Thursday, 24 May 2012

bab 31 (cinta sos dan kicap)

   Amri belum hadir di pejabat hari ini. Suraya agak gelisah. Sudah beberapa kali dia menelefon Amri tetapi tidak berjawab. Suraya bimbang jika sesuatu terjadi kepada Amri. Dia tidak senang duduk. Pintu pejabat dibuka. Kelihatan Amri masuk dengan pakaian kasual. Suraya mendapatkan Amri didalam biliknya.
   "Kenapa Encik Amri tak beritahu saya Encik Amri lambat. Saya risau" kata Suraya. Amri memandang Suraya.
   "Saya tak suka tau Encik Amri buat begini pada saya. Encik Amri tahu tak saya risau. Saya takut kalau Encik Amri sakit ke, kemalangan ke atau apa - apa lagi lah" sambung Suraya. Amri measih lagi memandang tanpa sepatah kata. Dia duduk memandang Suraya yang masih berdiri.
    "Cuba Encik Amri ikir perasaan saya. Kalau jadi apa - apa bagaimana?" bebel Suraya.
    "Dah habis?" soal Amri semula.
    "Belum. Kenapa Encik Amri berpakaian begini?" soal Suraya.
    "Saya tak kerja hari ini. Saya ada urusan sedikit. Awak boleh jangan sibuk?" kata Amri. Berkerut dahi Suraya mendengarnya.
    "Jangan sibuk?. Amboi mak... berlagaknya kata - kata" cebik Suraya.
    "Awak nak kena potong gaji?" soal Amri.
     "Nak potong - potong lah. Dah lah malas nak layan. Lepas ni jangan tegur saya lagi. Jangan rindukan saya. Jangan pegang saya" kata Suraya dan terus keluar. Amri ketawa sendiri.
Suraya membatu di tempat duduknya.Hatinya sakit apabila Amri langsung tidak aham mengapa di membebel begitu. Zila datang kepada Suraya.
    "Su, petang ni, kita semua dijemput oleh pelanggan makan di hotel tau. Hotel lima bintang lagi" senyum Zila.
     "Pelanggan mana yang baik hati sangat ni?" soal Suraya. Zila mengangkat bahu.
    "Encik Amri pergi?" soal Suraya.
     "Tak. Dia tak pergi tapi dia nak kita semua pergi" kata Zila. Suraya mencebik.

   Semua pekerja sudah sampai di hotel. Suraya masih belum sampai. Dia tidak ingin pergi tetapi Zila beberapa kali menelefonnya supaya hadir. Suraya masuk ke dalam dewan. Dia terpegun melihat dewan yang dihias begitu indah. Dia duduk bersama- sama yang lain. Dewan digelapkan .
    "Nak tengok wayang ke?" soal Suraya sambil ketawa kecil. Zila menampar pahanya. Skrin dipasang. Kelihatan foto - fotonya sewaktu kecil di siarkan. Dia termalu dan terkejut. Suraya memandang sekeliling. Kali ini foto zaman remajanya pula disiarkan. Mereka yang lain tersenyum memandang Suraya. Di akhir siaran itu... satu madah tertera di skrin dengan gambar dan hiasan yang sungguh cantik.

       Di saat berlalunya sepi... kau hadir membawa tawa
       Di saat berlalunya duka ... kau hadir membawa bahagia.
       Di saat aku kesunyian .... kau hiburkan aku dengan gelak tawamu.
       Kau pelita, kaulah bulan dan kau lah mentari.
       Menerangi jiwa dan hati ini untuk dimiliki...
       Kau telah menggenggam hatiku tanpa sebarang ruang untuk ku lari pergi...

       Sudikah kau menjadi suri hidupku buat selama - lamanya?
       Sudikah engkau menjadi isteri kepada Tengku Amri Shah Bin Tengku Jalil......

Lampu sorot terus menghala ke Suraya. Kelihatan Amri dibelakangnya dengan senyuman manis. Suraya terpana. Terdiam. Dia menoleh ke arah Amri dengan matanya yang sudah bergenang. Suraya menekup mulutnya. Amri berlutut dan menghulurkan sebentuk cincin berlian di hadapan Suraya.
      "Sudikah Suraya menjadi isteri abang dunia dan akhirat?" soal Amri. Mereka yang lain sudah bersorak.
      "Sudah tentu, sayang" jerit Suraya dan terus memeluk Amri. Cincin masih di tangan Amri. Suraya masih memeluk Amri sambil air matanya mengalir. Dia melepaskan pelukannya. Amri menyarungkan cincin ke jari manis Suraya. Suraya ingin memeluk Amri lagi tetapi Amri cepat berbisik ke telinga Suraya.
    "Ayah ada di sini" kata Amri sambil tersenyum. Suraya cepat -- cepat berundur. Ayah Man datang menghampiri mereka berdua. Ayah Man memeluk Amri dan kemudia menoleh ke arah Suraya,
    "Balik nanti siap Su" kata Ayah Man. Suraya menggaru - garu kepalanya. Semua pekerja bertepuk tangan, Berkongsi kegembiraan bersama Amri dan Suraya.
    "Lagu ini khas buat Suraya binti Azman" kata satu suara dari atas pentas. Suraya menjerit gembira apabila penyanyi lelaki kegemarannya sedang berdiri di atas pentas. Penyanyi itu menyanyikan lagu - lagu romantik khas untuk Suraya. Amri puas melihat Suraya gembira pada malam itu. Suraya mendekatkan bibirnya ke telinga Amri.
     "Abang..?" soal Suraya. Amri mengangguk dan tersenyum.
     "Dah boleh panggil abang?"
     "Ya sayang" jawab Amri.
     "Abang panggil Su apa?" soal Suraya
     "Sayang, babe, baby, darling, manja, bucuk - bucuk" usik Amri.
     "Bukan sos dan kicap lagi?" soal Suraya.
      "Tak sayang.."
      "Anak kita nama apa?" kata Suraya.
      "gatal!" kata Amri. Suraya ketawa besar. Ayah Man menggeleng kepala melihat Suraya yang tak henti - henti berbisik ke telingan Amri.
      "Rasa macam nak.." bisik Suraya lagi.
      "Jangan gatal. Abang panggil artis tu mahal tau bukannya murah. Baik dengar" kata Amri.
      "Terima kasih abang kicap" senyum Suraya. Amri ketawa kecil. Suraya memegang tangan Amri. makanan yang lazat - lazat di hadapannya langsung tidak di sentuh kerana terlalu teruja. Ayah Man tersenyum melihat anaknya bahagia. Dia yakin, Amri adalah pilihan yang paling tepat. Setelah selesai nyanyian dari artis lelaki sebentar tadi, semua pekerja menghampiri mereka berdua mengucapkan tahniah. Fatin, Syasya, Saiful dan semua kakitangan Mentari Publishing juga ada di situ. Fatin menangis sambil memeluk Suraya.
     "Kenapalah Saiful tak lamar aku begini" kata Fatin. Syasya ketawa besar.
     "Kalau dia lamat kau begini, kau tak payah buat kenduri kahwin sebab duit dah habis" kata Syasya. Fatin senyum kelat.
    "Sangat romantik Am" puji Syasya. Amri hanya tersenyum. Majlis masih belum selesai. Mereka semua masih menikmati makan malam. Ayah Man sudah pulang ke rumah Amri dahulu. Dia penat kerana memandu agak lama siang tadi. Amri meminta izin daripada Ayah Man untuk membawa Suraya pergi bersiar - siar sebentar.
    
  Suraya tersenyum - senyum membelek cincinnya. Dia menggosok - gosok lengan Amri.
    "Abang.... hihihi... rasa gatal pula panggil begini" sengih Suraya.
   "Bukan dari dulu memang gatal ke?'
    "Ala... abang ni" Suraya ketawa.
    "Sayang suka?" soal Amri.
    "Mestilah... rasa macam nak.."
    "Jangan gatal!". kata Amri. Suraya ketawa besar. Dia senyap buat seketika. Amri memberhentikan keretanya. Suraya memegang Jari jemari Amri.
    "Sesungguhnya.... abang telah membuat Su rasa Su adalah wanita sejati. Rasa cinta yang abang berikan untuk Su membuatkan Su yakin tiada lelaki lain yang mampu membuatkan Su bahagia sebegini. Terima kasih abang kerana menerima Su seadanya. Menerima Su dalam hidup abang" Suraya menoleh memandang Amri. Kali ini Suraya benar - benar menangis.
   "Sayang...abang nak lihat gembira tau bukannya sedih begini. Senyum sayang. Senyum buat bakal suamimu ini" Amri mengesat air mata Suraya yang gugur. Suraya memandang wajah Amri puas - puas. Memandang wajah seorang lelaki yang membuatkannya rasa dia adalah wanita yang hebat kerana memiliki seorang lelaki sehebat Amri. Hatinya tiada yang lain. Nama Amri sudah terpahat di dalam sanubarinya. Amri menghantarnya pulang ke rumah.
   "Mimpikan abang ya?" kata Amri sebelum Suraya keluar.
   "Mimpi yang macam mana?" Suraya mengenyit mata.
   "Gatal lah tu" kata Amri. Suraya ketawa. Dia terus memandang Amri hingga kereta Amri hilang dari pandangannya.

     Hari ini Amri akan menjemput Suraya ke tempat kerja. Amri menunggu Suraya agak lama hingga dia keluar dari kereta. Dia menyandar di kereta. Pintu rumah Suraya di buka. Amri terpaku. Matanya tidak mampu menoleh ke arah lain. Bibirnya serta merta mengukir senyuman melihat seorang wanita yang dicintainya sudah bertudung. Tudung warna merah jambu yang menutupi kepala Suraya itu amat padan dengan warna kulitnya yang cerah. Amri masih terpaku. Suraya menghampirinya. Dia tetap bergaya seperti dahulu cuma kepalanya sahaja sudah ditutupi dengan tudung.
   "Sayang sangat cantik' puji Amri. Suraya tersenyum.
   "Su mahu jadi isteri yang solehah buat suami sebaik abang" kata Suraya. Amri senyum. Dia menghantar Suraya ke pejabat. Amri akan pergi bertemu dengan Mr Yong di padang golf.
   

No comments:

Post a Comment