Saturday, 5 January 2013

CINTA POPULAR D&S - bab 13


BAB 13

Darren banyak membisu di dalam kereta. memandangkan Sutera langsung tidak mahu berbual dengannya, Darren mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja Sutera. Dia tahu hati itu sedang terluka, apatah lagi kereta Sutera Aqilla sedang mengekori belakang kereta mereka. Keputusan Sutera Aqilla untuk bersama dengan Darren setelah lama menghilangkan diri amat mengejutkan Sutera. Bagaimana dia mampu untuk bersaing dengan adil sedangkan Sutera Aqilla yang sememangnya menjadi kekasih Darren dahulu, berada hampir dengannya. Darren masih belum mahu memberikan jawapan di atas permintaan Sutera Aqilla untuk menguruskan kerjaya Darren. Bagaimana dengan Sutera?. Walaupun PA nya itu agak baran, pemarah dan suka melawan tetapi dia tetap PA terbaik buat Darren. Senang mencari seorang pekerja yang sentiasa memuji majikannya tetapi amat payah untuk mencari pekerja yang sanggup ambil risiko semata – mata mahu majikannya terus menjadi seorang yang lebih baik dan berjaya.

“Nak suruh Abang Rashid hantar awak ke Klang atau balik saja ke rumah sewa?’ soal Darren. Sutera memandang Darren. Akhirnya!.... selepas berjam – jam dia memalingkan wajahnya dari dilihat Darren.

“Bawa saja ke Klang” jawab Sutera. Abang Rashid dan Kak Biha berpandangan sesama sendiri.

Sutera bersalaman dengan Kak Biha sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada Darren dengan senyuman yang tidak nampak manisnya. Dia memandang kereta Sutera Aqilla yang turut sama mengikuti kereta Darren dari Perlis. Jiwanya semakin tertekan. Sutera masuk ke dalam rumahnya. Makcik Milah merenung mata Sutera.

“menangis?” soal Makcik Milah. Sutera cuba mengawal matanya dari mengalirkan titik jernih yang mampu menjawab pertanyaan ibunya tadi. Sutera terus masuk ke dalam biliknya. Bantal nya menjadi mangsa. Ditumbuk – tumbuknya bantal itu. Wajah Sutera Aqilla terbayang di matanya. Dia menarik nafas dalam – dalam. membuka dompetnya. Mengambil gambar Darren yang sentiasa berada di dalam dompetnya itu. Dia merenungnya dengan hati yang bercelaru. Darren tidak pernah mengabaikannya walaupun Sutera Aqilla muncul kembali di dalam hidupnya. Sebelum mereka berangkat tadi, Sutera Aqilla menyampaikan hasratnya untuk duduk bersama – sama Darren di dalam kereta. dia mahu Sutera membawa keretanya pulang ke Kuala Lumpur. Darrenlah orang pertama yang membantah dan diikuti pula Hajah Nora. Alasan Darren hanya mahu Sutera berehat sepanjang perjalanan. Dia tidak mahu Sutera letih akibat terlalu lama memandu.

“Kau ni buat aku naik gila!. Aku memang cintakan kau sukun!. Aku tak suka dengan kehadiran Aqilla tu. Dia merebut kau dari aku yang merampas kenangan dia bersama kau. Ya.. memang aku menangis dan sedih tetapi jangan kau harap untuk aku lepaskan Darren. Masa untuk berjuang habis – habisan. Aku anak Pak Kudus!. Aku akan jadi seperti ayah aku yang sentiasa mahu menang” Sutera menggenggam penumbuk. Bantal itu di tumbuk lagi.

“Padan muka kau, Aqilla!”

Pagi – pagi lagi Sutera sudah bangun. Pak Kudus masih belum pulang dari bekerja. Dia yang perlu bertugas pada waktu malam selalunya akan pulang selepas minum kopi bersama – sama Pak Saman. Sutera bersiap – siap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Makcik Milah memeluk Sutera.

“Jangan selalu menangis. Kuatkan hati dan semangat!. Kalau perlu lawan, lawan habis – habisan. Minah tu pun bukan cun sangat. Cun lagi mak kau ni ha!” sengih Makcik Milah. Sutera senyum dan terus pergi.
Esok dia perlu bekerja. Darren perlu siapkan video klipnya yang terbaru bersama penyanyi wanita yang semakin meningkat naik.

                
                                      ***********

Pintu bilik Darren diketuk. Nampaknya ada seorang tetamu yang amat menyakitkan mata Sutera. Sutera Aqilla!.. Sutera menutup semula pintu bilik Darren. Ok, kau dah mula nak berperang.... kita mula sekarang!..

Sutera masuk semula bersama air milo panas di tangan. Darren memandang Sutera. Dia sebenarnya bimbang jika Sutera menangis lagi. Dia tidak suka melihat air mata Sutera jatuh. Sutera Aqilla juga memandang Sutera dengan pandangan sinis, dia dapat rasakan sesuatu antara Sutera dan Darren.

“Sayang nak pergi sekarang?” soal Sutera. Mengelus lembut telinga Darren. Bibir Darren menguntum senyum. Buang tabiat apa?... fikirnya.

“Ok, pergi saja sekarang’ Darren terus bangun. Sutera Aqilla menahan Darren dari terus meninggalkannya.

“Aqilla mahu jadi PA sayang!” kata Aqilla. Terbeliak biji mata Sutera mendengarnya. Darren menggaru – garu kepalanya. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

“Darren dah ada PA Darren, Aqilla” kata Darren,

“Dia tak sesempurna saya untuk tahu apa yang baik atau tidak untuk sayang” kata Aqilla. Wajah Sutera mula berubah. Alamak ai... dia ingat dia tu siapa?... Aku tahulah nak jaga sayang aku ni!.. jeling Sutera.

“Tak apalah, Aqilla. Saya boleh jaga sayang saya ni juga” Sutera makin hilang sabar. Sutera Aqilla terus menarik tangan Darren. Sutera pula tidak mahu mengalah. Mereka berdua mula menarik Darren ke kiri dan kanan. Darren sudah pening. Melihatkan tangan Darren disentap kuat oleh Sutera Aqilla, Sutera terus melepaskannya.

“Ok.. awak ambil tangan tapi saya ambil hati dan cinta dia!” kata Sutera. Darren senyum. merentap semula tangannya.

“Sayang boleh lupakan Aqilla sekelip mata sahaja!” rajuk Sutera Aqilla. Darren tunduk. Dia tidak tahu bertahun – tahun lamanya aku menderita. Salahkah jika aku mahu membina semula hidupku bersama wanita lain?. Darren keluar dari biliknya. Memimpin tangan Sutera masuk ke dalam keretanya. Pintu kereta di tutup dan Darren dengan pantas membawa keretanya ke bukit yang selalu mereka kunjungi. Darren tidak mahu Sutera Aqilla dapat mengejarnya. Dia pelukan masa untuk berkomunikasi dengan Sutera. Dia seperti bingung dengan sikap Sutera yang sama sekali berubah pagi ini.

“Saya rasa macam kahwin dua!” Kata Darren. Sutera hanya membisu.

“Semalam awak menangis dan merajuk bagai nak gila. Pagi ni awak datang, menggoda saya dan mood awak macam perempuan gatal!. Apa cerita ni?” Darren menoleh. Memandang Sutera yang memalingkan pandangannya. Dia tunduk.

“Saya jadi gila sebab awak, Encik Darren!. Saya sanggup gila! Saya sanggup jadi miang asalkan saya dapat Darren Mikail saya semula” jawab Sutera.

“Awak tak hilang saya pun!” tangkis Darren.

“Sekarang tidak tapi akan datang?. Dia bekas...”

Darren terus mematahkan kata – kata Sutera.

“Kata – kata awak itu seperti doa. Makin banyak awak mempersoalkan cinta saya, semakin banyak rasa sangsi di hati awak”

“Sutera..” Darren menggenggam jari jemari Sutera.

“Beri saya peluang untuk buktikan yang awak bukan pengganti sesiapa. Awak ialah Sutera Indah.. wanita terindah...dalam hidup saya” pujuk Darren. Sutera memandang Darren dengan sayu. Dia inginkan kepastian.

“Ya sayang.. jika ada rasa sayang untuk dia.. itu kerana saya manusia biasa tapi yakinlah yang saya sangat – sangat berusaha untuk tidak mencintai dia semula” terang Darren.

“Dah ada rasa ke?” soal Sutera pula. Darren menggeleng kepala. Sutera senyum. di cubitnya pipi Darren dengan rasa geram.

“Ishhh..” marah Darren. Sutera ketawa.

“Sayang saya?”soal Sutera.

“Tak..” jawab Darren. Mahu mengusik.

“Cinta awak” sambung Darren.

“Sebanyak mana?” soal Sutera. Mencubit – cubit lengan Darren.

“Sebesar.... bukan sebesar tapi sekeras kedegilan awak, Sutera!” senyum Darren.

“Sutera Indah..” panggil Darren dengan lembut.

“Jangan tinggalkan saya hanya kerana teori awak yang bukan – bukan tu ya?. Saya berjanji akan sentiasa mengutamakan awak dalam segala hal” janji Darren.

Sutera tersenyum manis walaupun kata – kata itu masih belum boleh meyakinkan dia seratus peratus. Dia tahu Darren akan berusaha untuk cinta mereka tetapi sebanyak itu juga Sutera Aqilla berusaha untuk merebut kembali Darren ke pangkuannya.



                                           ****************

Sutera Aqilla sudah tidak tahan lagi. Panggilan telefonnya tidak berjawab. Baginya, Darren sudah berubah tidak seperti dulu yang sentiasa mengambil berat akan dirinya. Telefon dihempas kuat. Zie terkejut.

“Ini telefon pejabat.. nanti tak pasal – pasal kena ganti” kata Zie dengan selamba.

“You Zie... sanggup you biarkan Darren dengan dia sedangkan you tahu i cintakan dia dan dia juga begitu” renung Sutera Aqilla.

“Cik Aqilla nak suruh Darren mengharapkan cinta pada orang yang dah ‘mati’?” soalan Zie itu membuatkan mulut Sutera Aqilla terkunci.

“Siapa yang bodoh?” Cik Aqilla tinggalkan dia sampai dia merana begitu dan Sutera pula tiba dalam hidup Darren dengan membawa cahaya dalam hidup dia. Rasanya ikut akal manusia yang tak normal pun boleh faham mengapa Darren utamakan Sutera dalam perkara ni. Ya.. asalnya dia memilih Sutera tu sebab namanya sama dengan Cik Aqilla tapi personality antara Cik Aqilla dan Sutera sangat berbeza. Itu meyakinkan saya yang Darren memang cintakan Sutera Indah kerana dirinya sendiri. Sudahlah Cik Aqilla.. jangan merumitkan hidup darren yang pernah Cik Aqilla hancurkan dulu” Zie tidak mahu berhenti bercakap. Sutera Aqilla terus keluar.

“Mana perginya sifat lemah lembut Aqilla yang dulu?” soal Suzie yang menghampiri Zie sebaik sahaja Sutera Aqilla berlalu dengan hati yang bengkak.

“Manusia berubah. Bila terdesak, kucing pun boleh jadi harimau” jawab Zie. Suzie ketawa. Pandai pula Si Zie ni berkata – kata!


Entah dari mana wartawan dapat berita pun Sutera tidak tahu!. Berita mengenai kekasih lama Darren sudah kembali itu betul – betul mengejutkan mereka semua. Darren tidak masuk pejabat. Katanya ada perkara yang harus dia selesaikan. Sutera hanya menurut sahaja. Dia menunggu Darren di pejabat sementara Darren menguruskan masalahnya.

Darren keluar dari kereta. perjumpaan yang di adakan di tasik itu mengimbau kembali kenangan mereka berdua. Sutera Aqilla tersenyum memandang Darren yang menghampirinya.

“Cukup!. Kalau dia tidak hadir dalam hidup Darren, mungkin Aqilla akan terus bersemadi dalam hati Darren. Biarlah dia bahagia, Aqilla” darreb terus bersuara. Wajah Aqilla sinis.

“Dia bahagia?. Sayang tak bahagia dengan dia?” Sutera Aqilla mula menduga Darren.

“Kalau dia bahagia, Darren juga bahagia” jawab Darren. Sutera Aqilla mencebik.

“Aqilla bukan bodoh!. Mana ada orang boleh lupakan cinta sejati mereka begitu sahaja?”. Lebih – lebih lagi cinta pertama” kata Sutera Aqilla.

“Ya... Aqilla cinta pertama tetapi bukan cinta sejati Darren.  Jangan libatkan wartawan dalan hubungan kita. Yang dah lepas... lepas!.” Darren cuba bertegas.

“Jawab..sayang!. langsung tiada rasa cinta lagi untuk Aqilla?” soal Aqilla. Dia menghampiri Darren dan terus memeluknya. Darren terkejut. Cepat – cepat melepaskan dirinya dari terus berada di dalam pelukan Sutera Aqilla. Hatinya panas. Darren terus meninggalkab Sutera Aqilla di situ.

“Dia betul – betul dah berubah!!!” kata Darren. Enjin kereta di hidupkan . dia perlu pulang ke pejabat dengan segera. Sutera Aqilla perlu dijauhi buat masa ini. dia tidak boleh lari dari Sutera Aqilla... itu dia tahu!

Darren masuk ke dalam pejabat. Semua mata tertumpu memandangnya. Darren menghampiri Sutera dan Zie.

“kenapa?” soal Darren. Zie melambai Darren agar mendekati komputer di hadapannya. Terkejut besar Darren apabila melihat gambar dia dipeluk Sutera Aqilla tadi sudah tersebar di internet. Darren memandang Sutera. Tiada kata – kata yang boleh menjelaskannya pada waktu itu. Darren pasti Sutera tidak akan percaya akan kata – katanya.

Sutera bangun dan mendekati Darren.

“Jom makan.. saya lapar!” Sutera mengenyit mata. Darren benar – benar terkejut. Dia sangkakan Sutera akan naik hantu tetapi tidak!. Wajahnya tenang sahaja. Siap dengan senyuman nakal lagi!... Darren makin pening

4 comments:

  1. Bestlah. Tabah betul sutera indah tu ya kak.. kalau saya, gerenti dah tak sanggup lagi dah. :') Btw sorry kalau saya ganggu masa akak brehat. Terima kasih banyak2 ya kak. Sayang akak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala izztul.. janganlah say sorry..
      akak happy tulis untuk adik n yang lain.
      seronok sgt time izzatul minta n3 baru... hihi
      terima kasih banyak2 ya dik n of course akak sayanggggg izzatul!

      Delete
  2. BEST TAPI X SUKA LAH SUTERA INDAH MACAM TU GERAM SANGAT-2 SORRY YA KAK JANGAN MARAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha...
      tak marahlah.. jgn risau!
      x per ya, lain kali akak tak buat cam gini lagi ;)
      terima kasih ye baca, baby mio. cayang baby mio!

      Delete