Malunya!!..... itu yang aku rasakan apabila mengetahui Fareez yang memangku aku ketika aku pengsan di butik tadi. Alangkah bagusnya jika aku dalam keadaan sedar tadi. Puan Sri Normah mengipas - ngipas wajahku. Mungkin bimbang jika aku rebah sekali lagi. Pandangan mataku tertumpu pada Fareez yang memerhatikan aku dari jauh. Hmmm.... mungkin dia tidak seteruk yang ku sangka. Di dalam kereta aku hanya membisu sementara menunggu Puan Sri Norma masuk ke dalam kereta. Fareez yang duduk di tempat duduk pemandu memandangku melalui cermin kereta.
"Tak sangka ya, badan kecil tapi kepala boleh tahan berat," senyum Fareez dan masih lagi memandang wajahku yang sudah pun merah padam. Aduhai!... bukankah bagus jika dia kata rambutku cantik dan lebat daripada mengutuk kepalaku yang berat. Kali ini perasaan malu bertambah dua kali ganda.
"Amelia kenapa?. Tak cukup tidur atau teruja melihat saya datang kepada awak tadi,". Fareez masih lagi mengusik. Usikannya itu sangat menyakitkan hati. Mahu tidak mahu aku hanya mampu menarik muka 14. Macam bagus sahaja. Ingat muka dia kacak sangatkah, aku mula membebel sendiri.
Mak Jah masuk ke dalam kamarku sambil membawa segelas susu. Bukan kebiasaanku untuk minum susu sebelum tidur. Ini perkara baru yang perlu aku lakukan. Menjadi rutin harian ku di rumah Puan Sri Normah.
"Hmm... baru datang sudah pengsan. Kalau di cuit mahu histeria," kata - kata Mak Jah tidak ku pedulikan. Dia juga antara salah seorang yang membuatkan hati aku bagai di hempuk - hempuk. Malu pagi tadi masih belum habis lagi.
"Asyik minum susu sahaja. Cubalah bagi Amy minum sirap ke," rungutku. Mak Jah mencebik.
" Ha.. Mak Jah ada susu sedap daripada ini,". Aku memandangnya.
" Susu tikus rumah Pak Seman.. hahahha,". Berdekah - dekah dia ketawa. Kadangkala sikap Mak Jah ini agak menghiburkan. Hilang kesunyian ketika berada di sini.
"Tak sangka Mak Jah minum susu tikus. Ya lah.... Amy tahulah Pak Seman tukang kebun tu kekasih Mak Jah kan,". Aku mencubit pahanya yang gebu. Dia ketawa lagi.
Hari Ahad yang membosankan. Menurut Puan Sri Norma, Fareez akan membawa ku bersiar - siar sekitar Kuala Lumpur. Aku agak teruja mendengarnya tetapi apabila di fikirkan kembali sikap Fareez pada aku, aku jadi tidak gembira. Lelaki perasan itu memang menyakitkan hati.
Fareez membuka pintu kereta untukku. Budimanlah kononnya. Apapun aku nampak sedikit perubahan padanya. Mungkin sudah insaf agaknya. Sepanjang jalan tidak pernah sekali pun aku menoleh ke arahnya. Bukan malu tetapi tidak mahu dituduh menggoda.
"Tak mengapa tidak mahhu pandang saya. Ya lah, saya yang kacak ni boleh buat hati awak runtuh macam bangunan kat Amerika tu kan,". Terbeliak biji mataku mendengar kata - kata Fareez. Ini mesti mulut Mak Jah. Aku pernah kata perkara yang sama pada Mak Jah tempoh hari. Tetapi itu dulu. Sebelum tahu sikap perasan melampaunya itu.
"Boleh tak jangan perasan tahap siamang macam tu. Eeee.. geli tau. macam nak muntah," aku mulai sinis. Dia ketawa kecil. makin sakit hatiku ini. Macam bercakap dengan tiang elektrik.
"Belum sentuh dah nak muntah. Macam mana ni?," jawabnya selamba. Aku hanya mampu menggetapkan bibir. Ikutkan hati, mahu sahaja aku cabut rambutnya yang terpacak - pacak itu. Macam rumput dekat ladang lembu Pak Cik Maniam di kampungku. Kalau di letakkan bunga boleh jadi kebun bunga. Aku tersenyum sendiri.
"Kan dah gila. Senyum seorang diri," sambungnya lagi. Aku menjeling tajam walaupun aku tahu ianya tidak mampu memberi kesan apa - apa pada Fareez. Gila!!
Aku hanya mengekori Fareez tanpa banyak soal. Macam tidak kena sahaja penampilanku berbanding dia. Seluar dengan blouse longgar.Ah! lantaklah...
"Kita makan dulu kemudian tengok wayang ya. Kalau awak nak pergi main buaian dekat sana tu, pergilah,".Jari telunjuknya menunjuk ke arah taman permainan kanak - kanak.
"Awak ingat saya ni tak pernah main buaian kah?. Setakat buaian plastik macam ni.Tak mencabar langsung. Main buaian tayar lah. Kemudian terjun sungai. Budak manja macam awak ni mana boleh main macam kami di kampung. Nanti menangis,". aku mencebik. Dia senyum. Alahai.... manis sungguh senyumannya. Ishh... apa aku ni!. Dia membawaku makan di sebuah restoran makanan melayu. Restoran yang agak mahal. Aku hanya makan nasi goreng belacan kegemaranku. Dia pula makan nasi putih dan asam pedas ikan pari. Aku fikir jika lama belajar di luar negara, sudah lupa pada makanan melayu. Ha.. itu aku suka. Dia tidak mudah lupa asal usul.
Setibanya di kaunter panggung wayang, dia memilih untuk melihat cerita Tamil. Aku terkejut. Buang tabiatkah Fareez ni?. Bukankah dia gemarkan filem Hollywood. Pelakonnya pun aku tidak kenal. Kalau cerita Hindustan tu, boleh la juga aku layan.
"Awak suka filem tamilkan?. Hari - hari awak tengok filem tamil. Siap menari lagu tamil lagi. Tak sangka betul saya," katanya. Aku tergamam.
"Mana pula awak dapat maklumat mengarut ni?," soalku. Ku pandang matanya dengan pandangan mata yang tajam.
"Mak Jah cakap. Dia suruh saya bawa awak tengok cerita tamil. Dia kata hari - hari awak melalak - lalak dalam bilik air menyanyi lagu tamil. Ha!!!!....memang nak kena Mak Jah ni. Tidak ada kerja lainkah selain membuat aku sakit hati. Balik nanti siaplah Mak Jah!
Aku tak sangka pula Fareez boleh layan filem tamil. Apabila tiba adegan tumbuk menumbuk dia kelihatan teruja. Nampaknya dia yang minat filem tamil. Selesai sahaja filem itu di tayangkan dia membawaku bersiar - siar di sekitar Kuala lumpur.
"Saya rasa awak ni ada hormon tamil kot," aku memulakan bicara. Dia ketawa kecil.
"Pertama kali tengok cerita tamil. Patutlah awak ni suka menyanyi lagu tamil. Boleh tahan ceritanya ya," katanya pula.
"Bila masa pula!," suaraku sedikit tinggi. Kali ini dia ketawa besar.
semakin teruja juga baca cerita ni :) best..
ReplyDeletehehehhe...]
Deleteini citer lama ni!
cam kelakar kan..
masa ni ntah2 apa - apa jer,, nama tajuk pun cam x kena.. apapun tq sudi baca ya dik.. yang ni pun ada ending juga.. x gantung2 hihikhi
sayang Izzatul....