Jenny datang menjenguk Suraya di rumah. Fatin menghidangkan kuih karipap dan pulut seri muka yang baru dibelinya tadi.
"Muka awak ni macam pernah saya lihat" ujar Fatin. Jenny senyum.
"Ya. Saya pernah ke pejabat awak untuk berjumpaa Puan Maznah" jawab Jenny.
"Iyalah... baru saya ingat" sengih Fatin. Suraya keluar. Mukanya masih merah.
"Dah lah Su. Amri memang sayangkan kau. Dia memang nak beritahu kau apabila tiba masanya" ujar Jenny yang kelihatan anggun dengan blouse bewarna biru muda.
"Baik kau tamatkan saja riwayat merajuk kau tu. Kau jangan tak tahu,Encik Amri tu ramai orang yang gilakan dia. Kalau kau tak nak, beratur perempuan tunggu masa nak cekup Encik Amri tu" ujar Jenny lagi. Suraya mencebik. Digosok - gosok hidungnya yang sudah sedia merah itu.
"Betul cakap Jenny. Amri tu baik. Kau patutnya bangga ada kekasih yang tak poyo macam Azhar tu. Dia merendah diri" sambung Fatin.
"Kau masih nakkan dia?. Kau maafkan dia?" soal Jenny. Suraya mengambil masa lama untuk mengangguk. Fatin tersenyum melihat Suraya yang sudah mula memaafkan Amri.
"Sungguh?" soal Jenny inginkan kepastian. Suraya mengangguk lagi. Jenny berdiri dan terus menuju ke muka pintu. Tangannya melambai - lambai. Tidak lama kemudian Amri masuk memberi salam. Dia tersenyum walaupun bimbang Suraya masih belum boleh menerimanya.
"Berapa ribu dia bayar korang?" soal Suraya. Matanya memandang Fatin dan Jenny.
"Bonus 3 bulan gaji" jawab mereka berdua serentak. Suraya ketawa.
"Bonus aku?" sola Suraya.
"Seluruh hidup aku" jawab Amri. Suraya buat muka terharu. Dia terus duduk di sebelah Amri. Dicubitnya pipi Amri. Kali ini Amri tidak marah. Dibiarkannya sahaja asalkan tiada air mata Suraya yang menitis lagi. Suraya memeluk lengan Amri dan dilentokkan kepalanya.
"Dah... jangan nak buat maksiat dalam rumah aku yang bersih lagi suci ni" usik Fatin. Jenny ketawa besar.
"Kau ni tak berubah langsung Su. Manja macam kucing. Kalau kat kampung Am, lengan pakteh aku jadi mangsa. Tu yang pakteh aku rindu sangat bila Suraya tak ada" jelas Jenny. Amri menggosok lembut rambut Suraya.
"Ikut aku balik kampung nak?" soal Suraya.
"Buat apa?" soal Amri.
"Meminang aku" jawab Suraya selamba. Tersembur air yang baru diteguk Jenny sebentar tadi apabila mendengar kata - kata Suraya.
"Tak malu ke?. Kalau pakteh tahu la, anak dia gatal macam ni, mau di parangnya kau" kata Jenny.
Mereka semua ketawa.
"Kita pergi lusa ya. Esok aku ada meeting penting" jawab Amri. Suraya melonjak gembira. Hati Amri berasa lega. Dia cukup bahagia melihat Suraya ketawa semula. Suraya memang sukar untuk diramal. Dia kasar tetapi kadangkala dia juga manja. Amri menerima Suraya seadanya.
Amri masuk ke pejabat dengan pakaian pejabat yang sangat kemas. Semua pekerja di situ terpegun sebentar. Hashim dan Saiful yang sudah di beritahu tentang diri Amri sebenar mengarahkan semua pekerja masuk ke dalam bilik mesyuarat.
"Tak sangka aku, selama ini aku bergurau, bertampar dan ketawa dengan bos aku sendiri" ujar Azmin, kerani syarikat yang baru mula bekerja 2 tahun yang lalu.
"Sekarang ni tak boleh panggil Am. kena panggil bos!" gurau Hashim pula. Amri ketawa.
"Aku masih Am pada korang semua. Panggil sahaja Amri seperti biasa" kata Amri. Mereka semua tersenyum puas.
"Aku akan serahkan jawatan pengurus syarikat kepada Fatin dan jawatan Fatin akan disandang oleh Hashim. Mulai hari ini aku mungkin tidak dapat meluangkan masa yang banyak di sini. Aku perlu menguruskan Syarikat Paradigm sebab ada projek besar yang perlu di utamakan" terang Amri.
Suraya terdiam. Mukanya berubah. Dia rasa mungkin dia akan merindui Amri. Semua pekerja bersurai. Fatin kelihatan gembira dengan perlantikannya. Dia sibuk mengemas semua barang - barangnya. Suraya mengetuk - ngetuk pensel ke meja. Amri datang menghampirinya.
"Kau kenapa?" soal Amri. Suraya menggeleng.
"Takut tak jumpa aku nanti?"
"Mana ada!" dalih Suraya. Amri tersenyum.
"Esok bawa aku jumpa ayah kau yang garang tu ya" senyum Amri. Suraya memukul lengan Amri.
"Tak nak beli barang ke?" soal Suraya.
"Ya. Kita beli hadiah untuk ayah kau"kata Amri pula.
"Bukan itu"
"Habis tu apa?" Berkerut dahi Amri.
"Barang hantaran. kata nak meminang" kata Suraya bersungguh - sungguh.
"Siapa nak pinang kau" Amri pura - pura mengelak.
"Tak nak kawan " mulut Suraya muncung.
"Gatallah kau ni. Baru nak jumpa ayah kau kan. Buatnya ayah kau tak suka aku?" soal Amri pula.
"Sukalah" balas Suraya.
"Anak dia suka, dia pun suka" jawab Suraya sambil mengenyitkan matanya. Amri ketawa dan terus melangkah pergi. Amri perlu menghabiskan kerjanya di Paradigm Sdn Bhd sebelum bercuti selama 3 hari di kampung Suraya.
Amri dan Suraya bertolak awal pagi. Suraya tidak habis - habis tersengih memandang Amri
"Terima kasih sayang" ucap Suraya. Amri hanya tersenyum.
"Aku nak minta sesuatu daripada kau" pinta Amri.
"Dekat rumah ayah kau nanti, jangan sesekali kau pegang aku. Tak nak manja - manja depan dia. Tak manis" kata Amri lagi.
"Alah... tak romantiklah" cebik Suraya.
"Suraya..." Amri menggeleng.
"Pegang jari boleh? " soal Suraya.
"Tak boleh"
"Pegang hidung?"
"Lagi tak boleh" jawab Amri lagi. Suraya terus diam. Tidak mahu berbalah lagi.
Tiga jam perjalanan yang agak meletihkan. Belum sempat mereka memberi salam, Ayah Man, bapa Suraya sudah muncul dengan wajah yang serius. Suraya berlari ke arah ayahnya. Suraya memeluk mesra ayahnya. Ayah Man memandang Amri ke atas dan ke bawah.
"Penat memandu jauh?" soalnya. Amri memandang misainya yang melentik itu.
"Tak juga pakcik" jawab Amri selepas bersalaman dan mencium tangan Ayah Man.
"Ayah aku ni, penghulu paling macho dekat semenanjung Malaysia" bisiknya. Amri tersenyum.
Rumah batu setingkat itu di cat warna kuning cair. Walaupun tinggal bersendirian, Ayah Man menjaga rumahnya dengan baik. Ayah Man mempelawa mereka makan tengahari. Amri duduk di meja makan sambil matanya memandang juadah di hadapan mata.
"Pakcik masak semua ni?" soal Amri. Ayah Man memandang Amri.
"Habis tu?. kau ingat ada bibik ke kat dalam rumah ni?" soal Ayah Man serius. Amri terdiam. Suraya tersengih - sengih. Ayah Man duduk. Suraya terus duduk di sebelah Amri. Ayah Man berdehem. Suraya yang tersedar terus bangun dan duduk di sebelah ayahnya.
"Kau kerja apa?" soal Ayah Man sambil memandang Amri.
"Kerja biasa - biasa sahaja pakcik" jawab Amri.
"Potong rumput sekolah?"
"Eh, tak adalah pakcik"
"Jaga kambing?" soal Ayah man lagi. Amri tersenyum.
"Saya kerja satu pejabat dengan Suraya" jawab Amri.
"Oooo... tukang sapu pejabat" kata Ayah Man pula.
"Bukan. Kerja seperti Suraya" jawab Amri. Dia mahu tergelak dengan sikap Ayah Man tetapi di tahankannya sahaja. Sekarang dia tahu dari mana datangnya perangai pelik Suraya yang memeningkan kepala.
Selesai makan, Amri bersolat zuhur di rumah sahaja. Ayah Man mengintai Amri bersolat. Sesekali dia mengangguk. Suraya menepuk bahu ayahnya.
"Handsome kan ayah?" soal Suraya.
"Tak sehandsome ayah dulu" jawabnya dan terus masuk ke dalam bilik. Amri yang baru selesai solat memandang Suraya yang tersenyum di pintu biliknya. Amri memberi isyarat supaya Suraya pergi dari situ.
"Tak nak!" kata Suraya. Amri bangun dan terus menutup pintu biliknya. Suraya terus masuk ke dalam biliknya sendiri. Amri keluar dari bilik. Dia duduk di luar rumah. Suasana kampung amat mendamaikan. Ayah Man duduk di sebelah Amri.
"Anak aku cantik?" soal Ayah Man. Amri mengangguk.
"Sebab tu kau nak anak aku?" soal Ayah Man lagi.
"Sebab dirinya sendiri" jawab Amri tenang. Ayah Man diam.
"Kau makan durian?. Aku nak bakal menantu aku tahu makan durian" kata Ayah Man pula. Amri menelan air liur. Dia tidak berapa gemarkan durian kerana kepalanya akan pening dan dia akan demam jika makan durian.
"Kau makan tak?" kali ini suara Ayah Man agak tinggi.
"Bolehlah" jawab Amri. Dia tidak berani memandang wajah bekas askar itu.
"Kau ada pegang anak aku?" soal Ayah Man lagi. Bukan ke anak dia yang pegang aku dulu, bisiknya sendiri.
"Apa kau cakap?" soal Ayah Man.
"Tangan sahaja" jawab Amri.
"Lain?". Soal Ayah man. Amri cepat - cepat menggeleng.
"Tangan tak apa. yang lain jangan. Kalau aku tahu kau rosakkan anak aku, aku kapak kepala kau. Lepas tu aku ikat dekat pokok rambutan tu" tegas sekali suara Ayah Man. Amri hanya mengangguk. Amri sudah tidak tahan dia meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Mahu membersihkan diri.
Suraya masak di dapur. Dia masak untuk makan malam. Amri menghampirinya.
"Kau pandai masak ke?' soal Amri.
"Pandailah abang" senyum Suraya.
"Jangan panggil macam tu. Nanti ayah kau penggal kepala aku" bisik Amri. Suraya memgang pipi Amri. Tangan Amri menarik semula tangan Suraya supaya tidak menyentuhnya lagi. Suraya ketawa dan sengaja dikeraskan tangannya.
"Apa pasal kau pegang tangan dia?". soal Ayah Man. Terkejut Amri mendengarnya. Cepat - cepat dia berundur sedikit ke belakang. Suraya tersenyum.
"Sos pegang dulu" terpacul ayat itu dari mulut Amri.
"Apa? Sos?.. aku sedap - sedap bagi nama dia Suraya. kau pandai - pandai panggil dia sos. kau ingat anak aku ni sos kfc?" soal Ayah Man. Sengaja dijegilkan matanya. Amri terdiam.
"Maafkan saya pakcik". Amri meminta maaf. Ayah Man mendengus dan terus mengambil parang di sebelah Suraya. Muka Amri kelihatan pucat. Dia memandang Suraya.
"Kenapa kau takut?" soal Ayah Man.
"Pakcik ambil barang tu nak buat apa" soal Amri.
"La... aku nak ajak kau pergi menebas rumput kat kebun. Jom ikut aku. Budak jantan apa pergi dapur" katanya selamba. Amri mengurut dada. Dia terus mengikut Ayah Man ke kebun duriannya.
No comments:
Post a Comment