Friday 20 April 2012

bab 26 (menerjah ke lubuk hati)

   Rumah kami seakan sunyi apabila Tina mengikut Halim pulang ke kampung untuk menguruskan hal perkahwinan mereka berdua. Mak Jah kelihatan bosan. Aku tahu, dia rindukan Tina yang bermulut lancang itu. Mak Jah dan Tina sering bertengkar dan itulah yang dirindui oleh Mak Jah ketika Tina tiada. Tina akan berkahwin 3 bulan lagi. Fareez menanggung segala kelengkapan hantaran Tina pada Halim. Tina sangat terharu dan mahu memanggil Fareez abang. Baginya, Fareez bukan sekadar kawan tetapi saudara kandung yang amat baik hati.
  "Sunyi sahaja rumah ini tanpa Tina kan sayang?," soal Fareez. matanya tertumpu pada dada akhbar, Memang kebiasaan Fareez untuk membaca surat khabar di taman pada hari ahad begini.
  "Ooo... jadi Amy ni tak buat rumah ni gembiralah," rajukku. Fareez meletak suratkhabar dan memegang jari jemariku. Diusapnya dengan lembut.
  "Amy adalah nyawa bagi rumah ini. Kalau Amy tiada, rumah ni dah macam tiada seri tau," Fareez mencuit hidungku. Aku tersenyum kembali. Kandungaan yang sudah mencecah 4 bulan ini sudah membuatkan aku sering keletihan. Menurut mak Jah kandunganku agak semangat. Aku agak kepenatan dan mahu masuk ke dalam bilik untuk berehat.
  "Sayang nak ke mana?," soal fareez.
  'nak ke bilik. Tak laratlah abang. Macam nak pening saja," aduku. Fareez bingkas bangun dan terus mendukungku. Aku ketawa. Geli hati pula.  Opah yang keluar dari bilik terjerit - jerit menyuruh fareez meletakku semula.
   "Jangan Fareez, buatnya jatuh Amy nanti. Gugur anak kamu," jerit Opah. Fareez meletakku semula ke bawah. Dia menggaru kepala.
   "Kalau kamu berdua nak buat filem hindustan pun, tunggulah anak tu lahir. Hishhh... kamu pun dah macam Amy. macam budak - budak," leter Opah. Fareez hanya ketawa melihat Opah membebel.
   'Seronok sangatkah dengar orang membebel?," soalku. Opah menggetap bibir memandangku.
   "Kalau opah membebel macam dengar Sharifah Aini menyanyi," usik Fareez. Opah yang marah sebentar tadi tersengih - sengih mendengar usikan fareez.
   "Itu belum Opah menyanyi. kalau Opah menyanyi, gugur jantung kamu, Fareez!," kata Opah.
   'Dah sudah hajah, nanti hilang pula 'hajah' awak tu. Dah pergi masuk fareez. Opah kamu ni biar mama uruskan," mak Jah menyampuk. Fareez memimpin aku masuk ke dalam bilik.
   "Macamlah Amy ni dah sarat sangat!," kataku dan fareez hanya mengenyitkan matanya ke arah Mak Jah.


     Mak jah meneriak memanggilku dari pagar rumah kami. Aku mendapatkan mak jah yang kehairanan.
   'Kenapa Mama?," soalku. mak jah menghulurkan bungkusan kepadaku. Aku lantas membukanya. Ada lebih kurang 12 keping gambar di dalamnya.
   "Ini gambar Fareez dengan Aqila," kataku. Mak jah mengangguk.
   "Dia masih belum mahu melepaskan Fareez nampaknya," kata mak Jah. Aku mula risau. Ku telek semua gambar itu. memang mereka kelihatan amat mesra sekali. Aqila dan fareez saling berpelukan. Aku jadi marah. Gambar - gambar itu aku lempar ke bawah.  Fareez yang baru pulang dari pejabat tidak ku endahkan. Fareez terpinga - pinga memandangku. Aku terus ke belakang rumah. fareez tidak mengejarku. Mak Jah menahan fareez dan menunjukkan gamabr - gambar tersebut kepadanya. Hampir 5 minit Fareez mendapatkanku.
    "Sayang dah berjanji bukan mahu mempercayai abang sepenuhnya," Kata fareez. Di usapnya kepalaku.
    "Amy bencilah tengok gambar abang peluk Aqila," jawabku dengan nada yang perlahan.
   "Dia cuma ada gambar abang sahajakan tapi sayang ada abang. Sayang boleh peluk abang bila - bila pun. Kalau nak sekarang pun boleh," kata Fareez. Aku ketawa sedikit.
   'Macam itulah isteri abang.," Fareez tersenyum. Kali ini aku tidak akan terpedaya dengan Aqila.
Akan ku tepis segalanya.....


 

No comments:

Post a Comment