Thursday, 27 December 2012

CINTA POPULAR D&S - bab 9


 BAB 9

Darren berjumpa dengan Hakim, kenalan lamanya. Dia duduk minum teh bersama. Sutera tidak mengikutnya kerana tiada sebarang aktiviti yang dijadualkan pada hari itu.

“Kau dengan PA tu serius ke?” soal Hakim. Darren terdiam. Tidak sangka solan itu bakal ditanya oleh hakim.

“Kau suka dia sebab Sutera Aqila?” soal Hakim. Serta merta Darren merenung wajah hakim, soalan itu memang agak menyentuh perasaannya.

“Kalau kau suka dia sebab dirinya sendiri itu tak mengapa, Darren. Jangan kau sukakan dia kerana masa silam kau” kata Hakim lagi. Cawan teh di letak ke bawah. Darren membisu. Tiba – tiba wajah Sutera Aqila muncul di ruang ingatannya. Ya.. dia juga Sutera. Sutera Aqila yang pernah mencuri hatinya. Cintanya pergi bukan kerana orang ketiga, bukan kerana halangan kedua – dua belah keluarga tetapi Allah lebih menyayangi dia dan dia di ambil dari rasa cinta Darren yang tidak pernah pudar. Sebab itu Darren takut untuk melafazkan kata – kata cinta selagi dia belum pasti sama ada dia menyintai Sutera Indah kerana dirinya sendiri ataupun keran bayangan Sutera Aqila yang tidak pernah padam dari ingatan Darren.

“aku perlu masa. Jika aku ada rasa kasih untuk dia kerana Sutera Aqila, aku akan lepaskan dia dari tangan aku. Aku tak mahu dia derita kerana kalau dia bukan seorang ‘sutera’ sekalipun, dia tetap menjadi salah seorang insan yang aku sayang” Darren tunduk. Dia masih ingat bagaimana dia dan Sutera Aqila sama – sama memelihara Chemong. Memberi makan dan memandikan Chemong bersama. Bermain piano dan menyanyi bersama. Scarf ungu muda sentiasa menghiasi leher Sutera Aqila. Itu identitinya. Skirt dan seluar yang dipakainya mesti ada sedikit warna merah jambu dan reben. Dia memang anak manja dan sudah semestinya sangat manja dengan Darren. Kelembutan Sutera Aqila membuatkan Darren sentiasa rasa di belai. Kehilangan Sutera Aqila menyentap hampir seluruh kehidupannya. Sebab itu sewaktu di awal kemunculannya dahulu, hampir dua tahun dia menyepikan diri sebelum kembali melakar kejayaan seperti sekarang.

Puas Hajah Nora berubat dan berusaha untuk memulihkan semangat Darren. Sutera Aqila sangat sukakan gaya Darren yang sering memasukkan tangannya di dalam poket seluar. Darren tahu selain daripada halangan pihak syarikat rakaman, dia sendiri akui yang Sutera Indah diterima bekerja dengannya hanya kerana pangkal nama Sutera indah serupa dengan Sutera Aqila. Tetapi watak dan gaya mereka berbeza. Sutera Aqila hampir sempurna sebagai seorang wanita dengan ciri – cirri kelembutannya. Berbeza dengan Sutera Indah yang periang dan agak kasar.


Darren pulang ke rumah. Chemong sudah ada di Perlis. Hajah Nora memaksa Darren supaya menyerahkan Chemong kepadanya. Hajah Nora tahu sudah sampai masanya Darren melupakan Sutera Aqila. Memang Sutera Indah tidak selembut dan semanja Sutera Aqila tetapi hati hajah Nora mula merasakan perasaan kasihnya terhadap Sutera.

Sejak Hakim mengutarakan soalan itu, Darren seperti sedikit terganggu. Dia duduk bersendirian di biliknya. Zie tidak mahu mengganggu. Dia seperti tahu sesuatu. Sutera mengetuk pintu dan terus masuk ke dalam bilik Darren.

“Encik Darren nak aiskrim tak?. Saya nak beli kat diorang sekali ni” pelawa Sutera. Darren memandang sutera tanpa senyuman di wajah. Sutera memetik jarinya. Darren tersentak.

“Nak aiskrim tak?” soal Sutera.

“Boleh matang sikit tak?. Aiskrim segala! Awak tu dah besar Sutera! Dah besar!. Saya langsung tak nampak kematangan awak!” marah Darren. Sutera terkejut.

“Saya Cuma tanya nak aiskrim ke tidak?. Kalau tak mahu tak payahlah marah saya begini” suara Sutera mendatar. Darren menghentak meja. Sutera terus keluar. Zie yang mendengarnya cepat – cepat mendapatkan Sutera.

“Gilalah jantan tu!” marah Sutera.

“Dahl ah... aku dah malas nak layan dia” kata Sutera. Keluar untuk membeli aiskrim yang asalnya diminta oleh Zie. Setelah Sutera pergi, Zie memandang bilik Darren. Perkara lama dah berulang kembali.. Zie duduk membisu. Suzie  menghampiri Zie.

“Kau rasa dia ingat semula?” soal Suzie. Zie mengangguk.

“Kasihan Sutera sebab dibayangi orang lain.” Suzie juga merenung bilik Darren.

Darren memicit kepalanya. Pesanan Sutera Aqila supaya tidak menggantikannya dengan wanita lain benar – benar membebankan Darren. Sutera Aqila mengikatnya walaupun dia tiada lagi di sisi Darren. Darren menghentak meja. Dia terus keluar.

Sutera menarik tangan Darren apabila bertembung di kaki lima. Darren menepisnya. Aiskrim di tangan Sutera jatuh ke lantai kaki lima. Darren terdiam. Dia memandang Sutera yang memegang tangannya yang sakit akibat ditepis dengan kuat oleh Darren tadi. Hati Darren jadi luluh. Dia memegang tangan Sutera.

“Maafkan saya..saya..” Darren tidak dapat meneruskan kata – katanya. Sutera masih menahan sakit. Darren terus memimpin Sutera masuk ke dalam kereta. dia perlu membawa Sutera ke klinik walaupun kecederaan itu tidak seberapa. Darren risaukan Sutera. Dalam kereta Sutera hanya membisu.

Setelah mendapat rawatan ringan, Sutera di bawa ke atas bukit tempat mereka berjogging dahulu. Darren keluar. Begitu juga denga n Sutera.

“Kenapa dengan Encik Darren ni?. Mengamuk tak tentu pasal?” soal Sutera. Darren memandang Sutera.

“Awak cintakan saya?” soal Darren. Sutera tergamam dan akhirnya mengangguk.

“Kalau saya cintakan awak sebab hanya kerana nama awak sama dengan wanita yang pernah saya cintai?” soal Darren.

“Sutera Aqila?” soal Sutera semula. Darren terkejut. Dia tunduk.

“Saya hanya tahu saya cintakan Encik Darren dan saya tak peduli tentang Sutera Aqila yang telah menjadi sejarah Encik Darren. Jika mencintai saya dengan cara begitu boleh membahagiakan Encik Darren.... “ Sutera tunduk.

“Saya terima.. dan saya akan berdoa agar suatu hari nanti Encik Darren sedar, cinta Sutera Indah itu lebih hebat dan tulus dari seorang lagi Sutera yang Encik Darren rindui”

Darren meraup wajahnya. Dia dapat lihat dengan jelas air mata yang mengalir di pipi Sutera. Darren merapati dan terus memeluk Sutera. Kepala Sutera disentuh. Dia tahu dia cintakan wanita itu tapi untuk memastikan Sutera Aqila bukan penyebabnya, Darren masih  ragu.


Sutera menolak lembut tubuh Darren.


“Cuma satu pinta saya... luahkan cinta itu pada saya bila tiba waktunya. Ketika Encik Darren merindu kehilangan saya, ketika Encik Darren tersenyum dengan kehadiran saya dan apabila Encik Darren tahu dimana letaknya cinta saya di dalam hati Encik Darren...ketika itu saya akan menjadi seorang wanita paling bahagia sekali”

Darren tunduk. Menyentuh rambut Sutera.

“Jika tidak... biarkan saja cinta ini di hati saya....jika Encik Darren tak dapat menerima saya kerana cinta lain...saya juga tidak akan dapat menerima cinta lain di hati saya. Saya akan hidup menjadi Sutera Indah untuk Darren Mikail yang hidup untuk cinta Sutera Aqila”

“Saya..” Darren memejam matanya.

Sutera menyentuh tangan Darren.

“Jadilah Darren Mikail yang hebat. Tidak mengalah pada rasa takut dan sesal. Buang saja rasa curiga itu. Jika cinta itu untuk Sutera Aqila biarkan saja ianya begitu... jangan di fikirkan sengsaranya Sutera Indah untuk menghadapi semua ini, ya?” pujuk Sutera.

“Encik Darren kan hebat, gagah, dan........” Sutera memejam mata tetapi air matanya mula mengalir.

“istimewa” ujar Sutera. Dia melangkah dan terus membuka pintu kereta. Dia tahu lara di hati Darren sebab itu dia tidak terlalu mendesak untuk memastikan dirinya dicintai Darren. Sutera mengesat air matanya. Menarik nafas dalam – dalam sebelum mula tersenyum walaupun hambar.

“Hei.. Encik Darren sukun!. Cepatlah.. saya lapar ni. Tak kasihan PA sendiri ke?” Sutera cuba berpura – pura. Darren memandang. Dia tahu Sutera cuba menjadi seperti dulu.. cuba untuk berlakon dihadapannya.. menyembunyikan kesedihan dan kelukaan akibat masa silamnya. Darren melangkah. Membuka pintu tempat duduk Sutera. Ditariknya tangan Sutera dan terus mendakap Sutera dengan kemas. Kali ini Sutera tewas. Dia juga menangis dalam pelukan Darren.

“Bantu saya Sutera. Bantu saya untuk memastikan awaklah Sutera Indah yang saya cinta bukan kerana Sutera Aqila.. saya cintakan awak, Indah” bisik Darren.

“Saya juga cintakan....” Sutera tidak mampu bersuara lagi. Walaupun Darren sudah mengakui cintanya tetapi rasa sangsi itu masih ada.

“Beri saya peluang” kata Darren. Melepaskan pelukannya. Sutera mengangguk

“Tinggalkan saja saya kalau saya tak mampu memiliki sepenuhnya cinta Encik Darren. Itu lebih baik....janji pada saya” pinta Sutera.

Darren mengangguk.di renungnya wajah Sutera dalam – dalam. Darren cuba membentuk cinta yang sudah ada. Harapannya semoga memorinya bersama Sutera Aqila berlalu seperti angin kerana di hatinya, dia mahu hidup bersama wanita di hadapannya.... Sutera Indah!

No comments:

Post a Comment