Tuesday, 3 April 2012

bab 4 (MENERJAH KE LUBUK HATI)

   Setibanya aku di perkarangan rumah, Mak Jah sudah pun menyambutku dengan senyuman penuh makna. Puan Sri Normah duduk bersama Mak Jah. Mungkin berbual kosong.
   "Bagaimana hari ini?. Seronok tak anak maklong ni?," soalnya.
   "O.k maklong. Seronok tengok cerita Tamil yang di cadangkan oleh Mak Jah ni," jawabku sambil mengerling ke arah Mak Jah yang dari tadi cuba menahan ketawa.
   "Amelia siap guling - guling dekat panggung tadi, mama". Fareez menokok tambah. Aku terus masuk ke dalam bilik. Buat menambah dosa aku sahaja. Selesai mandi aku terus masuk ke dalam bilik Mak Jah. Aku mendapatkannya dan jari - jemariku bingkas mencubit manja pipinya yang tembam.
   "Mak Jah tak baik tau buat Amy macam ni," rungutku sambil memeluk bantal panjangnya.
   "O.k, Mak Jah tebus kesalahan Mak Jah dengan satu daripada banyak rahsia Fareez boleh?,".
Aku teruja. Mak Jah mendekatkan bibirnya ke telingaku. Ha!!!... fareez suka makan tahi hidung masa kecil?. hahahahahahah!!!!!!.. mahu saja aku gelak sampai ke subuh. Macho konon!. Macho apa kalau makan tahi hidung.Menurut Mak Jah, semasa kecil selepas megorek hidung, Fareez akan makan tahi hidungnya sendiri. Uwweeeekkk.... nak termuntah aku. Mak Jah ni memang talam dua muka lah. Tapi tidak mengapa, kali ini aku ada sesuatu untuk membalas dendam.

   Selepas menunaikan solat subuh, Fareez terus bersiap - siap untuk ke pejabat. Lama benar dia bersiap, mengalahkan aku yang perempuan ni. Aku menyiapkan meja untuk kami bersarapan. Dia turun dengan pakaian yang kemas. Pakaian pejabat.
  "Kenapa pandang - pandang?," Soalnya sambil tangannya mencapai sepinggan mee goreng yang baru aku masak tadi.
  "Kacak sangat ya. Sampai tak boleh lepaskan pandangan," sambungnya lagi.
  "Abang Fareez," panggilku. Dia memandangku.
  "Awak tak mahu bawa bekal?," soalku. Dia mengerutkan dahi.
  "Tak mengapa. Saya tak pernah pun bawa bekal," jawabnya jujur.
  "Ya lah kan. Buat apa nak bawa bekal sedangkan badan sendiri boleh memproses makanan," balasku pula. Dia masih mengerutkan dahi. Nampak benar dia tidak faham akan maksudku.
  "Lubang hidung abangkan lubuk makanan abang masa kecik. Lepas korek makanlah. Kenyang perut tu. Sehari semalam tak payah makan pun dah kenyang,". Puas hati aku. Aku nampak mukanya merah padam. Aku ketawa besar dan terus pergi ke dapur. Mak jah menggelengkan kepalanya. Aku tahu gurauanku agak keterlaluan tetapi apa yang penting, hatiku puas. Aku hanya dapat mendengar deruman enjin kereta fareez dari dapur. Dia sudah pergi. Tetapi hati aku rasa sepi. Seolah - olah ada kekosongan di lubuk hatiku ini. Mungkinkah ini rindu?.

     "Opah Amelia akan pulang minggu hadapan. Amelia mahu pulang ke kampung?," Soal Puan Sri Normah. Aku gembira mendengarnya. Kerinduan yang sudah lama ini akan terubat apabila bertemu dengan opah nanti. Sudah tentu banyak cerita yang akan opah kongsikan bersamaku nanti. Mata opah yang redup itu menyejukkan hatiku. Tidak sabar rasanya aku mahu bertemu dengan opah. Akan ku ceritakan apa yang berlaku padaku sepanjang pemergiannya ke Mekah. Telefon bimbitku berdering. Nombor yang agak asing bagiku.  Dengan cepat aku mengangkat telefon. Suara yang agak ku kenali.
   "Ha... cepat siap. nanti saya ambil di rumah," kata Fareez. Ajak aku berjalan tetapi menyakitkan hati. Tidak berbaloi langsung. Aku lekas - lekas bersiap. Aku cuma berbaju kurung dan melepaskan sahaja rambutku. Mak Jah menghampiriku.
  "Nak pergi dating dengan pakwe Mak Jah ke?,". Soalan Mak Jah membuatkan bibirku mengukir senyum. Bilalah pula Fareez menjadi pakwe Mak Jah. Perasan betul!
   "Tak marah ke, kekasih di kebas perempuan muda?," soalku kembali.
   "Apalah sangat perempuan muda macam ni. Hingus meleleh pun tak tahu nak lap sendiri," jawabnya selamba.
   "Mak jah nak apa - apa tak?. nanti bila balik Amy belikan," pelawaku.
   "Belikan kfc ye. Dah lama tak makan,". Mak Jah menepuk - nepuk bahuku. Amboi!, orang tua ni pun berselera makan kfc?. Tidak mustahil pun. Opah juga suka makan kfc .
Hampir setengah jam aku menunggu fareez. Kelibatnya tidak juga kelihatan. Aku naik rimas menunggu. baru sahaja aku mahu angkat punggung, fareez sudah tiba dengan muka yang tidak bersalah.
  "Lambatnya," rungutku. Mukaku masam kelat.
  "Sengaja lambat. Biar belajar bersabar," jawapan yang kejam. Aku terus menutup pintu kereta.
  "Nak pergi mana?," soalku lagi. manalah tahu dia mahu mencampak aku dekat hutan. Paling tidak pun dijualnya aku ni.
  "Jumpa kawan saya," jawabnya ringkas dan perbualan kami terhenti setakat itu sahaja.
Kami sampai tepat jam 4 petang di sebuah rumah banglo. Aku tidak pasti rumah siapa tetapi kelihatan fareez agak selesa di situ. Beberapa minit kemudian seorang wanita berkulit putih merah mendapatkan kami berdua dengan senyuman yang sungguh mesra.
  "Reez, lambatnya you ni," manja sekali gaya pertuturannya. Aku rasa ada sesuatu yang membuatkan hatiku gelisah. Aku rasa tidak selesa. Aku rasakan satu perasaan yang berbeza.
  "Hai Amelia. Saya Farah," sapanya ramah. Aku mengangguk sambil tersenyum.
  "Ini kawan saya. Dia akan ajar selok belok perniagaan pada Amelia. Saya tahu Amelia mempunyai Diploma tetapi perlu juga belajar daripada mereka yang berjaya. Farah adalah rakan kongsi syarikat kita," terang Fareez. Syarikat kita?. Bila masa pula aku ada syarikat. Walaupun aku ada diploma tetapi aku tidak pernah bekerja, Aku di suruh datang ke sini sebelum aku dapat merasa alam pekerjaan. Tidak mengapa. Ikut sahaja dahulu.
    Farah menerangkan dengan terperinci sejarah Syarikat Wawasan Holdings. Banyak perkara yang dia tahu. Aku sebenarnya lebih banyak memerhatikan gelagat farah dan Fareez. Mereka bergurau mesra. Bagaikan serasi bersama. Mungkinkah Farah ini kekasih hati fareez?. Adakah aku cemburu.
Jam sudah pukul 8 malam. Selesai makan malam di rumah Farah, Fareez mengajakku pulang. Aku lihat dengan selamba Farah memegang jari jemari Fareez. Kenapa Fareez biarkan sahaja?. Aku mula rasa panas, geram dan menyampah. Kenapa aku marah?. Aku bukan sesiapa pun bagi fareez.
Otakku ligat memikirkan beberapa persoalan. Fareez hanya membisu. Dia tidak mengusikku lagi. Aku teringin untuk menanyakan beberapa soalan padanya tetapi aku malu. Tidak kena pada masanya.
Aku pulang, terus mandi dan masih lagi berfikir sehingga aku tertidur.

No comments:

Post a Comment