Saturday, 28 July 2012

terima kasih beb! - bab 6


                                                                      BAB 6

 Setibanya dia di kafe matanya tertumpu pada hidangan yang amat menarik perhatiannya. Nasi lemak ayam yang dihias dengan cantik terletak di atas meja dengan susunan yang kemas. Amy tahu ianya dari Luqman. Wajah luqman yang selamba itu membuatkan Amy lebih mahu mendekatinya. Amy tersenyum – senyum memandang Luqman yang sekali – sekala mengerling kepadanya.
“Terima kasih beb” bisik Amy ke telinga Luqman.
“Sama – sama baby” gurau Luqman. Hampir pengsan Amy mendengar ayat yang keluar daripada bibir Luqman itu.
“Sebut lagi sekali” pinta Amy. Luqman tiidak mahu. Dia terus ke dapur. Amy ketawa. Dia duduk dan menajmah nasi lemak dari air tangan Luqman sendiri.
“Hmmm... sedapnya!” kata Amy. Memuji. Luqman memandangnya dan hanya tersenyum manis.
“Makan saja Cik Amy. Tak perlu puji. Saya tahu masakan saya memang sedap” gurau Luqman. Amy mencebik.
“Perasan!” kata Amy. Sengaja dikuatkan suaranya. Luqman buat tidak tahu.

Jiji dan Lela yang baru tiba menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Amy.
“Sedapnya Cik Amy.... ada lagi tak?” soal Lela.
“Hari tu awak dah makan saya punya nasi lemak tau!. Hari ini pun nak juga?” soal Amy.
“Hari tu Luqman bungkus dalam kertas dan daun pisang. Dia tak hias melampau macam ni” kata Lela. Amy hanya menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.
“Sikitlah Cik Amy” rayu Lela. Amy memberikan sudunya kepada Lela. Dengan secepat kilat Lela terus menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.
“Ya Allah... sedapnya nasi lemak ni!. Kalah yang hari tu punya!” jerit Lela. Jiji ketawa besar.
“Hari tu dia bagi atas dasar kawan. Tapi yang ini dia buat atas dasar cinta. Itu yang rasanya mencengkam sanubari tu” usik Jiji. Lela mengiyakannya. Amy ketawa besar mendengar usikan daripada Lela dan Jiji. Amy makan dengan puas. Hatinya gembira mendapat layanan yang baik daripada Luqman.


 Pelanggan yang datang sudah pulang untuk sambung bekerja. Kebanyakkan pelanggan Amy adalah pekerja – pekerja dari syarikat yang berhampiran dengan kafenya. Amy duduk melayari internet. Lela datang menghampiri dengan sejambak bunga yang besar. Amy agak terkejut.
“Siapa yang bagi?’ soal Amy. Luqman hanya memerhati.
“Tak tahulah. Katanya dari Encik Hady” beritahu Lela. Amy menelan air liur. Hatinya cuba untuk lebih tenang apabila menghadapi situasi sebegini. Mak Biah banyak mengajar Amy untuk menjadi lebih sabar dan pandai menguruskan masalah yang datang menimpa. Amy menarik nafas dalam – dalam. Dia mengambil jambangan bunga itu dan terus membawanya ke belakang kafe. Luqman yang sedang leka menghias kek coklat yang di tempah memerhatikan Amy dengan ekor matanya. Amy menutup pintu belakang kafe. Luqman tidak sedap hati. Dia membuka perlahan – lahan pintu belakang dan terperanjat melihat Amy melurut setangkai demi setangkai bunga ros merah itu dengan marah. Jarinya habis luka terkena duri yang tajam. Amy tidak merasakan kesakitan itu kerana hatinya yang sakit itu mengatasi segala kesakitan. Melihat jari Amy yang sudah berdarah, Luqman cepat – cepat merampas beberapa tangkai bunga ros dari genggaman Amy.
“Cik Amy dah hilang akal?” soal Luqman . Tegas!. Amy menangis.
“Kenapa mesti sakitkan diri sendiri?” soal Luqman lagi.
“Saya benci dia! Benci!!!!” jerit Amy. Luqman menggenggam tangan Amy.
“Tengok telapak tangan Cik Amy..” Luqman menarik nafas dalam – dalam. Air mata Amy di kesat dengan tuala kecil yang sememangnya sentiasa ada di dalam apronnya.
“Bangun!” suruh Luqman. Amy menurut. Luqman memimpin tangan Amy masuk ke dalam bilik rehat. Di ambilnya kotak pertolongan cemas. Luqman merawat tangan Amny yang cedera.
“Jangan jadi bodoh hanya kerana seorang lelaki” kata Luqman setelah sekian lama membisu. Amy memandang Luqman. Mereka bertetntangan mata. Air mata Amy mengalir lagi.
“Cik Amy ni murah sangat dengan air mata”  senyum Luqman. Cuba mencari damai dalam diri Amy.
“Cik Amy masih cintakan dia?” soal Luqman. Amy membisu.
“Selalunya kalau diam bererti benar” Luqman mencuri pandang.
“Saya benci dia!” jawab Amy.
“Dah tu... buat apa menangis dan cederakan tangan yang comel ni hanya kerana orang yang kita benci. Tak berbaloi”.
“Saya menangis sebab geram!” jawab Amy. Luqman senyum lagi.
“Baby tak cantik bila marah” usik Luqman. Amy mula tersenyum.
“Kenapa senyum?” soal Luqman. Dia juga tersenyum.
“Suka..” jawab Amy.
“Suka apa?”
“Awak panggil saya baby. Rasa macam baby betul”  jawab Amy. Dia mengesat air mata yang masih berbaki.
“Nak saya tumbuk muka lelaki tu?” soal Luqman. Bergurau.
 Amy menggeleng.
“Tak payah. Tak berbaloi” kata Amy. Dia bersandar ke dinding.
“Tau pun!”
“Terima kasih beb!” ucap Amy. Kali ini Luqman ketawa besar dan terus keluar. Dia perlu menghabiskan kerjanya. Amy termenung.

Tak bolehkah Hady melepaskan aku agar aku hidup dengan lebih tenang?. Dia tahu aku cintakan dia. Itu dulu... memang rasa cinta itu masih ada tetapi hanya sekelumit!. Mengapa dia mencari aku?. Mana perginya Nafisah kesayangannya itu?. Tidak bahagiakah dia?.... fikirnya sendiri. Amy membiarkan sahaja fikirannya bekerja tanpa di pinta. Dia bangun. Banyak kerja yang harus di buat. Dia tidak mahu dianggap majikan yang tidak bersungguh – sungguh. Amy terus keluar. Melyan pelanggan yang semakin ramai.

                             ************************

 Dato Kamal menjenguk Amy di kafe. Dari jauh lagi Dato Kamal sudah tersenyum manis. Dia agak gembira melihat pelanggan yang agak ramai di kafe anaknya.
“Papa!” Amy memeluk Dato Kamal.
“Mana chef kafe ni?. Nak juga tengok. Qaseh kata kacak. Betulkah?” soal Dato Kamal.
“Dia sedang solat, papa” jawab Amy.
“Solat?.. hmm bagus!.” Senyum Dato Kamal.
“Bila papa jumpa Qaseh?. Dia memang dengan abang ya?” soal Amy. Dia kini terlalu sibuk hingga tidak punya masa mahu keluar bersama Qaseh. Dato kamal mengangguk.
“Abang dan Qaseh akan bertunang, sayang. Ayah mahu Amy balik ke rumah papa hujung minggu ini. Kita akan ke rumah Qaseh. Merisik” ajak Dato Kamal. Amy gembira mendengar berita mengenai pertunangan abangnya dengan Qaseh.
“Sampai hati Qaseh tak beritahu Amy”
“Buat apa nak beritahu?. Nanti Amy akan tahu juga” Dato kamal mencubit pipi Amy.
“Luqman!” panggil Amy. Luqman menghampiri mereka berdua.
“Ini papa saya” Amy memperkenalkan Dato Kamal kepada Luqman.
“Assalamualaikum, Dato” Luqman menghulurkan salam perkenalan. Sewaktu majlis pembukaan dahulu Dato Kamal tidak dapat menghadirinya, dia pergi ke Australia atas urusan perniagaan.
“Waalaikumussalam. Tak payah panggil pakcik ni Dato. Luqman bukan pekerja pakcik. Kalau di pejabat itu terpaksalah. Kalau ikutkan pakcik, tak seronok dipanggil Dato” gurau Dato Kamal. Luqman tersenyum.
“Sayang, tak nak ambilkan air untuk papa?” Dato Kamal memandang Amy.
“Saya akan sediakan hidangan untuk Dato” kata Luqman dan mahu ke dapur.
“Tak perlu. Luqman tunggu sini. Amy, buatkan sphagetti untuk papa, ya sayang” pinta Dato Kamal.
“Tapi sphagetti Luqman lebih sedap. Biar...” Amy terputus kata – kata.
“Papa rindukan masakan dari air tangan anak papa” senyum Dato Kamal. Amy beredar ke dapur.
“Luqman, duduk dengan saya” pinta Dato Kamal. Luqman hanya menuruti. Dia duduk berhadapan dengan dato kamal.
“Fikri sudah ceritakan segalamya pada Luqman bukan?” soal Dato Kamal. Luqman mengangguk.
“Jagakan dia untuk pakcik. Dia perlukan seseorang untuk menjaga dia dari melakukan perkara yang sia – sia. Di rumah ada mak Biah. Di sini pakcik mahu kamu jagakan dia untuk pakcik. Pakcik akan bayar uph untuk itu” kata Dato Kamal dengan serius.
“Saya tidak mahu apa – apa pakcik. Saya berjanji akan menjaga dia daripada di ganggu oleh Hady lagi. Saya ikhlas. Sebagai pekerja, saya perlu menjaga majikan saya dari sebarang bahaya atau pun masalah” tutur Luqman dengan sopan. Dato kamal mengangguk.
“Ya... Fikri ada beritahu pakcik mengenai Hady. Terima kasih, Luqman” ucap Dato kamal. Setelah lama berbual, Amy datang dengan sepinggan sphagetti.
“Makanlah papa” pelawa Amy dengan teruja. Berkerut dahi Luqman memandang cara penyediaan Amy yang tidak sempurna. Pastanya masih tidak cukup masak. Kelihatan keras. Dato Kamal menyuap hasil air tangan Amy ke mulutnya. Muka Dato Kamal merah padam.
“Takkan pedas papa. Itu cuma tomato!” Amy agak bimbang. Dato kamal cepat – cepat meneguk air. Dia mengurut dadanya berkali – kali.
“kalau Luqman cuti atau mc, baik Amy tutup kafe ni dulu. Amy jangan pandai – pandai masak “ kata Dato Kamal. Dia tidak sanggup untuk terus makan.
“Ala... papa!. Kenapa?” soal Amy lagi. Luqman mengambil sudu dan cuba merasanya. Dia terus ke dapur. Membuang makanan yang ada di dalam mulutnya ke dalam bakul sampah. Dia kemudiannya datang semula.
“Pakcik ada darah tinggi?” soal Luqman. Dato Kamal tersenyum sambil mengangguk.
“Balik nanti makan ubat ya?. Saya yang tak ada darah tinggi ni pun nak pergi klinik. Takut keracunan” senyum Luqman. Amy cuba merasanya pula.
“Masinnya... masam sangat! Pastanya keras!” kata Amy. Dia meneguk air kepunyaan Dato kamal. Luqman dan Dato Kamal ketawa besar. Amy memeukul lengan Luqman dengan mesra. Dato Kamal senyum. Dia seperti dapat agak sesuatu di antara mereka berdua. Jika Luqman pilihan Amy... ya!. Dato Kamal amat bersetuju sekali.

Dato Kamal mahu berlalu. Dia memandang Luqman sambil tersenyum.Bahu Luqman ditepuk berkali – kali. Luqman agak  tidak mengerti maksud senyuman itu. Dato Kamal merapatkan bibirnya ke telinga Luqman.
“Jika ada cinta di antara kamu berdua,  teruskan!. Tiada penghalang dan masalah dari pihak pakcik.” Senyum Dato kamal lagi. Luqman tunduk. Dia mengerling Amy yang memandang mereka berdua.
“Papa mengumpat Amy ya?” soal Amy.
“Eh... taklah! Papa kata pandai Amy masak. Malam ni papa mesti tak boleh tidur sebab kena masuk tandas berkali – kali” usik Dato Kamal.
“Papa ni...” rajuk Amy. Dato Kamal terus pergi. Hatinya senang melihat Amy gembira begitu. Dia amat yakin luqman adalah calon sesuai buat Amy. Dia sukakan Luqman walaupun baru pertama kali bersua muka. Fikri juga banyak bercerita mengenai Luqman. Dato Kamal sememangnya tidak menyenangi Hady sejak dulu lagi. Kalau tidak kerana Amy yang tergila – gilakan Hady, untuk menjadikan Hady sebagainya menantunya..... tidak sama sekali. Hatinya kini lebih tenang.

Petang makin lewat. Empat orang wanita yang ranggi dan bergaya masuk ke dalam kafe. Nampak gayanya mereka seperti datin – datin dan orang kenamaan. Amy mempelawa mereka masuk dengan senyuman mesra.
“Silakan masuk...”
“Datin Merry” jawab salah seorang dari mereka. Jiji mengambil pesanan. Amy memerhatikan lagak mereka tidak ubah seperti orang muda. Seingatnya, mamanya adalah seorang yang merendah diri. Tidak pernah mamanya berpakaian sebegitu walaupun dia isteri kepada seorang jutawan dan memegang status sebagai seorang datin. Lela menghampiri Amy.
“Cik Amy, mereka kata makanan tu sedap. Mereka nak jumpa chef kafe ni... maksudnya Luqman!” adu lela.
“Saya tahulah, orangnya Luqman” jawab Amy. Dia menggaru – garu kepalanya. Bukankah bagus kalau pekrja baru tu akan mulakan kerja secepat mungkin!.ini tidak, esok baru nak mula kerja....bebel Amy. Dia tidak mahu Luqman berjumpa dengan datin – datin itu. Amy menghampiri mereka berempat.
“Maafkan saya, Datin. Chef kami agak sibuk” kata Amy.
“You tipu. Tengok sana!” kata datin yang memakai subang sebesar gelang tangan di telinganya. Amy menoleh. Kelihatan Luqman sedang berbincang sesuatu dengan Jiji. Mahu atau tidak, Amy terpaksa memanggil Luqman.
“Ya datin, boleh saya bantu?” soal Luqman. Datin – datin itu tersenyum dan berpandangan sesama sendiri.
“Wow... tak sangka chef di kafe ni sangat kacak” ujar salah seorang daripada mereka yang lebih muda. Luqman mengerling Amy yang sudah masam mukanya.
“Terima kasih datin. Saya biasa saja. Tak kacak pun. Cuma manis sahaja” senyum Luqman.
“You nampak tak lesung pipit dia... i geram betullah”  ujar pula Datin yang berpunggung besar itu. Telinga Amy seperti mahu berasap mendengarnya.
“Nama you apa ya?” soal mereka lagi.
“Luqman, datin” Luqman masih tersenyum. Sengaja mahu melihat reaksi Amy.
“Hmmm... kalau begitu i panggil you Luq”
“Apa – apa pun tak apa datin” jawab Luqman yang manis menghadiahkan senyuman manis buat mereka.
“Maafkan saya ya datin, Luqman ada kerja di belakang” kata Amy dan terus menarik tangan Luqman ke dapur. Sampai sahaj di dapur, Amy terus mencubit pinggang Luqman.
“Apa ni?” soal Luqman. Menggosok – gosok pinggangnya.
“Gatal ya?” soal Amy geram.
“Mana ada?” jawab Luqman.
“Nak jadi anak ikan ke?” muka Amy merah. Luqman ketawa.
“Kenapa ketawa?”
“Kenapa marah sangat ni?” soal Luqman.
“Saya tak suka! Tak suka ! tak suka!!!!” marah Amy. Luqman ketawa lagi.
“Kenapa tak suka?” soal luqman. Sengaja mahu membuatkan Amy terlepas cakap.
“Saya tak suka sebab saya rasa macam cemburu tau. Nampak tak mereka pegang dada awak, tangan awak, pipi awak dan senyum gatal dengan awak!. Suka sangat awak ya?” marah Amy lagi. Mukanya merah padam. Dadanya berombak.
“Ya! Saya suka sangat. Tapi kenapa nak marah saya?. Awak bukan sayang saya pun” Luqman masih memancing emosi Amy.
“Saya sayang! Saya cinta! Saya kasih ! saya tak sukalah awak buat macam ni..” kata Amy dengan marah dan terus keluar dari dapur. Dia mencapai kunci kereta. Masuk ke dalam kereta dan terus memecut . geram benar dengan Luqman yang melayan datin – datin gatal itu. Luqman senyum dan senyum. Jiji menghampiri Luqman.
“Cemburulah tu!” sengih Jiji.
“Pandai saja!” balas Luqman.
“Ya... aku kalau cemburu pun begitu” jawab Jiji. Luqman hanya membiarkan Amy bermain dengan rasa cemburunya sendiri. Dia agak gembira mendengar luahan cinta dari bibir Amy sendiri. Dia tahu Amy memang tidak matang dan selalu buat ikut kepalanya sendiri. Walau apapun... hatinya kini sedang menyulam rasa cinta walaupun belum diluahkannya lagi.

5 comments:

  1. Best.
    Tak sabar nak tunggu entri seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik pea.....
      saya akan buat secepat mungkin :)
      rasa cam nak menjerit gaya ellycat plak (terima kasey!!!!!!)
      comey gambo baby girl tu....
      MA KACEH ....

      Delete
  2. bru abis marathon cite TKB..
    best..suka jln cite die..
    suka pd wtk emy y happy go lucky tu, y main ikut kepla sendiri je..comel je..n suke jugak kt luqman y suke usik emy tu..hehe..
    babe tak leh follow ke..sush la na cek entry nnt..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adahlah....
      terima kasih banyak2 yek.. (tengah tersengih2 nih ;))
      boleh.. follow jer..
      apapun, jutaan terima kasih banyak2 ye..
      komen awak membuatkan pagi hari saya rasa bahagia...
      ma kaceh sesangat!!!

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete