Thursday, 31 May 2012

bab 34 (cinta sos dan kicap)

   Suraya masuk ke pejabat dengan langkah yang longlai. Amri masih belum masuk ke pejabat. Suraya duduk di kerusinya dengan wajah yang muram. Dia masih memikirkan wanita yang bernama sofea itu. Dia teringin sekali melihat wanita yang pernah mencuri hati Amri suatu ketika dahulu.  Dia agak tersentak apabila melihat Amri melintas di hadapannya. Dia tahu Amri masih marah dengannya. Amri langsung tidak menoleh ke arahnya. Suraya masih keras hati. Dia juga tidak mahu mengalah. Dia masuk ke dalam pejabat Amri.
    "Encik Amri, hari ini Dato Borhan ada mesyuarat penting di syarikatnya jadi perjumpaannya dengan Encik Amri ditunda hari Isnin hadapan" beritahu Suraya . Amri hanya mengangguk tanpa sepatah kata. Suraya terus keluar. dia juga tidak mahu terus berada di hadapan Amri. Apabila melihat Amri, hatinya mula sakit. Dia duduk kembali. Dia meneruskan semua kerjanya. Amri mengeluh. Dia memandang ke luar tingkap. Dia tahu Suraya marah akannya. Dia tiada pilihan. Dia hanya perlu berdiam diri buat sementara waktu. Suraya mendapatkan Zila.
   "Aku perlu bertanya sesuatu. Aku tahu mungkin kau tahu sesuatu" kata Suraya. Zila mendongak.
   "Apa dia Su?" soal Zila.
   "Kau tahu siapa Sofea?" soal Suraya. Zila menelan air liur. Dia seperti tahu sesuatu.
   "Dia..dia... rakan Encik Amri" jawab Zila.
    "Rakan atau kekasih?" soal Suraya dengan nada yang tegas.
    "Itu dulu Su. Dia dah putus lama." jawab Zila.
     "Putus kenapa?. Ada orang ketiga?" soal Suraya bertalu - talu.
     "Tak. Tapi mereka terpaksa berpisah kerana Sofea perlu berkahwin dengan pilihan orang tua dia"
     "Kau tahu siapa Sofea?"
     "Tahu..tahu" jawab Zila.
     "Dulu dia  pembantu restoran depan pejabat kita ni" terang Zila lagi. Suraya mengangguk.
     "Cantik?" soal Suraya. Zila mengangguk.
     "Bertudung?" soal Suraya.
      "Ya." jawab Zila yang sudah pun menggaru - garu kepalanya.
      "Kenapa Suraya?" soal Zila pula. Suraya hanya menggeleng. Dia terus ke tempat duduknya. Kali ini hatinya bertambah gellisah. Mereka terpisah kerana terpaksa bukan kerana pengkianatan. Kemungkinan besar perasaan itu masih ada,fikir Suraya. Air matanya mula bergenang di kelopak matanya. Pintu bilik Amri dibuka. Cepat - cepat Suraya mengesat air matanya. Dia terus bangun menuju ke tandas. Tidak mahu bertembung dengan Amri. Setelah Amri keluar barulah Suraya duduk semula ke tempatnya. Suraya merindui sentuhan Amri. Dia rindu untuk memeluk lengan Amri. Dia rindu untuk melihat senyuman Amri yang manis itu. Suraya tidak keluar untuk makan tengahari. Dia duduk termenung di mejanya. Amri masuk. Dia agak risau melihat Suraya yang masih tidak keluar untuk makan tengahari. Suraya buat tidak tahu. Amri tahu tiada gunanya dia menegur Suraya ketika ini., Dia terus masuk ke dalam biliknya dan terus menelefon Zila.
     "Zila ini saya, Encik Amri" kata Amri.
     "Kenapa Encik Amri?" soal Zila.
     "Bungkuskan makanan untuk Suraya. Nanti awak masuk ke bilik saya. Ambil duitnya. Pastikan dia makan" arah Amri.
      "Baik Encik Amri"
      "Lagi satu, jangan beritahu dia saya yang suruh awak beli, nanti dia tak nak makan. Saya tak nak dia sakit seperti dulu. Tolong saya ya, Zila" pinta Amri. Zila bersetuju dan cepat - cepat memesan makanan buat Suraya. Zila tersenyum sendiri. Dia sudah tahu betapa sayangnya Amri pada Suraya. Zila pulang dan terus mendapatkan Suraya.
    "Ni, ambil ni aku belanja" senyum Zila.
    "Buat apa ni?. Aku tak lalu makanlah Zila" kata Suraya.
    "Sampai hati kau. Aku belanjan ni sebab suami aku baru naik pangkat" terang Zila. Suraya mengambil makanan tadi dan makan hanya separuh sahaja. Zila cepat - cepat masuk ke dalam bilik Amri.
    "Dia makan?" soal Amri.
    "Hanya separuh" jawab Zila dengan jujur.
    "tak apalah, janji dia makan. Saya risau kalau dia tak makan nanti dia sakit" kata Amri sambil menghulurkan duit RM50 kepada Zila.
    "Banyak sangat ni Encik Amri. lauk tadi baru RM6 sahaja" akui Zila
    "Tak apalahh, ambil saja sebagai tanda terima kasih buat Suraya makan" senyum Amri. Zila mengambilnya dengan senyuman yang lebar. Zila keluar. Amri termenung. Dia terbayangkan bagaimana Suraya ketawa dengan gembira. Dia juga terbayang betapa manjanya Suraya ketika bersamanya. Amri menggosok - gosok lengannya. Dia rindukan Suraya. 

     Waktu pulang sudah tiba. Suraya tidak terus ke rumah tetapi dia terus ke pusat membeli belah. Esok adalah hari lahir Amri. Dia mahu membeli sesuatu buat Amri walaupun tidak mungkin hadiah itu dapat diserahkannya sendiri.  Dia membelek - belek jaket kulit . Dia mahu membelinya untuk Amri walaupun berharga ratusan ringgit. Sedang dia membayar jumlah wang untuk jaket tersebut, Darwin menghampirinya.
    "Beli buat Amri?" soalnya. Suraya menjeling. Lelaki itu membuatkan perhubungannya dengan Amri berantakan.
    "Marah pada saya?" soal Darwin. Suraya terus berjalan keluar dari butik. Darwin mengekorinya.
    "Kita minum bersama?. Saya ada sesuatu untuk di bincangkan" kata Darwin. Suraya menghentikan langkahnya.
   "Kau nak tipu aku pula?" soal Suraya.
    "Tidak. Ini tentang Amri" beritahu Darwin. mahu atau tidak, Suraya terpaksa mengikut Darwin . Mereka duduk di sebuah kafe yang terletak di dalam pusat membeli belah itu.
    "Tinggalkan saja Amri. Dia tidak mungkin melupakan Sofea. Dia sendiri beritahu saya yang dia tidak akan melupakan sofea sampai bila - bila" kata - kata Darwin membutakan wajah Suraya menjadi merah kerana menahan marah.
   "Perlu kau beritahu aku semua ni?" soal Suraya. Darwin ketawa. Suraya hanya membisu. Dia memandang jauh ke hadapan dan terkejut melihat Amri dan Saiful sedang melihatnya dari jauh. Suraya panik. Dia tidak mahu Amri salah sangka. Dia bingkas bangun mencapai beg tangan dan hadiah buat Amri. Dia terus meluru ke arah Amri tetapi malangnya Amri terus masuk ke keretanya dan berlalu dari situ. Suraya tergamam. Dia terus menelefon Saiful.
    "Kau buat apa di sini tadi?. Ekori aku?" soal Suraya.
    "Tidak. Aku yang ajak Amri kerana kami mahu beli sesuatu. Amri mahu membeli cenderahati buat semua pekerjanya esok. jadi aku cadangkan tempat ni. Tak sangka nampak kau dan..."  Saiful tidak meneruskan kata - katanya.
    "Amri salah faham. Aku tak berjumpa dengan Darwin" beritahu Suraya bersungguh.
    "Kuasa mata lebih dari segalanya Su" kata Saiful dan terus meletak telefon. Suraya terus masuk ke dalam keretanya. Dia menangis semahu - mahunya. Dia tidak mahu nampak jahat di mata Amri. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Amri. Kali ini dia betul - betul lemah. Dia pulang kerumah. Dia terjelepok di lantai setelah membuka pintu. Suraya menangis. Syasya terkejut melihat keadaan Suraya. Lekas - lekas di tutupnya pintu dan dia terus menenangkan Suraya.
    "Kenapa Su?" soal Syasya.
    "Aku akan kehilangan dia, Syasya" kata Suraya tersekat - sekat.
    "Kenapa pula?" soal Syasya. Suraya tidak menjawab tetapi terus menangis teresak - esak. Syasya membawa Suraya masuk ke dalam bilik. Suraya menangis dan terus menangis hingga matanya bengkak. Akhirnya dia tertidur dengan kekesalan yang amat sangat. Dia hanya mampu memeluk sejadah pemberian Amri. Itu sahaja yang mampu dilakukannya.

     Majlis hari jadi Amri akan diadakan di sebuah restoran pada waktu tengahari.  Hari sabtu yang indah tetapi tidak buat Suraya. Dia berbelah bahagi sama ada mahu pergi atau pun tidak. Syasya mendapatkannya di dalam bilik.
    "Kau nak pergi dengan aku?" soal Syasya. Dia menggosok - gosok belakang Suraya.
    "Tak mengapa. kau pergi saja. Nanti aku datang" kata Suraya. Syasya keluar awal kerana mahu membeli hadiah buat Amri. Suraya memakai baju yang cantik tetapi hatinya tidak gembira. Dia terus memandu ke restoran tersebut. Dia hanya duduk di dalam kereta. Semua pekerja sudah tiba termasuk Fatin, Syasya dan Saiful. Dia memegang kotak hadian untuk Amri. Dia melihat Amri tersenyum gembira berbual bersama semua pekerjanya. Suraya membuka pintu kereta tetapi dia menutupnya semula. Dia takut. Dia tidak mampu berhadapan dengan Amri. Suraya keluar dan mengatur langkah menuju ke arah Amri tetapi langkahnya terhenti apabila mendengar Saiful memanggil satu nama dengan gembira.
    "Sofea!. Lamanya tak jumpa kau." jerit Saiful. Suraya cepat - cepat menyorok di sebalik dinding restoran. Hatinya berdegup kencang. Dia mengintai mahu melihat wanita yang bernama Sofea itu. Wanita itu memang cantik. Lemah lembut dan kelihatan sangat tenang. Senyumannya manis. Sofea mengampiri Amri. Suraya dapat lihat ada cahaya pada matanya apabila dia memandang Amri. Suraya tidak dapat melihat reaksi Amri kerana Amri membelakanginya. Dengan jarak sebegitu, Suraya dapat mendengar betapa manjanya suara Sofea apabila berbicara dengan Amri.
    "Selamat hari lahir awak. Cuma ini yang dapat saya hadiahkan buat awak" kata Sofea. Amri membuka balutan hadiah. Sepasang baju melayu bewarna krim.
     "Saya jahit sendiri tau" senyum Sofea. Suraya memandang kotak hadiahnya. Ya, aku cuma beli di kedai, Amri pernah beritahu aku lebih baik jika seorang wanita itu menjahit sendiri baju untuk suaminya, kini aku mengerti Amri. Tetapi itu bukan aku tetapi Sofea, bisik hati kecil Suraya. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Suraya terus masuk semula ke dalam keretanya. Hadiah buat Amri di letak di tempat duduk penumpang.
    "Kau tetap gembira walaupun tanpa aku di sisimu, sayang. Aku tiada makna buatmu lagi.." kata Suraya sendirian. Dia terus memandu keluar. Dia menangis sepanjang jalan.
    "Mana Suraya Am?" soal Syasya. Amri menggeleng tanda tidak tahu.
    "Kau tak telefon dia?" soal Syasya. Amri hanya tersenyum. Sofea menghampiri mereka.
    "Terima kasih awak atas segala yang awak korbankan buat saya. Saya amat menghargainya" senyum Sofea. Amri hanya mengangguk. Dia memerhati sekeliling mencari kelibat Suraya. Dia rasa mungkin Suraya sudah tawar hati dengannya kerana langsung tidak menghadiri majlis hari jadinya. Amri mengeluh sendiri.
     "Tak payahlah tanya pasal Suraya tu" kata Saiful.
     "Kenapa pula?" soal Syasya.
     "Ntah - ntah dah pergi mana - mana dengan Darwin" kata Saiful dengan selamba. Fatin menampar belakang suaminya. Syasya mengerutkan keningnya.
    "Mulut jaga sikit ya" Syasya memberi amaran. Amri hanya membisu. Sofea yang tidak tahu apa - apa hanya tersenyum.
    "Darwin dah ada kekasih baru ya. Namanya Suraya?" soal Sofea. Amri berdehem memandang Saiful.
   "Tak adalah. Saja bergurau" kata Saiful. Syasya meluat dengan Saiful. Dia yang tahu cerita sebenar mahu menerangkannya kepada Amri tetapi masih tidak berkesempatan. Majlis sudah berakhir. Syasya mendapatkan Amri .
   "Am, kau perlu tau cerita sebenar. Bukannya.." Syasya tidak dapat meneruskan kata - katanya apabila Sofea menghampiri mereka berdua.
    "Awak boleh hantar saya?" soal Sofea.
    "Suami awak tak boleh hantar ke?" soal Syasya geram.
    "Awak tak tahu lagi ya?. Suami saya sudah meninggal setahun yang lepas" terang Sofea. Syasya menggeleng kepala. Dia tahu kalau Suraya tahu mengenai perkara ini tentu Suraya bersedih. Perkara ini sudah menjadi semakin rumit. Amri berlalu bersama Sofea tetapi tangannya ditarik oleh Syasya.
   "Kau perlu tahu, Suraya tidak bersalah pada malam itu" bisik Syasya. Amri hanya tersneyum dan terus pergi. Syasya mengeluh. Dia mula meluat melihat Sofea. Dia mahu mencari Suraya. Dia tahu Suraya sedang bersedih ketika ini.

    Suraya pulang ke rumah dalam keadaan yang longlai. Dia tidak menjamah apa - apa makanan sepanjang hari ini. Syasya membawakan nasi goreng yang dibeli sebentar tadi. Disuapnya ke mulut Suraya.
    "Makan Su. Jangan susahkan ayah kau di kampung. Aku juga tak mahu kau sakit Su. Ingat, aku sayangkan kau seperti adikku sendiri. " pujuk Syasya. Air mata Suraya mula mengalir lagi.
    "Kau sayangkan aku?" soal Suraya. Syasya mengangguk dan mula menangis.
    "Kau pergi tadi ya," soal Syasya. Suraya mengangguk. Syasya menarik nafas dalam - dalam.Dia mengesat air mata di pipi Suraya.
    "Aku redha Syasya. Dia berhak memilih yang terbaik dan aku tau siapa yang terbaik buat dirinya" Suraya cuba mengukir senyum.
    "Yakinlah Su, dia bukan yang terbaik tapi kau!" Syasya mula memberi semangat.
    "Aku tak pandai menjahit, Sya. Aku tak selembut dan sesopan dia. Aku dah tewas sebelum bertanding." keluh Suraya.
     "Sudah. jangan di fikir lagi. Biarkan hati kau tenang. banyakkan solat ya?" kata Syasya. Suraya mengangguk dan terus masuk ke dalam biliknya. Fatin datang sendirian ke rumah mereka berdua. Dia mendapatkan Syasya yang masih menangis.
    "Suraya dah balik?' soal Fatin. Syasya mengangguk. Fatin mengeluh panjang.
    "Kurang ajar betul mulut Saiful tu. Kalau dia bukan laki kau, dah lama aku penyekkan kepala dia yang jendol tu" marah Syasya. Fatin menggosok - gosok belakang Syasya.
    "Dia menderita kau  tahu. Dia datang ke restoran siang tadi dan dia nampak semuanya. Dia nampak Sofea" jelas Syasya. Terbeliak biji mata Fatin mendengarnya. Fatin dan Syasya membuka pintu bilik Suraya yang tidak berkunci. Mereka mula menangis apabila melihat Suraya tidur sambil memeluk sejadah pemberian Amri. Fatin tidak dapat menyekat air matanya. Dia sudah kehilangan senyuman sahabatnya. Fatin menutup semula pintu bilik Suraya. Mereka berdua berpelukan. Fatin pulang ke rumah. Dia mahu bersemuka dengan Saiful. Kebahagiaan Suraya amat penting ketika ini.

    Suraya mengetuk pintu rumah Amri. Pintu rumah terbuka. Amri memandang Suraya. Suraya menjenguk ke dalam rumah Amri . Nampak gayanya seolah - olah ada ramai orang di rumah Amri.
  "Boleh kita bercakap sedikit?" pinta Suraya. Amri keluar . Dia berdiri menghadap Suraya. hati Amri sedikit luluh apabila melihat mata Suraya yang bengkak. Dia tahu Suraya banyak menangis tetapi egonya masih ada.
    "Su nak terangkan kejadian malam tu" kata Suraya.
    "tak perlu Su. Abang tahu Su akan menafikannya. Nak tak nak abang tetap akan percayakan Su walaupun semuanya mungkin dusta" kata Amri. Suraya tersenyum tawar. Sofea dan seorang budk lelaki berusia 3 taun keluar mendapatkan Amri. Suraya terkejut. Dia memandang tepat ke wajah Amri.
    "Awak, makanan dah siap. Kita makan?. Ajaklah kawan awak sekali" senyum Sofea dan terus masuk ke dalam.
   "Boleh pula bawa dia masuk dalam rumah?" soal Suraya.
   "Ibu bapa dia ada bersama' jawab Amri ringkas.
   "Oh... ibu bapa dia pun sama. Wah, hebat abang. Sekarang pun tiada 'sayang' yang keluar dari mulut abang buat Su" kata Suraya.
    "Su... tolonglah. Salah faham begini buat segalanya makin parah" kata Amri. Suraya tidak mampu menyekat air matanya lagi.
    "Bila Su kata peristiwa malam tu salah faham, abang pertikaikan. Sekarang Su pula salah faham?." soal Suraya. Amri tunduk.
    " Su sendiri tahu perasaan abang pada Su. Benda remeh sebegini yang akan meretakkan hubungan kita. Su masuk dulu. kenal dengan mereka. Jangan sangka abang dah tak cintakan Su. Cinta abang tetap pada Su. Dia cuma Sofea, kisah silam abang" pujuk Amri.
     "Sekarang semuanya tidak menjadi kisah silam lagi abang. Dia dah muncul semula dalam diri dan hidup abang. Su dapat rasa dia akan memisahkan kita abang. Abang tahu Su sangat rindukan abang?. Abang tahu betapa seksanya Su bila tak dapat menyentuh abang?. Abang tau betapa bosannya hidup su apabila tidak dimanjakan abang. Abang tahu semua tu?" suara Suraya tersekat - sekat.
   "Sayang..." panggil Amri.
   "Masuk dulu" pinta Amri. Suraya menarik tangan Amri. Diletaknya bungkusan di atas telapak tangan Amri.
   'Demi kebahagiaanmu sayang, demi rasa cintaku buatmu sayang, demi deritanya aku kerana kehilanganmu sayang, Ini adalah yang terbaik. " kata Suraya dan terus pergi. Amri masih tercegat. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan saat ini. Suraya terus masuk ke dalam kereta Syasya. Dia menangis agak kuat.
   "Kau pasti keputusan kau, Su?' soal Syasya.
   "Jika dia memang ditakdirkan untuk aku, dia akan datang kepadaku, Syasya. Tapi jika dia tidak untukku. Dia akan pergi tanpa rasa kesal kerana aku yang memutuskannya. Aku lakukan ini kerana tidak mahu dia rasa bersalah kerana mengkianati cinta kami. Walaupun sebenarnya aku sendiri tidak pasti sama ada aku dikhianati atau tidak" kata Suraya. Syasya terus memandu pulang ke rumah. Dia memandang Suraya yang menangis teresak - esak kerana cinta.
    Amri masuk ke dalam biliknya. Dikunci bilik tidurnya. Dia membuka bungkusan pemberian Suraya. Kelihatan kunci kereta,jaket kulit dan cincin lamaran di susun kemas di dalam kotak yang berasingan.Amri mengeluh. Dia membuka surat yang di tulis oleh.

Pergilah sayang kepadanya yang mampu memenuhi segenap ruang
cinta dan hidupmu.
Dia mampu buat kau bangga kerana kelembutannya
tidak seperti aku yang hanya membuatkan hidupmu kucar kacir.
aku tak sehebat dia yang mampu menjahit bajumu dengan tangannya sendiri
aku dan dia ibarat langit dan bumi....pilihlah langit kerana kau akan sentiasa di atas.
jika aku bersalah sayang,maafkan aku dan aku hanya mahu kau tahu
sehingga akhir hayatku,tidak akan ada lelaki yang mampu memiliki cintaku sepertimu.
jika kau pula bersalah,jangan sesekali kau gusar kerana aku sentiasa memaafkanmu sayang.
aku tak mampu membencimu, tidak mampu berpaling daripada melihatmu
cuma... izinkan aku melihat kau dari jauh.
kerana hanya itu yang mampu aku lakukan itu membahagiakan diriku.
ketahuilah sayang,
aku hanya mencintaimu walaupun cintamu itu bukan milikku lagi.

Amri melipat surat Suraya. Air mata lelakinya jatuh. Dia membiarkannya sahaja. Tidak dikesatnya air mata kerana dia tahu air matanya itu bukti betapa dia amat mencintai Suraya.




   

2 comments:

  1. pengsan akak marathon tahap gaban ... hinsh hinsh hinsh.. oksigen oksigen oksigen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. kesian akan kakakku ini..
      terima kasih banyak2 kak hijab. izah sangat menghargainya.. sangat2..
      <3 u

      Delete