BAB 5
Amy datang
awal ke kafenya. Dia menyiapkan semua barang – barang yang di minta oleh
Luqman. Keju mozzarella yang sudah hampir habis sudah di beli oleh Amy. Luqman datang
awal. Lela dan Jiji yang tinggal serumah masih belum datang bekerja. Luqman
menghadiahkan sekuntum senyuman buat Amy.
Hati Amy melonjak gembira. Dia menghampiri Luqman yang seperti
kebiasaannya akan menyusun periuk dan segala kelengkapan memasak.
“Awak datang awal hari ini” sapa Amy.
“Awak terus pergi semalam. Duit ada di dalam beg
saya. Sebentar nanti saya beri. Lain kali jangan buat begitu. Awak majikan.
Kena beri tanggapan yang baik kepada pekerja. Saya tak tahu apa masalah awak
tapi saya rasa kejadian semalam tak patut berulang” terang Luqman. Amy terdiam.
Ada benar kata – kata Luqman itu. Dia terus menyusun kerusi di hadapan kafe.
Selepas Jiji dan Lela datang, Amy banyak
menghabiskan masanya dengan menyusun bunga – bunga segar untuk diletak di atas meja.
Jam sudah pukul 2 petang. Beberapa orang pelanggan sudah datang. Lela dan Jiji
yang cekap membuat kerja menyenangkan hati Amy. Esok pekerja baru akan
memulakan tugasnya di dapur sebagai pembantu Luqman. Amy meletak wang kecil di dalam mesin wang.
“Amy..” tegur satu suara. Amy mendongak. Hati Amy
berdebar – debar. Wajah lelaki yang sudah lebih setahun tidak dilihatnya itu
muncul di hadapan matanya.
“Hady..” bibir Amy terketar – ketar menyebut nama
mantan suaminya itu.
“Awak buka kafe ni?” soal Hady. Amy mengangguk. Dia
memerhati sekeliling. Mencari kelibat Nafisah.
“Awak cari Nafisah?” soal Hady. Seperti tahu apa
yang bermain di minda Amy.
“Tak.... silalah duduk” pelawa Amy. Hady duduk
berhampiran dengan Amy.
“Lela... ambil pesanan” arah Amy. Dia terus mengatur
langkah masuk ke dapur. Menuang air kosong dan meneguknya sedikit demi sedikit.
Luqman mengerutkan dahinya. Luqman perasan akan tangan Amy yang menggigil itu.
Luqman menghampiri Amy.
“Cik Amy tak apa – apa?” soal Luqman. Air mata Amy
mengalir. Luqman agak terperanjat.
“Kenapa ni Cik Amy?’ soal Luqman lagi. Tiada respon
dari Amy. Luqman menggerakkan sedikit bahu Amy. Gelas yang dipegangnya hampir
terlepas dari tangan. Mujur Luqman sempat menyambutnya.
“Ya Allah... kenapa ni Cik Amy?. Sakit ke?” soal
Luqman bertalu – talu.
“Cik Amy.. lelaki tadi nak berjumpa dengan Cik Amy”
kata Lela yang mendapatkan Amy di dapur.
“Saya tak nak... tak mahu jumpa dia lagi.” Mata Amy
memandang Luqman dengan penuh harapan.
“Siapa Cik Amy?” soal Luqman. Dia memegang tangan
Amy yang masih menggigil. Luqman membuka apronnya dan mengikut Lela bertemu
dengan Hady.
“Maafkan saya ya Encik, Cik Amy tak berapa sihat.
Lain kali saja encik jumpa dengan dia ya?” tutur Luqman dengan lembut.
“Dia masih belum maafkan saya” kata Hady dan terus
berlalu meninggalkan Luqman dan Lela yang berpandangan sesama sendiri. Amy
sudah duduk terjelepok di lantai. Air matanya berjuraian. Segala mengenai Hady
mula bermain – main di mindanya satu persatu. Luqman dan Jiji mendapatkan Amy.
“Bangun Cik Amy. Rehat di dalam bilik solat dahulu.
Mungkin Cik Amy tak sihat ni” ujar Jiji. Memimpin Amy masuk ke dalam untuk
berehat. Luqman rasa agak tidak sedap hati. Mungkin lelaki tadi membawa
kenangan pahit dalam hidup dia.... fikir Luqman. Dia terus menyediakan
sphagetti carbonara yang di minta oleh pelanggan mereka.
Fikri tiba bersama Qaseh di kafe milik Amy.
Melihatkan Amy tiada di mesin wang, Fikri terus masuk ke dapur mendapatkan
Luqman yang sedang sibuk memasak.
“Encik Fikri..” terkejut Luqman melihat Fikri di
belakangnya.
“Mana Amy?” soal Fikri. Luqman membawa Fikri ke
bilik solat. Fikri membuka pintu bilik itu dan terkejut melihat wajah Amy yang
sembap. Air matanya masih mengalir.
“Kenapa dik?” soal Fikri. Qaseh memeluk Amy.
“Abang... dia datang sini tadi” adu Amy. Fikri dapat
mengagak siapa yang dimaksudkan oleh Amy tadi.
“Memang nak kena betul budak tu!” Fikri menggenggam
penumbuk. Luqman keliru.
“Sayang... sudah lah. Biar Qaseh bawa Amy pulang”
cadang Qaseh. Amy sedikit terkejut mendengar Qaseh memanggil Fikri dengan
panggilan ‘sayang’.
“Sayang?” soal Amy. Fikri menggaru – garu kepalanya.
“Sudah!. Pergi balik dengan Qaseh” arah Fikri. Amy
hanya menuruti arahan Fikri tanpa bantahan. Memandangkan tiada pelanggan yang
tinggal, Fikri mengajak Luqman berbual di hadapan.
“Rasanya saya tak perlu ceritakannya pada awak
tetapi hati saya tetap memaksa saya untuk berbincang mengenai perkara ini”
Fikri memulakan bicara. Dia menceritakan segalanya kepada Luqman. Niatnya agar
Luqman dapat mempertahan dan melindungi Amy dari hady yang telah menghancurkan
hidup Amy. Luqman kelihatan tenang apabila mendengar cerita mengenai Amy dari
mulut abangnya sendiri.
“Jadi Cik Amy ni masih dara?” soal Luqman. Dia
meneguk cappuccino dengan tenang. Luqman mengangguk.
“Saya akan melindungi dia. Jangan Encik Fikri risau”
kata Luqman.
“Saya lega awak mahu mengambil tanggungjawab untuk
menjaga Amy. Dia masih belum dapat hilangkan rasa pedihnya sendiri. Saya tak
dapat memantaunya setiap masa. Saya juga perlu uruskan syarikat keluarga kami.
Terima kasih Luqman” Fikri menepuk bahu Luqman berkali – kali. Luqman termenung
panjang setelah Fikri pergi. Rasa simpatinya mula hadir. Lela duduk di
sebelahnya.
“Luqman... kasihan Cik Amy kan?. Perempuan cantik
begitu pun kena tinggal” kata Lela. Luqman merenung Lela.
“Kau curi dengar ya?” soal Luqman. Lela menekup mulutnya.
“Bukan aku seorang. Jiji pun sama” kata Lela.
“Dah tahu kasihan, jangan ungkit perkara ni depan
dia. Kita sama – sama jaga boss kita tu” kata Luqman. Dia bangun dari
kerusinya. Mahu ke dapur.
“Kau memang kena jaga. Aku tengok kau berdua macam
ada sesuatu” kata Lela. Dia menggaru – garu dagunya beberapa kali.
“Tak payah nak buat gossip dekat sini” kata Luqman
dan terus meninggalkan Lela yang terus berfikir.
Setelah
hatinya tenang, Amy ke padang untuk bertemu dengan Pak Leman. Dari jauh lagi
Pak Leman sudah menghadiahkan sekuntum senyuman buatnya.
“Anak Pak Leman ni macam mana sekarang?” soal Pak
Leman. Amy tersenyum hambar.
“Jangan di kenang benda yang dah lepas. Amy anak yang
baik. Allah akan menganugerahkan seorang suami yang lebih baik buat Amy. Lagi
satu.... terima kasih beri duit pada Pak Leman hari tu. Mak Gayah beritahu Amy
datang. Pak Leman ke surau” ucap Pak Leman.
“Sama – sama. Itu saja yang Amy mampu bantu Pak Leman”
senyum Amy.
“Rm500 itu lebih dari cukup. Kan Pak Leman dah kata,
tak perlu susah – susah” kata Pak Leman.
“Tak apalah... duit itu untuk bayar yuran sekolah
Razak. Gaji Pak Leman sebagai tukang kebun sekolah tu, Pak Leman simpan untuk
makan. Mulai hari ini, perbelanjaan sekolah Razak biar Amy yang tanggung” Amy
memandang wajah tua Pak Leman.
“Pak Leman bertuah kerana jumpa anak sebaik Amy.
Jangan susah, anak buah Pak Leman juga selalu membantu Pak Leman” terang Pak
Leman. Hari ini dia tidak menjual layang – layang. Amy tidak mengizinkannya.
Dia mahu Pak Leman berehat secukupnya. Penyakit asma Pak Leman kerap menyerang
sejak kebelakangan ini. Amy duduk bersama – sama di padang sambil leka
memerhatikan gelagat kanak – kanak yang riang bermain di padang. Setelah hampir
setengah jam berbual, Amy meminta diri untuk pergi. Dia harus ke kafenya.
Amy masuk ke dalam kafe. Dia memandang Luqman yang
sedang sibuk memasak. Agak ramai pelanggan yang datang pada hari ini. Kasihan
pula dia melihat Jiji dan Lela yang sedang sibuk menghidangkan makanan.
“Maafkan saya” kata Amy.
“Nak buat macam mana, majikan saya selalu lari.
Kalau tak lari pun, datang lambat” sindir Luqman. Muka Amy masam kelat.Luqman
memusingkan badannya menghadap Amy.
“Cik Amy.....ketabahan itu penting. Kadangkala kita
perlu jadi kuat walaupun kita tidak sekuat mana. Percayalah.... saya akan
sentiasa di samping Cik Amy. Jiji dan Lela juga begitu. Kita harungi bersama –
sama” tutur kata Luqman itu membuatkan air mata Amy mula bergenang.
“Cepat pejam mata tu. Jangan bagi air mata ini
mengalir lagi” arah Luqman. Amy memejam matanya. Air mata yang jatuh sedikit
itu di kesat oleh Luqman dengan jari – jemarinya. Amy membuka matanya perlahan
–lahan. Memandang senyuman di wajah Luqman membuatkan hatinya tenang. Jiji dan
Lela yang mengintai mereka berdua tersengih – sengih.
“So sweeettt” kata Lela.
“Sweet kepala otak kau. Kau tak bau masakan Luqman
dah nak hangus?” kata Jiji. Lela masih tersengih – sengih memandang Luqman dan
Amy yang masih bertentangan mata.
“Api... api!!!!!!!!!!!!” Jiji menjerit ke telinga
Luqman . Kelam kabut Luqman dan Amy menutup api di dapur. Wajah Luqman dan Amy
merah padam.
“Cik Amy dan Luqman ni kan.... nak berasmara ke
asrama ke... lepas masak boleh tak. Nasib baik sos ni yang hangus... kalau buat
lagi, dengan pelanggan – pelanggan hangus terbakar” bebel Jiji. Amy terus
keluar. Malu!.
Amy mahu menutup kafenya lebih awal. Mereka sudah
menutup kafe mereka pada jam 8 malam. Luqman, Lela dan Jiji tertanya – tanya
sendiri. Amy tidak mahu menjawab.
“Nanti semua naik kereta saya ya?. Jiji dan Lela
nanti saya hantarkan awak pulang ke rumah” senyum Amy. Jiji dan Lela ketawa
besar.
“Tak payah naik bas lagi!”jerit mereka berdua.
Luqman menutup telinganya. Bingit dengan jeritan dua anak dara yang selalu saja
membuat kecoh.
“Kita naik kereta mahal lah....” bisik Lela. Kereta
BMW 325i milik Amy disentuh dengan begitu teruja.
“Ada lesen?” soal Amy.
“Ada. Kenapa ?. Cik Amy bagi saya bawa ke?” soal
Lela.
“Boleh. Tapi tunjuk lesen dulu” Amy menadahkan
tangannya.
“Lesen basikal dia ada lah” cebik Jiji. Luqman dan
mereka yang lain ketawa besar. Amy menghampiri Luqman.
“Awak bawa ya?. Agak janggal lelaki duduk di
belakang” senyum Amy. Luqman mengambil kunci kereta dari tangan Amy.
“Nak ke mana ni?’ soal Lela.
“Kita pergi funfair lepas tu kita makan!” jerit Amy.
Lela dan Jiji menjerit gembira.
“Pergi funfair?” soal Luqman. Amy mengangguk.
“Tak nak lah. Macam budak – budak. Saya malaslah nak
ikut” Luqman membuka tali pinggang keledarnya. Amy cepat – cepat menahan Luqman
dari pergi.
“Please.....” Amy mengelipkan matanya berkali – kali
dengan muka yang di buat – buat comel. Luqman menoleh ke belakang. Jiji dan
Lela juga buat benda yang sama. Luqman ketawa kecil. Dia menggaru – garu kepala.
“Pening betul bila berada di tengah perempuan –
perempuan yang perasan budak lagi ni” kata Luqman.
“Boleh lah... boleh lah...” rayu Amy. Dia sengaja
memuncungkan bibirnya. Luqman ketawa.
“Ok .. tapi janji dengan saya jangan menjerit –
jerit. Sakit telinga saya ni” Luqman memberi syarat.
“Kami janji!” jawab mereka bertiga serentak. Luqman
memandu dengan berhati – hati. Sampai sahaja di tempat letak kereta, mereka
bertiga sudah teruja.
“Tak tahan ni Cik Amy” kata Lela.
“Saya pun!” jawab Amy. Akhirnya mereka bertiga
menjerit gembira di dalam kereta. Luqman menekup kedua belah tellinganya.
“Tadi dah janji!” kata Luqman. Mereka bertiga keluar
dari kereta.
“Saya nak naik kapal yang tunggang terbalik tu Cik
Amy” kata Lela. Dia mendongak ke atas. Jeritan demi jeritan yang di dengari
Luqman.
“Kalau tahu takut, buat apa naik?” soal Luqman
kepada Amy.
“Itu namanya cabaran!” jawab Amy.
“Mari kita beli token” ajak Amy. Luqman ketawa.
“Token ya?... pandai bos saya ni” usik Luqman. Muka Amy
merah padam. Lela dan Jiji menarik – narik lengan baju Luqman.
Luqman berhenti melangkah. Amy memandang Luqman yang
menggaru – garu kepalanya.
“Korang bertiga boleh tak jangan tarik saya. Orang pandang
kita tau!. Mesti diaorang ingat saya kahwin 3. Semua isteri saya tarik – tarik baju
berebutkan saya” kata Luqman.
“Perasan!!!!” jerit Amy dan Lela. Jiji menampar
lengan Luqman.
“Perasan betul kau ni!” cebik Lela. Luqman ketawa. Setelah
menghabiskan banyak wang dengan membeli token, mereka bagai tidak tentu arah.
“Ala... kita main kereta langgar nak?” ajak Amy.
“Jiji dan Lela satu kereta. Saya dengan Luqman satu
kereta” cadang Amy. Lela dan Jiji merenung Amy.
“Apa?” soal Amy.Luqman sudah malu – malu. Dia faham
makna renungan Lela dan Jiji.
“Oooo... jangan beritahu saya yang Cik Amy saja nak
naik kereta berdua – duaan dengan Luqman!” kata Lela. Jari telunjuknya di
goyang – goyangkan.
“Eh... bukanlah!... saya . Errr.. saya bukan” Amy
tergagap – gagap.
“Sudahlah. Mari. Nanti bisu terus Cik Amy ni” kata
Luqman. Lela dan Jiji ketawa. Luqman
ketawa melihat Amy yang sangat gembira melanggar kereta Jiji dan Lela hingga
berpusing.
“Apa ni Cik Amy!!!” jerit mereka berdua. Amy
menjelirkan lidahnya.
Kau memang seperti budak – budak..... bisik Luqman. Dia
suka melihat wajah Amy menjadi merah apabila banyak ketawa. Lela dan Jiji
melanggar Amy dan Luqman dengan kuat sehingga tangan Amy memegang bahu Luqman
kerana terkejut.
“Maaf!” ujar Amy. Luqman hanya mengangguk.
Setelah puas bermain kereta langgar, mereka bertiga
mahu naik kereta sotong yang berpusing laju. Luqman sudah pening kepala. Amy memaksa
Luqman untuk menyertai mereka bertiga.
“Pergi saja. Saya tunggu di sini” kata Luqman.
“Saya nak naik dengan awak” pujuk Amy.
“Kenapa pula?”
“Saya takut”
“Kan saya dah kata tadi, kalau takut buat apa naik?”
“Kalau dengan awak saya tak takut!” jawab Amy.
“Kenapa pula?”
“Awak akan jaga saya dengan baik”. Luqman terdiam. Dia
mengambil masa agak lama. Kata – kata Amy tadi membuatkan hatinya menjadi
lembut. Dia menemani Amy naik kereta sotong itu bersama – sama Lela dan Jiji.
Jiji dan lela menjerit – jerit ketakutan. Luqman sudah pening kepala mendengar
jeritan demi jeritan. Mereka berempat turun dari kereta sotong itu. Amy sudah
pening kepala. Dia memicit-micit kepalanya.
“Kenapa Cik Amy?” soal Luqman. Amy hanya
menggelengkan kepalanya.
“Pening!” jawabnya.
“Saya dah kata kan” balas Luqman. Amy senyum.
“Terima kasih beb!. Saya gembira hari ini” Amy
memandang Luqman. Jiji dan Lela sudah pergi jauh. Mereka mahu menangkap itik
getah di hujung sana. Amy dan Luqman duduk di atas batu besar yang ada di situ.
“Beb?...” soal Luqman.
“Oh... bagi orang lain, beb tu macam kawan tapi bagi
saya, beb itu baby... orang yang saya sayang” senyum Amy. Dia kemudiannya
tersedar yang dia terlepas cakap.
“Sayang?” soal Luqman. Amy memandang Luqman yang
agak keliru.
“Eh.. bukan sayang... tapi kacang!. Saya nak makan
kacang tapi tak ada. Nanti saya pergi cari!” Amy bangun. Tangannya di tarik
dengan lembut oleh Luqman.
“Duduk sini dulu” kata Luqman. Jantung Amy sudah
tidak keruan. Dia terlepas cakap. Sepatutnya dia tidak ungkapkan ayat itu
kepada Luqman. Dia mengetuk – ngetuk dahinya dengan tangan.
“Jangan ketuk kepala.... nanti selalu terlepas
cakap!” usik Luqman.
“Jangan risau... saya akan anggap saya tak dengar
semua itu. Jangan jadi kekok dengan pekerja sendiri” senyum Luqman. Amy menoleh
ke arah yang bertentangan. Dia mencubit bibirnya sendiri. Luqman dan Amy banyak
membisu. Menunggu Lela dan Jiji yang masih belum puas menghabiskan token yang
masih banyak.
“Kita duduk dalam kereta?. Panas sangat” ajak Amy.
Luqman hanya menuruti. Di dalam kereta mereka masih banyak membisu.
“Saya suka tengok Cik Amy gembira” kata Luqman.
“Awak tak suka tengok saya sedih?” soal Amy pula.
“Awak lebih manis kalau tersenyum begini. Walaupun
bising tapi saya gembira”. Luqman menoleh seketika. Memandang Amy yang
tersenyum manis.
“Saya nak rasa nasi lemak awak. Hari tu tak bagi
saya pun” Amy menukar topik perbualan. Luqman ketawa.
“Saya bawakan untuk Cik Amy tapi Lela habiskan”
jawabnya. Lesung pipit di bawah bibirnya itu membuatkan Amy suka
memerhatikannya.
“Nak...” kata Amy.
“Nak apa?”
“Nak rasa nasi lemak tu”. Luqman ketawa lagi.
‘Baiklah Cik Amy” jawab Luqman.
“Bukan Cik Amy, tapi Amy sahaja” kata Amy. Luqman memandang
ke luar tingkap.
“Biarkan saja begitu. Perlu ada beza antara pekerja
dengan majikan” jawab Luqman.
“Awak bukan pekerja tapi pembantu”
“Awak bayar gaji saya, jadi awak majikan saya”
“Bukan saya” pintas Amy. Luqman mengerut kening.
“Papa yang bayar” sengih Amy. Luqman ketawa. Setelah puas bermain dan menghabiskan token,
Jiji dan Lela masuk ke dalam kereta dengan muka yang monyok.
“Kenapa macam tikus mondok je bibir tu?” soal
Luqman.
“Kau tahu tak, aku habiskan semua token tu nak
dapatkan teddy bear besar tu, tapi hampeh!” adu Lela.
“Mana nak kena, baling macam sotong gak!” kutuk
Jiji. Lela menjeling.
“Sudah!.. mari kita makan ya?” ajak Amy. Luqman
membawa mereka makan ke restoran makanan segera atas permintaan Lela dan Jiji
yang sudah lama tidak makan ayam goreng.
Kerana terlalu penat, Lela dan Jiji mahu pulang.
Luqman menghantar mereka berdua hingga ke rumah sewa mereka berdua. Setelah
Jiji dan Lela menaiki lif rumah flat mereka, Luqman dan Amy bergerak menuju ke kafe.
“Kita ke kafe ya?. Saya nak ambil kereta saya” kata
Luqman. Amy mengangguk. Sepanjang perjalanan mereka berdua banyak membisu. Hanya
melayan jiwa dengan mendengar lagu – lagu romantik yang di putarkan.
“Cik Amy suka lagu romantik begini?” soal Luqman. Amy
ketawa.
“Kenapa?” soal Amy. Luqman hanya tersenyum.
“Kita dah sampai. Terima kasih ya, Cik Amy” ucap
Luqman. Amy mengangguk dan turut sama keluar dari keretanya.
Luqman berlalu pergi tetapi Amy memanggilnya semula.
“Kenapa Cik Amy?” soal Luqman.
“Terima kasih..... Luqman” senyum Amy.
“Luqman?.... bukan terima kasih beb?” soal Luqman. Amy
termalu dan terus masuk ke dalam keretanya. Dia cepat – cepat menghidupkan
enjin kereta dan berlalu. Luqman ketawa. Dia masih teringat akan senyuman Amy
buatnya. Begitu manis hinggakan dia sukar untuk memaling dari memandangnya.
termalu sendiri baca cerita ni.. haha.
ReplyDeleteuittt... dah sampai TKB dah..
Deleteni yang buat sayang melimpah ruah ni hehehhe
selamat datang ke ruangan TKB pula ya
:) :)
tq dik