BAB 3
Amy duduk di
buaian luar bersama Mak Biah. Menghirup udara nyaman pada petang hari. Angin yang
bertiup kuat membuatkan Amy berasa segar. Kesegarannya terhenti seketika
apabila melihat Nafisah berada di luar pintu pagar rumah. Mak Biah dan Amy
berpandangan sesama sendiri.
“Apa dia nak?” soal Amy. Mak Biah hanya menjungkit
bahu. Tidak tahu menahu. Mak Biah Membuka pintu pagar dan mempersilakan Nafisah
masuk ke halaman rumah. Nafisah menghampiri Amy yang masih duduk di buai.
“Kenapa kau yang tak buka pintu pagar?” soal Nafisah
dengn nada menyindir. Amy tersenyum sinis.
“Datang sini hanya nak tahu mengapa aku tak buka
pintu pagar saja ke?” soal Amy kembali. Mak Biah duduk di sisi Amy. Bimbang
jika Nafisah mengapa – apakan Amy.
“Mak Biah yang dahulunya sukakan Fisa sekarang ni
dah sayangkan Amy pula” kata Nafisah. Menjungkitkan sedikit bibirnya yang agak
tebal dengan gincu yang bewarna berry.
“Dah... sekarang nak cari gaduh dengan Mak Biah
pula. Dah... beritahu saja apa tujuan kau datang ke mari” soal Amy dengan nada
yang agak keras. Nafisah duduk di kerusi taman tanpa di pinta.
“Secara jujur aku akui Hady agak lemah berada di
hadapan kau hinggakan dia tak sanggup nak beritahu apa yang berlaku” Nafisah
berteka – teki. Dada Amy berdegup kencang. Dia pasti sesuatu yang tidak enak
bakal didengarinya hari ini. Dia hanya memandang wajah Nafisah. Mak Biah mengurut
dadanya.
“Aku dan Hady sudah bertunang minggu lepas. Aku akan
berkahwin setelah dia ceraikan kau” kata Nafisah dengan angkuh. Jantung Amy
bagai gugur ke tanah dan kemudiannya dipijak dengan begitu kejam. Air matanya
mula bergenang.
“Tak guna kau menangis Amy. Kau tahu dari dulu lagi
dia milikku. Pasrah sahaja. Kalau dari dulu kau melepaskan dia, tentu kau tak
sesakit ini” sambung Nafisah. Tiada sepatah kata pun yang keluar dri mulut Amy.
“Sudah Fisa. Kamu balik” Mak Biah mencelah. Nafisah
merenung pula wajah tua Mak Biah.
“Sudah. Pergi aku kata!” tengking Mak Biah. Nafisah
yang hormatkan Mak Biah dari dulu terus pergi tanpa menoleh lagi. Hatinya puas
meluahkan segala yang terpendam. Amy masih terpaku di situ. Mak Biah memeluk
Amy.
“Mak Biah sudah tahu bukan?” soal Amy. Mak Biah melepaskan pelukannya.
“Maafkan Mak Biah sayang. Apa daya Mak Biah nak
menghalang semuanya. Mak Biah sudah menasihati Hady sebanyak mungkin” Mak Biah
benar – benar rasa bersalah.
“Tak apa Mak Biah.” Amy mengukir sedikit senyuman.
Tawar dan hambar. Dia terus naik ke biliknya dan menangis sekuat hati. Mak Biah
menekan dadanya. Dia juga dapat merasai kepedihan yang Amy lalui.
Hady
bergegas pulang ke rumah setelah Mak jah menelefonnya dan memberitahu apa yang
terjadi. Hady bimbang luka di hati Amy parah. Dia mahu menerangkannya kepada
Amy dengan bahasa sehalus yang boleh. Dia kesal dengan sikap Nafisah yang
seolah – olah amat terdesak. Hady memutar tombol pintu bilik Amy. Berkunci.
Hady mengetuk berkali – kali.
“Amy... buka. Tolong saya Amy. Kita boleh
berbincang!” pujuk Hady. Masih senyap.
“Tolong. Kalau awak sayangkan saya, buka pintu ni”
pujuk Hady lagi. Mak Biah menangis tersesak – esak di bawah. Perlahan – lahan
pintu biliknya dibuka. Wajah Amy yang sembap itu membuatkan hati Hady hancur
luluh. Hady menarik tangan Amy duduk di atasa katil. Pertama kali seumur
hidupnya masuk ke dalam kamar kepunyaan Amy.
“Awak dah bertunang?” soal Amy dengan suara yang
tersekat – sekat. Serak dan sukar di dengar. Hady menghela nafas panjang. Dia
mengangguk.
“Kerana saya juga ada rasa simpati pada awaklah saya
langsung tidak menyentuh awak, Amy. Saya tak mahu ambil kesempatan walaupun
tubuh badan awak itu milik saya yang sah. Saya tak mahu awak terluka dan terus
terluka dengan ebih teruk” Hady menyusun kata – kata dengan penuh berhati –
hati.
“Awak rasa saya tak terluka?” soal Amy. Air matanya
bercucuran. Hady mengesat air mata Amy dengan jarinya.
“Awak memang tak sayangkan saya?” soal Amy lagi.
“Tipulah jika tiada rasa sayang di hati saya buat
aawak. Tapi cinta itu memang tiada Amy. Maafkan saya” Hady tunduk. Amy bangun.
“Saya Cuma mahu satu perkara, adakah awak akan
bahagia bila bersama dengan Fisa berbanding saya?. Jawab dengan jujur” Amy memegang
kedua belah tangan hady. Dia memandang dengan penuh harapan. Hady membisu agak
lama.
“Dengan jujur saya akui saya memang cintakan Nafisah
dan akan hidup bahagia bersamanya” jawab Hady tanpa memandang wajah Amy.
“Ceraikan saya sekarang sebelum saya mengubah
keputusan saya”kata Amy. Hady memandang Amy. Dia benar – benar terkejut.
“Apa maksud awak, Amy?” Amy menangis tersesak –
esak. Dia bangun dan memanggil mak Biah untuk naik ke atas. Amy menggenggam
jari jemari mak Biah.
“Ucapkan sekarang di depan satu – satunya saksi
dalam hidup kita. Satu – satunya wanita yang saya sayang selepas pemergian mama
saya” kata Amy pula. Mak Biah terpinga – pinga.
“Apa yang awak buat ni, Amy?” soal Hady. Dia menekup
mukanya.
“Apabila kita mencintai seseorang... jalan dan cara
terbaik adalah membiarkan dia bahagia walaupun saat itu akan membuatkan kita
derita. Kebahagiaan dan senyuman awak adalah doa saya sejak saya menjadi isteri
awak. Walaupun awak tidak pernah mengimamkan solat saya, saya tetap beryukur
kerana awak pernah menoleh ke arah saya. Walaupun awak tak pernah menyuapkan
saya, saya bahagia kerana awak pernah membuatkan saya tersenyum. Cepat
lafazkannya. Jangan peduli pada hati saya yang sedia hancur ini... lafazkan
saja” kali ini suara Amy tenggelam timbul. Mak Biah seperti mahu meraung. Dia
agak faham akan kata – kata Amyn itu. Hady menangis. Kali pertama di dalam
perkahwinan mereka Hady menitiskan air mata. Hady memejam matanya. Mengumpul
kekuatan dari kelemahannya sendiri.
“Amy Hanissa isteriku...”
Amy memejam matanya. Tidak sanggup dia mendengar
lafaz yang akan keluar dari mulut lelaki kesayangannya.
“Aku ceraikan kau dengan talak satu” Hady
melepaskannya dan terus keluar dari rumah itu. Amy terduduk. Meraung sekuat
hati. Dia menumbuk – numbuk lantai sehingga merah tangannya. Mak Biah memeluk
tubuh Amy yang semakin longlai.
“Kenapa begitu payah untuk dia mencintai Amy, Mak
Biah??” soal Amy. Dia masih meraung. Kepalanya berat. Dia naik ke atas katil.
Memeluk tangan mak Biah yang juga turut sama merasai kepedihan hati dan
perasaannya.
Hady
menghantukkan kepalanya beberapa kaali ke stering kereta. Dia yang memandu dan
terus memandu berhenti di hadapan masjid tempat di mana mereka berdua di ijab
kabulkan tidak sampai setahun yang lalu. Dia rasa lega tetapi dia juga rasa
kesal. Hatinya juga pedih dan sengsara. Dia dapat melihat wajah Nafisah yang
tersenyum gembira tetapi bayangan Amy yang menangis sebak lebih banyak
menguasai ruang akal dan fikirannya. Dia menumbuk kepalanya berkali – kali. Dia
dapat agak betapa marah bapanya dengan apa yang telah terjadi. Hady tidak mampu
pulang ke rumahnya. Dia menghidupkan enjin kereta dan terus pergi ke rumah
Iqram untuk melegakan kepalanya yang berat bagai di hempap batu besar.
“Apa?. Kau ceraikan Amy?” jerit Iqram. Hady memegang
kepalanya. Dia buntu.
“Kau gila!. Tak sampai setahun kau tahu tak?. Tak
bolehkah kau belajar mencintai dia yang memang mencintai kau tu?” bebel Iqram.
“Aku tumpang rumah kau ni nak tenangkan fikiran.
Bukannya nak dengar kau membebel macam Joyah!” balas Hady. Iqram menggeleng
kepala. Dia tidak faham dengan Iqram. 100% tidak mengerti.
“Dah.. kau tidur di bilik tetamu ni. Maaflah rumah
pangsa saja. Kecil. Kau buat macam rumah aku tau” gurau Iqram. Hady hanya
mengangguk. Dia sama sekali tidak dapat melelapkan matanya. Tangisan Amy
sebentar tadi masih bermain di ruang fikirannya.
Mak Biah tidur di sisi Amy. Air mata Amy masih
mengalir. Mak Biah mengesatnya dengan penuh kasih sayang.
“Amy.. Mak Biah sentiasa bersama Amy. Kita akan
bersama walaupun Hady telah pergi meninggalkan kita, sayang. Selagi Mak biah
masih hidup, Mak biah akan jaga Amy dengan penuh kasih sayang. Mak Biah tidak
akan keluar bersama Hady dari rumah Amy ini. Mak Biah tetap akan disini
walaupun mak Biah yang menjaga Hady dari kecil hingga besar” kata mak Biah. Amy
amat terharu. Dia memeluk tubuh Mak Biah dengan perasaan yang bercambur baur.
“Amy sayang Mak Biah” kata Amy dengan nada yang
perlahan. Dia memeluk tubuh tua itu hingga tertidur dengan membawa perasaan
hancurnya sekali.
Hady di
panggil ke rumah Dato Kamal. Wajah Dato Kamal nampak begitu bengis sekali. Hady
tunduk memandang lantai. Fikri, abang Amy hanya menggeleng kepala.
“Maafkan saya papa” kata Hady dengan nada kesal.
“Bukan dengan papa kau harus minta maaf tapi pada
Amy. Papa menyesal mendengar kata Amy untuk memilih kamu sebagai menantu papa”
kata Dato Kamal dengan marah.
“Kalau dia mengandung bagaimana?” soal Fikri. Hady
membisu. Setelah sekian lama dia memberanikan diri untuk menjawab.
“Saya tak pernah menyentuh dia, papa” jawabnya
jujur. Terbeliak biji mata Dato Kamal dan Fikri mendengarnya.
“Kurang ajar! Selama ini aku boleh bayangkan betapa
sakitnya hati adik aku!” jerit Fikri. Satu penumbuk hinggap ke muka Hady.
Dengan rasa yang amat bersalah Hady membiarkannya sahaja. Dianggapnya tumbukan
itu sebagai balasan untuknya kerana melukakan hati Amy.
“Keluar kau dari sini. Jangan sampai aku jumpa kau
di luar!” jerit Fikri. Hatinya mendidih mengenangkan perasaan sedih dan dukanya
adik kesayangannya itu. Hady bangun dan terus berlalu. Dato Kamal terduduk. Dia
mahu melawat Amy di rumahnya. Hady sudah keluar dari rumah itu. Rumah yang
diberikan oleh Dato Kamal sebagai hadiah perkahwinan mereka berdua.
Dato Kamal
memeluk Amy setelah masuk ke dalam rumah yang menjadi kenangan duka buat Amy.
Di tahannya air mata agar tidak jatuh di hadapan anaknya itu. Dia mahu Amy
tabah dan kuat. Setelah lama membisu Dato Kamal bersuara.
“Apa yang Amy mahu buat sekarang?” soalnya. Amy
tersenyum.
“Amy hanya mahu sebuah kedai kek yang kecil dengan
beberapa orang pembantu. Amy mahu belajar buat perniagaan kecil – kecilan,
ayah” kata Amy.
“Ayah bangga anak ayah tabah. Tidak bermurung
sepanjang masa. Ayah tahu ini masa sukar buat Amy tapi percayalah.. Amy akan
jumpa dengan seseorang yang lebih baik dari dia. Ingat kata – kata ayah ini.
Ayah tak minta menantu yang kaya kerana ayah sendiri sudah kaya. Ayah cuma mahu
menantu yang boleh membahagiakan anak ayah dan menyayangi ayah dan abang Fikri
seperti keluarganya sendiri. Carilah seorang lelaki yang boleh di jadikan imam
ketika Amy solat” senyum Dato Kamal. Dilurutnya rambut Amy yang beralun itu.
Mak Biah mengesat air matanya.
“Biah... jaga anak saya ini seperti anak Biah
sendiri. Saya tahu Biah sebatang kara selepas suami Biah meninggal. Saya izin
dan halalkan segala apa yang Biah akan makan dan akan gunakan dari harta saya
melalui Amy. Biah jadilah pendorong buat Amy” pinta Dato Kamal. Mak Biah
mengangguk. Amy memeluk badan papanya yang masih sasa itu..
Proses penceraian mereka berakhir setelah beberapa
bulan. Penceraian mereka telah disahkan. Amy keluar dari mahkamah syariah
bersama – sama Mak Biah. Hady yang ditemani Nafisah memandang Amy dengan
pandangan yang penuh makna. Dia menghampiri Amy walaupun di tegah oleh Nafisah.
“Maafkan saya, Amy” pintanya dengan rendah diri. Amy
menarik nafas dalam – dalam. Dia cuba mengumpul kekuatan.
“Tak apa. Bukan jodoh kita lagi. Apapun saya dah
maafkan awak. Terima kasih Hady” ucap Amy dengan tenang. Hady tersentak dengan
ayat akhir yang dituturkan oleh Amy tadi. Teriang – iang ditelinganya akan
cerita Pak leman asal usul perkataan ‘beb’ yang keluar dari bibir Amy buatnya.
Tiada lagi ‘beb..baby’ di hatinya..... fikir Hady. Nafisah menarik tangan Hady
supaya pergi dari situ. Mak Biah menepuk bahu Amy.
“Mak Biah bangga Amy lebih kuat sekarang ini” senyum
mak Biah. Amy senyum.
*************************
Fikri telah
mendapatkan sebuah kedai buat Amy jadikan kedai kek dan roti. Kerana
keluasannya itu, Amy bercadang untuk membuka kafe yang menjual kek, roti dan
juga makanan barat seperti pasta dan pizza.
“Itu bukan kedai kek dah. Itu dah dikira restoran”
usik Fikri.
“Ala abang ni. Kafe lah.. baru nampak urban sikit “
sengih Amy. Setelah setahun berlalu. Dia berjaya merawat sebahagian dari
kesakitannya. Dia mampu tersenyum tanpa berselindung oleh kesedihannya lagi.
Kadang kala di masih menitis air mata jika teringatkan perkara lalu.
“Ok... dekorasinya abang dah upah orang yang professional.
Nanti dah siap, Amy cuma masuk dan mula berniaga” Fikri mengusik – ngusik
rambut Amy yang terjuntai keluar.
“Terima kasih wahai abangku sayang” sengih Amy.
“Apa saja buat adik yang abang sayang” Fikri memeluk
bahu Amy.
Kafenya
sudah siap dengan sempurna. Amy tersenyum puas memandang hasil kerja anak
tempatan yang boleh dibanggakan. Kafenya nampak santai dan elegan.
Amy memasukkan iklan jawatan kosong di dalam
suratkhabar. Dua orang pekerja wanita telah ada tetapi jawatan sebgai tukang
masak masih belum ada. Amy merungut sendiri. Teman –temannya yang belajar dalam
bidang masakan masih belum tamat pengajian. Kalau tidak, dia tidak perlu
bersusah payah. Dia hanya memandang
pekerja – pekerjanya menyusun kerusi dan memasukkan beberapa barang seperti tepung,
pasta dan sebagainya ke dalam stor. Seseorang masuk dan berdiri di hadapannya.
Lelaki itu tinggi orangnya. Berdada bidang dan berkulit kuning langsat.
Berlesung pipit dan hidungnya mancung. Matanya tidak besar dan tidak pula
sepet. Kacak dan sedap mata memandang.
“Maaf ya Encik, kafe ni belum dibuka lagi” senyum
Amy.
“Tak apa. Bibik boleh panggilkan bos tak?” soal
lelaki itu. Merah padam muka Amy mendengarnya. Amy geram.
“Apa bibik – bibik?” marah Amy. Lelaki itu
mengangkat kening.
“Habis kalau bukan bibik apa? Dengan apron, rambut
kusut masai. Muka ada segala tepung dan coklat. Ni, penyapu dekat sebelah awak
ni apa pula?. Selalunya bibik je yang macam ni punya comot. Bos selalunya kemas
dan rapi” jawab lelaki itu dengan selamba.
“Hei.. sayalah bos di sini!. Nama saya Amy” jelas
Amy.
“Lantaklah nama awak mami ke, amy ke, mimi ke?.
Pergi panggilkan bos boleh tak sayang?” senyum lelaki itu. Amy menggetap bibir.
“Awak ni siapa?” soal Amy dengan suara yang tinggi.
“Wow... vocal kalah Jaclynn victor. Aurat tu....
kena jaga” tambahnya. Amy terdiam. Dia menggonyoh – gonyoh mukanya. Habis
mukanya diratakan dengan tepung oleh tangannya sendiri. Lelaki itu ketawa lagi.
“Minta maaf ya, kalau saya sakitkan hati bibik. Nama
saya Luqman. Saya nak minta kerja sebagai tukang masak di sini. Saya ada bawa
diploma dan sijil saya dalam bidang masakan ni” Luqman tersenyum manis.
“Malas betul nak ulang banyak kali.... Jiji, mari
sini” Amy memanggil jiji, pekerjanya yang berumur 26 tahun. Jiji datang dengan
tergesa – gesa.
“Kenapa Cik Amy?” soal Jiji.
“Nampak tak dia panggil saya apa tadi?” soal Amy.
Luqman tersenyum.
“ohhh.... awak ke orangnya. Bakal bos saya?” soal
Luqman lagi.
“Apa bakal bos?. Awak ingat ssya nak ambil awak
kerja ke?” soal Amy dengan bongkak.
Luqman ketawa kecil. Setelah memberi salam dia terus
melangkah keluar. Amy terdiam. Dia memandang Jiji.
“Ala.. Cik Amy ni. Ambil sajalah dia tu. Dahlah
kacak, pandai masak dan yang penting auuuu... badannya.. tergodak mak!” Jiji
tersengih – sengih. Amy menjeling.
“Ya Allah.. gatalnya kau ni. Kalau aku tahu kau
gatal begini. Aku tak ambil kau kerja” kata Amy. Jiji ketawa besar.
“Kena ambil ke?” soal Amy lagi.
“Pergilah kejar!!!!” arah Jiji. Tanpa melengahkan
masa Amy terus berlari dan menarik baju Luqman hingga mereka berdua tergolek di
tepi jalan raya.
“Astaghfirullah.... awak ni kenapa?. Kalau minat
denagn saya pun tak payahlah goda sampai tarik – tarik begini” kataq Luqman.
“Jangan perasan!. Mari ikut saya balik kafe. Awak
diterima bekerja” ujar Amy sambil menepuk – nepuk habuk di seluarnya.
“Alhamdulillah...” ucap Luqman. Amy senyum.
“Kenapa senyum?” soal Luqman.
“Sedap dengar awak mensyukuri kerja yang saya dah
bagi tadi” kata Amy. Luqman ketawa dan terus mengikut Amy balik ke kafe untung
rundingan mengenai gaji dan beberpa syarat. Hari hampir senja. Semua pekerja
sudah pulang. Amy tersenyum sendiri. Dia teringat syarat pertama yang diminta
oleh Luqman sebentar tadi. Luqman mahu ada bilik sembahyang di kafe itu untuk
memudahkannya solat tanpa mengambil masa yang lama
“
No comments:
Post a Comment