Suraya melipat baju dan memasukkannya ke dalam beg pakaian. Syasya memandang wajah Suraya yang sembab itu dengan pandangan yang sayu. Dia amat bersimpati dengan Suraya. Dahulu, Mawar menjadi saingannya dan kali ini Sofea pula. Syasya faham mengapa Suraya perlu pergi buat sementara waktu.
"Aku perlu ruang untuk merawat hati aku ni" kata Suraya. Senyumannya tidak berseri seperti dahulu.
"Aku faham tapi aku tak rasa Amri mencintai Sofea lagi. Dia amat mencintai kau Suraya" pujuk Syasya.
"Biarlah... aku dah putuskan untuk membiarkan dia bahagia. Bagi aku, kalau kita cintakan seseorang, kita akan lakukan apa saja demi kebahagiaannya. Aku sentiasa mendoakan Amri bahagia. Aku perlu pergi bagi memastikan dia tak rasa bersalah" ujar Suraya.
"Aku yakin kau silap. Tindakan kau ini akan memakan hati dan perasaan kau sahaja" Syasya masih terus memujuk. Suraya bangun.
"Hantar aku ke stesen bas ya.Aku nak jumpa lelaki paling gagah dalam dunia ni" senyum Suraya. Wajah ayahnya mula terbayang. Suraya menyerahkan sampul surat berwarna putih ke tangan Syasya.
"Berikan surat perletakan jawatan ini pada Amri" kata Suraya.
"Tapi kau tak boleh berhenti macam ni saja Suraya. Kalau kena saman macam mana?" Syasya sengaja memberi alasan. Dia mahu Suraya kekal di Syarikat Paradigm.
"Aku tahu dia tak sekejam itu. Tapi kalau dia nak saman, aku akan membayarnya" jawab Suraya. Syasya mengangguk dan keluar bersama Suraya. Dia akan menghantar Suraya ke pudu raya.
"Jangan lupakan aku ya" suara Syasya mula mendatar. Dia melambai tangannya ke arah Suraya yang sudah pun berada di dalam bas.
"Kejamlah aku kalau lupakan sahabat sebaik kau. Kalau aku ada masa, aku akan pulang" senyum Suraya dan terus mencari tempat duduk. Suraya bersandar. Air matanya mula mengalir. Sejak dua menjak ini air matanya terlalu senang untuk keluar. Dia melambai tangan ke arah Syasya. Bas bergerak ke arah Pantai Timur. Suraya akan ke kampungnya di Pahang. Dia tidak sabar mahu memeluk lengan ayahnya. Fikiran Suraya melayang jauh. Wajah Amri tidak lekang dari ingatannya.
Mestikah begini..sayang?, soalnya sendiri. Dia cepat - cepat mengesat air mata yang makin laju menitis membasahi pipinya. Dia tertidur sebentar. Akhirnya Suraya sampai di rumahnya. Ayah Man terkejut apabila melihat Suraya berdiri tercegat di hadapan rumah. Ayah Man memandang sekeliling mencari Amri.
"Mana menantu ayah?" soal Ayah Man. Suraya terus memeluknya dengan tangisan yang tersedu - sedan. Ayah Man menarik nafas panjang. Dia dapat mengagak apa kegundahan hati anaknya.
"Mari naik" ajak Ayah Man. Suraya hanya mengikut kata Ayah Man.
"Su rindu ayah" kata Suraya.
"Ya sayang... ayah akan dirindui bila mata mula membengkak, hati mul menangis" senyum Ayah Man. Suraya terus memeluk lengan Ayah Man. Air matanya masih mengalir.
"Kenapa tak pujuk dia?" soal Fatin setelah bertemu dengan Amri di hadapan rumah Amri. Dia terus masuk ke dalam rumah Amri. Sofea dan anaknya duduk bersama kedua orang tuanya. Hati Fatin mendidih.
"Maafkan saya, saya perlu berbicara sendirian dengan Amri. Kalau boleh tolong tinggalkan kami berdua di ruang tamu ini. Maafkan saya" kata Fatin tegas. Dia sudah tidak peduli apa - apa. Amri duduk. Dia merenung Fatin yang sedang berusaha mengawal kemarahannya. Fatin mengeluarkan sampul surat bewarna putih. Di letaknya di hadapan Amri.
"Ambil tu... aku rasa kau gembira baca surat ni nanti. Syasya berikan kepada aku pagi tadi" kata Fatin. Tiada senyuman yang terukir. Sofea menghidangkan air buat Fatin.
"Silakan ya" senyum Sofea.
"Saya tak perlukan air ni, yang saya minta tinggalkan saya dan Amri. Tolong masuk bilik awak ya" nada Fatin agak keras. Amri memandang Sofea. Dengan berat hati Sofea masuk ke dalam dapur. Fatin tidak menyentuh langsung air yang dihidangkan oleh Sofea sebentar tadi. Amri menggosok mukanya beberapa kali dan dia bersandar ke belakang.
"Maakan aku, aku datang sebagai sahabat bukan sebagai pekerja. Kalau Sofea masih ada di hati kau, kenapa harus kau lamar Suraya dengan meriah beberapa bulan lepas?. Kau beri dia harapan yang kau sendiri tak berdaya tunaikannya. Kau kejam Am!" Fatin mengeluh. Amri menarik nafas dalam - dalam.
"Kau masih tak dapat lupakan Sofea?" soal Fatin bertalu - talu.
"Kau boleh lupakan seseorang yang hadir dalam hidup kau. Tak bukan?" soal Amri kembali.
"Kau masih cintakan Suraya?" soal Fatin pula.
"Tak pernah kurang setitik pun cinta aku pada dia" jawab Amri.
"Dia tak mampu mempercayai aku Fatin. Dia tak yakin pada cinta aku" kata Amri.
"Senang cakap. Kalau aku jadi dia, aku pun takkan yakin bila kekasih kau kembali semula" balas Fatin. Dia merenung tajam ke arah Amri.
"Lagi satu, jangan dengar cakap laki aku. malam tu Darwin yang ekori dia. Dia sedang beli jaket kulit tu . Kemudian Darwin datang dan mahu memberitahu sesuatu kepadanya mengenai kau., Itu sahaja. Kau lebih teruk!. Bawa Sofea dan seluruh keluarganya tinggal bersama "kata Fatin.
"Aku tak tinggal bersama mereka" jawab Amri.
"Habis tu kau tinggal dimana?" soal Fatin. Sofea mencuri dengar.
"Aku tinggal di apartment aku yang lama. Aku datang cuma mahu membawa ayahnya ke hospital untuk rawatan" jawab Amri . Dia sudah buntu.
"Bagus sangat!. Aku nak balik. Lagi lama aku di sini lagi panas anak aku dalam perut ni" Fatin terus bangun. Sofea menghampiri Fatin.
"Tak minum?" soal Sofea.
"Huh.... minumlah berdua dengan Amri ni. Biar dua - dua kena kencing manis!" jeling Fatin. Mata Sofea mulai merah. Fatin keluar tanpa memandang Amri. Hatinya bengkak.
"dia tak bermaksud apa - apa" kata Amri apabila melihat Sofea menangis.
"Saya pulang dulu" kata Amri.
"Saya menyukarkan hidup awak. Mungkin saya tak patut hadir di sisi awak" kata Sofea. Tangan Sofea mahu menyentuh lengan Amri tetapi dia cepat - cepat menarik lengannya. Dia terbayangkan Suraya. Lengan ini milik Suraya... hanya Suraya. Amri terus berlalu tanpa menoleh semula ke arah Sofea. Hatinya memang berkecamuk.
Waktu pagi di kampung amat menyegarkan tetapi tidak hati Suraya. Masih gundah gulana.
Suraya duduk termenung di halaman rumah. Dia duduk di buaian besi di bawah pokok besar. Dia termenung jauh. Sedang leka melayan perasaan, seekor ayam jantan mengais - ngais pasir di hadapannya. Suraya tersenyum tetapi matanya mula bergenang air mata.
"Kau kan ayam yang pernah ditangkap oleh Amri dulu?" kata Suraya perlahan. Serta merta dia teringat kembali bagaimana Amri bersusah payah mengejar ayam jantan itu tetapi malangnya ayam itu milik jiran mereka. Dia masih ingat lagi bagaimana ayahnya membuli Amri dengan pelbagai kerja.
"Kau tahu ayam, dia dah tak jadi milik aku lagi" bisiknya lagi. Dia memandang ayam jantan itu dengan pandangan yang sayu. Kau tahu tak ayam, kau membangkitkan rasa cinta aku pada dia tapi itu amat menyakitkan. Hati aku terluka. Kau tahu kenapa?.. sebab aku terlalu cintakan dia." kata Suraya lagi.
"Aku tak sesempurna wanita itu. Kau tahu tak ayam, kau esok kalau cari bini kau jangan cari macam aku tau, aku tak tahu buat kerja macam dia. Kau pun cari yang pandai jahit baju" kata Suraya.
"Ayam negeri mana yang pandai jahit baju tu?. Ayah pun nak tahu juga" kata Ayah Man. Suraya terkejut. Dia cepat - cepat memperbetulkan duduknya
"Ayah bila sampai?" soal Suraya menggelabah.
"Sampai apanya?. Ini rumah ayah. Betul kata orang, cinta buat manusia jadi gila. Tengoklah kau suruh ayam Mak Besah kau cari bini pandai menjahit" Ayah Man ketawa terkekeh - kekeh. Ayah Man memegang tangan anaknya. Dia menggosok lembut jari jemari Suraya.
"Hati tengah menangis, jiwa sedang merana ya?" soal Ayah Man.
"Tak adalah ayah. mana ada" dalih Suraya.
"Mata Su yang bengkak ni pun dah cukup buat ayah tahu semuanya. Amri?"soal Ayah Man. Suraya tersenyum tawar.
"Su tahu sesuatu, cinta itu memang rumit. Lebih rumit jika sang pencintanya menolak segalanya pada takdir. Takdir tidak boleh disalahkan jika kita sendiri tidak berusaha untuk memiliki cinta kita. Genggam cinta itu sekuat mungkin. Biar tiada ruang langsung." senyum Ayah Man.
"Kalau bukan milik kita macam mana nak genggam?" soal Suraya. matanya memandang jauh ke hadapan.
"Bukan milik?. Su sudah memilikinya tetapi Su tewas dengan sedikit dugaan. Anak ayah tidak kuat" kata Ayah man lagi.
"Su tak nak dia kecewa. Dia berhak memilik wanita terbaik untuknya"
"Bukankah anak ayah ni, sudah jadi wanita terbaik di matanya?' soal Ayah man semula.
"Kalau Su terbaik, sudah tentu dia akan kembali ke pangkuan Su. Tak apalah ayah, Suraya redha" kata Suraya.
"Su tak redha" balas Ayah man. Suraya memandang Ayah Man.
"Kalau Su redha, Su tidak akan mengharap dia pulang semula sayang. Su akan lepaskan dia tanpa air mata " kata Ayah man.
"Ayah sayangkan lelaki yang berjaya mengubah anak Ayah yang dulunya seksi seksa tapi sekarang, keluar di halaman rumah pun dah bertudung" senyum Ayah Man.
"Su pakai tudung bukan kerana dialah ayah. Tapi kerana Allah" jawab Suraya.
"Disebabkan dia.." senyum Ayah Man. Suraya terdiam.
"Ayah.." panggil Suraya.
"Ya sayang.. kenapa?" soal Ayah Man.
"Esok Su mahu ke Cameron HIghland. Su mahu berehat di sana" kata Suraya.
"Nak ayah ikut?"
"Tak perlu. Ayah kan penghulu. Banyak perkara yang ayah mahu selesaikan di sini. Su cuma nak pinjam kereta ayah" senyum Suraya. Ayah Man mengangguk dan tersenyum. Di gosoknya kepala Suraya dengan mesra.
Pak Rahman, bapa Sofea duduk berhadapan dengan Amri. Dia tersenyum memandang Amri.
"Amri , kalau boleh pakcik nak Amri pinang Sofea secepat yang boleh" kata Pak rahman. Amri agak terkejut dengan permintaan Pak Rahman.
"Saya kena pinang Sofea?" soal Amri kembali. dia membuka kotnya. Dilonggarkan tali lehernya.
"Ya la. Pakcik tahu cinta Amri masih ada. kalau tidak mengapa Amri bersusah payah membantu Sofea selama ini. Beri nafkah pada anak Sofea yang cacat itu. Apa itu kalau bukan cinta?" soal Pak Rahman. Sofea tunduk malu. Amri mengeluh panjang. Dia memandang Sofea yang masih tersenyum.
"Saya buat semua ini bukan kerana cinta, pakcik" jawab Amri jujur. Pak Rahman dan Sofea memandang Amri.
"Maafkan saya' Amri bingkas bangun dan terus meninggalkan kondonya. Amri masuk ke dalam keretanya. Dia terkedu. Tidak faham dengan sikap pak Rahman. Dia masih ingat bagaimana pak Rahman tidak bersetuju menerimanya kerana bagi Pak Rahman lelaki kaya seperti Amri hanya tahu mempermainkan perasaan wanita. Baginya juga lelaki kaya tidak solat dan selalu minum arak. Amri amat kecewa apabila perhubungannya dengan Sofea dilarang sekeras - kerasnya. Kini, Pak Rahman mahu dia dan Sofea disatukan sedangkan dia masih mencintai Suraya. Amri pulang ke apartmentnya. Dia mengemas bajunya. Dia mahu bertolak ke kampung Suraya. Dia tidak mahu kehilangan Suraya. Cinta, jiwa, hati dan hidupnya ada pada Suraya. Telefonnya berdering. Sofea mahu berjumpa dengannya. Amri menuruti. Dia membawa Sofea keluar . Keretanya berhenti di hadapan Tasik titiwangsa.
"Maafkan ayah Sofea" kata Sofea.
"Tapi.... tiada langsungkah rasa cinta itu sekarang?' soal Sofea.
"Kata Saiful, awak tak pernah lupakan saya" sambung Sofea. Amri menarik nafas dalam - dalam. Amat payah sekali.
"Bila kita di anugerahkan ingatan , sudah pasti kita tak mampu untuk melupakan segalanya. Dulu, sebelum hadirnya Suraya memang saya akui, masih ada rasa cinta itu tapi bila dia hadir dalam hidup saya, segalanya berubah. Memang dia tidak selembut awak tetapi itu yang membuatkan saya teruja. memang dia tidak sepandai awak dalam hal - hal wanita... tetapi kekurangan itu yang membuatkan saya rasa dia sempurna." senyum Amri. Dia masih terbayangkan Suraya yang gila - gila.
"Dia agak gatal. Dulu, saya tak sukakan wanita yang agak berani dengan lelaki sebab ketika itu saya terpesona dengan kelembutan dan kesopanan awak tapi bila bersama dia, saya akan sentiasa tersenyum, ketawa dan kadang kala pening kepala. Itulah Suraya.... wanita yang sentiasa menggembirakan, mendebarkan dan kadang - kala mampu mencabar iman saya sebagai seorang lelaki. Dia tak sesempurna mana tetapi dia polos. Dia sedikit lurus tetapi manja. Dia suka dibelai dan dimanjakan. Dia tidak sehebat awak yang sentiasa berdikari. Dia berbeza, Sofea. Perbezaan itulah yang membuatkan cinta saya tak boleh diusik oleh mana - mana wanita lagi. Semua cinta, rindu dan kasih sayang saya ada padanya" Amri tersenyum sendiri. Dia masih memandang tasik yang tenang .
Sofea masih menangis.
"Dia memang hebat kerana membuatkan cinta awak terhadap saya hilang sekelip mata" kata Sofea.
"Saya bantu awak bukan kerana cinta tetapi saya kasihankan anak bongsu awak yang cacat tidak berdaya itu. Saya dulu juga ada seorang adik yang cacat begitu. Waktu saya kecil, kehidupan agak sukar kerana ayah kami belum berjaya. Adik kami agak terbiar. Lama - lama dia tidak dapat bertahan dan akhirnya pergi menghadap Illahi. Saya tak mahu perkara yang sama terjadi pada awak, Sofea.
Saya masih sayangkan awak. Awak kini sahabat saya sama seperti fatin dan Syasya" terang Amri.
"Jangan risau, selagi saya bernyawa, saya tetap akan bantu awak. Saya dah anggap Errin seperti anak saya." tambah Amri. Sofea agak kecewa. Dia tidak bersuara lagi. Amri menghantarnya pulang. Amri mahu terus ke kampung Suraya, Dia mahu membawa pulang cintanya semula. Dia rindukan gelak tawa Suraya. Dia juga agak rindu dengan Ayah Man. Amri hanya mampu berdoa agar hati Suraya lembut mendengar segala penjelasannya.
nper xsmbg lg.. nk tau sama ade amri jmpe ke suraya... mmg best la citer nie.. ade part yg sdey giler
ReplyDeleteEunhae Diela (best ler nama ni...pinjam buat watak leh :))
Deletesebenarnya sos dan kicap dah dihantar ke syarikat
penerbitan kaki novel. tgh tunggu keputusan.
kalau kena reject, saya masuk kat dalam blog semula.
apapun, terima kasih yek, sudi baca karya saya
yang x seberapa ni....
terima kasih banyak2 :)
alah...bergenang airmata membaca cerita ni..tp nk bc sambungan dah takde dah..huhu...
ReplyDeleteala.. ciannya..
Deletekalau ada rezeki, mungkin novel CSDK ni akan diterbitkan.. kalau x de rezeki.. dalam tengah bulan depan masuk balik dalam blog... :)
terima kasih ya baca CSDK....
cayang awak!!!
smlm dok baca from 1-35 smpi pagi2 nk mengabihkan...mmg smpi nangis r..hahaha...terbayang2 en kicap tu...bestnyet kalo dpt mcm en kicap...harap2 novel ni diterbitkan la..bole tmbh koleksi..
ReplyDeleteterima kasih banyak ya Yatie.. :)
Deleteianya akan diterbitkan.. alhamdulillah. saya baru dapat tahu berita tu petang tadi. awak tunggu ya. apapun saya hargai sangat2.. awak boleh habiskan semua bab dalam blog ni.. cayalh!!!
dalam novel tu nanti banyak bab tambahan yang tak ada dalam blog..
terima kasih n cayang awak!!
saya doakan awak dapat macam en kicap tapi kicap kipas udang ke kicap bilal??? ... :)
hahaha..kicap kipas udang la..terbaekkk..eh boleh tak nak tanya..camana saya nak contact awak yer..i mean kot bole like or add kat fb ker..now tgh nak khatamkan novel2 yg lain2 tu..sumernyer best2..novel2 awak semua ada 'rasa'...huhuhu...
ReplyDeleteooo kira yatie ni suka kemanisan dalam kicap yek... baguih2
ReplyDeletecitarasa yang baik macam amri kehkehekeh...
fb saya : waniza aisa
add lah, nanti saya approve awak yek..
terima kasih yatie jadi kawan saya :))
nak tanya ni..tak nak ker masuk teaser ke skit2..cukup la buat pengubat rindu pada amri dan suraya...hehe..
ReplyDeletesebenarnya cerita dia dah banyak berubah. banyak tambahan. nanti yatie x faham lak tapi x per.. iza masukkan 1 bab saja yek. yang lain kena beli novel hihihihihi :)
Deleteentah nya iza..sambung ler citer ni dah lama sgt dah....
ReplyDeletek kalam cinta... 1 bab jer tau :)
Deleteterima kasih pada yatie dan kalam sebab sudi gak rindu pada kicap hikhik
Kak best sangat-2 t.kasih ya x ada entry baru ke.
ReplyDeletebaby mio..
Deletetq. cinta sos dan kicap akan diterbitkan
2014 nanti. nak baca ending kena tunggu 2014 nanti ya... lama tak?.. xper bangun tidur, pejm celik, makan minum.. kejap jer 2014.
terima kasih ya dik, sudi singgah blog akak ni. :)
Salam awak.. kita baru jer khatam baca.. best2.. mmg macam2 Rasa ada.. serba serbi secukup rasa. Hehehe.. bile nak terbit? 2014? Bulan berapa? Under siapa? Nak kena kumpul duit nie...
ReplyDeleteassalamualaikum sis...
ReplyDeletenak tanya novel nei ada lg ker...
baru baca sedap sgt ceritanya