan terus menerkam Darren. Kedua – duanya terjatuh.

“Oi... apa ni” marah Darren.

“Ha.. padan muka basah satu badan. Nak sangat!!!!” jerit Sutera. Darren bingkas duduk . dia bangun dan ditariknya kaki Sutera. Lantai yang licin memudahkan Darren mengawal pergerakan Sutera yang sedang ditariknya. Meronta – ronta Sutera di buatnya. Salah satu kaki Sutera terlepas. Kerana hilang pertimbangan, hampir sahaja Sutera menendang ‘nyawa’ lelaki Darren.

“Oiii... ni dah lebih. Nanti saya tak ada anak tau tak!!!” marah Darren pula. Menutup ‘nyawa’ nya dengan kedua belah telapak tangan. Sutera bangun. Dia menjeling dan terus berjalan meninggalkan Darren, tanpa disengajakan kakinya tersadung pada kerusi yang sudah pun jatuh tadi. Berdekah – dekah Darren ketawa. Suka betul dia melihat Sutera tertiarap begitu. Sutera tak bergerak. Darren mula panik. Perlahan – lahan dia terbalikkan tubuh Sutera. Ada darah di hidungnya. Darren mula rasa bersalah. Sutera tidak sedarkan diri.

“Sutera...sutera” panggil Darren. Tanpa berlengah lagi Darren terus mendukung Sutera turun walaupun terpaksa berjalan di lantai yang licin. Dia menuruni anak tangga. Sebaik sahaja sampai di tingkat bawah semua mata tertumpu ke arah mereka berdua. Kedua – duanya basaah kuyup.

“Zie.. dia pengsan. Hidungnya berdarah” adu Darren. Zie menghampiri.

“Ehem.. terima kasih dukung saya ya. Penatlah nak turun tangga. Encik Darren memang perkasa” Sutera kenyit mata. Darren mengecilkan matanya. Giginya digetap. Geram!. Dia meletakkan Sutera ke atas kerusi dan kemudiannya terus pergi.

“Nak pergi mana?” jerit Sutera

“Jangan sibuk!” balas Darren. Pintu pejabat tertutup.

“Gila!!!!” kata semua di situ secara serentak. Sutera ketawa dan hanya mengesat darah bisul di hidungnya. Hmmm dah pecah.. tak payah pakai biji alim bagi kecut... tapi sakit sikit.. ketawa Sutera.


                        **********************

Batrisy meminta sesuatu daripada Darren. Dia akan hantar seseorang untuk tugas yang sepatutnya dia lakukan. Kakinya yang masih belum pulih dahulu, tidak mengizinkan dia untuk menari di hadapan ribuan penonton. Batrisy berjanji akan memberikan yang terbaik untuk Darren. Zie pula sejak dua menjak ini terpaksa mengambil alih tugas Sutera yang terpaksa memantau penari baru yang akan menggantikan Batrisy. Darren mahu semuanya sempurna.

Bekerja bersama Zie semuanya lebih tenang tetapi Darren seperti merindui sesuatu. Zie memang matang orangnya. Tidak seperti Sutera yang lebih gila – gila. Darren hanya mahu Sutera tahu yang dia bukanlah terlalu berharap kepadanya.

Seminggu telah berlalu...

Raptai persembahan dijalankan. Batrisy mengambil tempat untuk penari baru itu sementara waktu sebelum anugerah itu berlangsung keesokan harinya. Darren dan batrisy melakukannya dengan mudah. Bukan kali pertama mereka bergandingan bersama, malah sudah tiga ampat kali Batrisy menari bersama Darren. Kelibat Sutera langsung tiada. Menurut Zie, Sutera pulang ke rumah ibunya kerana ada urusan penting. Darren biarkannya saja. Dia juga perlukan masa bersama keluarga selain dirinya.

Malam anugerah...

Darren sudah bersiap sedia. Batrisy membetulkan tuksedo warna kelabu yang dipakai Darren. Senyuman Batrisy meleret malam itu.

“Mana dancer tu?” soal Darren.

“Jangan risau, you mula nyanyi dia akan masuk” Batrisy kenyit mata. Darren hanya menganggguk.  Pengurus pentas memanggil Darren. Sudah tiba untuk dia memulakan persembahan. Sebaik sahaja namanya disebut, seluruh stadium tertutup itu bergegar dengan sorakan peminatnya. Darren keluar. Muzik romantik ciptaan komposer terkenal di mainkan. Penari itu keluar. Memang sepatutnya Darren bermain drama dengan penari itu sebelum mula menyanyi. Lidah Darren kelu. Melihat Sutera yang menghampirinya dengan pakaian anggun serta rambut yang disanggul kemas membuatkan Darren keliru. Sama ada suka atau pun merasakan kariernya akan berakhir  di atas pentas itu.. senyuman Sutera sangat menawan. Dia sangat berkeyakinan. Langkah kakinya yang teratur itu mengahmpiri Darren. Sangat hampir. Sutera mengenyit mata. Darren sedikit terkejut, Darren mula menyanyi sambil membuat pergerakan bersama Sutera seperti dua insan yang sedang bercinta. Tangannya disentuh lembut oleh Sutera. Apabila tangan mereka bertaut, Sutera berpusing perlahan ke dadanya. Tiba – tiba ada getar di hati Darren. Apatah lagi ketika Sutera membelai pipinya manja. Mata Darren terpaku. Semua di stadium lebih menumpukan wajah Darren di skrin besar kerana jelas kelihatan Darren seperti terpukau.. rangsangan itu membuatkan lagu itu disampaikan dengan sempurna. Waktu dia perlu berhenti menyanyi dan memberi laluan pada muzik berkumandang, Darren tidak melepaskan pandangan matanya. Sutera memegang tangannya sekali lagi dan berpusing dengan liuk lentuk membelakangi dadanya. Sutera berpusing untuk melepaskan tangan Darren tetapi tangannya seperti melekat. Darren tidak mahu melepaskan cantuman tangan mereka berdua. Sutera sedikit panik. Lagipun lebih kurang 6 saat lagi Darren perlu menyambung korus lagu itu. Sutera tiada pilihan lain. Demi Darren dia sanggup buat apa sahaja. Sutera menarik tangannya dan berlari dengan penuh gaya bertentangan dengan Darren tangannya di letak ke dada Darren dia ke bawah sedikit dengan kaki yang berundur ke belakang. Dia berdiri semula. Bibirnya dirapatkan ke telinga Darren.

“Dah nak koruslah!” jerit Sutera. Darren tersedar. Walaupun sedikit lewat, namun bagi penyanyi professional seperti Darren, segalanya di atasi dengan mudah.

Saat terakhir... Sutera mendapatkan Darren sambil memegang bahunya dari belakang. Kepalanya dilentok seperti sedang merenung Darren. Segalanya sudah berakhir. Darren masih keliru tetapi tepukan gemuruh penonton menyedarkan Darren kembali. Sutera berlari ke belakang penrtas. Batrisy menepuk bahunya dan memeluk Sutera dengan bangga. Darren menghampiri. Tiada kata yang keluar. Dia memandang Sutera.

“Macam beauty and the beast” sengih Sutera dan terus pergi untuk menyalin pakaian. Darren terduduk. Kalau dia beauty... maknanya aku????..... Walaupun dia anggun malam ni namun dia tetap sewel!. Berani dia kata aku ni ‘beast’!... jerit hati Darren.

No comments:

Post a Comment