BAB 14
Darren
duduk mengelamun. Dia yang sedang menunggu Sutera di dalam keretanya asyik
berfikir mengenai dua orang Sutera yang makin memeningkan kepalanya. Abang
Rashid bersuara.
“Pilih
sahaja mana yang paling membuatkan kau bahagia, Darren. Tapi kalau abang,
Sutera Indah tu yang abang akan pilih. Walapun gila – gila tapi abang nampak
senyuman bahagia kau. Berilah peluang pada yanglain pula”
Darren
mengangguk dan kemudiannya tersenyum tawar.
“kalaulah
itu semudah yang abang cakap, mesti mudah hidup saya. Masalahnya Sutera Aqilla
selalu ada di samping saya. Cuba abang tengok kat belakang. Di sebalik semak
tu... nampak kereta putih tu?” soal Darren. Abang Rashid menoleh ke belakang.
“Kereta
Aqilla?” soal Abang Rashid selepas menggonyoh – gonyoh matanya yang sepet itu.
“Ya. Saya
Cuma risaukan Sutera. Takut diapa – apakan. Sutera Aqilla sekarang sangat
berbeza dengan Suttera Aqilla yang dahulu yang lemah lembut dan sentiasa
memahami. Saya dah tak tahu apa yang akan terjadi lagi” Darren bersandar.
Memicit – micit batang hidungnya. Cermin pintu kereta diketuk perlahan.
Senyuman Sutera awal pagi itu nampak manis dan ikhlas. Dia terus duduk di
hadapan dan kemudiannya menoleh ke belakang. Mahu melihat wajah Darren yang
sentiasa dirinduinya.
“Good
morning Mr Darren Mikail” tegurnya.
“Morning
Sutera Aqilla!” jawab Darren tanpa memandang wajah Sutera. Senyap!. Abang
Rashid menggigit bibirnya.
“Saya
Sutera Indah, bukannya Sutera Aqilla Encik Darren” kata Sutera dan terus
memandang ke hadapan. Ada rasa pedih, sakit dan sedih di hatinya. Darren menampar
bibirnya sendiri.
“Sayang..
tadi kami tengah cakap..”
“Tak apa
Encik Darren, semua orang buat silap. Saya pun kadang – kadang ingat Encik
Darren ni Abang Rashid” dalih Sutera. Berkerut dahi Abang Rashid mendengarnya.
“Ok.. hari
ini Darren ada sessi fotografi di Putrajaya dan sebelah malam pula ada jemputan
untuk menjadi juri program reality di stesen tv” Sutera mengamati jadual yang
telah disimpan di dalam telefon pintarnya.
Darren agak
letih dengan jadual yang diaturkan hari ini. menjadi juri jemputan agak
menyenangkan Darren. Seronok apabila melihat bakat cilik mempamerkan
persembahan yang bertenaga di atas pentas.
Masa
berlalu agak pantas. Darren tidak mahu banyak bercakap. Di dalam kereta dia
banyak membisu. Sutera tidak mahu mengganggu Darren ketika ini kerana dia tahu
Darren bukan sahaja letih fizikal tetapi juga mentalnya sejak kembalinya Sutera
Aqilla .
“Saya
pulang dulu, Encik Darren” ucap Sutera setelah kereta mereka berhenti di bawah
apartmentnya. Tiada jawapan. Darren tidak sedar yang Sutera sudah pun sampai ke
rumahnya. Sutera memandang Abang Rashid yang hanya merenungnya dengan wajah
yang penuh rasa simpati. Sutera membalasnya dengan senyuman yang hambar.
Pintu bilik
ditutup rapat malah terus dikuncinya. Zie yang mengekori Sutera dengan ekor
matanya menghela nafas. Kasihan dengan nasib Sutera. Dia tahu sedikit sebanyak
Sutera akan terluka walaupun kelihatan agak tabah luarannya. Sutera
menghembamkan wajahnya ke bantal. Tangisannya masih mampu didengari Zie yang
mencuri dengar melalui pintu Sutera yang berkunci. Dia mahu kelihatan gembira
di hadapan Darren kerana tidak mahu kerjaya Darren musnah hanya kerana perkara
remeh – temh sebegini. Bagi Sutera, kebahagiaan Darren sangat penting untuknya.
Itulah kegembiraannya apabila melihat Darren bahagia. Dia masih belum keluar
dari kamarnya walaupun dipanggil Zie berkali – kali untuk makan bersamanya. Dia
mahu tidur walaupun tidak selena mana.
*************
“Encik
Darren perlu kuat untuk Sutera!” tegas Zie. Darren berhenti mengacau teh
didalam cawannya. Pintu studio tariannya dikunci. Dia mahu berbual bersama Zie
malah lebih kepada meminta nasihat dari seseorang yang amat dipercayai. Naa
Hamid akan datang ke pejabat Darren. Dia yang sememangnya mengetahui dengan
baik mengenai kisah cinta Darren dan Sutera Aqilla perlu memberitahu Darren
sesuatu. Pintu studio di ketuk . Zie membukanya dan tersenyum manis kepada Naa
Hamid yang juga sudah lama dikenalinya. Naa Hamid bersila di hadapan Darren.
“Aku tahu
ada problem dan aku tahu punca problem” kata Naa Hamid. Darren mengerutkan
dahinya.
“aku dah
siasat pasal kes kau dipeluk Aqilla. Orang itu diupah Aqilla untuk buat semua
kerja – kerja nak munasabah tu. Sengaja mahu buat Sutera dan kau berpisah”Naa
Hamid mengeluh.
“Entahlah
Darren, aku pun pening sebenarnya. Aku tahu kau memang masih ada rasa cinta itu
buat Aqilla. Mustahillah kau langsung tak mencintai dia tapi dalam situasi ni
Sutera macam menjadi mangsa. Pertama mangsa kau, sebab mencintai lelaki yang
masih mencintai ‘arwah’ kekasihnya. Kedua, mangsa Aqilla yang sentiasa mencari
cara untuk menghancurkan cinta dia. Dia terjerat di tengah – tengah” Naa Hamid
masih berbicara.
“Semalam
dia balik dan terus kunci pintu bilik. Yang aku pasti aku dengar dia menangis”
Zie memandang Darren yang sudah pun menundukkan kepala. Sayu hatinya mendengar
cerita Zie. Dia bukannya buta!. Dia tahu disebalik senyuman Sutera ada banyak
dukanya.
“Dia di
mana?” soal Naa Hamid.
“Yang
mana?” soa Zie pula.
“Indah”
jawab Naa Hamid.
“Darren
suruh dia pergi ke butik untuk ambil baju melayu Darren dengan Abang
Rashid” Naa Hamid mengangguk setelah
mendengar jawapan dari mulut Zie. Darren bangun dan terus keluar. Naa Hamid dan Zie berpandangan sesama
sendiri.
“kenapalah
Si Aqilla tu tak mati betul – betul saja!” kata – kata Zie itu membuatkan Naa
Hamid ketawa terbahak – bahak.
Naa Hamid
menunggu Sutera pulang. Tersenyum lebar Sutera apabila melihat Naa Hamid
tersengih – sengih memandangnya. Dia duduk di sebelah Naa Hamid.
“Nak cakap sikit” kata Naa Hamid. Sutera mula
mendengar.
“Lebih baik
bersaing dengan orang yang masih hidup daripada bersaing dengan orang yang dah
mati”
Zie dan
Sutera terkejut. Apa makna kata – kata Naa Hamid tadi. Zie rasa dia mengerti
tetapi tidak pada Sutera.
“Dengar
sini... bila dia tiada, semua yang diingati hanya kemanisan dan kebaikannya
sahaja, betul?. Kalau dia masih hidup setiap kesilapan langkahnya akan
mengundang rasa benci di hati Darren. Dulu sewaktu Darren ingat Aqilla sudah
tiada, lihat bagaimana Darren memuja dan menyanjungi dia. Seolah – olah Aqilla
itu sangat istimewa bukan?. Tapi bila dia ‘hidup’ semula, satu persatu sikapnya
membuatkan Darren rimas dan rasa istimewa itu hilang sedikit demi sedikit.
Sutera, jangan salahkan Darren jika dia masih mahu tersenyum apabila melihat
Aqilla. Cinta mereka terputus bukan kerana kecurangan tetapi kerana dipisahkan
melalui kematian yang hakikatnya ia adalah rancangan orang tua Aqilla. Kalau
kau cintakan dia, kau kena tabah” nasihat Naa Hamid.
Sutera
tersenyum. Ya.. itulah yang aku lakukan untuk memastikan cintaku masih berada
di dalam hati Darren. Sekurang – kurangnya separuh daripada hati Darren akan
aku takluki. Menakluk sesuatu yang amat sukar untuk ditakluk. Jika Sutera
Aqilla tidak muncul kembali, mungkin mudah untuknya menyemai cinta dengan mudah
tetapi kini... segalanya lebih rumit.
*************
“Makan
sikit ya sayang” pujuk Darren. Pizza ditangannya disuap ke mulut Sutera.
“Tak suka
yang inilah” Sutera menolak lembut tangan Darren.
“Kenapa
tiba – tiba ajak makan ni?” soal Sutera.
“Sajalah.
Dah lama tak dating berdua kan?” senyum Darren,
“Ya lah
Encik Darren. Mari kita berdating!” gurau Sutera.
“Sayang nak
pergi mana?”soal Darren.
“Tak mahu
pergi mana. Lihat Encik Darren di hadapan mata saya pun sudah cukup” Sutera
mencubit pipi Darren. Tangannya di sentuh. Darrem mengusap tangan Sutera dengan
lembut.
“Saya
cintakan awak, sayang” Darren merenung Sutera. Tiba – tiba hati Sutera menjadi
sayu. Dia mengalihkan pandangan. Darren menarik kembali wajah Sutera agar menentang
wajahnya.
“Kenapa?”
soal Darren. Dia yang duduk bersebelahan degan Sutera cuba membahagiakan Sutera
seboleh yang dia mampu.
“entah
sampai bila saya boleh sebahagia ini kan?’ kata – kata Sutera itu membuatkan
Darren tersentak.
“Please
sayang... biarkan kita gembira saja. Tak perlu mengungkit hal – hal begini”
pinta Darren. Sutera ketawa.
“Just
kidding sayang” Sutera memicit – micit batang hidung Darren.
“Betul?”
soal Darren. Inginkan kepastian.
“Ya lah...
yang dulu tu jangan diungkit lagi kan?. Mulai hari ini saya takkan ungkit lagi
perkara itu. Biar kita bahagia berdua” senyum Sutera. Darren ketawa. Dia
memimpin Sutera keluar dari bilik VIP di restoran mewah itu.
“saya nak
bawa awak buat aktiviti paragliding. Dulu saya dah suruh Zie tetapkan tarikh
tapi tak jadi jadi kita pergi hari ini ya, sayang” ajak Darren.
“Dekat
mana?” soal Sutera.
“Bukit
Jugra. Kita pergi ok!”
Sutera
mengangguk dan terus mengikut Darren ke mana sahaja. Dia mahu menggembirakan
Darren. Cuaca yang sangat baik pada hari itu memudahkan aktiviti paragliding
yang bakal mereka lakukan. Sutera menelan air liur.
“Tak
nak!!!!!” jerit Sutera. Dia berlari. Darren mengejarnya sampai dapat. Sutera
meronta – ronta kerana dia memang tidak berani untuk melakukan perkara yang dia
sendiri takuti. Darren ketawa besar.
“Seronoklah!.
Tadi nak ke?”soal Darren. Dia memegang kedua - dua belah tangan Sutera. Mereka
yang lain ketawa.
“Mana tahu
paragliding tu terbang – terbang. Ingatkan main panjat – panjat” jerit Sutera.
“Itu rock
climbing bukannya paragliding” Darren tidak dapat menahan diri dari
mentertawakan Sutera.
“Terbang
tandemlah sayang, bukannya terbang seorang. Saya jaga awak” pujuk Darren.
Sutera menggigit bibir.
“Dia pandai
terbang ke?’ soal Sutera kepada pemilik paragliding school yang bertubuh kurus
tinggi itu.
“Cik tak
tahu ke yang Darren ni memang selalu di sini. Dia ada lesen” soalnya sambil
tersenyum lucu. Sutera menghampiri Darren semula.
“Awak
takkan tolak saya dari atas kan?” soalan Sutera yang bertalu – talu itu membuatkan
Darren ketawa tidak henti – henti.
“Ini layang
– layang gantolle ok?” terang Darren.
“tak nak
tahu pun” jawab Sutera. Tangannya seram sejuk.
Semuanya
sudah bersedia. Darren berada di belakang Sutera. Jantung Sutera berdegup
kencang.
“Ok Darren?”
jerit mereka yang lain. Darren menaikkan ibu jari tangannya.
Sutera
membisu kerana sangat takut. Sebelum mula terbang Darren menjerit.
“Aku
cintakan Sutera Indah Binti Kudus!!!!!”
Sutera
terkejut. Jeritan Darren itu membuatkan dia rasa sangat bahagia. Ya.. dia
memang mencintai aku sebagaimana aku mencintai dia.
Sutera semakin berani. Dia terjerit – jerit
dia sewaktu terbang melayang di udara. Seronoknya bukan kepalang.
Mereka
meluncur turun ke bawah. Sebaik sahaja kakinya memijak tanah, Sutera terus
membuka topi keselamatannya. Begitu juga dengan Darren.
“Saya
cintakan awak! Sangat cintakan awak ... Darren Mikail!!!!!!!!” jerit Sutera dan
terus memeluk lengan Darren.
“Ya ,
sayang!” bisik Darren. Melihat wajah Sutera yang tersenyum gembira, resah dan
kebimbangan Darren hilang buat sementara waktu. Dia merenung Sutera yang masih
terlompat – lompat sambil ketawa riang.
Kau
sentiasa membuatkan aku bahagia, sayang!.. aku ingin kau sentiasa gembira
begini. Untuk menghapuskan resah dan kesedihanmu, aku sanggup lakukan apa saja
kerana aku terlalu mencintaimu.. Sutera Indah...
********************
Mereka
semua berada di Perlis untuk satu acara amal anjuran sebuah badan NGO untuk
membantu orang yang memerlukan. Zie juga ikut bersama. Sutera memakai baju
kurung cotton bercorak bunga – bunga kecil berwarna merah jambu. Darren senyum
kerana Sutera sangat ayu pada pandangan matanya. Dia hanya menunggu di luar
bangunan di mana Darren sedang memberi autograph kepada para pemintanya. Zie juga tersenyum
gembira. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Hajah Nora. Selepas habis sahaja
acara ini, mereka bertiga akan terus pulang ke kampung Darren. Abang Rashid
tidak dapat ikut bersama kerana terpaksa menjaga Kak Biha yang sedang mabuk –
mabuk. Gembira benar Abang Rashid apabila mengetahui isterinya itu sudah hamil
empat minggu.
Darren
keluar dari bangunan itu dan terus mendapatkan Sutera.
“Sekejap
saja lagi. Nanti kita jumpa ummi ya, sayang” senyum Darren.
“Saya tak
sayang ke Encik Darren?” usik Zie. Darren ketawa dan terus pergi.
Sutera
Aqilla menghampiri mereka berdua. Terkejut besar Zie dan Sutera apabila melihat
Sutera Aqilla menghampiri mereka dengan wajah yang serius. Dia terus menarik
tangan Sutera masuk ke dalam keretanya. Zie berlari mendapatkan Darren.
Kelam kabut
Darren menghidupkan enjin keretanya. Zie pula mengekori kereta Darren dengan
kereta miliknya dari belakang. Mujurlah Zie dapat mengecam dengan tepat kereta
milik Sutera Aqilla.
“Ini jalan ke
rumah ummi aku!” kata Darren sendiri.
Zie hanya
berdoa agar Sutera tidak di apa – apakan.
“Kau nak
apa dengan aku?’ soal Sutera dengan tenang.
“kau perlu
tahu sesuatu. Aku Cuma tak mahu kau terlalu tinggi terbang untuk bercinta
dengan Darren. Aku mahu buktikan yang Darren masih cintakan aku!” jawab Sutera
Aqilla. Dia berhenti di hadapan rumah Hajah Nora.
“Aqilla..
Sutera?” Hajah Nora yang sedang menyiram pokok bunga itu terkejut melihat dua
orang Sutera tiba di rumahnya tanpa ditemani Darren. Tidak lama kemudian kereta
Darren tiba. Sutera Aqilla membuka kunci pintu bilik Darren dan terus menarik
tangan Sutera masuk ke dalamnya. Lampu dipasang. Tingkap dibuka. Hajah Nora dan
Tina mengekori mereka berdua.
“Nampak?”
soal Sutera Aqilla. Sutera memandang semua gambar yang tergantung di dinding
bilik Darren. Tidak kurang juga gambar yang diletakkan di atas meja. Sutera
Aqilla menghampiri scarf kuning dan biru yang diikat di hujung katil Darren.
“Ini scarf aku.
Itu gambar aku dan semua perhiasan comel ini hadiah dari aku untuk Darren. Aku tanya
pada kau, ada sesuatu di sini milik kau, Sutera Indah?.. Tidak! Semuanya milik
Sutera Aqilla.. sebagai seorang yang punya akal, kau dah pasti dapat mengagak
kan?” Sutera Aqilla memandang tepat ke dalam anak mata Sutera. Hajah Nora menangis. Darren terpaku di muka
pintu. Itu kesilapannya dia kerana tidak membuang segala kenangannya bersama
Sutera Aqilla.
Sutera
menarik nafas perlahan – lahan. Dia cuba mengumpul segala kekuatan. Haruskah
dia pergi dan beralah dengan hinaan Sutera Aqilla terhadapnya. Matanya memandang
Darren yang seolah – olah rasa kesal dengan semua ini.
“Sayang..”
Darren bersuara. Zie memegang tangan Hajah Nora.
Sutera
tunduk semula. Cuba mengukir senyuman yang tidak patut diukir di saat dia
diperlakukan sebegitu rupa.
“Terima
kasih atas jawapan yang awak berikan walaupun tidak pernah sesekali saya
memintanya, Aqilla. Itu hak Darren untuk menyimpan kenangan dia bersama awak malah
dia juga berhak untuk terus mencintai awak. Saya tak mahu tahu kenapa Darren
masih lagi menyimpan semua ini walaupun dia sekarang...” Sutera tidak dapat
meneruskan kata- katanya. Dadanya semakin sebak. Sutera mengalihkan
pandangannya ke luar tingkap. Semua menanti kata – kata Sutera seterusnya.
“Selagi dia
tidak mengambil saya sebagai isteri yang sah, tiada sedikit pun hak untuk saya
mempertikaikan semua ini. saya tak mahu tahu sama ada dia masih cintakan awak
atau tidak kerana saya akan tetap sentiasa mencintai Darren Mikail kerana
dialah cinta pertama saya sebagaimana awak menjadi cinta pertama dia Cuma.......
saya pasti selain cinta pertama, dia juga cinta terakhir saya”
Sutera
Aqilla memandang sinis. Baginya Sutera berpura – pura kuat dan tabah. Sutera
berjalan ke muka pintu. Dia memandang Darren yang sudah pun merah matanya.
Sutera menyentuh pipi Darren.
“Tidak
pernah saya membenci lelaki di hadapan saya ini apatah lagi untuk
menyalahkannya di atas rasa sakit ini. Encik Darren..saya akui rasanya sangat pedih dan sakit hingga saya
tak mampu untuk bernafas malah kaki saya rasa seperti tidak punya kederat untuk
melangkah.... saya dah temui jawapan bagi semua soalan saya tapi apa yang saya
kesalkan jawapan itu bukan dari bibir lelaki ini tetapi dari bibir wanita yang
juga pemilik hati lelaki ini. saya maafkan Encik Darren walaupun tidak perlu
untuk saya memaafkannya” Sutera melangkah pergi, air matanya sudah tidak dapat
ditahan lagi. Sutera berhenti melangkah. Berpatah balik dan terus mencuim Hajah
Nora. Tangan Hajah Nora digenggam.
“Sekurang –
kurangnya Ummi akan menjadi sebuah kenangan terindah di antara saya dan Darren.
Sutera sayangkan Ummi !.. sentiasa...”
Hajah Nora
memeluk Sutera. Dia tidak mampu berbuat apa – apa. Dia sendiri tidak tahu sama
ada Darren masih cintakan Sutera Aqilla ataupun tidak. Zie mengekori Sutera.
Dia membuka pintu kereta. Sutera masuk ke dalam dan terus pergi bersama Zie
dengan hati yang sangat pedih akibat terlalu dalam lukanya.
“Awak
memang kejam!” kata Darren dan terus keluar. Dia perlu jelaskan sesuatu kepada
Sutera. Dia terus mencari Zie dan Sutera. Tina masuk ke dalam bilik Darren. Dia
merenung Sutera Aqilla.
“Dulu akak
rasa kamulah wanita paling ideal buat Darren... tetapi sekarang akak tahu
tekaan akak tu salah. Keluarlah kamu dari rumah ini sekarang kerana akak yakin
bila Darren pulang ke rumah ini semula, wajah kamulah yang dia tidak akan
pandang. Jangan salahkan dia kalau Darren menghalau kamu rumah ini” kata Tina
dengan tegas.
Sutera
Aqilla terus keluar. Dia tersenyum kerana sekurang – kurangnya Sutera sudah
rasa peritnya akibat mencintai lelaki miliknya dahulu.
sdey la kak...huhu...thanks kak..xsbar nk bce entry strusnya..mggu dpan da xbple bce..ct sem sbulan..huhu..congrate kak...heee
ReplyDeleteala... naper lak x leh baca?..
Deletex per, untuk adik yang tak leh baca, malam ni akak masuk bab lagi satu ya...
sekurang2 nya ok gak kan drpd x leh baca langsung(ish.. apa akak merepek ni)
senang cerita ... n3 malam ini utk adik
cayanglah!
haha..thanks akk..syg akk..hee
Deletekt umah intrnet cam kura2...
nk on9 pn ssh...
takpe.. no hal lah. dah masuk dah pun n3 baru tu tapi pendek sikit ler.. tgklah kalau lapang esok masuk lagi satu ya.
Deletesayang juga kat adik malah lebih banyakkkk
bab on9 lembab cam kura2 tu bagi dia makan kangkung, mesti laju ckit hehehe :)
kenapa sedih2 ni? :'(
ReplyDeleteala.. izzatul sedih yek..
Deletex per dik, buat masa ni, bab ni jer pas ni sutera hepi gelak bagai x ingat k..
:) :)