Tuesday 8 May 2012

bab 12 (cinta sos dan kicap)

   "Saya lihat awak makin rapat dengan Amri?" soal Azhar dengan nada yang sinis. Suraya memandang Amri tanpa sebarang bicara. Suraya masih menanti ayat seterusnya yang akan keluar daripada mulut Azhar.
   "Awak tahu saya sukakan awak tetapi awak buat endah tak endah sahaja. Saya ni beribu kali lebih hebat daripada Amri tu tau" sambung Azhar.Suraya menarik nafas dalam - dalam.
   "Saya masuk ke dalam bilik Encik Azhar ini untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai pekerja bukannya mahu mendengar luahan perasaan. Saya harap Encik Azhar lebih profesional" Suraya memandang tepat ke dalam anak mata Azhar. Kata - kata Suraya itu membuatkan darah muda Azhar naik. Mukanya merah menahan marah.
    "Apa yang awak pandang sangat dengan budak despatch tu?. Sebab dia kacak?. Suraya... muka dia tak boleh bagi awak kemewahan pun" Azhar senyum sinis. Suraya menjeling tajam.
    "Saya masih menghormati Encik Azhar sebagai majikan saya. Jangan di sebabkan perkara remeh ini saya hilang hormat dengan Encik Azhar." Suraya sudah hilang sabar. Azhar bertambah geram. Meja dihadapannya di hentak dengan kuat sekali. Suraya terperanjat. Mereka yang berada di luar bilik Azhar juga boleh mendengarnya. Fatin memandang Amri.
   "Am, Suraya ada di dalam" beritahu Fatin. Amri bergegas masuk ke dalam bilik Azhar.
    "Encik Azhar ni ada masalah apa sebenarnya?," soal Amri. Ditariknya tangan Suraya dari genggaman Azhar. Suraya memeluk lengan Amri.
    "Tak baik buat begini. Dia bukan isteri Encik Azhar pun. Tolong hormati dia" tegas Amri. Azhar malu dan terus keluar dari pejabat dengan muka yang merah padam.
    "Sayang......" panggil Suraya.
    "Kau tak payah panggil aku sayang. Aku dah kata jangan pakai begini. Mengundang banyak masalah. Kalau nak tunjuk sangat, tunjuk dekat suami kau nanti" marah Amri. Suraya buat muka kesian. Amri memandangnya serius.
    "Ye la.. tunjuk dekat sayang la ni" jawab Suraya. Di gosok - gosoknya lengan Amri.
    "Aku dah cakap jangan panggil aku sayang. Aku bukan laki kau pun. Aku tak nak tengok pun. Kau pun bukannya citarasa aku. Tak ada langsung!" agak kuat suara Amri kali ini. Dia terus meninggalkan Suraya yang masih berdiri di dalam bilik Azhar. Kali ini hati Suraya bagai di rentap. Sakit hati dan perasaannya apabila Amri memarahinya begitu. Fatin menghampiri Suraya.
    "Sudahlah... Am tak bermaksud apa - apa. Dia tengah marah" pujuk Fatin. Suraya hanya mengangguk dan pergi ke tempatnya semula.
    "Dah macam filem lah pula" bisik Hashim ke telinga Syasya.
   "Banyak kau punya filem. Ni nampak?," kata Syasya sambil menunjukkan penumbuk di muka Hashim yang bulat itu. Hashim tersenyum kelat.

   
     Selepas beberapa jam keluar, Amri pulang semula ke pejabat. Dia langsung tidak memandang Suraya. Dokumen dan surat di letakkan begitu sahaja. Suraya tunduk. Malu dan marah. Amri duduk di tempatnya. Suraya rasa dia perlu mengalah. Apabila hampir semua orang sudah pulang, Suraya menghampiri meja Amri.
   "Kau marah aku kicap?" soal Suraya. Amri buat - buat tidak mendengar. Suraya mencuit bahu Amri. Dia berdiam diri.
    "Aku sayang kau" lembut sahaja suara Suraya.
    "Kau handsome" kata Suraya lagi.
    "Kau wangi". Amri masih buat tak tahu. Suraya mengeluh.
    "Aku sakit perut" rengek Suraya pula. Berpura - pura. Amri membuka laci mejanya. Diletakkan minyak panas di hujung meja berdekatan Suraya.
    "Aku lapar" katanya pula. Amri membuka begnya. Dikeluarkan roti dan di letakkan bersebelahan dengan minyak panas tadi.
    "Tangan aku sakit. Azhar sewel tu tarik. Merah tau. Sakit sangat"  suara Suraya makin perlahan. Sedih benar bunyinya. Suraya mengurut - ngurut tangannya sendiri. Kepalanya tunduk. Dia ingin berlalu pergi tetapi Amri menarik tangannya. Amri membelek - belek tangan Suraya. Diurutnya sedikit. Suraya tersenyum,
    "Kau sayang aku kan" kata Suraya. Amri masih tidak memandangnya.
    "Kejap lagi baiklah ni. Bukan teruk sangat pun" kata Amri sambil melepaskan tangan suraya.
    "Alahai.. sekejap sangat. Urutlah lagi. Tak kesiankan aku ke?" soal Suraya. Kali ini Amri memandangnya.
    "Dah kena macam ni pun masih gatal ya?," Soalan Amri itu Suraya terdiam. Mereka berpandangan.
    "Cepat kemas. Aku hantar kau pulang" kata Amri. Suraya ketawa kecil.
    "Sebab itu aku sayang kau" Suraya mencubit pipi Amri. Fatin dan Syasya yang ada di situ tersenyum gembira. Cuma Amri sahaja yang tahan dengan perangai Suraya itu. Amri membawa Suraya makan di gerai mamak. Suraya memang sukakan mee goreng mamak.
    "Bubuh sos banyak - banyak" kata Suraya. Pelayan mamak itu menggeleng - geleng tanda faham.
    "Kau ni gatal sebab makan sos banyak sangat kot" kata Amri. Suraya ketawa.
    "Hei... aku gatal dengan kau saja kan. Dengan orang lain aku tak gatal. Aku sopan santun" Suraya memuji diri sendiri. Amri senyum sedikit.
    "Ha.. senyum pun. Macam ni lah baru kacak lagi bergaya" usik Suraya.
    "Aku dah lama tahu aku ni kacak. " balas Amri. Tiba - tiba Suraya diam membisu. Amri mengangkat kening.
     "Aku kecil hati dengan kau" suara Suraya mula mendatar.
     "Kenapa?." Soal Amri kembali.
     "Kau kata aku bukan citarasa kau. Aku sedih sangat" muka Suraya berubah. Dia menahan rasa sedih. Amri memandangnya. Dia tahu Suraya berkecil hati.
      "Aku tak tipu. Apa yang aku cakap tadi tu benar. Kau bukan citarasa aku sebenarnya tapi..." Amri tidak dapat meneruskan kata - katanya. Suraya sudah pun bangun dan beredar dari situ.  Hati Suraya sakit sekali. Bagai di rentap dengan kasar. Dia mula berasa kerdil di hadapan lelaki yang disanjunginya. Amri membayar makanan yang di makan oleh Surya tadi dengan tergopoh gapah. Dia berlari mendapatkan Suraya tetapi tidak berjaya. Suraya sudah pun menaiki teksi. Air mata Suraya mengalir. Dia tidak tahu kenapa dia harus menangis dengan kata - kata Amri. Dia sendiri sedia maklum bahawa Amri meminati wanita yang sopan dalam segala segi. Dia juga tahu Amri bukan seperti lelaki lain. Dia tahu segala - galanya. Pemandu teksi memandang berkali - kali. Ah... peduli apa. Ini urusan aku, fikirnya. Dia tiba di rumah dan terus masuk ke dalam bilik. Fatin tercengang - cengang melihat mata Suraya yang membengkak. Fatin membiarkannya sahaja. Biarkan Suraya melayan jiwanya kerana Fatin tahu jika Suraya bersedih, dia tidak mahu diganggu. Amri menelefon Fatin. Amri menceritakan apa yang terjadi. Fatin mula pening kepala. Suraya dan Amri ini agak memeningkan kepalanya. Dia tahu Amri dan Suraya mencintai antara satu sama lain tetapi tidak pernah serius membicarakan soal hati mereka. Fatin menunggu hari esok untuk berbincang dengan Suraya. Lebih senang kerana hari sabtu mereka tidak bekerja.

    Fatin menghampiri Suraya yang sedang sibuk melipat bajunya. Suraya memandang Fatin. Wajahnya bengkak sedikit kerana banyak menangis malam tadi.
   "Kau salah faham dengan Am" Fatin memulakan bicara. Suraya tidak memberi respon.
   "Aku bukan seperti yang dia mahukan" ujar Suraya setelah beberapa minit membisu.
   "Kau tak faham " kata Fatin pula.
   "Ya. Aku tak faham" jawab Suraya. Fatin sedar Suraya amat sedih sekarang. Dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perbualan. Fatin keluar dar bilik Suraya. Fatin masuk semula ke dalam bilik Suraya.
    "Amri ada di luar. Dia minta kau tukar baju dan bawa beberapa helai baju sekali" beritahu Fatin. Suraya menjenguk ke luar tingkap. Kelihatan Amri sedang menunggunya di bawah pokok hadapan rumah mereka. Hatinya ada rasa gembira tetapi perasaannya masih terguris.
   "Pergilah.." pujuk Fatin. Suraya menuruti. Setelah siap, dia keluar mendapatkan Amri. Amri memejam sebentar matanya apabila melihat Suraya keluar. Tidak sampai hati dia melihat wajah Suraya yang sembap dan merah oleh kerana banyak menangis. Suraya masuk ke dalam kereta. Amri menyentuh lembut wajah Suraya. Suraya tidak bersuara.
   "Aku rindukan wajah ceria seorang wanita bernama Suraya. Ceria hingga membuatkan aku tersenyum sepanjang malam walaupun dia tiada di sisi aku ketika itu" kata Amri. Suraya mula menangis.
    "Mana Sos aku yang gatal?... walaupun sikap tu kadang - kadang buat aku pening tapi sikap itu juga membuatkan aku rindukan kau" kata Amri lagi.
    "Aku tak nak kawan dengan kau" kata Suraya.
    "Kahwin?," soal Amri. Terbeliak mata Suraya mendengarnya.
    "Kau nak kahwin dengan aku?," Suraya tersenyum - senyum.
    "Tak nak" jawab Amri dan terus memandu. Suraya merajuk lagi dan kali ini Amri hanya tersenyum.
   


   
   

  

No comments:

Post a Comment