Wednesday, 15 August 2012

TERIMA KASIH BEB - bab 15


  BAB 15

Pakcik Latiff kerap datang ke rumah Encik Johan bersama anaknya Benny. Dalina sudah naik muak melihat muka mereka berdua. Yang dia tahu, benny sedang cuba memikat hati Amy. Dalina bukannya budak – budak. Dia boleh berfikir dan memahami sikap seseorang itu. Umurnya sebaya dengan Amy. sudah beberapa kali Dalina memberitahu ayahnya tetapi Encik Johan hanya ketawa dan mengatakan Dalina terlalu banyak berfikir.

“Duduklah Pakcik Latiff” pelawa dalina. Dia menjeling Benny yang terjengah – jengah mencari kelibat Amy. yang hairannya Encik Latiff juga begitu.

“Mana Makcik Kasma?” soal Pakcik Latiff. Berkeruut dahi Dalina mendengarnya. Dia terdiam dan berfikir.

“Kenapa pakcik nak jumpa Makcik Kasma?’ soal Dalina.

“tak ada apa – apa. Saja tanya. Nampak macam Dalina seorang saja di sini” Pakcik Latiff berdalih.

“Panggilkan dia sekejap boleh?” pinta Pakcik Latif.

“Siapa?” soal Dalina. Berpura – pura tidak mengerti.

“Kasma lah” senyum Pakcik Latiff. Meremang bulu roma Dalina melihatnya. Miang keladi!. Dalina ke dapur memanggil ‘Makcik Kasma’ yang sedang sibuk menyiang ikan.

“Dia nak apa?” soal Luqman. Dalina mengangkat bahu. Malas mahu cerita lebih. Luqman membasuh tangannya dan pergi ke ruang tamu untuk berjumpa dengan Pakcik Latiff.

“Encik Latiff nak apa jumpa saya?” soal Luqman. Encik Latiff tersengih – sengih.

“Saja nak tengok muka awak yang cantik” kata Pakcik Latiff. Luqman ketawa.

“Encik Latiff tak pernah lihat muka saya pun. Mana Encik Latiff tahu saya cantik?’ soal Luqman. Pakcik Latiff terdiam. Ada benar juga kata – kata Luqman itu. Sepanjang dia mengenali ‘Kasma”, tidak pernah sekali pun dia melihat hidung dan mulut wanita itu. Yang kelihatan hanya matanya sahaja.

Pakcik Latiff bangun dan duduk di sebelah Luqman. Waktu ini bulu tengkuk Luqman sudah meremang. Tangan Luqman diambil dan di ciumnya. Pakcik Latiff menggosok – gosok hidungnya kerana tidak tahan dengan bau hanyir ikan yang masih melekat di tangan Luqman.

Dalina yang mengintai gelagat lelaki tua itu dan tersengih – sengih sendiri. Rasakan! Baulah tangan Luqman yang bau hanyir ikan keli tu..... bisik Dalina.  Luqman memang tidak selesa dengan pakcik Latiff. Mahu sahaja dia pelangkung kepala orang tua yang sudah pun beruban penuh di kepala itu. Dalam mencari helah melepaskan diri dari Pakcik Latiff, sempat juga Luqman memandang Benny yang tidak habis – habis mengintai ke dapur.

“Kau intai apa tu?. Nak tolong makcik siang ikan di dapur?” soal Luqman dengan nada menyindir. Benny tersentak. Membetulkan duduknya sambil tersenyum tawar.

“Amy tidur. Sudah! Kamu berdua tu lelaki. Dalam rumah ni tiada lelaki. Encik Johan bekerja. Pergi balik!!!!” halau Luqman. Encik Latif terkedu melihat ‘kasma’ pujaannya itu yang agak garang. Dia bangun dan menghampiri Luqman. Jari telunjuknya berjalan liar di bahu Luqman. Geli tengkuk Luqman dibuatnya.

“Nanti bila – bila abang datang ya, sayang” pakcik Latiff menyeringai. Menampakkan barisan giginya yang tidak teratur. Luqman menjeling gaya seorang wanita. Setelah menutup pintu rapat – rapat, Luqman membebel sendiri. Tak sangka, aku yang lelaki ini langsung tidak di kenalinya...... fikir Luqman. Dia duduk di kerusi memandang Dalina yang gelak besar di hadapannya.

“Saham makcik naik ya?” soal Dalina. Luqman menggeleng kepala dan terus membasuh beras untuk di tanak.

“Pergi tengok Amy tu, dari tadi tak turun – turun” pinta Luqman. Dalina terus naik ke atas melihat Amy di dalam biliknya. Pintu bilik dibuka. Dalina mengeluh. Amy masih menangis di birai katil. Memeluk bantal sambil tangannya masih memegang foto Luqman dan dirinya sewaktu mereka sama – sama melakukan aktiviti jungle tracking bersama. Dalina tidak mahu mengganggu Amy. dia turun semula.

“Dia tidur?” soal Luqman. Dalina menggeleng.

“Habis tu dia buat apa?” soal Luqman.  Masih menantikan jawapan dari Dalina.

“Dia menangis memegang foto suami dia lah! Macam selalu” beritahu Dalina. Luqman berhenti mengacau nasi. Dia naik ke atas. Mahu melihat Amy. Jiwa amy harus di rawat. Dia tidak mahu mata Amy semakin  lebam. Hari – hari merindui suami yang sudah pun berada di hadapan mata.

Luqman masuk ke dalam bilik. Mendapatkan Amy yang terbaring dengan air mata yang maish mengalir ke pipinya. Luqman mengusap rambut Amy dengan lembut. Amy duduk dan terus memeluk Luqman dengan tangisan yang masih berbaki.
“Amy rindukan dia. Amy tak boleh dan tak mampu lupakan dia” adu Amy yang masih memeluk Luqman.

“Dah cuba?’ soal Luqman. Amy melepaskan pelukannya. Dia memandang wajah Luqman.

“Buat apa Amy cuba melupakan dia?. Dia suami Amy. sampai mati pun Amy tidak sesekali melupakan dia, Makcik Kasma” terang Amy. Luqman merenung Amy. ya.... kata – katanya jujur. Dia memang terlalu cintakan Luqman. Tidak mungkin memorinya terhadap Luqman hilang begitu sahaja. Luqman memegang pipi Amy. dikesatnya air mata Amy dengan jarinya sendiri. Mahu sahaja dia mengucup dahi Amy.

“Kalau Makcik Kasma jumpa dia, makcik juga akan sukakan dia. Dia bersopan santun, peramah dan pandai ambil hati. Kalau kami ada anak, saya nak anak saya seperti Luqman. Sangat taat kepada ibunya tetapi sangat mencintai isterinya” Amy mula mengukir senyum. kembang hati Luqman mendengarnya. Sekurang – kurangnya Amy berperasangka baik dengannya.

“Berdoalah Amy semoga suatu hari nanti Amy akan bertemu juga dengan Luqman” pujuk Luqman. Dia mengerut kening. Agak janggal menyebut namanya sendiri. Amy cuba membuka topeng mulut Luqman tetapi tangan Luqman tangkas memegang jari jemari Amy.

“kenapa?. Amy mahu sangat lihat wajah makcik” pujuk Amy pula.

“Kalau Amy sayangkan makcik, terima cara makcik seadanya. Hormati cara makcik” kata Luqman. Amy terdiam.

“Makcik tahu, dengan suara makcik yang kecil ini, dengan ketinggian makcik, Amy pernah terikir yang makcik ni lelaki” jujur Amy. Luqman menelan air liurnya. Dia membetulkan tudungnya.

“Amy, makcik tidak selesa berada di rumah ini sebenarnya. Makcik lebih senang jika masak dari rumah. Makcik dah beritahu Encik Johan dan dia bersetuju. Mulai esok, bai akan hantar makanan ke rumah seperti selalu” terang Luqman.

Amy mula memuncungkan bibirnya. Luqman ketawa. Sudah lama dia tidak melihat wajah Amy sebegitu. Luqman terus keluar dari bilik Amy. dia harus pulang dengan segera. Bukannya dia tidak mahu tinggal bersama tetapi banyak faktor yang membuatkan dia rimas dan rasa kurang selesa. Itu tidak termasuk lagi gangguan seksual dari Pakcik Latiff yang miang keladi itu. Luqman mengemas barangnya. Dalina menghantar Luqman hingga ke pintu pagar.

“Betul tak nak datang masak di sini?’ soal Dalina. Luqman termenung jauh.

“Aku tak sanggup diganggu dengan si Miang tu. Lagipun, aku lebih senang masak di rumah aku. Nanti aku suruh ‘bai’ yang handsome lagi macho tu hantar ya?” senyum Luqman. Dalina mencebik.

“Menyampah! Tak habis – habis perasan!” gelak Dalina. Luqman pergi. Dia harus pulang dengan segera. Mahu membakar kek dan roti. Tidak sabar mahu menjualnya dengan motor seperti seorang bai roti.


                                         *********************

Gibran datang melawat Luqman di rumahnya. Sebaik sahaja Luqman membuka pintu, Gibran sudah ketawa besar.

“Nasib baik bai... kalau Kasma , aku balik!. Nanti tak pasal – pasal kena tangkap basah” usiknya. Luqman tersenyum sendiri.

“Nasib baik rumah kau jauh dari orang, kalau tidak mesti Makcik Kasma kena tangakap khalwat dengan bai roti” sambung Gibran. Luqman hanya membiarkan Gibran membebel sepuas hatinya. Malas mahu melayan Gibran yang gemar menyindirnya. Itulah Gibran tetapi Luqman amat menyenangi lelaki yang lebih tua tiga tahun daripadanya itu.

“Aku dengar dari Lina yang Pakcik Latiff tu nak mengurat kau?” Gibran ketawa lagi. Luqman turut sama ketawa. Dia bersandar ke belakang.

“Itulah masalahnya.. dengan aku pun dia berselera” Luqman menggeleng kepala.

“Berapa ribu kau nak minta wang hantaran?” usik Gibran lagi. Kali ini dia ketawa begitu kuat. Luqman juga begitu. Kalau diingatkan semula, mahu pening kepala dibuatnya. Bukan sahaja Pakcik Latiff, Benny juga memeningkan kepalanya yang sudah sedia pening itu. Luqman memandang jauh ke hadapan. Gibran menghampirinya.

“Aku tahu ianya sukat tetapi kau terpaksa laluinya juga. Demi Amy” kata Gibran.

“Apapun, terima kasih kerana banyak membantu aku” ucap Luqman. Gibran menepuk bahu Luqman berkali – kali sebelum menjamu selera di rumah Luqman yang sentiasa mewah dengan makanan. Lebih – lebih lagi kek.

“Sedap betul kek kau ni. Aku rasa nak suruh Nora belajarlah dari kau” Gibran menjilat krin di jarinya. Teh dihirup perlahan – lahan.

“Tak payah kau susah – susah. Kalau nak makan, datang saja sini. Keahlian percuma seumur hidup” kata Luqman. Kali ini Gibra benar – benar gelak besar. Hampir 4 potong kek di makannya dengan begitu berselera sekali. Luqman gembira melihat Gibran menghabiskan keknya. Sekurang – kurangnya itu boleh membalas sebahagian kecil dari jasanya.


Puan Kalsom berjumpa dengan ibubapa Ayu. Walaupun agak hampa dengan layanan mereka yang dingin terhadapnya, Puan Kalsom tetap mahu bermenantukan Ayu. Hasratnya itu diluahkannya terang – tterangan.

“Sudahlah Som!. Luqman pun dah pergi ke Singapura. Kamu ingat anak aku ni apa?. Sudah, aku tak mahu ada apa – apa lagi dengan keluarga kamu. Baik kamu balik sebelum aku halau kamu” kata Mak Nona, ibu Ayu yang sememangnya tegas peribadinya. Mahu atau tidak, Puan Kalsom terpaksa beredar. Lulu tersenyum puas. Dia yang sememangnya tidak mahu ber’ipar’kan Ayu sangat bersyukur, pekahwinan yang di aturkan oleh ibunya buat Luqman terbatal dengan sendirinya.

Puan Kalsom menyumpah seranah di dalam kereta. Dia benci dengan Amy yang sduah menghancurkan impiannya untuk bermenantukan Ayu.

“Apa pula ibu, bukankan Mak Nona yang putuskan?. Kenapa Kak Amy pula dipersalahkan?” soal Lulu. Memurat stering keretanya. Membelok keluar dari kampung ibunya. Puan Kalsom menjelling tajam.

“Amboi... bukan main lagi Lulu. Siapa ‘kak’ Amy?. dia bukannya kakak ipar kamu!” marah Puan Kalsom. Lulu hanya tersenyum sinis.

“Kenapa kamu senyum?’ soal Puan Kalsom. Mengibas – ngibas selendang ke lehernya.

“Terimalah kenyataannya ibu.. Kak Amy memang kaka ipar Lulu. Mereka bukannya berceari pun. Kalau ibu tak sakit perut dan cirit birit hari tu, tentu mereka tak sempat nikah. Salah siapa?... salah ibulah, makan masak lemak cilia api banyak sangat!” perli Lulu.
Puan kalsom merengus. Anak bongsunya itu sudah tidak boleh dibuat kawan. Sentiasa menentang kata – katanya. Puan kalsom berfikir... dia pasti, ibubapa Ayu pasti akan menerima Luqman juga akhirnya. Apa kurang anak lelakinya itu?. Kacak, bergaya dan berduit walaupun tidak mempunyai wang berjuta – juta.

4 comments:

  1. Best sgt2..akk cpat2 wat n3 bru taw..hehe
    Kak nk tnye,,ape kes si hady ngn nafisah tu smpai hady nk kat amy blik??curious nie..huhu..gram plak kat die tu..rase nk debik2 je..hish

    ReplyDelete
    Replies
    1. jannah..
      ok dik, walaupun nak raya akak akan buat n3 baru yek
      khas utk jannah (bodek ni...)
      hady dan Nafisah punya story morry kena tunggu lagi 2 bab hehhehe... bagi suspen ckit ;)
      apapun, terima kasih ya, sudi baca

      Delete
  2. Terbaik la kak hehehe germ plak dgn si latiff gn benny 2 mnyibuk je klw la lya jdi 'mk cik kasma' mmg lya pelangkug je si latiff 2 bru puas aty gatal x bertempt hahahaha (emo plak) pape pon kak next n3 ea x sabo nie huhuhuhu TKB mmg Terbaekk la =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah ... sabo lya..sabo! :)
      ok... sat nanti akak masukkan n3 baru yek..
      jangan lupa baca tau ..

      Delete