BAB 20
Amy menangis di biliknya. Qaseh yang datang
melawatnya tidak dapat berbuat apa – apa. Amy menangis dan terus menangis. Dia
teringatkan kata – kata Luqman seminggu yang lalu.
Menurut Luqman dia akan buatkan kek coklat yang
besar dengan belahan strawberry di keliling kek itu. Di bawahnya pula Luqman
mahu meletakkan mentega kacang kesukaan Amy. agar Amy boleh mencicah strawberry
itu dengan mentega kacang. Boleh meratahnya. Kemudian Luqman mahu menulis di
atas kek itu dengan tulisan... MANISAN UNTUK SI MANIS AMY HANISSA....
Amy ketawa terkekeh – kekeh ketika mendengarnya.
Luqman berjanji akan membuatnya sebagai salah satu hadiah untuk majlis
ulangtahun hari lahirnya nanti. Semakin dia mengingati Luqman.. air matanya
semakin laju menitis.
“Papa zalim kerana suruh Luqman ceraikan Amy” kata
Amy. Qaseh mengusap kepalanya.
“Cuba kalau Qaseh di tempat Amy, apa Qaseh rasa?’
soal Amy. Qaseh hanya membisu. Dia juga kasihankan sahabat baiknya itu. Dia
tidak mampu melawan kata bakal bapa mertuanya yang sememangnya degil.
“Papa mahu Amy kahwin dengan Hady semula” beritahu
Qaseh. Amy terkejut. Memandang Qaseh dalam – dalam. Qaseh mengangguk.
“Semalam Hady datang ke pejabat. Qaseh curi – curi
dengar”
“Amy masih isteri orang. Kenapa papa jadi begini?”
soal Amy.
“Abang Fikri juga terskejut. Papa seperti terdesak.
Kami pun tak faham. Soal agama pun papa dah buat main” Qaseh turut sama
terjelepok. Merenung ke luar.
“Tolonglah Amy.. Qaseh. Amy tak mahu Hady.. Amy mahu
Luqman!” rayu Amy.
“Qaseh... bawa Mak Biah ke sini” pinta Amy. Qaseh
terdiam.
“Papa dah halau Mak Biah. Sekarang Mak Biah di
kampug” beritahu Qaseh. Terbeliak biji mata Amy mendengarnya.
“Apa salah Mak Biah?” soal Amy lagi.
“Mak Biah bertelagah besar dengan papa pasal Luqman.
Amy tahu, Mak Biah mempertahankan Luqman dan Amy habis – habisan tapi apa daya
dia, rumah Amy itu milik papa. Tapi Amy jangan risau, setiap bulan Abang Fikri
beri duit dan bawakan barang dapur buat Mak Biah” terang Qaseh.
Amy memeluk Qaseh. Mujurlah bakal kakak iparnya itu
seorang yang amat memahami. Dia tahu Mak Biah memang amat menyayangi dirinya
dan Luqman. Amy hanya mampu menunggu Luqman .
Atas permintaan Dato Kamal, Luqman datang ke
pejabatnya. Dia tidak takut bersua muka dengan lelaki di hadapannya itu. Dia
memandang wajah Dato Kamal tanpa rasa gentar.
“Aku bayar kamu dua juta ringgit. Ceraikan Amy dan
kamu boleh buka restoran lima bintang dengan duit itu” Dato Kamal mencampakkan
sekeping cek di atas mejanya.
“Simpan sahaja duit Dato tu. Simpan untuk anak –
anak Fikri nanti” jawab Luqman. Dato Kamal membulatkan matanya.
“Anak luar nikah yang tak sedar diri!”
“Kenapa dato pasti sangat yang saya ni anak luar
nikah?. Dato ada hubungan apa – apa dengan ibu saya hingga Dato begitu pasti
taraf saya?” soalan Luqman itu membuatkan tangan Dato Kamal menggigil geram.
Menahan marah.
“Saya bukannya anak dato dan Som Sammy. Saya anak Kalsom
dan Johan. Anak Dato itu dah meninggal beberapa minggu selepas pernikahan ayah
saya dengan ibu saya, Dato” senyum Luqman. Dato Kamal bangun dari kerusinya.
“Biadap kamu!!!” Dato kamal mahu menampar Luqman
tetapi tangannya dipegang dengan kuat oleh Luqman.
“Jika ini bukan tangan ayah kepada Amy hanissa,
sudah lama saya patahkan. Jangan ingat saya hanya tahu memasak Dato. Saya juga
seorang suami yang mampu melindungi isteri saya dari sebarang bahaya. Berterima
kasihlah pada Amy kerana cintanya itu menghalang saya dari mencederakan seorang
lelaki yang amat bongkak dengan wang ringgitnya. Simpan sahaja duit itu kerana
anak saya dan Amy tidak perlukan kemewahan untuk hidup bahagia” Luqman
melepaskan tangan Dato Kamal dan terus keluar. Dato Kamal terkedu. Terkejut
dengan tindakan dan kata – kata Luqman tadi. Dia memejamkan matanya.
Ayu yang membuka pintu untuk Luqman tersenyum
bahagia melihat lelaki yang dicintainya itu berada di hadapannya. Puan Kalsom
juga mendapatkan Luqman. Dengan senyuman manis Ayu ke dapur membancuh air teh
buat Luqman.
“Panggilkan Lulu” suruh Luqman. Ayu dengan segera
naik ke bilik Lulu. Setelah semuanya ada di hadapannya, Luqman menarik nafas
dalam – dalam untuk memulakan bicara.
“Ibu kenal Kamal Zain?” soal Luqman. Puan Kalsom
nampak begitu terperanjat. Mukanya mula merah padam.
“Ibu kenal kamal Zain?” ulangi Luqman. Perlahan –
lahan Puan Kalsom mengangguk.
“Dia ialah ayah Amy.. isteri Luqman” Luqman
memandang tepat ke dalam anak mata Puan Kalsom yang sudah pun mula berkaca.
“Apa?....” Puan kalsom kehilangan kata – kata.
“Maman seperti mahu mati ibu, Dato kamal tak
merestui hubungan kami kerana bencikan Maman. Ibu juga bencikan Amy. Maman tak
tahu kenapa darah daging kami sendiri tak mahu lihat kami hidup dengan bahagia.
Ibu dan dato Kamal sama sahaja... membenci kami tanpa apa – apa alasan” mata
Luqman mula berair. Tidak dapat menahan rasa sakit di hatinya.
“Ayu.. bukan abang tak nampak ayu dan bukan abang
membenci Ayu. Jangan buang masa Ayu dengan menunggu abang lagi. Banyak lagi
lelaki yang lebih layak daripada abang ni. Ayu berhak dapat lelaki yang benar –
benar menyayangi Ayu. Hati abang hanya pada Amy.... hanya pada titi” ujar
Luqman.
Puan Kalsom dan Ayu memandang Luqman. Sudah lama
mereka tidak melihat Titi.
“Luqman nak kahwin dengan Titi juga?” soal Puan
Kalsom. Sangat keliru.
“titi itu adalah Amy, ibu. Dia sanggup menyamar jadi
orang gaji semata – mata mahu dekat dengan Maman dan ibu. Dia sanggup buat
semuanya demi mertua yang tak pernah menyayangi dirinya. Dia yang basuh najis
ibu tanpa sebarang rungutan sewaktu ibu sakit dahulu. Ibu rasa anak jutawan
mana yang sanggup buat semua itu?” Luqman memandang wajah Puan Kalsom yang mula
sayu.
“Abang tak mampu cintakan Ayu walaupun sedikit?’
soal AYu. Kali ini dia tidak menangis.
“Tidak, Ayu. Abang sayangkan Ayu sebagai adik abang
sendiri. Maafkan abang”
“Ayu doakan kita sama - sama dapat cinta kita. Ayu tak tahu kenapa
kali ini hati Ayu tak sedih. Mungkin Allah dah tutup hati Ayu dari terus
menagih cinta abang. Bila dengar penjelasan ini keluar dari mulut abang, Ayu
lebih lega sekarang” Ayu tersenyum. Ada juga sedikit kesakitan di jiwanya
tetapi melihat Luqman terseksa begitu, ianya lebih menyakitkan!.
“Amy anak Kamal Zain. Dia tak terima Maman kenapa?”
soal Puan Kalsom.
“Katanya Maman anak luar nikah” jawab Luqman. Puan
Kalsom memejam matanya. Menggenggam jari jemarinya. Tangan kirinya menyentuh
dada.
“Ibu akan pastikan Amy akan jadi menantu ibu
walaupun terpaksa berhadapan dengan lelaki durjana tu. Berani dia jatuhkan
maruah anak ibu!” jerit Puan kalsom. Lulu terkejut. Tetapi kata – kata ibunya
itu membuatkan hatinya senang.
“Jangan senang – senang kau nak jatuhkan maruah anak
aku, Kamal. Cukup aku ditipu dahulu” geram Puan Kalsom. Luqman tergamam.
“Kita dapatkan Amy kembali. Ibu janji” Puan Kalsom
bersungguh – sungguh.
Mahu tergelak pula Lulu apabila melihat gaya ibunya
bagai pahlawan melayu.Tun Teja!
********************************
Hady datang
ke rumah Dato Kamal. Utnuk makan malam bersama. Fikri memanggil adiknya turun.
Sayu hati Fikri melihatkan tubuh Amy yang semakin susut. Amy menjeling tajam
memandang Hady yang tersenyum bahagia di sisi papanya.
“Amy tak lapar” kata Amy.
“makan sekali” arah Dato Kamal. Amy terpaksa
menuruti.
Amy duduk berhadapan dengan Hady. Dato Kamal
memandang Hady dan Amy bersilih ganti.
“Kau tak rasa diperalatkan?” soalan Amy itu
membuatkan hady terdiam.
“Amy!” Dato Kamal memberi peringatan.
“Hormati tetamu”
“Tetamu?. Papa fikir Amy setuju untuk berkahwin
dengan Hady selepas papa memaksa Luqman menceraika Amy?” soal Amy. Fikri
memegang tangan adiknya. Dia menggeleng kepala. Isyarat untuk Amy berhenti
bertelagah.
“Abang cintakan Amy” Hady bersuara. Amy mengambil
gelas disebelahnya dan dilemparkannya ke tingkap. Terkejut mereka semua dengan
tindakan Amy. gelas itu pecah dan kaca bersepah merata – rata.
“Kalau kau nak tahu, macam tu lah hati aku!” jerit
Amy. terus berlari naik ke biliknya.Dato kamal cuba mengejarnya tetapi dihalang
oleh Fikri.
“Sudah papa!.. jangan seksa dia lagi” ujar Fikri.
“Kamu diam Fikri!. Papa mahu dia bahagia dan hidup
dengan orang yang betul”
“Betul sangatlah Hady tu. Suruh dia pulang dan jaga
anak dia dengan Nafisah yang dia ceraikan tu. Dia memang padan dengan Nafisah.
Sama – sama curang” sengaja dikuatkan suaranya. Hady tunduk.
“Tak payah nak tunduk. Balik ambil air wudhu’ pergi
sembahyang. Minta ampun pada Allah. Jangan susahkan hidup adik aku lagi!” Dato
kamal hanya membisu. Angin Fikri sudah datang. Dia tahu benar sikap Fikri kalau
dia naik angin... semua orang akan dimarahinya.
Dengan langkah yang berat Hady pulang ke rumahnya.
nampaknya rancangan untuk mendapatkan Amy kembali tidak akan berjaya. Hady
hanya menunggu waktu yang sesuai untuk memujuk Amy agar kembali ke pangkuannya
semula.
********************
Fikri menghubungi Luqman agar datang ke rumahnya.
Luqman teragak – agak untuk pergi. Tidak mahu berbalah dengan Dato Kamal. Belum
sampai ke pintu pagar banglo milik Dato kamal, Fikri sudah menanti Luqman
dengan senyuman manis. Lampu kereta Luqman dipadam. Suasana malam yang sunyi
itu membuatkan tubuhnya merasa sedikit sejuk. Kebelakangan ini hujan turun beberapa
kali dalam seminggu. Luqman memakai baju panasnya.
“Masuklah... pergi teman Amy di dalam” arah Fikri.
Terkejut Luqman mendengarnya.
“Kau nak dengar perang dunia ke?’ soal Luqman. Fikri
ketawa.
“Papa ke Dublin. Ada urusan pejabat” sengih Fikri.
‘jangan risau... aku dah bagi amaran pada semua
orang gaji dalam rumah ni. Diorang pun kesian tengok Amy. kurus sekarang ni”
adu Fikri.
Luqman membuka pintu bilik Amy. hatinya luluh
melihat Amy yang tidur kesejukan. Memeluk selimut. Luqman duduk di tepi katil.
Diusapnya rambut Amy yang semakin panjang. Dia mengambil selimut di tangan Amy
dan menyelimut tubuh Amy dengan kemas. Luqman membetulkan kedudukan kepala Amy
di bantal. Sewaktu Luqman ingin berlalu tangannya ditarik oleh Amy.
“Abang nak pergi mana?” soal Amy. Luqman menoleh.
Dia tersenyum.
“Abang tidurlah dengan Amy” rayu Amy. Luqman terus baring di sebelah Amy. malam ini Amy mampu
tersenyum memeluk suami yang amat dirinduinya. Yang pasti, jasa abangnya itu
tidak mampu dibalasnya. Memang abangnya itu seorang abang yang sangat baik
hatinya.
****************************************
Amy bangun dari tidur. Dia lihat Luqman sudah tiada
di sisinya. Amy bangun menghampiri Fikri yang sedang bersarapan.
“Mana Luqman?” soal Amy. Fikri ketawa.
“Amboi... dah dah lah. Abang bagi can tu dah kira ok
tau. Abang suruh dia balik lepas dia solat subuh tadi. Buatnya orang nampak,
nahas kita” bebel Fikri.
“Terima kasih abang” ucap Amy.
“Abang bukannya apa, selagi Amy tak bahagia, abang
tidak akan kahwin. Abang berdoa agar
masalah ni cepat selesai. Abang pun tak tahan tunggu lama – lama ni. Kesian
Qaseh tu” sengih Fikri. Amy tergelak besar. Sudah lama Fikri tidak lihat
keceriaan seperti itu di wajah adiknya.
Fikri melurut rambut Amy. menyentuh pipi Amy yang
agak cengkung.
“Abang akan menjadi abang yang sebenar bila dapat
merebut kembali kebahagiaan Amy. demi Amy.. abang akan lakukan apa saja kerana
Amy juga sebahagian dari rasa bahagia yang abang miliki” luah Fikri. Amy cuba
memberi senyuman yang paling manis.
“jangan berikan senyuman ini buat abang selagi abang
tidak menghadiahkan Luqman sepenuhnya ke pangkuan Amy” ujar Fikri lagi.
“Menjadi adik abang sudah pun membuatkan Amy bangga.
Jangan ditanggung beban yang tidak perlu abang tanggung. Bantuan abang pun
sudah cukup untuk membuktikan betapa abang mengasihi Amy”. tubuh Fikri dipeluk.
Amy dapat rasakan kasih sayang itu meresap ke seluruh jiwa dan hatinya.
Kadangkala dia sendiri terfikir kasih sayangnya terhadap Fikri melebihi rasa
sayangnya terhadap Dato Kamal.
************************
Fikri membawa Amy ke rumah Puan Kalsom. Luqman
menceritakan semuanya tentang permintaan ibunya untuk bertemu satu – satunya
menantu perempuannya. Amy sedikit gentar. Langkah kakinya tidak pantas seperti
dia menjadi ‘Titi’ dahulu. Rumah yang biasa diuruskannya dahulu mengundang rasa
rindu untuk berbual denga mertuanya. Gelak tawa Puan Kalsom selalu membuatkan
Amy tersenyum. Amy belum masih mampu mendongak. Masih tunduk ke bawah. Tidak
pasti sama ada Puan Kalsom benar – benar sudah menerimanya.
Air mata Puan Kalsom yang tumpah dahulu. Dia
rindukan titi .... Amy Hanissa yang pernah melayan semua kerenahnya. Puan
Kalsom tidak dapat menahan diri dari memeluk Amy. pelukan Puan kalsom itu
membuatkan Amy tersentak. Dia memandang Luqman yang tersenyum puas memandang
wajahnya yang sedikit terkejut. Luqman mengangguk dan menggosok kepala Amy.
“Maafkan ibu” pinta Puan Kalsom. Melepaskan
pelukannya perlahan – lahan. Amy menyapu titik jernih yang mengalir di pipi
Puan Kalsom.
“Maafkan Amy juga, ibu” Amy mengucup tangan Puan
kalsom. Lulu yang kebetulan ada di rumah memeluk lengan Luqman. Saat ini adalah
saat yang paling di nantikan. Saat rasa bahagia dalam diri abangnya.
“Kita bina hidup baru” Puan Kalsom tersenyum. Amy
mengangguk.
“Tapi Amy perlu pulang dulu makcik. Nanti kita akan
uruskan bersama. Papa saya akan pulang malam ini.” Bicara Fikri.
“Amy Hanissa!!!!!” jerkahan dari luar rumah itu
membuatkan semua yang berada di dalam rumah keluar.
“Papa!” Fikri terkejut. Cepat – cepat dia memeluk
Amy.
“Pulang sekarang!” bentak Dato Kamal.
“Jangan sesekali kau sentuh menantu aku Kam!” suara
Puan Kalsom agak keras. Dato Kamal memandang Puan Kalsom dengan pandangan yang
penuh dengan kebencian.
Serta merta kenangan mereka bersama berputar di
ruang memori. Puan Kalsom memegang dadanya. Menahan rasa marah yang disimpannya
berpuluh tahun. Dia nekad demi Luqman. Kasih sayang Luqman telah mengajarnya
untuk menjadi manusia yang lebih baik. Lebih pandai mengahrgai.
“Dulu kau pernah hancurkan hidup aku dan jangan kau
fikir yang kau bisa menghancurkan hidup anak dan menantu aku” kali ini mata
Puan Kalsom dan Dato Kamal bertentangan.
“Dia adalah anak halal yang lahir dari rahimku
dengan Johan. Benih haram yang kau tinggalkan itu sudah gugur. Tetapi rasa
benci kerana dianiaya lelaki hina seperti kau tak pernah gugur dari ingatan
aku!. Sesungguhnya anak aku ini lebih mulia daripada kau”
Dato Kamal mengecilkan matanya. Tali lehernya dilonggarkan. Rasa
seperti mahu menampar pipi wanita yang pernah menjadi miliknya suatu masa dahulu.
“Kalau dari darah keturunan kau, pasti semuanya
hina!!” Dato Kamal terus menarik tangan Amy tetapi ditahan oleh Luqman.
“Dia isteri saya. Saya lebih berhak Dato” tenang
saja tutur kata Luqman.
Dato Kamal memandang Amy.
“Amy cintakan Luqman. Dia suami Amy!” rayu Amy. Dato
Kamal memegang dadanya. Mukanya merah. Tidak sampai seminit dia telah pun rebah
ke bumi. Fikri dan Amy panik. Terus memeluk tubuh Dato Kamal yang terbaring di
halaman rumah Puan Kalsom. Kali ini Amy benar – benar seperti mahu mati. Dia
sendiri tidak tahu Dato Kamal menghidap sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Tanpa melengahkan masa mereka semua menghantar Dato
Kamal ke hospital kecuali Puan Kalsom. Tidak ingin melihat wajah Dato Kamal
walaupun seketika.
Amy memeluk tubuh Dato kamal yang masih belum sedar.
Fikri dan Qaseh memujuk Amy yang tidak henti – henti menangis. Fikri meminta
Luqman dan Lulu pulang ke rumah. Tidak mahu Dato kamal menjadi tegang dengan
kehadiran mereka di situ.Peguam Dato kamal menghampiri Amy.
Mereka berdua duduk di sofa untuk berbincang. Agak
berat bagi Encik Hatim, peguam Dato kamal yang telah lama berkhidmat bersamanya
memulakan bicara.
“Ini bukan mengenai undang – undang. Ini adalah
pesanan Dato kamal semasa kami berdua ke Dublin tempoh hari. Katanya, jika Amy
masih mahukan Luqman dia akan berundur dan pergi jauh dari hidup Cik Amy.
tetapi katanya Cik Amy tak perlu risau kerana Cik Amy tetap akan mendapat harta
yang sememangnya menjadi hak Cik Amy. dia akan serahkan semuanya pada Encik
Fikri dan Cik Amy sebelum pergi membawa diri. Dia akan mati di mana pusaranya
tidak akan ditemui oleh cik Amy. dia
akan mati sebagai seorang ayah yang sangat kecewa kerana anaknya tidak sanggup
berkorban seperti mana dia sanggup lakukan apa sahaja demi anak – anakmya”
terang Encik Hatim panjang lebar.
Amy meraung. Rasa bersalah yang amat sangat. Fikri
tunduk. Dia sendiri tidak sangka perkara itu akan diluahkan papanya. Fikri
memeicit – micit dahinya. Hatinya luluh apatah lagi Amy. pada saat ini Amy rasa
dialah anak paling tak berguna di dalam dunia. Dia menjadi buntu. Dia cintakan
Luqman tetapi juga amat menyayangi papanya. Amy bangun. Menghampiri Fikri.
“Beritahu Luqman.... cinta Amy tak pernah hilang
untuknya. Amy adalah manusia malang kerana terpaksa memilih suami dengan ayah
kandung dunia dan akhirat. Jika luqman kecewa , Amy lebih kecewa. Malah
kematian itu bukan tandingan jika dibandingkn rasa sakit yang ada dalam hati
Amy ini. Selepas papa sedar, katakan padanya Amy tak mahu harta berjuta. Amy hanya
mahu papa yang menyayangi Amy dunia dan akhirat. Amy juga mahukan Luqman tetapi
ianya sudah berakhir..... terpaksa berakhir!. Amy hanya mampu teruskan hidup
dengan cinta Luqman. Cinta yang hanya Amy kecapi sementara cuma. Abang... Amy
akan pergi dari sini. Amy hanya akan membiarkan takdir berjalan dengan
sendirinya. Amy tidak mahu dan tidak sanggup diceraikan Luqman. Jika Luqman
sudah benci dan lupakan Amy... biarkan itu berlaku. Sesungguhnya Amy
menghalalkan segala nafkah yang Luqman tidak penuhi selepas ini. Jika ada
seorang wanita mampu membuatkan Luqman tersenyum, kahwinilah dia .. amy
merelakannya. Abang jadi saksi Amy.... dengan sumpah yang tulus dari hati Amy,
tidak akan ada lelaki lain yang akan menjadi suami Amy selepas ini melainkan
Luqman bin Johan” panjang lebar Amy berbicara sebelum keluar dari wad
persendirian Dato kamal.
Air mata Fikri sudah tidak dapat disekat lagi. Qaseh
juga sudah pun mengalirkan air mata. Dia pasti Amy sangat merana pada waktu
ini.
“Abang gagal jadi abang yang baik. Dia merana Qaseh.
Jika tiada rasa bahagia dijiwanya... abang juga semestinya tidak akan bahagia”
tutur Fikri.
Qaseh merenung wajah Dato Kamal. Jikalah papa tahu
bagaimana besarnya pengorbanan Amy untuk membuktikan rasa kasih sayangnya,
sudah tentu papa tak sanggup memusnahkan kebahagiaannya dengan sekelip mata
sahaja. Timbul juga rasa geram dengan kedegilan Dato kamal yang menjadi
penghalang kebahagiaan sahabat baiknya itu.
Dato kamal mula membuka matanya setelah hampir tiga
hari tidak sedarkan diri. Fikri menghampiri katil Dato kamal.
“Papa..” panggil Fikri.
“mana Amy?” soalan pertama yang keluar dari mulut
dato Kamal.
“Dia sedang bersiap untuk tinggalkan Malaysia” jawab
Fikri dengan nada yang sangat perlahan. Hampir tidak dapat didengarinya.
“Kenapa?. Amy tidak mahu lihat papa?”
Fikri tidak mahu menjawab. Dia lebih senang membisu.
Berdiam diri itu lebih baik. Yang pasti Amy sudah pun berada di luar negara.
Atas permintaan Amy dia tidak mahu sesiapa oun tahu di mana dia berada.
Fikri yang sedia maklum situasi Amy hanya mengikut
rentak Amy. Hati Amy terlalu banyak calarnya. Dia sendiri belum memberitahu
Luqman tentang pemergian Amy ke luar negara. Petang ini dia harus menyelesaikan
perkara ini dengan Luqman. Walau seberat mana pun, itu adalah tanggungjawab
yang terpaksa dipikulnya dengan berat hati.
Petang itu Luqman menanti kedatangan Fikri di
rumahnya. Puan kalsom juga begitu. Lulu sahaja tiada di rumah. Terpaksa
bekerja.Fikri duduk menghadap Luqman sebaik sahaja tiba di rumahnya. Luqman
hanya menanti butir – butir perkataan yang bakal dikeluarkan abang iparnya itu.
“Amy terpaksa pergi kerana keadaan yang terlalu
memaksa. Katanya dia akan mencintai kau sehingga akhir hayatnya” kata Fikri.
Luqman terkedu. Tersandar tubuhnya ke belakang. Bagai tidak percaya apa yang
didengarinya saat ini.
“Dia tak cintakan aku lagi?’ soal Luqman.
Fikri menggeleng. Menafikannya.
“Dialah wanita yang sentiasa mencintai kau. Papa aku
seperti mengugut mahu memutuskan talian darah jika dia tidak pergi dari hidup
kau. Dia tidak mahu kami tahu pusaranya kalau dia sudah tiada lagi. Kau sendiri
tahu bagaimana sayangnya Amy pada papa. Kalau kau di tempat dia pun kau akan
melakukan perkara yang sama. Dia pergi meninggalkan kamu berdua. Dia menurut
kata papa dan pada masa yang sama dia menghukum papa sedikit demi sedikit. Dia
juga tidak mahu bertemu papa. Dia menderita sendirian” Fikri sugul.
“Aku juga menderita” Luqman mencelah.
“Amy pesan... hanya kau dihati dia. Dia rela jika
suatu hari nanti kau bertemu dengan wanita yang mampu membuatkan hidup kau
gembira. Dia tidak sanggup diceraikan kau. Dia juga bersumpah tiada lelaki lain
dihatinya selain daripada kau sehingga akhir hayatnya”
“Aku boleh bahagia?” soal Luqman. Mukanya merah.
Menahan kesakitan di jiwanya. Puan Kalsom menangis. Dia menyalahkan dirinya
sendiri. Kalaulah dia merestui hubungan mereka dari dulu, semuanya tidak akan
jadi begini.
“Aku akan cari dia... Fikri” Luqman bangun.
“Kau nak cari?. Aku sendiri tak tahu dia di mana
sekarang. Dia pergi begitu sahaja. Pintanya agar aku tak mencarinya. Begitu
juga papa dan kau!” Fikri memandang luqman yang seperti orang yang hilang hala
tuju. Dia berjalan ulang alik. Memegang rambutnya. Kemudian duduk menghadap
Fikri.
“Aku tak sangka Amy sekejam ini terhadap aku” luah
Luqman.
“Jangan kau tuduh dia begitu. Dia terpaksa kejam
bukan sahaja dengan kau malah diri dia sendiri!” Fikri membela Amy. Luqman
terus keluar. Meninggalkan Fikri dan ibunya dirumah. Dia tidak tahu mahu ke
mana yang pasti ke mana sahaja asalkan dapat bertemu Amy.
Luqman memberhentikan keretanya di hadapan tapak
funfair di mana dia dan Amy pernah meluangkan masa bersama. Dalina sudah pun
pulang ke Sarawak. Jika tidak, Dalina sudah tentu akan menemaninya saat ini.
Luqman menghantukkan kepalanya ke stering kereta. kepalanya seperti mahu
meletup.
Perlukah dia serahkan semuanya pada takdir seperti
apa yang diujarkan Amy. perlukah dia hidup seperti ini lagi seumur hidupnya.
Dia perlukan Amy Hanissa... isterinya!
wahhh semakin menarik dan semakin sedih...teruskan berkarya kerna saya ingin tahu endingnya..can't wait....
ReplyDeleteok kalam cinta...
Deleteterima kasih krn sudi membaca
karya saya yang x seberapa ni..
macam ni saya bersemangat nak
menulis... tq cayang awak!!!
pergh2.....dah mcm telenovela gamaknye.en.kamal ble lg nk taubat nie?????c kalsom 2 nseb bek dh taubat smpai nk jd pahlawan gadis melayu terakhir bagai.
ReplyDeletecik jah kejap yek nak gellak jap
Deletehahahahhahahahahahahah....
awak ni memang best ler..
kalsom tu kan poyo jer...
sekurang2nyer hilang satu beban hehehhe...
saya pun pening nak memikirkan si som ni :)
terima kasih sudi baca..
sayang awak gak!!!
Aiyarkkk betul ke ape yg eden bace nie puan kalsom yg dulu mcm zombie da bertuka menjadi ala2 bidadari terakhir huhuhuhu terbeliak biji mate eden huhuhuhu pape pon ok lah 2 skrg tinggl en.kamal sorg je yg perlu amy gn luqman tempuhi huhuhu
ReplyDeleteAkk all the best yea lya sentiase sokong akk huhuhuhu =)
thanks bebanyak ya lya...
Deletepuan kalsom akan jadi zombi lagi
tapi ganggu hidup kamal jer hahaha
wani betul ke ada sorang bapa yg barhati batu begitu...apa akan jadi pada lukman dan amy?? kesian kerana ego orang tua, anak2 jadi mangsa..
ReplyDeleteWani sambung lah cepat ya...x sabar nak baca next entry...hari2 dok belek entry terbaru..syyy jgn ckp kat boss tau hehehehe
kalam cinta...
Deleteada. sebenarnya dato kamal tu bukan bencikan Luqman tp dia bencikan mak Luqman tu. ex- gf dia.
x per jangan risau, endingnya x mengecewakan punya ;)
ha... curi baca blog masa kerja yek.. bagus3x hihih
saper la bos yang teraniaya tu ;)
terima kasih ya kalam cinta.
sebagai tanda terima kasih setengah jam lagi saya masukkan n3 baru.... enjoy reading yek :))