Wednesday, 1 August 2012

TERIMA KASIH BEB! -bab 8


 BAB 8

  Hady menghampiri kafe Amy dengan hati yang berdebar – debar. Dia tidak tahu bagaimana penerimaan Amy nanti. Yang pasti dia mahu bersua dengan Amy walaupun seketika. Dia melangkah masuk dan duduk di salah satu kerusi yang masih kosong. Dia memerhatikan pelanggan Amy yang ramai sedang menikmati makanan.

“Ya... nak makan apa?” soal Jiji. Dia kemudiannya mengerutkan dahi. Seolah – olah mengenali lelaki itu tetapi tidak pasti di mana.

“Berikan saja saya coffe latte” kata Hady. Jiji menggaru – garu pipinya. Dia terus ke dapur. Menarik lengan baju Luqman.

“Kau tengok jantan tu!” suruh Jiji. Luqman memerhatikannya sahaja. Tidak dapat mengagak.

“Jantan?. Kau suruh aku tengok ayam ke?’ gurau Luqman. Jiji menjeling.

“Bukan itu bekas suami Cik Amy?” soal Jiji. Hady merenung Hady agak lama.

“Ya. Dia Hady. Mana Cik Amy?” soal Luqman.

“Solat” jawab Jiji tanpa memandang Luqman.

“Eric! Buat kopi kelate satu!” jerit Jiji dan terus keluar. Eric menggaru – garu kepalanya. Dia segera mendapatkan Luqman.

“Abang Luqman. Mana ada kita jual kopi kelate?” soalnya. Sangat keliru. Luqman tersenyum dan menepuk lembut bahu Eric.

“Itu coffe latte. Jiji dan Lela panggil kopi kelate. Kalau nak tahu lagi, pergi belajar dengan mereka” kata Luqman. Eric menepuk dahinya. Pada pandangan mata Eric, Lela dan Jiji memang pelik!!

Luqman meneruskan kerjanya. Apabila Amy melaluinya apabila selesai solat, Luqman menarik tangan Amy dengan lembut.

“Ni.. kenapa tarik tangan Amy?. Rindu sangat ya?” senyum Amy. Luqman menggeleng kepala.

“Habis tu, nak mengurat Amy ya?. Tak payah mengurat, Amy dah termengurat dah pun. Lagipun Amy.....”

Luqman terus menutup mulut Amy dengan tangan kanannya.

“Sayang... dengar dulu. Jangan tembak macam machine gun! Pening saya” kata Luqman. Amy mengangguk – angguk tanda mengerti.

“Awak ada temujanji dengan Hady?” soal Luqman. Serius. Amy ketawa besar. Dia mencubit lengan Luqman dengan manja. Bibirnya masih mengukir senyum. Luqman masih menanti jawapannya.

“Baby.. janganlah cemburu. Buat apa Amy nak jumpa dia lagi. Amy kan dah ada baby. Ala... cemburu sangatlah!.. comel betul bila baby cemburu” kata Amy dan kali ini dia mencuit batang hidung Luqman pula. Luqman sudah pening kepala.

“Sayang... pertama jangan panggil saya baby. Saya lelaki. Macam geli saja bunyinya. Dan lagi satu saya tak cemburu pun. Buat apa cemburu dengan dia. Saya lebih handsome tau. Malah lebih maskulin” ketawa Luqman. Amy juga ketawa. Perasan!.

“Dia ada di sana. Rasanya dia mahu berjumpa dengan Amy” kata Luqman. Amy cepat – cepat menjengah.

“Saya tak suka dia di sini. Saya tak mahu jumpa dia” kata Amy. Dia mahu lari ikut pintu belakang tetapi tangannya si tarik dengan lembut oleh Luqman.

“Jangan lari dari masalah sayang. Hadapi dia. Cakap dengan baik. Itu lebih baik dari asyik melarikan diri” nasihat Luqman. Amy terkebil – kebil memandang Luqman.

“Saya tak mahu hati awak kecil cenonet!” Amy cuba berdalih. Luqman ketawa.

“Jangan cari alasan. Kalau lepas ini Amy tak mahu jumpa dia lagi. Katakan saja, sayang” Luqman mengusap perlahan – lahan rambut Amy. Rasa geram mula timbul di hati Amy. Dia benci dengan Hady yang masih mencarinya. Amy menggigit bibirnya. Sesekali matanya memandang Luqman.

“Pergilah” Luqman mengangkat keningnya.

“kalau saya terpikat semula bagaimana?” usik Amy.

“Saya pikat Lela. Tak pun Eric” gurau Luqman. Amy ketawa besar. Dia melangkah keluar dari dapur dan duduk berhadapan dengan Hady. Agak terkejut dengan kehadiran Amy, Hady cuba mengukir senyuman manis.
“Saya rindukan awak” kata Hady. Meluahkan perasaan yang terpendam.

“Tak tanya pun!. Buat apa rindukan perempuan menggedik macam saya?. Bukankah awak rimas dengan saya. Lagi satu, mana pergi Nafisah awak?.” Soal Amy bertalu – talu. Hady tunduk. Setelah agak lama baru dia memandang wajah Amy semula.

“Saya bosoh, Amy” akui Hady. Amy ketawa sinis.

“Tau bodoh tak mengapa. Bukan Amy cakap tapi awak” kata Amy. Hady ketawa kecil.

“Mari kita pergi main layang – layang petang ni?” Hady cuba mencuri hati Amy semula. Amy menjeling.

“Malas nak layan. Ok!... kita cakap dengan telus ya. Saya dan awak sudah tiada ikatan lagi. Kalau awak nak datang ke mari untuk manjamu selera, saya izinkan tapi kalau awak mahu ungkitkan kisah silam, cuba menggoda saya semula....minta maaf banyak – banyak. Saya sudah bahagia dengan kehidupan baru saya sekarang. Tolong Hady....” kata Amy. dia terus bangun meninggalkan Hady yang mengeluh panjang. Pandangannya di lontarkan jauh – jauh. Dia tahu agak sukar untuk melembutkan hati Amy setelah apa yang telah dia lakukan terhadap Amy sebelum ini. Hady bangun dan meninggalkan wang sebanyak RM50 di atas meja. Jiji menghampiri meja itu dan terkejut melihat wang kertas yang ditinggalkan Hady.

“Banyak sangat wang dia bagi, Cik Amy” beritahu Jiji.

“Ambil saja” kata Amy.

“Ambil masuk mesin wang atau ambil untuk dimasukkan ke dalam poket saya?” sengih Jiji. Amy ketawa.

“Ambil harga yang sepatutnya dan letak dalam mesin wang. Selebihnya masuk poket awak, Jiji” terang Amy. Jiji melompat gembira. Hari ini rezeki baginya. Lela mencebik.  Luqman mendapatkan Amy. dia tersenyum dan menepuk tangannya. Amy mengembangkan lubang hidungnya dengan sengaja. Luqman tidak dapat menahan ketawa.

“Tak senonoh awak ni” kata Luqman.

“Ya lah... saya bangga, jadi lubang hidung kena besar” kata Amy.  Luqman menggeleng kepala. Hidung Amy dicubit mesra. Eric terlopong melihat kemesraan di antara Amy dan Luqman. Lela yang kebetulan ada di situ menekup mulut Eric dengan pinggan. Terkejut Eric.

“Kak Lela suka dera saya!” jerit Eric. Benar – benar tidak puas hati dengan Lela.

“Kau jangan panggil aku kakak tau!. Aku pun bukannya tua sangat lagi” Lela merempan. Luqman dan Amy yang ada di situ membiarkannya sahaja. Memang selalu begitu. Lela dan Eric sering bertengkar. Tidak tahu mengapa.

“Budak muda muka tua!.... kau pergi buat roti bakar. Ada pelanggan minta. Jangan asyik nak usha orang bercinta. Muka tu kalau dah tua buat cara dah tua” perli Lela lagi.

“Suka hati saja panggil aku tua. Hey kakak kertu!. Body aku ni mantap tau. Kau tu yang kurus kering macam capati kering, tak kira pula” jerit Eric pula. Amy menggosok belakang Eric. Menenangkan Eric yang sudah merah mukanya. Lela memang suka mengusik Eric. Jiji tidak kuasa mahu melayan kerenah mereka berdua.

“Capati kering pun tak mengapa. Sedap di makan!. Badan kau ketul – ketul tu ingat cantik.... dah macam cekodok basi tertempel kat badan saja” balas lela. Kali ini mereka berdua bertentangan mata. Pandangan yang penuh dengan rasa marah. Jiji memandang Amy.

“Kahwinkan sahaja Cik Amy. selesai kes” bisik Jiji.

“Nak kahwin macam mana?. Awak tengok lah tu” balas Amy pula. Luqman menarik Eric ke bahagian belakang dapur. Lela yang membara hatinya di tarik Amy ke hadapan. Amy mengambil air tin dari peti ais dan menghulurkannya kepada Lela. Biar hatinya tenteram.
Bukan sekali dua mereka bertengkar. Hampir setiap hari Amy dan Luqman terpaksa mendengar perbalahan mereka berdua. Kadang kala sebabnya bukannya apa sangat. Benda – benda remeh sahaja. Kadangkala Amy mahu ketawa melihat pergaduhan mereka berdua yang tidak pernah berkesudahan.



                                 ******************************


  Seperti yang di janjikan oleh Luqman, mereka semua di bawa untuk aktiviti jungle tracking di Pahang. Amy tidak berapa gemarkan aktiviti lasak sebegini. Dia lebih suka jika menonton wayang atau bermain bowling. Dahulu, sewaktu di kolej dia dan Qaseh selalu meluangkan masa bersama. Sejak menguruskan kafenya, Luqman dan para pekerjanya adalah sahabatnya sekarang. Setiap hari bersama. Dengan menaiki kereta pacuan empat roda milik Dato Kamal, mereka sampai di kaki gunung. Seorang lelaki dan seorang wanita sudah menunggu mereka di sana.

Amy hanya memerhatikan sahaja Luqman bergurau senda dengan rakannya dari Pahang itu. Luqman menghampiri mereka semua yang masih berada di dalam kereta.

“Marilah turun. Waktu awal pagi beginilah elok untuk mendaki” kata Luqman. Lela dan Jiji sangat teruja. Pakaian bercorak askar yang mereka pakai menampakkan yang mereka memang minat dengan aktiviti lasak sebegini. Eric dan Amy berpandangan sesama sendiri.

“Mari saya bawakan beg awak” pelawa Luqman.

“Ingat saya ni lemah sangat?. Tak mengapa. Saya nak bawa sendiri” angkuh Amy. Luqman hanya tersenyum sinis. Melihatkan 2 buah beg yang dipegang oleh Amy, Luqman agak ragu – ragu.

“Banyaknya sayang... apa yang awak bawa?” soal Luqman.

“Barang orang perempuanlah!” kata Amy. dia tersengih – sengih. Luqman mengambil salah satu dari beg itu dan terus membukanya.

“Banyaknya baju dan alat make up?” soal Luqman.

“Bawa yang penting saja ya. Begini... ambil barang yang penting dan kemaskannya dalam beg saya. Keluarkan barang dari beg saya dan susunkannya semula elok – elok ya?. saya nak jumpa Mona dan Hakim sebentar” kata Luqman. Amy menggaru – garu kepalanya. Dia menurut sahaja arahan dari Luqman. Setelah hampir setengah jam, Luqman menghampiri Amy.

“Dah selesai. Amy dah buat yang terbaik” kata Amy. dia mengangkat ibu jarinya dengan bangga. Luqman menggosok kepala Amy dengan penuh rasa cinta. Eric merungut – rungut.

“Kau ni kenapa?” soal Lela.

“Banyak nyamuk” rungut Eric.

“Baguslah banyak, kalau lapar kau tangkap. Makan!” jeling Lela. Eric mencebik.

Mona banyak berbual dengan Luqman. Amy banyak kali hampir terjatuh kerana cuba menoleh ke belakang. Dia agak tidak selesa dengan sikap Mona yang selalu berbual mesra dan kadang kala meminta Luqman menarik tangannya untuk ke atas sedangkan abangnya, Hakim ada di sebelahnya. Amy merungut – rungut. Eric, Jiji dan Lela sudah berada di hadapannya. Cuma dia yang berada di hadapan Luqman. Mona berada di belakang sekali.

“Luqman... tarik tangan i. Tak boleh naik lah” pinta Mona yang mempunyai sepasang mata yang galak. Luqman menarik tangan Mona. Hidung Amy seperti mahu berasap.
“Tarik tangan Amy juga” bisik Amy. Berkerut dahi Luqman mendengarnya.

“Sayang di hadapan saya. Bukan di belakang. Kalau sayang di hadapan, macam mana saya nak tarik?. Tolak bolehlah” senyum Luqman.

“Luqman.. please..” panggil Mona lagi. Luqman mahu menarik tangan Mona tetapi Amy cepat – cepat mencapainya. Dia hampir terjatuh kerana tidak mampu menarik badan mona yang lebih besar daripadanya.

“Mona.. u naik dulu ya?” arah Luqman. Mona terus naik tanpa memandang Amy. Luqman mengambil tuala dan mengesat peluh di dahi dan leher Amy. Hutan yang agak tebal itu memang cantik sekali. Kehijauan hutan membuatkan mata Amy merasa sejuk.

“Sayang cemburukan Mona ya?’ duga Luqman.

“Mana ada! Mana ada! Ish.. tak main lah cemburu...” Amy menggeleng kepala. Luqman hanya tersenyum. Dia tahu benar yang Amy sedang cemburukan Mona. Bunyi air terjun kedengaran dari tempat mereka berdiri. Eric dan Jiji menjerit – jerit gembira. Mereka perlu berjalan jauh sedikit untuk sampai ke air terjun.

Sampai sahaja di sungai yang jernih dan dingin itu. Eric dan Amy terjun ke dalam sungai. Seronok benar mereka berdua. Jiji dan Lela tidak mahu melepaskan peluang. Dia juga turut sama terjun. Luqman, Mona dan Hakin ketawa besar melihat telatah mereka yang sedikit ‘jakun’. Mona duduk disamping Luqman.

“U bawa orang mana ni?. Macam tak pernah mandi sungai” ketawa Mona.

“Mereka kawan saya dan Amy itu kekasih saya” kata Luqman. Wajah Mona berubah. Luqman menggeleng kepala melihat Amy dan Lela yang sedang cuba membenamkan kepala Eric. Amy naik ke atas dan menarik tangan Luqman.

“Sayang.... tak mahulah. Sayang mandi saja dengan mereka.” Luqman cuba mengelak.

“Marilah.... cepatlah baby!!.. eh... sayang” Amy menarik tangan Luqman. Amy mengumpul segala kekuatannya untuk menolak Luqman dari atas pula.

“Sayang... saya tak bawa...” belum sempat Luqman menghabiskan ayatnya, dia sudah pun berada di dalam air bersama – sama yang lain. Hakim ketawa berdekah – dekah.

“Habislah kau...... jangan demam sudah!” jerit Hakim dari atas. Luqman memandang Amy yang dari tadi asyik ketawa. Luqman berenang menghampiri Amy.
“Sayang... saya tak bawa baju. Baju dalam kereta. Saya nak salin bila kita tiba di rumah penginapan nanti” bisik Luqman. Amy menekup mulutnya.

“Ala Luqman... maaf ya!. Tak mengapa, Amy bawa baju” sengih Amy. Luqman menurut saja kemahuan Amy. setelah lama berendam di dalam air, hakim mengarahkan mereka semua naik untuk menukarkan baju dan makan. Tiba masa untuk turun semula.

“Mana bajunya sayang?” soal Luqman. Amy mencari – cari. Habis semuanya diselongkar.

“Luqman....” panggil Amy dengan nada yang manja.

“Sayang pakai baju ini ya?” Amy menggigit bibirnya. Mata Luqman terbeliak melihat blouse merah jambu beserta reben di hujung lengan yang dipegang oleh Amy. mereka yang lain ketawa besar.

“Tak dapat bayangkan Luqman pakai blouse dengan seluar perempuan. Senteng pula tu” jerit Hakim. Muka Luqman merah padam. Mahu atau tidak, itu sahaja yang ada. Dia akan demam jika terlalu lama di dalam pakaian yang basah. Luqman pergi ke hujung semak untuk menyalin pakaian. Setelah siap, Luqman menghampiri mereka semua. Apalagi...... menjadi bahan ketawa semua orang. Amylah orang yang paling banyak ketawa. Luqman mengeluh. Amy memang langsung tidak matang!

“Seksilah.... auwwww” bisik Amy. Luqman diam. Tidak mahu bercakap dengannya.

Amy membesarkan suaranya. Seolah – olah dia seorang lelaki.

“Hai baby... you free malam ni?. Baju pink ni buat i geramlah!”. Kata – kata Amy itu membuatkan Eric dan Jiji yang ada berhampiran menahan ketawa sehingga sakit perut mereka.

Sepanjang perjalanan di dalam kereta, Luqman tidak mahu berbual dengan Amy.Sedar akan perasaan Luqman yang sedikit terguris, Amy memohom maaf berkali – kali. Luqman tidak mengendahkannya. Sampai sahaja di rumah penginapan, Abang Hamdan menggeleng kepala melihat Luqman yang berpakaian seperti wanita.

“Luqman! Apa dah jadi dengan kau ni?” soal Abang Hamdan.

“Baik abang jangan tanya. Saya nak masuk cepat. Nak mandi dan tukar baju tak senonoh ni” kata Luqman dan terus meninggalkan Amy yang terkial – kial mengangkat begnya sendiri.

Hari sudah malam. Luqman masih belum keluar dari biliknya. Amy gelisah. Dia juga rasa bersalah yang amat sangat kerana menolak Luqman ke dalam sungai. Hakin dan Mona menghampiri mereka yang sedang menikmati makan malam. Amy sahaja yang belum makan. Dia mahu menunggu Luqman dan makan bersama – sama.

“Dia demam agaknya tu. Dulu pun kalau dia mandi sungai dia akan demam” kata Hakim. Amy bimbang. Dia mahu mendapatkan Luqman di biliknya tetapi Luqman sudah pun keluar.

“Kau ok Man?” soal Hakim. Luqman hanya mengangguk

“Sayang... maaf ya” pinta Amy. Luqman memegang pipi Amy.

“Lain kali jangan ikut rasa hati ya?. Dengar dulu apa yang saya nak cakap. Lain kali jangan buat lagi” kata Luqman. Senyum memandang Amy.

“Ha... itulah Cik Amy... padan muka kena marah” kata Eric. Udang bakar di tangannya di hidu. Lela menampar belakang badannya dengan kuat. Eric menjeling.

“Sayang makan ya?” pelawa Amy. dia yang rasa bersalah menyuapkan nasi dan ikan bakar yang dicicah air asam ke dalam mulut Luqman.

“Adoi... manjanya kau” usik Hakim. Luqman mengangkat kening beberapa kali. Mona terus masuk ke dalam biliknya. Meluat denga Amy yang mengada – ngada pada pandangan matanya.

Walaupun dia dimalukan pada hari itu, Luqman tetap bahagia dapat mengahabiskan masa bersama – sama dengan orang yang dicintainya. Melihat wajah Amy yang merah padam mentertawakannya petang tadi membuatkannya rasa gembira. Dia suka melihat Amy yang sentiasa ketawa walaupun kadang kala sikapnya itu melampaui batas,


8 comments:

  1. ok fine....amy makin ngada2.hahahhaha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang... mengada2 sangat! hihihihi
      tq sudi baca yek ;)

      Delete
  2. Ok best...klw bole ary2 saye nk bace n3 baru bole??? Hahaha ary2 sye tgk blog nie tnpe rse jemu huhu
    Erkkk yg novel cinta sos & kicap hnya setakat bab 35 ke???
    Ke mmg ceritanyer hanye setakt itu shj?? Hehehe
    pape pon all the best cik writer go..go... chayokkk =)
    *ikhlas dri lya*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi lya...
      terima kasih banyak2 ya...
      saya sangat menghargai sokongan lya
      cayanggggg lya :)
      cinta sos dan kicap tu separuh sahaja sbb saya hantar ke syarikat penerbitan.jadi x leh teruskan. tp kalau kena reject, saya masukkan ke blog sampai habis hihii.
      i will go and go until end...
      terima kasih sangat2 lya...

      Delete
    2. Same2 hehehe..
      owh nnt klw da kua novel CS&K bgy taw ea hehehe x sabo nk taw endignyer cam mne huhuhu papepon novel Menrjh ke lubuk hati 2 lya bcr dri awl smpai abes mmg best hehehe....
      Cik writer ade fb x?? Lya try search pkai name waniza aisa x jumpe la hehehe...
      klw ade lya nk add bole???

      Delete
    3. :)
      ok. doakan cinta sos dan kicap tu keluar ye...
      oh.. lya baca gak menerjah ke lubuk hati ye.. tq
      lya x pelik ngan tajuk dia ke?... semua kawan akak kata kelakar mcam nas ahmad punya terjah ;)
      kalau bagi fb kang lya terkezut lak.. tengok akak macam apam balik .. bulattttttt ler sangat kihkihkih.
      ok... lya add jer kat
      Azizah Md Isa... nanti akak approve k :)

      Delete
    4. lya..
      banyak sangat azizah md isa
      akak punya gambar profile
      kucing 4 ekor yek ;)

      Delete
    5. Suda semestinye lya doakn agr novel CS&K di novelkn don't woory la sis hehehe....
      Pesal plak nk pelik gn tajuk novel mnerjh ke lubuk hati 2???pade lya oke je sis & di sebbkn tajuk 2lah lya tertarik nk bace novel 2 hehehehe
      Alaa x kesah la sis cozz lya pon chubby jgk hehehehe oke nnt lya add sis yea =)

      Delete