Tuesday, 8 May 2012

bab 14 (cinta sos dan kicap)

    Azhar tidak masuk ke pejabat. Saiful, eksekutif admin mengumpulkan semua pekerja di bilik mesyuarat. Mereka semua masih menanti apa yang ingin di sampaika oleh Saiful dengan penuh sabar.
    "Encik Azhar telah dilucutkan jawatannya sebagai pengurus. Pengarah urusan merangkap pemegang syer terbesar akan menggantikannya dengan orang lain"terang Saiful. Suraya memandang Fatin. Dia hairan mengapa Azhar dipecat sedangkan perkara yang berlaku tempoh hari hanya antara mereka sahaja yang tahu. Dia mencari - cari Amri. Sudah pukul 10 pagi tetapi Amri masih belum muncul. Mujur tiada dokumen yang perlu di hantar hari ini.
   "Amri mana?" soal Suraya. Suraya hanya menggeleng tanda tidak tahu.
   "Kenapa dia kena pecat?" soal Syasya.
   "Aku pun tak tahu. Mungkin pasal apa yang dia buat kat kau agaknya tapi kami semua tidak mengadu pada pihak atasan lagi" Saiful turut berasa hairan. Mereka semua bersurai. Suraya masih menunggu Amri. Rasa rindunya mula datang. Pintu pejabat terbuka. Kelihatan Amri masuk ke pejabat.  Suraya pergi ke meja Amri.
   "Abang kenapa lambat?," soal Suraya. Amri memandang Suraya dan menggelengkan kepalanya.
  "Kau jangan gatal panggil aku abang ya sos. Dekat sana saja aku benarkan" Amri memberi amaran.
  "Aku nak panggil jugalah. Macam best sangat" sengih Suraya. Amri memandang Suraya ke atas dan ke bawah.  Kali ini Amri mengeluh.
   "Sos... kau ni degil kan. Pakai lagi skirt" kata Amri.
   "Seluar panjang tengah basuh. Kan semua sayang pakai tempoh hari. Tinggal skirt saja" kata Suraya. Amri hanya mampu mengeluh. Sudah berbuih mulutnya menyuruh Suraya menukar cara berpakaian. Bukannya dia suruh Suraya berjubah tetapi di hanya meminta Suraya supaya tidak pakai skirt pendek.
   "Nampak tu panggil lagi sayang" kata Amri. Suraya ketawa.
   "Alahai kau ni. Itu pun nak marah" Suraya mencuit sedikit hidung Amri sebelum duduk kembali ke tempat duduknya. Fatin menghampiri Amri.
   "Kau yang...." belum sempat Fatin meneruskan kata - katanya Amri sudah mengangguk. Fatin senyum. Amri juga begitu.
   "Sayang sangat ya." kata Fatin. Amri hanya ketawa kecil.
    "Dia tahu?" soal Fatin lagi. Amri menggeleng.
   "Aku hanya akan beritahu 'isteri' aku sahaja" jawab Amri. Fatin mengangguk.

   Amri tidak keluar ke mana - mana. Dia bimbang jika Azhar datang dan mengapa - apakan Suraya.
   "Mentang - mentanglah tak ada dokumen, rehat saja ya?," soal Syasya. Suraya yang ada di situ hanya memandang Amri.
    "Tanya sedikit boleh?" soal Syasya. Amri mengangkat kening memandang Syasya.
    "Dah lama aku nak tanya tapi terlupa. Kau ni despatch je tapi gaya dan cara hidup kau ni lainlah. Motor besar, kereta lawa. Duduk kondo lagi tu!. Kau jual dadah ya?," soal Syasya telus. Fatin menepuk kepala Syasya. Amri ketawa. Dia tidak marah dengan pertanyaan Syasya.
     "Kau duduk kondo?.. Wah... nak pergilah" kata Suraya.
     "Tak nak ajak pun kitorang pergi kondo kau kicap" kata Suraya.
     "Aku tolong jagakan rumah tu sahaja. Itu rumah kawan aku" jawab Amri selamba.
      "Kau jangan mengada sos. kau nak kena tangkap basah?" Amri menjeling ke arah Suraya.
     "Lagi bagus, boleh terus nikah hahahhaha" Suraya ketawa besar. Amri malas mahu melayan dan terus bangun pergi ke tandas.
     "Kau tengok, baru cakap nikah dah nak terberak segala" kata Suraya. Syasya dan Fatin ketawa terkekeh - kekeh. Fatin menampar lembut pipi Suraya.
     "Seumur hidup aku, tak pernah jumpa perempuan yang seberani kau. Gatal betul!". Suraya hanya tersenyum. Baginya itu bukan gatal tapi manja.


   "Kenapa kau tak pergi mana - mana ni?. Kau takut Azhar sewel tu kacau aku ya?," duga Suraya. Amri mencebik. Dia makan masak lemak ikan patin bersama kicap. Suraya masih menunggu jawapan.
   "Buat apa aku nak bimbang pasal kau pula?" soal Amri kembali.
   "Yalah, mesti kau tak nak kekasih kau ni diganggu lagi". Suraya menyedut milo ais yang tinggal separuh itu.
   "Kau kekasih aku?. " soal Amri. Suraya bersungguh - sungguh mengangguk.
   "Jangan nak perasan. Dah, makan cepat lepas tu balik pejabat. Aku nak keluar sebentar" arah Amri.
   "Amboi... mentang - mentang bos tak ada, nak ponteng kerja lah tu!"
   "Memang tengah tak ada kerja kan?"
   "Ada" balas Suraya.
   "Apa dia?" soal Amri
  "Jaga aku. Duduk hadapan aku. Pandang wajah aku yang cantik ni" sambung Suraya. Amri hanya membisu. Kalau di layan Suraya, sampai ke malam pun tak sudah. Suraya pulang ke pejabat seperti yang disuruh oleh Amri. Fatin dan Syasya sibuk membelek majalah hiburan. Suraya yang baru tiba menghampiri mereka berdua.
   "Gossip lagi" kata Suraya.
   "Gossip lah best" jawab Syasya. Suraya hanya memerhatikan gelagat mereka berdua bergossip. Tak minat aku!.. bisiknya sendiri. Suraya duduk di tempatnya. Telefon bimbitnya berbunyi.
   "Su, aku ni Jenny!". suara yang ceria itu membuatkan bibir Suraya tersenyum. Sepupu sebelah bapanya itu memang amat rapat dengannya sebelum ini. Jenny atau nama sebenarnya, Zainab itu sudah lama berhijrah ke Kuala Lumpur. Suraya sengaja tidak mahu mengganggunya. Suraya tahu Jenny yang berpangkat tinggi itu tentu sibuk untuk melayannya.
   "Datang Kuala Lumpur tak beritahu" rajuk Jenny.
   "Tak nak ganggu kau" jawab Suraya. Kedengaran hilai tawa Jenny.
   "Kau kerja?" soal Jenny pula.
    "Ya" jawab Suraya ringkas.
    "Selasa depan ambil cuti. Kita keluar bersama. Hanya kau dan aku" kata Jenny.
    "Ok. Tapi kau belanja aku".
    "Ok, kau sms alamat, aku ambil kau di rumah".kata Jenny sebelum meletak telefon. Suraya gembira. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan Jenny. Suraya berjumpa Saiful untuk mengambil borang cuti. Tidak sabar mahu berjumpa Jenny, anak Pak Ngah Johari.

   Sudah beberapa hari Suraya tidak bertemu Amri. Fatin juga tidak tahu. Hari ini sudah pasti Suraya tidak dapat melihat wajah Amri kerana dia akan berjumpa dengan Jenny. Dia menunggu Jenny dengan penuh sabar di luar pagar. Sebuah kereta hitam berkilat berhenti di hadapannya. Tingkap kereta itu turun dengan sendirinya ke bawah. Kelihatan seorang wanita bertudung hijau tersenyum memandangnya. Suraya tersenyum dan terus masuk ke dalam kereta.
   "Dah bertudung" tegur Suraya sambil bersalaman dan mencium pipi Jenny.
   "Baru lagi. Su, boleh tak ikut aku ke pejabat aku sebentar. Ada barang tertinggal di pejabat aku" kata Jenny. Suraya mengannguk. Banyak yang mereka bualkan. Suraya turut memberitahu tempatnya bekerja. Jenny memandang Suraya.
   "Itu salah satu syarikat milik bos aku" kat Jenny.
   "Iya?. Kau tahu tak, aku tak pernah jumpa pengarah urusan syarikat tu. Kami cuma ada pengurus. Itupun dah kena pecat." cerita Suraya.
   "Azhar bukan?" soal Jenny sambil tangannya ligat memutar stering kereta.
   "Siapa bos aku ya?" soal Suraya ingin tahu.
   "Kau boleh ikut aku. Kebetulan dia ada di pejabat aku sebab ada mesyuarat " kata Jenny. Keretanya berhenti di hadapan pejabat yang besar dan cantik. Cukup moden susun aturnya. Suraya mengikut Jenny masuk ke dalam.
    "Kau tunggu di sini sebentar" arah Jenny dan terus masuk ke dalam biliknya. Suraya melangkah ke hadapan. Melihat dekorasi yang cantik. Suraya tersenyum. Pintu bilik mesyuarat pejabat itu terbuka. Suraya mengundur ke belakang memberi laluan kepada beberapa orang pekerja untuk lalu. Mata Suraya terpana melihat sesusuk tubuh yang baru keluar dari bilik mesyuarat bersama seorang wanita. mungkin setiausahanya. Berpakaian sangat kemas dengan baju suit hitam yang lengkap. Lelaki itu masih belum menyedari akan kehadiran Suraya di situ.
  "Encik Amri... bagaimana dengan mesyuarat semalam?" soal Jenny sejurus keluar dari biliknya. Suraya terpampan. Dia tidak mampu bersuara. Amri di hadapannya amat berbeza sekali. Sangat kemas dan kacak. Amri menoleh dan tergamam apabila melihat Suraya memandangnya.
  "Ini sepupu saya Encik Amri. Dia juga bekerja dengan Encik Amri. Tapi katanya tak pernah lihat bosnya sendiri. Jadi, saya bawa ke sini. Encik Amri tak kisah kan?" Jenny masih bersuara.
  "Suraya.." hanya itu yang terkeluar daripada mulut Amri.
  "So Su, ini lah bos kau dan aku" sengih Jenny.
  "Aku baik dulu" Suraya terus pergi meninggalkan Jenny yang terpinga - pinga. Amri berlari mengejarnya. Belum sempat lagi Suraya masuk ke dalam lif, Amri sudahpun menarik lengannya.
Suraya tidak mahu memandang.Amri memegang pipi Suraya.
   "Sayang.." panggil Amri.
  "Kau tak payah panggil aku sayang. Aku tak suka penipu macam kau. Despatch konon!" kata Suraya. Amri menarik nafas dalam - dalam. Di genggamnya jari jemari Suraya.
  "Aku tak pernah tipu. Aku cuma tidak memberitahu segalanya pada kau. Fatin dan Hashim tahu perkara ini. Aku buat semua ini untuk kebaikan syarikat itu sendiri" terang Amri.
  "Kenapa kau tak beritahu aku?"soal Suraya pula.
  "Pentingkah kedudukan ini pada kau?" soal Amri pula. Suraya terdiam.
  "Sekurang - kurangnya aku ada hak lebih istimewa di mata kau. Fatin tahu tetapi kenapa tidak aku?" suara Suraya mulai serak.
  "Suraya.... " Amri memanggil lembut. Suraya memandangnya.
  "Aku benci kau" suara Suraya makin tidak kedengaran. Dia melepaskan tangannya. Amri membiarkan Suraya pergi. Dia tahu Suraya marah. Jenny menghampiri Amri.
  "Dialah sos Encik Amri tu?" soal Jenny. Amri mengangguk.
  "Maafkan saya. Tak tahu pula sos Encik Amri tu sepupu saya sendiri" ujar Jenny.
  "Tak mengapa Jen" kata Amri sebelum berlalu pergi meninggalkan Jenny yang mula rasa bersalah.

   Fatin mendapatkan Suraya yang sedang menangis di dalam bilik. Dia mengusap rambut Suraya yang sedikit basah dek air matanya.
  "Kau marahkan Amri?" soal Fatin.
  "Kau pun aku marah" jawab Suraya.
  "Kau tahu siapa Amri tetapi langsung tak beritahu aku" sambung Suraya lagi.
  "Itu amanah dia. Jangan salahkan aku" suara Fatin mendatar.
  "Macam mana semua orang boleh tak tau?" soal Suraya.
  "Sebenarnya syarikat kita tu milik arwah ibu Amri. Syarikat Amri sebenar ialah Paradigm Holdings. Selepas arwah ibunya meninggal, Amri mengambil alih tetapi dengan cara sembunyi. Puan Maznah menolongnya menguruskan segala - galanya. Masa Amri jadi despatch, kami semua agak hairan sebab fail peribadi Amri tidak ada dalam simpanan kami. Apabila kami tanya, Puan Maznah akan marah kami. Sejak tu, kami biarkannya sahaja" terang Fatin.
   "Dia sangat ikhlas pada kau" kata Fatin lagi. Suraya terdiam. Dia memang cepat lembut hati. Dia rasa sepatutnya Amri mendapat sokongan daripadanya. Fatin keluar. Suraya termenung. Dia rindukan Amri tetapi malu untuk berhadapan dengannya. Hari sudah semakin gelap. Selesai solat maghrib, Suraya memeluk sejadah milik Amri yang baru di gunakannya. Air matanya jatuh.
 



No comments:

Post a Comment