Thursday, 26 July 2012

terima kasih beb! - bab 4


                                                                 BAB 4


  Pembukaan Kafe Nice & Delicious milik Amy amat meriah sekali. Semua tetamu yang hadir berpuas hati dan memuji – muji air tangan Luqman. Segala makanan barat disediakan dengan cukup sempurna. Rempah, sos dan pastanya menjadi perhatian ramai. Amy tersenyum puas. Dia tahu Luqman boleh di harap. Jiji dan Lela tidak menang tangan. Amy bercadang untuk menggaji seorang lagi pekerja lelaki bagi membantu Luqman di dapur. Semua pekerja Dato Kamal turut hadir memberikan sokongan. Irfan menepuk bahu Amy.
“Agak bijak bagi seorang bekas surirumah” senyum Fikri. Amy ketawa.
“Amy, tahniah ya!” ucap Qaseh, sahabat baiknya yang baru pulang dari London setelah menamatkan pengajiannya di sana. Amy  memeluk Qaseh.
“Doakan aku, ya!” senyum Amy. Qaseh yang sudah tahu tentang segalanya menyentuh lembut pipi Amy.
“Ada hikmah di sebalik semua ini. Kalau perkara itu tidak berlaku, kau tentu tak berganjak ke fasa ini sekarang” katanya memberi semangat. Fikri tersenyum – senyum memandang Qaseh yang sopan dan ayu. Selendang yang dililit kemas di kepala menambahkan keanggunan Qaseh.
“Tak nak kenalkan model ni pada abang ke?” seloroh Fikri.
“Model?. Saya bukan model tau” ketawa Qaseh.
“Abang aku nak ayat kau lah tu” cebik Amy. Fikri ketawa besar.
“Saya ni handsome dan baik hati tau” tambah Fikri. Qaseh ketawa.
“Handsome tu saya akui tapi baik hati saya tak dapat nak agak” gurau Qaseh lagi. Fikri ketawa.
“Tak nak tahu ke?” soal fikri. Amy menggeleng kepala.
“Sudah abang!, jangan di ganggu sahabat Amy ni” Amy menolak Fikri jauh dari mereka berdua. Luqman yang sudah menyiapkan tugasnya di dapur menghampiri Lela dan Jiji.
“Aku bangga kenal chef yang hebat masak macam kau ni” puji Lela. Luqman tersenyum.
“Terima kasih. Saya tak pandai masak. Cuma tahu sikit – sikit sahaja” Luqman merendah diri.

   Sudah pukul 12 tengah malam. Semua tetamu sudah pulang. Yang tinggal hanya Amy dan semua pekerjanya. Luqman mengemas dan mengelap dapur. Dari tadi dia tidak banyak bersuara. Amy menghampirinya.
“Terima kasih, Luqman” ucap Amy. Luqman menoleh memandangnya.
“Sama – sama Cik Amy. Ini dah memang tugas saya” jawabnya. Merendah diri.
“Esok saya belanja awak semua makan” kata Amy dengan nada yang gembira.
“Best tu. Makan di mana?” soal Lela. Tubuh montok dan genit itu begitu teruja mendengar pelawaan majikan mereka.
“Makan di mana saja” jawab Amy. Jiji dan Lela bertepuk tangan. Setelah selesai, mereka mula bergerak untuk pulang. Luqman menyandang beg di bahunya. Amy memandang Luqman dan tersenyum manis. Lela menghampiri.
“Cik Amy ni senyum pada siapa?. Nak kata pada Luqman, dia tak pandang Cik Amy pun” soal Lela. Dia juga turut memandang Luqman. Amy tersentak. Dia melemparkan kain buruk di tangannya ke wajah Lela dan terus berlalu. Lela terbatuk – batuk.

Amy memandu pulang ke rumah. Mak Biah sudah pun tidur. Amy mengucup dahi Mak Biah. Dia mengajak Mak Biah untuk pergi ke majlis pembukaan kafenya tetapi di tolak bulat – bulat oleh Mak Biah. Dia tidak sukakan makanan barat. Amy terus naik ke biliknya. Dia terpandangkan bilik yang pernah menjadi milik Hady. Sudah setahun dia tidak melihat Hady. Mungkin dia sudah bahagia kini, fikirnya sendiri. Ah! Lantaklah.... tak penting bagiku. Aku harus bersungguh – sungguh untuk memajukan perniagaanku. Aku akan membanggakan papa dan abang..... detik hati kecilnya. Amy membersihkan diri dan terus terlena. Terlalu penat melayan tetamu yang hadir. Pagi – pagi lagi dia harus ke kafenya. Segalanya harus di pantau.


                                                  *******************

 Amy bangun agak lewat. Jam yang dikunci tidak berbunyi. Mak Biah mengetuk pintunya berkali – kali. Dia yang baru tersedar tergopoh gapah ke bilik mandi.
“Teruklah.... dah pukul 10 pagi. Pekerja aku pasti dah ada di sana.... cepat!cepat!” bebelnya sendiri. Dia terus ke kafenya dalam keadaan yang tidak terurus. Keretanya di letakkan di hadapan kafe. Luqman, Jiji dan Lela duduk di tangga kafe dengan muka yang mencuka. Amy tergaru – garu. Takut di marahi pekerjanya sendiri.
“Apa ni Cik Amy. Kata datang pukul 9. Dah 10.45 pagi dah ni” rungut Lela. Luqman hanya membisu. Memandang kosong wajah Amy.
“Maaf..maaf! saya terlambat. Malam tadi penat sangat. Mari kita masuk” Amy tergopoh gapah hingga terjatuh kunci dari tangannya. Luqman mengambil kunci itu dan membukanya untuk Amy. Amy menguruskan bahagian hadapan kafenya agar kelihatan kemas. Dia terduduk di kerusi kerana kepenatan. Dia menarik nafas dalam – dalam. Luqman menghampirirnya dengan sedulang hidangan. Roti bakar yang diletakkan mentega kacang di dalamnya di letakkan betul – betul di hadapan Amy. Kemudian dia meletakkan pula secawan milo panas. Luqman terus berlalu.
“Luqman!” panggil Amy. Luqman berpatah balik.
“Ya Cik Amy?” soal Luqman.
“Ini untuk siapa?” soal Amy. Luqman memandangnya tanpa berkata – kata.
“Untuk siapa?” soal Amy lagi.
“Siapa lagi ada di sini?” soal Luqman. Amy memandang sekeliling
“Makan cepat. Saya pasti Cik Amy tak makan lagi. Jangan biarkan perut tu kosong. Sarapan amat penting” kata Luqman dan terus pergi.
“Luqman!” panggil Amy lagi. Kali ini Luqman berpatah balik sekali lagi.
“Kenapa Cik Amy?” soal Luqman.
“Mana awak tahu saya suka mentega kacang?” sengih Amy.
“Dari semalam saya nampak Cik Amy menjilat mentega kacang itu. Cik Amy ambil banyak – banyak. Letak dalam pinggan dan makan mentega tu macam makan bubur kacang. Pelik tapi nak buat macam mana. Manusia memang pelik” kata Luqman. Dia ingin berlalu tapi di tahan oleh Amy sekali lagi.
“Cik Amy, masuk ni dah tiga kali saya patah balik. Saya digaji oleh Cik Amy untuk masak, bukan untuk jalan kemudian patah balik. Jalan lagi, kemudian patah balik. Kaki saya boleh reput Cik Amy. Banyak lagi kerja di belakang. Ada 7 kek coklat yang saya nak bakar” kata Luqman dan kali ini dia terus ke dapur. Amy ketawa kecil.
“Alah.. makan saja lah. Kalau tak nak saya makan Cik Amy” usik Jiji.
“Hish... sibuk saja. Ini dia buat untuk saya. Nak pergi buat sendiri” kata Amy. Jiji ketawa besar.  Amy menjamah hidangan yang disediakan oleh Luqman. Memang lazat. Walaupun hanya roti bakar tetapi rasanya amat lazat. Amy menghabiskan makanannya dan membawa pinggan ke dapur.
“Luqman. Awak buat roti bakar yang ringkas tapi sedap sangat” puji Amy. Luqman senyum.
“Saya seorang chef, kalau tak pandai masak malulah” jawab Luqman.
“Tapi rasanya sedap” puji Amy lagi.
“Mulakan semuanya dengan bismillah kemudian selawat.... semuanya lazat dengan rezeki yang halal” kata Luqman. Dia memandang Amy dengan sekuntum senyuman. Amy membalasnya. Mereka berpandangan sesama sendiri. Bertentangan mata. Jantung Amy bagai di palu dengan gendang. Degupan jantungnya tidak tentu hala. Mukanya sedikit merah. Luqman melepaskan pandangannya dengan memasukkan beberapa biji telur ke dalam adunan. Sudah lama dia tidak rasakan perasaan seperti itu..... segalanya!. Amy terus keluar dari dapur yang menjadi ruang penting untuk Luqman bekerja.
“Muka Cik Amy ni merah kenapa?” soal Jiji. Amy menyentuh pipinya.
“Sibuk saja tau. Awak dah makan?. Kalau tak ambil saja apa yang di dapur tu makan” pelawa Amy.
“Tak apa lah Cik Amy. Kami dah makan nasi lemak yang Luqman bawa pagi tadi. Dia ada bawa sekali untuk Cik Amy tapi Cik Amy datang lambat. Lela makan dua bungkus. Satu bungkus dia punya, satu lagi Cik Amy punya’ sengih Jiji. Lela yang berada tidak jauh dari situ menekup mukanya. Takut di marahi. Amy ketawa.
“Sampai hati tau!” kata Amy.
“Sedap tak?’ soal Amy. Berbisik ke telinga Jiji.
“Mau tak sedap. Luqman kata mak dan adiknya yang nak makan nasi lemak. Dia buat pagi tadi. Bagi kitorang sekali” jawab Jiji. Dia kemudiannya mendapatkan dua orang pelanggan pertama yang masuk ke dalam kafe mereka. Amy teruja. Dia tersenyum lebar melihat kafenya sudah mempunyai pelanggan. Amy masuk ke dapur.
“Kita ada pelanggan! Kita ada pelanggan” Amy melonjak gembira. Dia melompat – lompat. Luqman ketawa kecil. Amy memegang tangan Luqman.
“Terima kasih beb!” jerit Amy. Luqman mengangkat kening. Amy berhenti melompat. Dia memegang bibirnya. Lidahnya terkelu. Dia tidak pasti mengapa dia ucapkan ayat itu buat Luqman. Ayat istimewa untuk Hady.
“Kenapa Cik Amy?” soal Luqman. Amy terdiam. Dia memandang Luqman. Hampir seminit dia tercegat di situ sebelum masuk ke dalam keretanya. Air matanya mengalir. Hatinya seolah – olah pedih dan sakit. Semuanya berputar kembali. Semuanya tentang Hady. Amy menangis. Bukankah aku sudah lupakan dia?... perlukah aku ingatkan dia?.... hati Amy menjerit. Pilu, sakit, sebak dan kecewa. Luqman menjenguk ke luar setelah menyiapkan pizza super supreme buat pelanggan pertama mereka. Luqman mengetuk pintu kereta Amy. Tersentak dengan kehadiran Luqman Amy terus menghidupkan enjin kereta. Dia terus pergi meninggalkan Luqman yang terpinga – pinga. Jiji dan Lela juga sedikit panik apabila melihat air mata yang mengalir di pipi Amy sebelum dia masuk ke dalam keretanya sebentar tadi. Luqman pasti ada sesuatu yang membuatkan Amy beremosi sebegitu.

“Tak sangka kita dah ada 10 orang pelanggan hari ini” kata Lela teruja. Mereka berkemas setelah hampir pukul 12 tengah malam. Luqman duduk dan termenung. Dia tidak faham akan Amy. Kadang kala dia ceria kadang kala dia sedikit beremosi. Dia masih belum kenal siapa Amy. Yang dia tahu Amy anak kepada Dato Kamal jutawan yang terkenal dengan karismanya dalam menguruskan perniagaan. Selebihnya dia hanya mengenali Amy sebagai majikannya yang tidak matang tetapi bersungguh – sungguh. Amy masih belum pulang ke kafe. Akhirnya mereka bertiga mengunci kafe dan pulang ke rumah.

“Tak salah jika hati Amy terbuka kembali” kata Mak Biah setelah mendengar cerita dari Amy. Matanya bengkak.
“Tapi kenapa hati Amy masih sakit bila teringatkan Hady?” soal Amy.
“Kita manusia. Punya hati dan perasaan. Lepaskan segalanya. Buka buku baru untuk Amy. Jangan ikut perasaan. Luqman tu budaknya bagaimana?” soal Mak Biah. Cuba memancing rasa bahagia Amy. Senyuman mula terukir di wajah Amy.
“Dia bukanlah kaya seperti Hady. Kulitnya tidak secerah Hady. Hidungnya mancung. Tapi degupan jantung Amy lebih kuat apabila memandang dia berbanding Hady”  cerita Amy. Mak Biah ketawa.
“Mak Biah rasa dia orangnya” usik Mak Biah.
“Apa pula. Itu Cuma rasa saja. Amy tak cintakan dialah!” Amy berdalih.
“Ya lah.. tak suka tak apa” senyum Mak Biah lagi. Amy membiarkan Mak Biah berteka teki. Dia baring di sofa menonton filem yang tidak pernah melekat di mindanya. Mak Biah masuk ke bilik untuk tidur. Amy masih tersenyum dan terus tersenyum.

No comments:

Post a Comment