BAB 12
Pak Leman mahu berbuat sesuatu demi kasihnya pada
Amy dan Luqman. Dia telah merancang satu pernikahan setelah mendapat
persetujuan dari Luqman dan Amy. Nampaknya mereka tiada pilihan lagi. Fikri dan
Qaseh turut memainkan peranan. Dia tahu kesengsaraan Amy. melihatkan mata Amy
yang semakin hari semakin lebam membuatkan dia harus bertindak sesuatu.
Amy dan Luqman tersenyum gembira. Kali ini mereka
nekad. Selepas ini mereka akan meminta restu dari Puan Kalsom dan Dato Kamal.
Sebenarnya Dato Kamal memang menyayangi Luqman tetapi dia tidak mahu Puan
Kalsom menyakiti hati Amy. dia tidak mahu Amy diseksa oleh Puan Kalsom.
Memakai baju melayu putih mutiara dan baju kurung
moden dalam warna yang sama membuatkan mereka nampak cantik dan kacak sekali.
Qaseh mencium pipi Amy.
“Akhirnya, kau temu juga bahagia kau” kata Qaseh.
Jiji , Lela dan Eric mengalirkan air mata. Percintaan mereka berdua banyak
dugaannya. Luqman menggenggam tangan Tok Kadi untuk akad nikah. Dengan jelas
dan penuh rasa cinta Luqman melafazkannya dengan begitu indah sekali. Air mata
Amy menitis lagi. Kali ini sememangnya penuh dengan rasa syukur. Fikri dan Luqman berpelukan.
“jaga adik aku sebaik boleh. Lebih dari nyawa kau,
Luqman!. Aku dah menderhaka dengan ayah aku semata – mata mahu melihat kamu
berdua bahagia. Jangan lepaskannya walaupun tangan kau hampir putus” air mata
Fikri juga bergenang. Mereka semua turun untuk makan bersama tetapi dalam
perjalanan, kereta mereka di sekat. Amy memeluk lengan Luqman. Eric yang sedang
memandu menggelabah sebentar. Fikri keluar dari kereta. Kelihatan Dato Kamal dan
Puan Kalsom keluar dari kereta masing – masing.
Mahu atau tidak Luqman terpaksa keluar. Puan Kalsom
memegang pisau di tangan.
“Maman malukan ibu!!!!!!!!!!! Apa yang ibu nak cakap
pada keluarga Ayu!” jerit Puan Kalsom. Luqman mendapatkan Puan Kalsom yang
sudah pun menoreh lengannya.
“Makcik ni propa... nak toreh nadi lah, bukannya lengan!”bisik
Jiji. Lela mengangguk setuju.
Amy juga mendapatkan Puan kalsom tetapi disentap
tangannya oleh Dato Kamal. Tubuh Amy yang kecil itu di tolak masuk ke dalam
kereta. Fikri memegang tangan ayahnya.
“Bekas suami dia lebih menghormati papa daripada
kamu. Kalau Hady tak beritahu papa, semua ini takkan berlaku. Kamu takkan dapat
melihat adik kamu di sini lagi!” tegas kata – kata Dato Kamal. Fikri menggenggam penumbuk. Kali
ini dia akan menumbuk muka Hady hingga tidak mampu untuk dia bernafas walaupun
seketika. Luqman cuba mengejar kereta Dato Luqman tetapi tidak mampu. Luqman
mengangkat tubuh Puan Kalsom untuk di bawa hospital. Lulu sedih dengan nasib
Luqman. Hari bahagianya bertukar menjadi tragedi
Lulu memangku Puan Kalsom.
“Kenapa ibu sanggup buat Abang Maman begini?” soal
Lulu. Apabila terpandangkan wajah abangnya yang baru saja mengecapi bahagia
itu, air matanya berderai.
Puan Kalsom hanya di rawat sebagai pesakit luar.
Sikap pura – puranya berjaya memusnahkan impian Amy dan Luqman.
Amy terus di hantar ke lapangan terbang. Rupa –
rupanya hari ini adalah hari sepatutnya Amy di hantar ke Sarawak untuk tinggal
bersama teman baiknya, Encik Johan. Dato kamal sebenarnya mahu menghantar Amy
ke lura Negara tetapi di tegah oleh Fikri. Bimbang terjadi apa – apa pada Amy
yang sememanya manja dan tidak berapa
pandai berdikari.
“Jangan sesekali beritahu Luqman di mana Amy berada”
Dato kamal memberi amaran. Fikri hanya membisu. Menoleh ke belakang melihat
adiknya yang terbaring dengan tangisan yang tidak berhenti.
Puan Kalsom terbaring di katilnya. Luqman cuba
menghubungi telefon bimbit Amy berkali – kali. Hanya operator yang setia
menjawab panggilan Luqman itu. Luqman terduduk dan membaling kain sampinnya ke
sofa. Kali ini dia benar – benar kecewa.
Isterinya yang sah itu telah dilarikan oleh bapa
mertuanya sendiri.
Dua bulan kemudian.....
Dato Kamal meletak semula ganggang telefon. Dia
termenung jauh. Mengelamun. Panggilan dari Encik Johan itu tadi meruntun
jiwanya. Menurut Encik Johan, Amy tidak mahu makan. Asyik terkurung di dalam
bilik. Orang kaya Johan itu sudah pun buntu.
Bukannya dia tidak rasa menyesal kerana memisahkan
Amy dan Luqman tetapi Puan Kalsom itu memang membuatkan hatinya membengkak. Dia
tidak mahu Amy menderita mempunyai mertua seperti Puan Kalsom yang terlalu
mementingkan diri sendiri. Fikiran Dato Kamal melayang. Fikri juga sedih
mengenangkan nasib Amy.
Puan Kalsom memandang Luqman yang asyik duduk
mengelamun. Jambang di wajahnya tidak di buang. Dia seolah – olah agak kecewa dengan
takdir hidupnya. Luqman masih mampu meneruskan hidup dengan kenangan indah
mereka berdua.
Lulu menghampiri Luqman. Dia memegang bahu Luqman
dan memandangnya dengan pandangan yang sayu.
“Abang makan ya?” pujuk Lulu. Luqman menggeleng. Dia
hanya ke kafe milik Amy dan kini sudah menjadi milik Fikri. Pulang daripada
kerja, dia akan duduk sahaja di rumah. Tiada senyuman lagi di wajahnya. Lulu
mengeluh panjang. Menghampiri Puan Kalsom yang juga termenung.
“Puas hati ibu bukan? . menghancurkan hidup anak
sendiri. Tengok Abang Maman... macam patung hidup. Pergi kerja, balik
termenung. Itu sahaja yang dia buat setiap hari. Bila hujung bulan, ibu ambil
duit Abang Maman” perli Lulu. Puan Kalsom membisu. Dia terus bangun
meninggalkan Lulu yang masih membebel.
Telefonnya bordering. Luqman menjawabnya dengan nada
yang lemah. Fikri yang mahu berjumpa meminta Luqman agar datang ke sebuah
restoran yang terletak berhampiran dengan rumahnya. Dengan segera, Luqman
mencapai kunci kereta. Pergi berjumpa dengan Fikri dengan harapan Fikri akan
memberitahu di mana Amy berada.
“Mana Amy?” soal Luqman. Fikri terkejut.
“Kalau ya pun, bagi salam pada abang ipar kau ni”
usik Fikri. Luqman senyum tawar. Dia terus duduk di hadapan Fikri.
“Ya Allah.... mana Luqman yang aku kenal ni?. Kau ni
macam dah patah semangat!” Fikri menggeleng kepala. Luqma termenung. Tidak
menghiraukan tanggapan Fikri terhadapnya. Biarlah, Fikri tidak tahu apa yang
aku rasakan. Dia boleh bahagia dan bercinta dengan tenang bersama Qaseh. Tiada
halangan mahupun rintangan.... bisik hati kecil Luqman.
“Aku mahu tolong kau, tapi kau perlu berkorban
sedikit” Fikri mulai serius. Luqman memandang Fikri. Agak berminat.
“Kau boleh melihat Amy tetapi dia tidak perlu tahu
kau ada di situ memerhatikannya. Aku akan berpakat dengan anak Uncle Johan. Aku
kasihankan kau... tapi aku perlu jaga hati papaku juga” terang Fikri.
Luqman mula bersemangat. Dia mula mengukir senyum
setelah sekian lama senyumannya itu hilang begitu sahaja.
“Aku tak kisah. Janji aku berada di samping dia
walaupun hanya melihat dia dari jauh. Fikri, aku berjanji, dia tidak akan tahu
perkara ini. Aku perlu beri nafkah pada dia. Walaupun pada zahirnya sahaja”
kata Luqman.
Fikri sedikit terharu mendengarnya. Ternyata Luqman
memang seorang suami yang bertanggungjawab. Dengan panjang lebar Fikri
menceritakan segalanya pada Luqman. Dia menghulurkan sehelai kertas. Tertera
alamat tempat tinggal Amy bersama Encik Johan. Luqman terus memeluk Fikri.
Dengan segera dia terus pulang untuk mengemas bajunya. Dia perlu pergi kepada
isteri yang dicintainya...
“Abang nak ke mana?” soal Lulu apabila melihat
Luqman sibuk mengemas pakaian. Luqman bangun dan menutup pintu biliknya. Tidak
mahu ibunya tahu.
“Abang tahu di mana Kak Amy. Lulu tolong jagakan
ibu. Setiap bulan abang akan masukkan wang ke dalam akaun ibu. Katakana pada
ibu, abang kerja di Singapura” rancang Luqman. Lulu bersetuju.
“Abang tak mahu tunggu ibu pulang dari membeli
belah?” soal Lulu. Luqman menggeleng. Dia tidak mampu menipu ibunya. Dia perlu
pergi segera sebelum semuanya terlambat. Ikri telah menempah tiket kapal
terbang untuknya sejak seminggu yang lalu.
“Jaga diri baik – baik. Doakan abang ya” Luqman
mencium dahi Lulu. Degan rasa sebak Lulu memeluk Luqman.
“Berjuang dengan penuh semangat ya, abang!. Lulu
akan mendoakan kebahagiaan abang” tangan Luqman digenggam dengan kuat. Luqman
terus menaiki teksi untuk ke lapangan terbang. Hatinya melonjak kegembiraan.
Ini langkah pertama kita, sayang.....
*********************
Luqman berjumpa dengan Gibran, anak sulung Encik
Johan di lapangan terbang. Semua keperluan Luqman telah disediakan. Fikri juga
mengarahkan Gibran agar menyewakan sebuah rumah untuk Luqman tidak jauh dari
rumah Encik Johan.
“Sabar ya! Saya akan bantu Luqman dengan ikhlas. Amy
terlalu banyak menderita. Kita sama – sama berusaha” kata Gibran. Bapa kepada seorang
anak itu sememangnya tidak bersetuju dengan tindakan Dato Kamal memisahkan
Luqman dan Amy.
Gibran membawa Luqman melintasi rumag banglo dua
tingkat milik ayahnya. Luqman memerhati sekeliling. Mencari kelibat isterinya.
Tiada di situ.
“Dia tidak keluar langsung, Luqman. Hanya terperap
di bilik. Adik saya, dalina yang banyak menemani dia” kata Gibran. Luqman
mengeluh. Hampir 10 minit, Gibran berhenti di sebuah rumah batu yang sederhana
besar. Dia membantu Luqman mengangkat begnya.
“Ini rumahnya. Kalau berjalan kaki dari rumah papa
saya kira – kira 20 minit” senyum
Gibran. Luqman mengangguk. Hari sudah lewat petang. Gibran terpaksa
pulang. Luqman amat berterima kasih dengan Gibran kerana banyak membantu.
Esok, Gibran akan membawa Luqman pergi menguruskan
pembelian kereta untuk Luqman. Segalanya sudah di atur. Sebenarnya Luqman amat
bertuah kerana mempunyai abang ipar sebaik Fikri.
Luqman mengemas semua barang – barangnya. Hatinya
masih tidak tenang selagi tidak melihat Amy dengan mata kepalanya sendiri. Dia
terus berjalan kaki menuju rumah Encik Johan. Setelah sampai dia menyorok di
sebalik pokok yang rending di luar kawasan rumah Encik Johan. Dia tahu di mana tingkap bilik Amy.
Gibran yang beritahu. Dia menunggu hampir setengah jam. Malam sudah pekat,
mungkin Amy sudah tidur... fikirnya. Kakinya mahu melangkah tetapi matanya
masih memandang tingkap bilik yang tertutup itu. Dia harus pergi dahulu.
Telinganya menangkap satu bunyi. Tingkap Amy terbuka. Luqman menoleh. Debaran
jantungnya berdegup kencang. Memandang Amy yang termenung di luar jendela.
Mahu sahaja dia bersorak dan memanggil Amy. tetapi
semuanya mustahil. Dia masih ingat perjanjian dia dengan Fikri. Air mata Luqman
bergenang melihat tubuh Amy yang semakin susut. Aku yakin kau juga cukup menderita,
sayang..... bisik Luqman. Tanpa dia sedari air mata lelakinya benar – benar
jatuh. Hatinya luluh dan hampa. Amy termenung jauh. Agak samar tetapi Luqman
yakin Amy sedang bersedih. Dia memerhatikan Amy hingga isterinya itu menutup
kembali jendelanya. Luqman berlalu.....
Gibran membawa Dalina berjumpa dengan Luqman. Dalina
tersenyum memandang Luqman yang sudah kembali segak seperti dahulu. Jambang dan
misainya sudah dicukur. Dalina agak sedih mengenangkan kisah duka mereka
berdua.
“Dalina, boleh bantu saya?” soal Luqman. Dalina
mengangkat kening.
“Saya akan masak untuk Amy. saya akan hantar ke
rumah Dalina setiap hari tetapi pastikan Amy tidak melihat saya” pinta Luqman.
“Tak perlu susah – susah Luqman. Kami ada duit untuk
memberinya makan” Dalina mencelah. Luqman tersenyum.
“Saya wajib memberi dia nafkah. Saya wajib
menguruskan makanan dan pakaiannya. Bantu saya!. Katakana awak yang beri pada
setiap pemberian dari saya itu” rayu Luqman bersungguh – sungguh. Dalina agak
kagum dengan sifat tanggungjawab dan keikhlasan yang ada pada diri Luqman.
Dalina bersetuju. Luqman ke dapur. Beberapa ketika dia datang kembali dengan bungkusan
plastic yang besar.
“Ini adalah makanan kegemaran Amy. saya juga buatkan
untuk awak sekeluarga. Ambil dan pujuk dia makan. Dia semakin kurus kan?”
Luqman menghulurkan bungkusan itu. Dalina mengambilnya. Dia meminta diri untuk
pulang. Tidak sabar mahu melihat reaksi Amy. Luqman berdoa supaya Amy mahu
menjamah makanannya.
“Amy... Amy!” dalina mengetuk pintu bilik Amy. agak
lambat Amy membukanya.
“Kenapa Lina?” soal Amy.
“Ini, ada tukang masak baru yang buat promosi
restoren mereka di sini. Cuba rasa pizza ni. Sedap tau!. Lain dari pizza biasa”
kata Dalina. Amy tidak berminat. Dia duduk semula di katilnya.
“Lina letak saja di situ. Kalau Lina mahu, Lina
makanlah” kata Amy. Dalina menggaru – garu kepala. Bingung!. Dalina meletakkan
pinggan itu ke atas meja solek Amy. Dia keluar. Tidak mahu mengganggu Amy yang
masih bersedih.
Amy memandang sayu pizza di hadapannya. Dia menangis
lagi. Teringat akan Luqman yang gemar membuat pizza untuknya. Dia memegang
perutnya yang berkeroncong. Hatinya melonjak – lonjak menyuruhnya merasa pizza
itu. Amy bangun dan mengambil pinggan itu. Dia menghidunya.
“Seperti pizza Luqman” katanya sendiri. Amy dengan
segera merasanya. Bibirnya mengukir senyum. Ya.... benar – benar seperti air
tangan Luqman!.... Amy terus mendapatkan Dalina yang sedang mencuci pinggan di
dapur.
“Lina... siapa tukang masak ni?” soal Amy teruja.
Dalina tersenyum. Akhirnya Amy mahu makan. Dalina cuba mencari helah. Dia harus
mengotakan janjinya.
“Tukang masak baru” jawab Dalina.
“Lelaki atau perempuan?” soal Amy. tangan Dalina
digenggam erat.
“Pe....perempuan. dah tua. Sebab itu masakannya
sedap” jawab Dalina. Wajah Amy yang sedikit ceria tadi serta merta berubah. Dia
naik semula ke atas. Dalina sedikit terkilan tetapi apakan daya, itu permintaan
Fikri dan Luqman.
Amy menangis dan terus menangis. Pizza tadi semakin
membuatkannya mengingati Luqman. Air matanya seakan sudah kering. Sentiasa
mengharapkan Luqman hadir dan membawanya pergi bersama. Akhirnya dia tertidur
lagi.
Owhhh tidak menangis lya bace bab nie adeh kak aisa help me air mate nie x benty2 mngalir nape sedih sgt siyesss sedih kak iskiskisk kak next n3 klaw bole cpt sikit x sabo nk tggu tapi jgn la sedih sgt malu lya nanges dlm opis nie naseb baik x kantoi huhuhuhu :)
ReplyDeletelya....
Deleteala ciannya.... x per nanti akak pos kan tissue yek.
ok.. nanti akak masukkan n3 lain yek.
tungguuuuuuu :)
Pos bnyk2 tisu taw kak hehehehe
DeleteOke set ari2 lya mnngu n3 baru kat blog akk x sah klaw sehari x jenguk blog nie hehehe =)
baguih3x....
Deleteni yang buat cayang nih! :)
mak lukman nie mmg mntak kene smash ari2.sesuai sgt ngan hady yg gila talak 2.hahahhahha......
ReplyDeletecik jah..
Deletenak saya masukkan babak mak dia kena smash tak?
jemput Datuk lee chong wei..
kasi smash sama itu Kalsom!.
ayat awak best!!!!!!!
pinjam leh?..
no hal.....
ReplyDeletetq... hihhii
ReplyDelete