BAB 9
Mereka yang
lain sudah pun masuk tidur kerana terlalu keletihan. Mata Amy masih belum mahu
tertutup. Dia membuka tingkap. Menoleh ke arah Jiji dan Lela yang sudah pun
bergelempangan. Jiji tidur ternganga. Amy ketawa sendiri. Jam baru pukul 9 malam
tetapi mereka sudah cukup nyenyak di ulit mimpi. Amy keluar. Dia duduk di
pangkin seorang diri. Amy tidak penakut walaupun dia agak manja. Filem
hantu?... itu yang paling digemarinya. Qaseh akan terjerit – jerit apabila
menontonnya sedangkan Amy akan ‘menonton’ Qaseh setiap kali dia menjerit. Amy
memeluk lututnya. Suasana sejuk itu tidak bisa membuatkan Amy mengantuk.
“Tak tidur lagi?’ soal Mona. Amy terkejut. Dia
menoleh ke belakang. Mona duduk di sebelahnya.
“Tak mengantuk lagi lah. Awak kenapa tak tidur?”
soal Amy.
“Banyak berfikir” jawab Mona. Dia tersenyum sinis.
“Fikir pasal apa?” soal Amy. dia bukannya ingin tahu sangat cuma mahukan topik untuk
memulakan bicara.
“Kasihan pada Luqman” Mona mengerling. Dahi Amy
berkerut.
“Dia sebenarnya sukakan wanita yang berdikari dan
pandai mengambil hatinya tetapi saya lihat tiada sedikit pun cirri – cirri itu dalam
diri awak” lantang kata – kata Mona. Hati Amy tersentap. Dia tidak mahu menoleh
memandang Mona. Dia bangun untuk masuk tidur walaupun matanya langsung tidak
mahu lena.
“Itulah sikap manja namanya. Tak boleh di tegur.
Sentiasa mahu di manja” suara Mona agak tinggi. Telinga Amy terasa panas. Dia
duduk semula. Memandang Mona tanpa berkata apa – apa. Mona masih tersenyum
sinis. Mahu sahaja dicepuk muka Mona yang panjang itu.
“Tolong jangan masuk campur urusan saya, Mona. Jika
timbul rasa tidak puas hati mengenai saya, maafkan saya. Untuk menilai sama ada
saya layak atau tidak pada luqman, itu agak keterlaluan” bidas Amy. Mona
ketawa.
“Masalahnya Luqman yang cakap sendiri yang awak
memang mengada – ngada!” kali ini Mona memandang tepat ke dalam anak mata Amy.
Tidak mahu perbalahan ini berlanjutan, Amy bingkas bangun. Tangannya dikilas
sedikit oleh Mona. Amy menjerit kesakitan. Di tarik tangannya semula.
“Awak ni kenapa?” soal Amy.
“Saya benci betul dengan budak manja macam awak ni.
Mengada – ngada! Menggedik!. Sengaja nak dapatkan perhatian Luqman” kali ini
suara Mona agak tinggi.
Amy agak marah dengan kata – kata Mona itu. Bakul
sampaah ditepinya diambil dan di tekupnya bakul sampah itu di atas kepala Mona.
Tindakannya itu membuatkan Mona amat marah. Dia mendapatkan Amy dan menarik
rambut Amy yang panjang melepasi bahu itu. Amy menjerit. Mereka yang lain
terjaga dan berlari mendapatkan mereka berdua. Luqman juga turun. Dia lihat
bagaimana Amy menampar Mona dengan kuat.
Luqman menarik Amy. Hakim pula menarik Mona. Jiji
dan Lela memeluk Amy.
“Kenapa ni?” soal Luqman. Dia dapat lihat dada Amy
naik turun menahan marah.
“Amy tu buat saya.. Luqman. Saya tak tahu apa – apa”
dalih Mona. Mendapatkan Luqman dan memeluk lengannya. Amy bertambah marah. Dia
mencengkam tanah dan melumurkan ke muka Mona dengan geram. Luqman memanggil
nama Amy beberapa kali.
“Amy Hanissa!” tengking Luqman. Amy terpaku. Air matanya
mengalir. Marah pada Mona dan agak kecewa apabila Luqman mengatakan dia
‘mengada – ngada’ pada Mona. Harga dirinya seakan tercalar apabila
mendengarnya.
“Dia mulakan dulu! Saya tak tahu apa salah saya!”
kata Mona berkali – kali. Luqman merenung wajah Amy dalam – dalam.
“Apa penjelasan awak sekarang, Amy?” soal
Luqman. Amy tidak mahu menjawab walaupun
dia berada di pihak yang benar. Air matanya mengalir. Merenung wajah Luqman.
Alangkah baiknya kalau kau tahu perkara sebenar. Tiada gunanya. Kini aku tahu
apa pandangan matamu terhadap diriku ini..... bisik hati kecil Amy. dia
melangkah masuk ke dalam bilik penginapan. Menyembam mukanya di bantal dan
menangis semahu – mahunya.
Eric yang datang entah datang dari mana menjeling ke
arah Mona.
Luqman berkali – kali meminta maaf kepada Mona. Lela
dan Jiji masuk ke dalam. Mahu menemani Amy yang sedang menangis tersesak –
esak. Hakim menarik tangan Mona masuk ke dalam rumah penginapan mereka yang
berasingan. Luqman terduduk di pangkin dan mengeluh panjang. Eric menhampiri.
“Kenapa Abang Luqman cakap Cik Amy mengada – ngada
pada Mona?” soal Eric.
“Mana kau tahu semua ni?” soal Luqman.
“Eric, kau ada di sini sepanjang masa mereka mula
bergaduh tadi?’ soal Luqman. Eric mengangguk.
“Saya memang suka berjalan malam. Saya ingat nak
tidur tadi tapi mata tak berapa nak tidur, jadi saya berjalan di hujung sana.
Bila saya nak pulang, saya tengok Mona menghampiri Cik Amy yang sedang duduk
mengelamun seorang diri di sini. Hati saya macam tak sedap sebab saya perasan yang
Mona tu macam ada hati saja pada abang. Dari pagi tadi saya perasan. Mona
beritahu Cik Amy yang abang beritahu dia Cik Amy ni mengada – ngada” terang
Eric. Luqman terkejut mendengarnya.
“Mona tak patut berhenti di situ, Eric. Sebenarnya
Mona yang cakap Amy tu mengada – ngada, saya beritahu dia yang Amy tu memang
mengada sikit tapi sikap dia yang mengada – ngada tu lah yang membuatkan hati
saya selalu gembira bila berada di sisi dia” beritahu Luqman. Matanya merenung
jauh ke hadapan. Dia agak kesal kerana menengking Amy tadi. Amy tidak dapat di
kawal tadi, itu saja yang perlu dilakukan untuk menghentikan pergaduhan di
antara Amy dan Mona. Dia tidak berniat untuk menengking Amy.
“Kalau abang nak tahu, pergaduhan ini terjadi
dimulakan oleh Mona tu!. Dia kilas tangan Cik Amy, tarik rambut Cik Amy dan dia
juga yang tampar dulu. Kalau saya jadi Cik Amy, saya pun balas balik!” Eric
agak geram pada Mona. Luqman bangun dan pergi ke rumah penginapan Amy, Lela dan
Jiji. Luqman mengetuk pintu beberapa kali. Dia memanggil Amy.
“Cik Amy... nak buka tak?’ soal Jiji. Memandang Amy
yang sedang memegang pipinya yang merah akibat ditampar oleh Mona. Amy
menggeleng kepala. Tidak mahu berjumpa dengan Luqman. Lela membuka pintu dan
keluar mendapatkan Luqman.
“Biarkan dulu ya Luqman. Dia tengah sedih dan sakit
tu. Pipi dia merah kena tampar dengan Mona” jelas Lela. Luqman memejamkan
matanya. Rasa amat bersalah kerana tidak membela Amy tadi. Dia tidak tahu
perkara sebenar.
“Tak sepatutnya kau tengking Amy tadi. Mona yang
mulakan dulu. Kalau aku pun tak mahu jumpa kau lagi. Kalau aku, jangan kata
jumpa, aku pecat kau terus!” kata Lela. Luqman memandang Lela.
“Kau ni over!” kata Luqman. Lela tersengih – sengih.
“Katakan pada dia, aku minta maaf. Kalau dia nak
balik, esok kita balik. Tak perlu tunggu lusa” kata Luqman. Lela mengangguk
faham. Dia kemudiannya masuk ke dalam dan menemani Amy hingga dia tertidur.
**************************
Jiji mendapatkan Amy yang baru saja menunaikan solat
subuh. Dia memegang pipi Amy.
“Sakit lagi Cik Amy?” soal Jiji. Amy menggeleng
kepala.
“Jiji... boleh jangan panggil saya ‘cik’ lagi?.
Banyak kali saya minta tapi awak semua masih panggil begitu. Kita juga sahabat
bukan?. Panggil saya Amy” pinta Amy. Jiji mengangguk. Turutkan sahaja segala
yang di mahukan oleh Amy.
“Luqman kata kalau cik... eh.. Amy nak balik pagi
ni, kita semua boleh balik” kata Jiji. Amy menggeleng.
“Saya buat percutian ini pun untuk awak semua.
Bergembiralah ya. Jangan difikirkan pasal saya. Lagipun esok kita cuti am.”
Senyum Amy. Kafenya hanya beroperasi pada hari isnin hingga jumaat sahaja. Hari
sabtu dan ahad adalah hari cuti buat mereka. Percutian ini harus dinikmati oleh
mereka semua... fikir Amy.
Setelah sarapan sudah sedia, mereka yang lain semua
duduk bersama untuk bersarapan bersama. Amy tiada di situ. Luqman agak kesal
dengan apa yang terjadi.
“Mana Amy?” soal Luqman pada Lela.
“Dia ada di bilik. Tak lapar katanya” beritahu Lela
dan kemudiannya menjeling tajam kepada Mona. Hakim yang tahu akan sikap buruk
Mona itu telah memarahi Mona malam tadi. Adiknya itu terlalu mementingkan diri.
“Bawakan nasi goreng ini pada Amy ya... dia sukakan
nasi goreng sardin ni” suruh Luqman. Jiji membawanya masuk ke dalam bilik. Amy
mengangkat kening. Memandang Jiji.
“Luqman suruh hantar ke bilik Amy” terang Jiji. Amy
hanya mengangguk.
“Hari ini kalau Jiji dengan Lela nak ke mana – mana
pergilah ya?. Saya mahu berehat di sini saja. Macam tak sihat pula” Amy memberi
alasan. Tidak mahu bertembung dengan mona dan Luqman. Tiada apa yang boleh
dilakukan oleh Jiji selain mengangguk faham.
Setelah memastikan mereka yang lain sudah pergi
bersiar – siar di pekan, Amy keluar dari biliknya. Dia duduk di pangkin dengan
muka yang masam mencuka. Sedih mengenangkan peristiwa yang berlaku malam tadi.
Dia kesal Luqman tidak menyebelahinya langsung. Amy mengambil ranting kayu dan
di belek – beleknya. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia pulang pada malam itu
juga.Amy termenung jauh.
“Masih marahkan saya?” soal suara yang amat Amy
rindui. Amy tidak mahu menoleh ke belakang. Dia terus bangun dan mahu berlalu
tetapi tangannya di tarik oleh Luqman.
Amy duduk membelakangi Luqman.
“Sayang masih marahkan saya?. Saya minta maaf ya”
ujar Luqman dengan lembut. Tiada respon dari Amy. tidak mahu ambil tahu lagi.
“Saya tahu semuanya. Saya tak marahkan Amy
sebenarnya. Saya panggil Amy berkali – kali tapi Amy masih dengan rasa marah
Amy. Saya terpaksa meninggikan sedikit suara saya. Berkesan bukan?.” Luqman
berdiri dan duduk di sebelah Amy.
Amy beralih sedikit. Tidak mahu terlalu dekat dengan
Luqman. Hatinya masih sakit.
“Mona tak menceritakan kesuluruhan ayat saya yang
sebenarnya. Ya, betul saya ada kata awak mengada sedikit tapi sikap itu yang
membuatkan saya gembira dan bahagia, sayang. Awak boleh tanya Hakim. Dia ada
bersana kami waktu itu” terang Luqman. Amy memandang wajah Luqman.
“Saya tak mahu kawan dengan awak lagi, Luqman”
mukanya masih monyok. Luqman tersenyum. Dia memegang jari jemari Amy yang
runcing dan halus.
“Maafkan saya ya, sayang” pinta Luqman. Setelah agak
lama dipujuk akhirnya Amy mengangguk. Hati Luqman lega. Benar kata Mak Biah,
Amy ini hatinya senang lembut kalau kena dengan gayanya.Luqman membetulkan
ikatan rambut Amy yang agak senget.
“Yang sayang pergi tonyoh muka dia dengan tanah
kenapa?” soal Luqman. Amy menjungkit bahu. Waktu itu dia marah, tidak sedar apa
yang telah dia lakukan.
“Garang betul sayang saya ni” sambung Luqman lagi.
Amy ketawa terkekeh- kekeh.
“Ya lah... dia tampar saya. Sakit tau!” kata Amy.
Luqman memegang pipi Amy.
“Ala.. kesiannya sayang saya ni”
“Ya... la!.. sebelum tu dia kilas tangan saya”
“Mana?” soal Luqman.
“Sini!” tunjuk Amy. Luqman menggosok lengan Amy.
Dengan manja Amy melentokkan kepalanya di bahu Luqman. Hatinya sudah terubat
kini. Dia juga tidak suka bergaduh dengan Luqman. Dia mahu sentiasa bersama
Luqman. Amy suka dipujuk oleh Luqman. Nampak sifat penyayang dalam diri Luqman.
Hatinya berbunga – bunga apabila Luqman memanggilnya dengan panggilan ‘sayang’.
Mereka berdua menghabiskan masa bersama di luar
kawasan rumah penginapan. Banyak yang mereka bualkan. Hati Luqman lega apabila
melihat Amy ketawa seperti selalu. Dia masih berasa kesal dengan apa yang
berlaku semalam. Luqman tidak mahu Amy terluka lagi. Dia akan melayan kerenah
Amy dengan penuh kasih sayang. Tidak lama selepas itu mereka semua pulang ke
rumah penginapan dengan senyuman lebar apabila melihat Amy dan Luqman sudah
berbaik seperti sediakala.
Mona tiada. Luqman agak hairan. Dia mendapatkan
Hakim.
“Mana Mona?” soal Luqman.
“Aku kenal adik aku, aku tak mahu dia rosakkan
hubungan kau dengan Amy. Aku dah hantar balik rumah” kata Hakim. Luqman
tersenyum. Amat berterima kasih dengan Hakim yang sentiasa memahaminya sejak
dari dulu lagi. Hari ini hari terakhir mereka di sini. Luqman mahu memastikan
kesemua rakannya bergembira. Lebih – lebih lagi jantung hatinya yang amat manja
itu.
*************************************
“Papa dengar Amy pergi jungle tracking?” soal Dato
Kamal setelah Amy melawatnya di rumah. Dato Kamal menyimpan kopiahnya di dalam
kocek baju melayu.
“Iya papa. Seronok tau!. Bila – bila nanti kita
pergi nak?” soal Amy. Dato Kamal cepat – cepat menolak.
“Tak nak papa!. Nak pinggang papa patah ke?” soal
Dato Kamal. Amy ketawa besar.
“Amy bahagia sekarang?”
“Ya papa” senyum Amy.
“Kerana chef kacak tu ke?” usik Dato Kamal. Amy
gelak lagi. Dia duduk di sebelah Dato Kamal. Pembantu rumah Dato Kamal
tersenyum melihat gelagat Amy bersama Dato Kamal. Fikri yang baru saja pulang,
duduk di hadapan mereka berdua.
“Abang ni sejak bertunang dengan Qaseh, langsung tak
nampak batang hidung!” perli Amy.
“Batang hidung saja... yang lain nampak kan?” Fikri
berdalih.
“Amy.. cepat – cepatlah kahwin. Abang pun dah nak
kahwin ni” sengaja mahu membuatkan Amy malu.
“Abang kahwin sajalah. Amy tak ada calon lagi” kata
Amy. cuba mengelak. Dato Kamal mencebik.
“Habis tu.... Luqman tu macam mana?” soalan Dato
Kamal itu membuatkan muka Amy merah menahan malu.
“Ala papa ni....” Amy mencubit lengan Dato Kamal.
Dia mahu lari dari semua soalan usikan dari papa dan abangnya. Amy cepat –
cepat meminta diri untuk pulang.Dato Kamal tahu Amy malu. Dia sengaja mahu
menggalakkan Amy untuk cepat berkahwin. Dia sudah lama teringin untuk menimang cucu.
Amy terus pulang setelah bersalaman dan memeluk tubuh Dato Kamal yang sudah
berisi itu.
Dalam perjalanan pulang, Amy terserempak dengan
kereta Luqman di sebuah restoran berhampiran kawasan rumah Dato Kamal. Amy
memberhentikan keretanya. Dia mengintai – ngintai seperti seorang perisik di
sebalik keretanya. Beberapa orang yang lalu di situ menggeleng – geleng kepala
melihat Amy yang seperti orang tidak betul. Dia lihat Luqman bersendirian
sambil meneguk air. Amy agak hairan. Luqman seperti menunggu seseorang.
Mata Amy terbeliak dan mahu terjojol apabila melihat
wanita yang baru saja sampai itu terus memeluk Luqman sambil tersenyum gembira.
Hati Amy bagai dipijak – pijak dengan gergasi. Dia lihat wanita itu memegang
tangan Luqman dengan bahagia .
“Siapa pula minah ni?.... ni kalau aku smack down
mahu pening sebulan minah ni!” bebel Amy. dia serba salah. Mahu pergi
mendapatkan Luqman atau pun tidak. Amy nekad. Dia mahu Luqman terperanjat besar
melihat dia ada di sana. Amy mengatur langkah dan berdiri di hadapan Luqman dan
wanita tadi.
“Amy?” Luqman sedikit terkejut. Amy merenung wajah
wanita yang berkulit hitam manis itu. Wanita itu juga terkejut. Amy terus duduk
di sisi Luqman. Dipautnya lengan Luqman dengan kuat.
“Kenapa ni?. Sayang dari mana?” soal Luqman. Dia
berpandangan dengan wanita itu.
“Nampak tak dia panggil saya sayang?” soal Amy.
tersenyum bangga.
“Abang panggil saya apa?” soal wanita itu pula.
Luqman menggaru kepala.
“Manja” jawab Luqman. Jujur!. Amy menggetap bibir.
Dia merapatkan lagi badannya di sisi Luqman.
“Hmm.... bila nak ikut Amy balik rumah jumpa papa,
sayang?” soal Amy. wanita itu tersenyum.
“Abang... balik ya, bilik abang Lulu dah kemas. Baliklah
dan dalam bilik tu kita boleh main...” belum sempat wanita itu meneruskan
ayatnya, Amy sudah pun bangun dengan perasaan marah. Wanita itu ketawa.
“Awak kata awak sayang saya. Awak sayangkan dia?”
soal Amy. Luqman mengangguk lagi.
“Sayanglah...” jawab Luqman. Muka Amy merah padam. Dia
terus berlari ke keretanya. Luqman terpaksa mengejar Amy dengan cepat. Nasib Luqman
baik kerana Amy masih belum menghidupkan enjin keretanya. Amy sudah menangis. Amat
marah pada Luqman yang menduakannya. Wanita itu turut mengekori Luqman.
“Sayang... kenapa ni?’ soal Luqman dengan nada
memujuk. Dia juga ingin ketawa tetapi ditahannya sahaja.
“Kenapa awak curang dengan saya. Lepas tu main pula
tu... main apa?” soal Amy.
“Main monopoly Kak Amy.... saya Lulu satu – satunya adik
Abang Maman” Lulu menghulurkan salam. Amy memandang Luqman yang sudah pun
ketawa. Lulu juga tersengih – sengih.
“Tipu...” Kata Amy.
“Betul sayang..”kata Luqman.
“Kak Amy ni...... cemburu juga ya” sengih Lulu. Amy
menekup mukanya dengan tapak tangan. Malu tak terkata. Kalaulah aku tak terus
menyerang tadi.... fikirnya. Luqman dan lulu masih ketawa besar. Amy keluar
dari kereta dan terus bersalaman dengan Lulu. Dengan rasa penuh hormat, Lulu
memeluk Amy dan berbisik ke telinga Amy.
“Terima kasih membahagiakan Luqman. Dialah abang,
ibu dan ayah pada saya”
Amy merenung mata Lulu yang berkaca.
“Begitu sekali?” soal Amy. Lulu memandang wajah
abang satu ibu dan bukan sebapanya dengan penuh rasa kasih.
“Kak Amy tak tahu betapa besar jasa abang Maman pada
Lulu. Dia juga yang membesarkan Lulu selama ini” kata Lulu. Luqman menggosok
mesra kepala Lulu. Luqman mencium dahi adiknya. Amy buat – buat muka comel.
“Kenapa?” soal Luqman.
“Nak juga...” kata Amy. Luqman mengerutkan
keningnya. Amy menunjuk dahinya. Ingin dicium seperti Lulu. Luqman dan Lulu
ketawa.
“Sayang ni...” Luqman terus mengucup dahi Amy
seketika. Bibir Amy tersenyum lebar.
“Manja sangatlah Kak Amy ni” gurau Lulu. Amy ketawa.
Dengan hati yang lega, Amy mengajak Lulu dan Luqman
makan bersama di restoran kawan Dato Kamal yang berada tidak jauh dari situ. Melihatkan
kasih sayang antara Luqman dan Lulu membuatkan Amy yakin, Luqman adalah lelaki
terbaik untuknya. Dia juga dapat merasakan keserasian antara dia dan Lulu yang
jarak umur di antara mereka hanya setahun.
Yang pasti, dia akan berbaik – baik dengan bakal
adik iparnya...
wah daring betul amy ngan lukman.xkawen lg nie....ish3.ble dorg nk kawen?????mst frust giler c hady nnt kan???
ReplyDeletehehehehe...
Deleterasa - rasanya kahwin tak?
ke... hady potong jalan Luqman?
penuh ngan question mark ni...
nak bagi kawen ke idak ye?....
x per... cik jah tunggu yek :)