Amri bangun awal pagi umtuk mandi sebelum menunaikan solat subuh. Keluar sahaja dari bilik dia terdengar sayup - sayup alunan bacaan Al- Quran dari kamar Suraya. Dia menapak mencuri dengar di sebalik pintu bilik Suraya yang tertutup rapat. Merdu sekali suara Suraya membaca Al Quran. Amri tersenyum sendiri. Dirapatkannya lagi telinganya. Leka dia mendengar Suraya membaca Al Quran hinggakan tidak sedar Ayah Man berdiri di belakangnya. Amri masih senyum dan menoleh untuk mengambil wuduk. Terperanjat besar dia melihat ayah Man yang mengangkat - angkat kening memandangnya.
"Tak dapat intai dengan mata, dengan telinga pun jadi ya?" soal Ayah Man. Amri menelan air liur. Dia teringatkan parang panjang kepunyaan Ayah Man di dapur. Suraya membuka pintu setelah mendengar bunyi leteran ayahnya di luar bilik. Suraya yang masih bertelekung itu memandang mereka berdua. Amri menoleh ke arah Suraya. Matanya terpaku sebentar. Cantiknya Suraya bertudung, sangat ayu, bisik hati kecilnya. Amri masih memandang . Dia terlupa akan Ayah Man yang masih berdiri di situ. Ayah Man berjalan ke arah Amri. Di tepuknya bahu Amri dengan kuat.
"Kau ni gelojoh betul!. Macam mana nak jadi menantu aku ni?" soal Ayah Man. Amri hanya membisu.
"Tumpang lalu pakcik, nak ambil wuduk" kata Amri sambil tunduk apabila lalu melintasi Ayah Man. Ayah Man menggeleng kepala.
"Ha.... banyak banyak sikit istighfar. Pagi - pagi dah mengintai anak aku" jerit Ayah Man.
"Apa ayah ni. Tak baik buat Amri begitu. Malulah dia" kata Suraya.
"Su sukalah dia intai Su?" soal Ayah Man. Dilurutnya misainya yang melentik itu.
"Apa salahnya" jawab Suraya. Ayah Man menjegilkan matanya.
"Ayah... dia bukan intai Su. Ayah ni selalu nak kenakan dia" lembut sahaja suara Suraya. Ayah Man terus pergi. Sebelum melangkah dia sempat menjeling ke arah Amri yang baru masuk ke biliknya.
Ayah Man tidak kemana - mana. Tidak manis dia meninggalkan Suraya dan Amri berdua di rumah.
"Sedap suara kau mengaji, sos" puji Amri. Suraya tersenyum.
"Pandai mengaji tapi gatal pun pandai juga" usik Amri. Suraya mencubit pippi Amri. Amri mengintai - ngintai Ayah Man yang sedang sibuk memberi ayam makan di luar. Beberapa ketika Ayah Man menjerit memanggil Amri.
"Kenapa Pak cik?" soal Amri.
"Tolong aku tangkap ayam. Nak buat rendang. Suraya suk makan ayam kampung" kata Ayah Man. Dia menghisap curutnya dalam - dalam kemudian di lepaskannya. Amri memandang Suraya.
"Mana aku tahu tangkap ayam?". Amri menggaru - garu kepala.
"Cepat!" jerit Ayah Man. Amri menyingsing seluarnya. Terlihat betisnya yang putih.
"Seksinya betis awak" Suraya tersenyum nakal.
"Ish.. gatallah!. Orang tengah ada masalah ni. Itu yang difikirnya" marah Amri dan terus mengejar ayam kampung di hadapannya. Banyak kali Amri terjatuh. Dia bangun semula. Ayah Man hanya duduk sambil memerhati, Sesekali misainya bergerak - gerak apabila Ayah Man tersengih. Buruk betul budak bandar tangkap ayam, bisik Ayah Man. Amri berjaya juga menangkapnya. Dia membawa ayam jantan itu kepada Ayah Man yang sedang leka menghirup kopi.
"Yang kamu tangkap ayam jiran kita tu buat apa?. Aku suruh kau ambil ayam kat dalam reban tu saja. Yang kamu tergolek terjatuh tangkap ayam orang tu buat apa?. Sudah ! lepaskan ayam tu" arah Ayah Man. Amri mengeluh panjang dan terus pergi mengambil ayam Ayah Man yang berada di dalam reban di belakang rumah. Suraya terjingkit - jingkit mendapatkan Amri yang sudah berpeluh - peluh. Suraya mengintai ayahnya dahulu sebelum mendapatkan Amri. Suraya mengelap peluh yang keluar di wajah dan leher Amri.
"Sos!. Nanti ayah kau nampak" Amri memegang tangan Suraya. Dilepaskan tangan Suraya supaya Ayah Man tidak melihat Suraya dan dia di reban ayam.
"Ala.. diam sajalah. Kasihan kau kicap!" Suraya terus mengelap peluh Amri.
"Seksi betul kau tangkap ayam" ujar Suraya. Amri tersenyum tawar.
"Kau cakap lagi aku seksi, aku balik" ugut Amri. Suraya memeluk lengan Amri. Amri menarik lengannya semula. Suraya memegangnya dengan kuat. Sengaja di lentokkan kepalanya di bahu Amri. Kerana terlalu lama, ayah Man pergi ke belakang rumah. Dia melihat Suraya sibuk memeluk lengan Amri.
"Aku suruh kau ambik ayam. Bukan pegang anak dara aku dekat reban ayam. Kau tengok ayam tu, muntah darah tengok korang berdua. Dah macam filem tamil!" marah Ayah Man. Terkejut Amri dan Suraya mendengar suara Ayah Man yang macam petir itu. Sarjan pencen itu memang terkenal dengan suaranya yang kuat. Suraya lekas - lekas masuk ke dalam rumah. Berpura - pura menumbuk sedangkan dalam lesung batu itu tiada satu benda pun.
"Kau ni kan. Tangkap ayam pun wangi - wangi. Kau tahu tak, lelaki sejati tak perlu minyak wangi. Aroma lelaki itu yang membuatkan kita gagah!" leter Ayah Man. Amri hanya mengiyakannya sahaja.
"Penat?" soal Ayah Man. Dihulurkannya air masak ke tangan Amri. Amri hanya mengangguk dan meneguk air masak itu hingga habis. Dia sudah pening dengan kerenah Ayah Man tetapi di tahannya juga demi cintanya pasa Suraya. Amri yang rimas dengan peluh dibadannya terus masuk kedalam untuk mandi tetapi di tahan Suraya.
"Kenapa sos?. Aku nak mandi ni. Askar pencen tu dera aku macam komunis ni" ujar Amri.
"Janganlah mandi. Kau tetap wangi walaupun berpeluh - peluh. Aku suka" Suraya berterus terang. Amri ketawa kecil.
"Askar pencen tu cakap. Lelaki tak boleh pakai minyak wangi. Kena bau sebenar baru lelaki sejati" adu Amri. Suraya ketawa.
"Iyalah tu.... sebab tu isteri askar pencen tu selalu cakap askar pencen tu kalau tak mandi bau ayam jantan yang tak berak seminggu". jawab Suraya. Amri ketawa dan terus masuk ke dalam bilik air. Dia keluar semula.
"Kau jangan intai aku!" Amri memeberi amaran.
"Eeee.... perasan. Tak ingin aku intai kau!". Suraya mencebik. Amri masuk semula dan mandi sepuas - puasnya. Disentalnya seluruh badan yang bebau ayam itu. Sesekali Amri tersenyum sendiri mengenangkan pengalaman seumur hidupnya menangkap ayam jantan.
No comments:
Post a Comment