Thursday, 24 May 2012

bab 30 (cinta sos dan kicap)

 Suraya sudah kebah. Dia bangun untuk menyediakan sarapan buat Amri yang masih tidur. Jam sudah pukul 5 pagi. Suraya menggoreng mee dan membancuh air kopi. Setelah selesai memasak, Suraya menghampiri Amri. Sudah masuk waktu subuh. Dia kasihan melihat Amri yang masih lena. Mungkin terlalu penat menjaganya semalaman.
     "Sayang.." panggil Suraya. Amri mencelikkan matanya.
     "Bangun mandi. Sembahyang subuh kemudian kita makan bersama ya. Nanti kau ada mesyuarat kan?" kata Suraya. Amri meyentuh dahi Suraya dan tersenyum sedikit.
      "Dah kebah?" soal Amri. Suraya mengangguk. Amri bangun dan terus masuk ke dalam biliknya. Selesai solat subuh berjemaah bersama Ayah Man, Amri mendapatkan Suraya yang sedang baring di sofa. Diusapnya rambut Suraya dengan penuh kasih sayang.
      "Kenapa ni?. Pening?" soal Amri. Suraya hanya mengangguk. Dia risaukan Suraya. mahu sahaja dia tidak pergi kerja hari ini tetapi dia harus menghadirkan diri kerana mesyuarat kali ini amat penting bagi masa depan Syarikat Paradigm Sdn Bhd.
      "Sayang tak perlu masak ya?. Nanti aku suruh orang hantarkan makanan untuk kau dan ayah" kata Amri. Suraya hanya mengangguk. Dia mahu tidur sebentar. Amri terus ke pejabat setelah bersalaman dengan Ayah Man

     Ayah Man menghampiri anaknya yang sedang duduk berehat.
    "Ayah sukakan Amri. Ayah cuma mahu Su menyayangi dia kerana bagi ayah, Amri adalah lelaki yang baik dan ayah yakin dia boleh menjaga Su dengan baik" kata Ayah Man. Suraya tersenyum. Lega hatinya mendengar kata - kata ayahnya. Dia menghampiri Ayah Man. Dipeluknya lengan lelaki tua itu.
   "Terima kasih ayah kerana merestui hubungan kami' kata Suraya. Dia mengucup pipi ayahnya yang sudah berkedut.
   "Nanti kalau dah kahwin, perangai tu matang sikit. Jangan macam budak - budak. Merengek sana sini. Kadang - kadang lelaki juga rimas kalau selalu direngek begitu" nasihat Ayah Man. Suraya ketawa. Ayah Man merasa leher dan dahi Suraya.
   "Baguslah dah baik. Esok boleh pulang. Ayah juga mahu pulang esok. " ujar Ayah Man dan Suraya mengangguk . Dia hanya berehat di dalam bilik. Selang sejam Amri akan menelefonnya. Amri bimbang jika Suraya masih tidak sembuh.
     "Nak makan apa - apa tak?" soal Amri di hujung talian.
     "Nak makan jeruk" kata Suraya.
     "Jeruk?. Macam orang hamil pula. Tak payah la. Aku belikan kismis ke?"
     "Tak nak. Nak jeruk juga" Suraya berdegil.
      "nanti sakit tekak" kata Amri pula.
      "Nak juga"
      "Tak payah mengada. Dah, aku belikan kismis sahaja"
      "kau ingat aku budak tadika nak makan kismis?" soal Suraya.
       "Sayang...." panggil Amri.
      "Janganlah macam ni. Nak makan jeruk pun tak boleh" rungut Suraya. Terdengar suara Amri ketawa.
      "Mengada betul lah kau ni. Mengalahkan budak - budak" kata Amri.
      "Nak juga" rengek Suraya.
     "Tengoklah" kata Amri dan terus meletak telefon. Pintu rumah terbuka. Suraya terkejut melihat Amri tersenyum sambil tangannya memegang plastik yang berisi sebalang jeruk betik. Suraya ketawa . Ayah Man menggeleng kepala.
     "Mana tahu aku suka makan jeruk bila demam?" soal Suraya. Amri memandang Ayah Man yang mencebik.
     "Pening kepala ayah dengan kamu berdua ni. Amri tanya ayah tadi" jawab Ayah Man. Suraya ketawa. Lekas - lekas dia membuka balang jeruk. Dimakannya sedikit. Amri menggeleng kepala melihat wajah Suraya yang gembira.
    "Sedap sangat ke ni?" soal Amri.
    "Sedaplah. Nak rasa?" soal Suraya. Amri menolak. Dia tidak gemar makan jeruk. Dia terus masuk ke dalam bilik mahu berehat sebentar. Dia membiarkan Suraya dan Ayah Man berbual anak beranak sehingga puas.

    Ayah Man meletak beg pakaian ke dalam keretanya. Suraya memeluk ayahnya. Dia akan rindukan wajah ayahnya yang masih tampan itu.
    "Lepas ayah pergi ni jangan lupa pula hantar Suraya ke rumah dia. Nanti kena tangkap basah pula" pesan Ayah Man. Amri tersenyum memandang Suraya dan Ayah Man. Suraya melambai sehingga kereta Proton Waja Ayah Man hilang dari pandangan matanya.
    "Sayang... hari ni cutikan?"soal Suraya. Amri mengangguk.
    "Jom jalan - jalan. "ajak Suraya. Amri hanya menuruti. Dia membawa Suraya pergi ke pusat membeli belah. Suraya memegang tangan Amri. Dia tersenyum memandang Amri yang mengikuti segala kemahuannya.
    "Ok Tuan puteri intan payung, lepas ni nak ke mana?" soal Amri. Belum sempat Suraya menjawab seorang lelaki datang menghampiri mereka berdua.
     "Suraya bukan?" soal lelaki yang berbadan sasa itu. Kulitnya cerah dan manis sekali senyumannya. Suraya tersenyum.
    "Zakri ya?" ketawa Suraya. Lelaki itu juga turut ketawa.
    "Lama betul tak jumpa kau ya. Kau dah kahwin ke?. Kalau belum aku ada peluang lagi lah ni" kata Zakri. Suraya ketawa lagi. Amri hanya memandang. Sesekali dia mengerut keningnya.
    "Ini kad aku. Nanti kalau senang kau telefon ya?" Zakri menghulurkan sekeping kad bewarna hitam ke tangan Suraya.
    "Amboi.. jadi peguam sekarang. Tercapai juga cita - cita kau" kata Suraya. Dia lupa akan Amri yang sedang memerhatikan gelagat dia dan Zakri.
    "Alhamdulillah... kau makin cantik Su. Sangat cantik" puji Zakri. Suraya ketawa. Zakri meminta diri untuk beredar. Dia bersalaman dengan Amri dan Suraya tanpa menyoal tentang siapa Amri di hati Suraya.  Suraya masih tersenyum walaupun Zakri sudah pergi.
    "Kau tahu tak, dulu kami budak perempuan gilakan Zakri tu. Pandai, kacak dan paling penting, kau tengok badan dia" kata Suraya. Amri tersenyum tawar dan terus melangkah. Suraya memegang semula tangan Amri. Tiada respon. Amri membisu.
    "Kau nak makan?" soal Suraya.
    "Aku tak lapar. Mari kita balik" kata Amri. Suraya hairan dan hanya mengikut Amri ke keretanya tanpa banyak soal. Dalam kereta Amri tidak bersuara.
    "Kenapa ni sayang?. Kau tak seronok keluar dengan aku ya?" Suraya mencubit pipi Amri.
    "Nanti bila pulang jangan lupa makan ubat. Makan nasi jangan sampai berlapar. Kalau ada apa - apa, telefon aku" kata Amri. Suraya terdiam. Dia tidak mahu turun dari kereta walaupun sudah 15 minit kereta Amri berhenti dihadapan rumahnya.
   "Kenapa ni?" Suraya berlembut.
   "Tak ada apa. Kau turun sekarang. Dah nak masuk waktu maghrib ni. Aku nak sembahyang" kata Amri. Suraya membuka pintu kereta.
   "Aku cintakan kau" kata Suraya. Amri hanya mengangguk dengan senyuman yang tawar. Suraya terus masuk ke dalam rumah. Amri tidak pasti kenapa perasaannya agak tersingggung dengan sikap Suraya tadi. Dia tidak diperkenalkan langsung kepada teman lamanya. Dia juga agak sakit hati apabila Suraya memuji - muji Zakri di hadapannya. Baginya, Suraya tidak sepatutnya buat begitu. Dia terus pulang ke rumah dengan soalan yang bermain di benak fikirannya.

     Suraya memulakan tugasnya sebagai setiausaha Amri yang baru. Amri masuk ke dalam pejabat. Suraya mengetuk pintu. Dia mahu Amri menerangkan serba sedikit mengenai tugasnya.
   "Sayang.." panggil Suraya dengan manja.
    "Saya tak suka awak bermanja - manja dengan saya di pejabat ya, Suraya. Di pejabat awak pekerja saya. Sila hormat saya sebagai majikan awak" kata Amri dengan tegas.
    "Amboi.. garangnya!. Takut lah" gurau Suraya lagi.
    "Awak keluar sekarang" kata Amri. Suraya terdiam. Dia nampak Amri bukan main - main. Dia duduk menghadap Amri.
    "Kalau ya pun, janganlah halau saya Encik Amri" kata Suraya.
    "Jadi pekerja yang baik bukannya jadi pekerja yang nak menggatal dengan majikan sendiri. Kalau begitu, baik saya ambil Mawar semula. Lebih kurang saja perangainya" kata Amri. Dia merenung Suraya yang terkebil - kebil memandangnya.
    "Sampai hati kau, Am" kata Suraya.
    "Encik Amri. Jangan panggil sayang, Amri, Am atau kicap dekat sini. Saya ada banyak kerja jadi Cik Suraya sila keluar. Bereskan segala kerja Mawar yang terbengkalai" arah Amri. Suraya terus keluar dengan hati yang bengkak. Dia tidak sangka Amri boleh jadi setegas ini dengannya. Dia hanya mahu Amri memanjakannya seperti selalu. Amri meraut wajahnya. Agak kesal kerana berkasar dengan Suraya. Dia tahu Suraya kecil hati dengan sikapnya sebentar tadi. Dia rasa bersalah. Dia memanggil Suraya masuk ke dalam semula. Suraya masuk dengan wajah yang monyok.
    "Maafkan aku" kata Amri. Dia memandang wajah Suraya yang merah kerana menahan marah.
    "Tak mengapa Encik Amri. Saya cuma pekerja bawahan dan Encik berhak menegur sikap saya yang gatal ni" suara Suraya mendatar. Amri bangun dan duduk di sebelah Suraya. Diambilnya tangan Suraya. Dibelainya dengan lembut. Amri memandang wajah Suraya.
    "Aku kecil hati dan cemburu" akui Amri. Suraya menoleh apabila mendengar pengakuan jujur Amri. Dia tersenyum.
    "Cemburu dengan siapa?" soal Suraya ingin tahu. Amri terdiam dan bangun semula. Dia terus duduk di tempat duduknya.
     "Dah, pergi buat kerja" kata Amri. Dia termalu. Suraya ketawa.
    "Wah... Encik Amri pandai cemburu ya.. Ala.. comelnya" Suraya menggeletek dagu Amri. Merah padam wajah Amri menahan malu.
    "Dengan Zakri ya?" teka Suraya.
    "Pergi buat kerja" kata Amri. Matanya memandang ke bawah. Menyemak dokumen walaupun tumpuannya tidak ke arah itu.
    "Cemburu sebab aku tak beritahu yang kau kekasih aku yang paling aku sayang?" kata Suraya lagi.
    "Saya kata pergi buat kerja Cik Suraya kalau awak tak dipecat" kata Amri.
    "Merahnya muka.... ala comel sangatlah kau ni. Rasa macam nak gigit sahaja" usik Suraya. Ditepuk - tepuknya pipi Amri.
    "Sudah tu Suraya" kata Amri. Suraya duduk di meja dan dia memegang tangan Amri.
    "Jika hati aku ada cinta engkau, bagaimana mungkin aku boleh sumbat cinta orang lain?. Sayang, cinta kau dah cukup buat aku malah lebih lagi. Bila aku dicintai kau, tiada cinta lain yang boleh singgah di hati aku ni. Kau tahu, kalau boleh aku nak menjerit pada seluruh dunia. Menjerit bahawa aku adalah milik Amri sepenuhnya......bukan Zakri keledek tu. Kau tahu tak, aku sengaja reka cerita. Kami budak perempuan tak pernah jatuh cinta pada dia pun. Aku nak duga kau, sayang" kata Suraya. Amri mencebik.
    "Kenapa kau panggil dia keledek pula?" soal Amri.
   "Sebab dia suka makan keledek dan suka kentut dalam kelas" Suraya ketawa.
Amri mula tersenyum. Suraya memegang pipi Amri.
     "Encik Amri tak marah saya lagi?. Boleh saya gatal lagi tak?" soal Suraya. Amri ketawa .
    "Pergi buat kerja. Jangan gatal kat pejabat nanti jadi buah mulut orang" kata Amri.
    "Baiklah Encik Amri, saya janji akan berkelakuan baik apabila di pejabat" kata Suraya. Amri mengangguk dan tersenyum. Suraya terus keluar dari bilik Amri dan meneruskan kerjanya. Amri masih tersenyum. Tidak sangaka dia boleh cemburu dengan teman sekolah Suraya. Jenny sudah meletak jawatan jadi tempat Jenny akan digantikan oleh orang lain. Kemungkinan besar Encik Bahar akan menggantikan Jenny kerana Encik Bahar juga adalah pekerja yang mejadi kepercayaan Amri. Suraya merindui Fatin. Dia juga dilayan dengan baik oleh pekerja yang lain terutamanya Zila. Sekarang Suraya agak rapat dengan Zila. Dia senang berbicara dengan wanita yang dua tahu lebih tua daripadanya itu. Zila mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 3 tahun. Zila agak serasi dengan Suraya. Amri senang kerana Suraya punya teman baik di Syarikat Paradigm Sdn Bhd.
    "Kau untung dapat Encik Amri" puji Zila.
   "Mana kau tahu?" soal Suraya sambil tangannya menyuap roti masuk ke dalam mulut.
   'Kau tahu kan, suami aku meninggal 2 tahun lepas. Encik Amri lah yang memberi sumbangan pada kami tiap - tiap bulan. Bila hari raya dia akan belikan anak aku baju" cerita Zila. Suraya senyum. Dia bangga mempunyai kekasih yang prihatin seperti Amri. Dia tersenyum mengenangkan Amri yang cemburukannya dengan Zakri


No comments:

Post a Comment