Monday, 3 September 2012

TERIMA KASIH BEB - bab 20


BAB 20

Amy menangis di biliknya. Qaseh yang datang melawatnya tidak dapat berbuat apa – apa. Amy menangis dan terus menangis. Dia teringatkan kata – kata Luqman seminggu yang lalu.
Menurut Luqman dia akan buatkan kek coklat yang besar dengan belahan strawberry di keliling kek itu. Di bawahnya pula Luqman mahu meletakkan mentega kacang kesukaan Amy. agar Amy boleh mencicah strawberry itu dengan mentega kacang. Boleh meratahnya. Kemudian Luqman mahu menulis di atas kek itu dengan tulisan... MANISAN UNTUK SI MANIS AMY HANISSA....

Amy ketawa terkekeh – kekeh ketika mendengarnya. Luqman berjanji akan membuatnya sebagai salah satu hadiah untuk majlis ulangtahun hari lahirnya nanti. Semakin dia mengingati Luqman.. air matanya semakin laju menitis.

“Papa zalim kerana suruh Luqman ceraikan Amy” kata Amy. Qaseh mengusap kepalanya.

“Cuba kalau Qaseh di tempat Amy, apa Qaseh rasa?’ soal Amy. Qaseh hanya membisu. Dia juga kasihankan sahabat baiknya itu. Dia tidak mampu melawan kata bakal bapa mertuanya yang sememangnya degil.

“Papa mahu Amy kahwin dengan Hady semula” beritahu Qaseh. Amy terkejut. Memandang Qaseh dalam – dalam. Qaseh mengangguk.

“Semalam Hady datang ke pejabat. Qaseh curi – curi dengar”

“Amy masih isteri orang. Kenapa papa jadi begini?” soal Amy.

“Abang Fikri juga terskejut. Papa seperti terdesak. Kami pun tak faham. Soal agama pun papa dah buat main” Qaseh turut sama terjelepok. Merenung ke luar.

“Tolonglah Amy.. Qaseh. Amy tak mahu Hady.. Amy mahu Luqman!” rayu Amy.

“Qaseh... bawa Mak Biah ke sini” pinta Amy. Qaseh terdiam.

“Papa dah halau Mak Biah. Sekarang Mak Biah di kampug” beritahu Qaseh. Terbeliak biji mata Amy mendengarnya.

“Apa salah Mak Biah?” soal Amy lagi.

“Mak Biah bertelagah besar dengan papa pasal Luqman. Amy tahu, Mak Biah mempertahankan Luqman dan Amy habis – habisan tapi apa daya dia, rumah Amy itu milik papa. Tapi Amy jangan risau, setiap bulan Abang Fikri beri duit dan bawakan barang dapur buat Mak Biah” terang Qaseh.

Amy memeluk Qaseh. Mujurlah bakal kakak iparnya itu seorang yang amat memahami. Dia tahu Mak Biah memang amat menyayangi dirinya dan Luqman. Amy hanya mampu menunggu Luqman .


Atas permintaan Dato Kamal, Luqman datang ke pejabatnya. Dia tidak takut bersua muka dengan lelaki di hadapannya itu. Dia memandang wajah Dato Kamal tanpa rasa gentar.

“Aku bayar kamu dua juta ringgit. Ceraikan Amy dan kamu boleh buka restoran lima bintang dengan duit itu” Dato Kamal mencampakkan sekeping cek di atas mejanya.

“Simpan sahaja duit Dato tu. Simpan untuk anak – anak Fikri nanti” jawab Luqman. Dato Kamal membulatkan matanya.

“Anak luar nikah yang tak sedar diri!”

“Kenapa dato pasti sangat yang saya ni anak luar nikah?. Dato ada hubungan apa – apa dengan ibu saya hingga Dato begitu pasti taraf saya?” soalan Luqman itu membuatkan tangan Dato Kamal menggigil geram. Menahan marah.

“Saya bukannya anak dato dan Som Sammy. Saya anak Kalsom dan Johan. Anak Dato itu dah meninggal beberapa minggu selepas pernikahan ayah saya dengan ibu saya, Dato” senyum Luqman. Dato Kamal bangun dari kerusinya.

“Biadap kamu!!!” Dato kamal mahu menampar Luqman tetapi tangannya dipegang dengan kuat oleh Luqman.

“Jika ini bukan tangan ayah kepada Amy hanissa, sudah lama saya patahkan. Jangan ingat saya hanya tahu memasak Dato. Saya juga seorang suami yang mampu melindungi isteri saya dari sebarang bahaya. Berterima kasihlah pada Amy kerana cintanya itu menghalang saya dari mencederakan seorang lelaki yang amat bongkak dengan wang ringgitnya. Simpan sahaja duit itu kerana anak saya dan Amy tidak perlukan kemewahan untuk hidup bahagia” Luqman melepaskan tangan Dato Kamal dan terus keluar. Dato Kamal terkedu. Terkejut dengan tindakan dan kata – kata Luqman tadi. Dia memejamkan matanya.




Ayu yang membuka pintu untuk Luqman tersenyum bahagia melihat lelaki yang dicintainya itu berada di hadapannya. Puan Kalsom juga mendapatkan Luqman. Dengan senyuman manis Ayu ke dapur membancuh air teh buat Luqman.

“Panggilkan Lulu” suruh Luqman. Ayu dengan segera naik ke bilik Lulu. Setelah semuanya ada di hadapannya, Luqman menarik nafas dalam – dalam untuk memulakan bicara.

“Ibu kenal Kamal Zain?” soal Luqman. Puan Kalsom nampak begitu terperanjat. Mukanya mula merah padam.

“Ibu kenal kamal Zain?” ulangi Luqman. Perlahan – lahan Puan Kalsom mengangguk.

“Dia ialah ayah Amy.. isteri Luqman” Luqman memandang tepat ke dalam anak mata Puan Kalsom yang sudah pun mula berkaca.

“Apa?....” Puan kalsom kehilangan kata – kata.

“Maman seperti mahu mati ibu, Dato kamal tak merestui hubungan kami kerana bencikan Maman. Ibu juga bencikan Amy. Maman tak tahu kenapa darah daging kami sendiri tak mahu lihat kami hidup dengan bahagia. Ibu dan dato Kamal sama sahaja... membenci kami tanpa apa – apa alasan” mata Luqman mula berair. Tidak dapat menahan rasa sakit di hatinya.

“Ayu.. bukan abang tak nampak ayu dan bukan abang membenci Ayu. Jangan buang masa Ayu dengan menunggu abang lagi. Banyak lagi lelaki yang lebih layak daripada abang ni. Ayu berhak dapat lelaki yang benar – benar menyayangi Ayu. Hati abang hanya pada Amy.... hanya pada titi” ujar Luqman.

Puan Kalsom dan Ayu memandang Luqman. Sudah lama mereka tidak melihat Titi.

“Luqman nak kahwin dengan Titi juga?” soal Puan Kalsom. Sangat keliru.

“titi itu adalah Amy, ibu. Dia sanggup menyamar jadi orang gaji semata – mata mahu dekat dengan Maman dan ibu. Dia sanggup buat semuanya demi mertua yang tak pernah menyayangi dirinya. Dia yang basuh najis ibu tanpa sebarang rungutan sewaktu ibu sakit dahulu. Ibu rasa anak jutawan mana yang sanggup buat semua itu?” Luqman memandang wajah Puan Kalsom yang mula sayu.

“Abang tak mampu cintakan Ayu walaupun sedikit?’ soal AYu. Kali ini dia tidak menangis.

“Tidak, Ayu. Abang sayangkan Ayu sebagai adik abang sendiri. Maafkan abang”

“Ayu doakan kita sama -  sama dapat cinta kita. Ayu tak tahu kenapa kali ini hati Ayu tak sedih. Mungkin Allah dah tutup hati Ayu dari terus menagih cinta abang. Bila dengar penjelasan ini keluar dari mulut abang, Ayu lebih lega sekarang” Ayu tersenyum. Ada juga sedikit kesakitan di jiwanya tetapi melihat Luqman terseksa begitu, ianya lebih menyakitkan!.

“Amy anak Kamal Zain. Dia tak terima Maman kenapa?” soal Puan Kalsom.

“Katanya Maman anak luar nikah” jawab Luqman. Puan Kalsom memejam matanya. Menggenggam jari jemarinya. Tangan kirinya menyentuh dada.

“Ibu akan pastikan Amy akan jadi menantu ibu walaupun terpaksa berhadapan dengan lelaki durjana tu. Berani dia jatuhkan maruah anak ibu!” jerit Puan kalsom. Lulu terkejut. Tetapi kata – kata ibunya itu membuatkan hatinya senang.

“Jangan senang – senang kau nak jatuhkan maruah anak aku, Kamal. Cukup aku ditipu dahulu” geram Puan Kalsom. Luqman tergamam.

“Kita dapatkan Amy kembali. Ibu janji” Puan Kalsom bersungguh – sungguh.
Mahu tergelak pula Lulu apabila melihat gaya ibunya bagai pahlawan melayu.Tun Teja!


                               ********************************


 Hady datang ke rumah Dato Kamal. Utnuk makan malam bersama. Fikri memanggil adiknya turun. Sayu hati Fikri melihatkan tubuh Amy yang semakin susut. Amy menjeling tajam memandang Hady yang tersenyum bahagia di sisi papanya.

“Amy tak lapar” kata Amy.

“makan sekali” arah Dato Kamal. Amy terpaksa menuruti.

Amy duduk berhadapan dengan Hady. Dato Kamal memandang Hady dan Amy bersilih ganti.

“Kau tak rasa diperalatkan?” soalan Amy itu membuatkan hady terdiam.

“Amy!” Dato Kamal memberi peringatan.

“Hormati tetamu”

“Tetamu?. Papa fikir Amy setuju untuk berkahwin dengan Hady selepas papa memaksa Luqman menceraika Amy?” soal Amy. Fikri memegang tangan adiknya. Dia menggeleng kepala. Isyarat untuk Amy berhenti bertelagah.

“Abang cintakan Amy” Hady bersuara. Amy mengambil gelas disebelahnya dan dilemparkannya ke tingkap. Terkejut mereka semua dengan tindakan Amy. gelas itu pecah dan kaca bersepah merata – rata.

“Kalau kau nak tahu, macam tu lah hati aku!” jerit Amy. terus berlari naik ke biliknya.Dato kamal cuba mengejarnya tetapi dihalang oleh Fikri.

“Sudah papa!.. jangan seksa dia lagi” ujar Fikri.

“Kamu diam Fikri!. Papa mahu dia bahagia dan hidup dengan orang yang betul”

“Betul sangatlah Hady tu. Suruh dia pulang dan jaga anak dia dengan Nafisah yang dia ceraikan tu. Dia memang padan dengan Nafisah. Sama – sama curang” sengaja dikuatkan suaranya. Hady tunduk.

“Tak payah nak tunduk. Balik ambil air wudhu’ pergi sembahyang. Minta ampun pada Allah. Jangan susahkan hidup adik aku lagi!” Dato kamal hanya membisu. Angin Fikri sudah datang. Dia tahu benar sikap Fikri kalau dia naik angin... semua orang akan dimarahinya.

Dengan langkah yang berat Hady pulang ke rumahnya. nampaknya rancangan untuk mendapatkan Amy kembali tidak akan berjaya. Hady hanya menunggu waktu yang sesuai untuk memujuk Amy agar kembali ke pangkuannya semula.

                
                                            ********************


Fikri menghubungi Luqman agar datang ke rumahnya. Luqman teragak – agak untuk pergi. Tidak mahu berbalah dengan Dato Kamal. Belum sampai ke pintu pagar banglo milik Dato kamal, Fikri sudah menanti Luqman dengan senyuman manis. Lampu kereta Luqman dipadam. Suasana malam yang sunyi itu membuatkan tubuhnya merasa sedikit sejuk. Kebelakangan ini hujan turun beberapa kali dalam seminggu. Luqman memakai baju panasnya.

“Masuklah... pergi teman Amy di dalam” arah Fikri. Terkejut Luqman mendengarnya.

“Kau nak dengar perang dunia ke?’ soal Luqman. Fikri ketawa.

“Papa ke Dublin. Ada urusan pejabat” sengih Fikri.

‘jangan risau... aku dah bagi amaran pada semua orang gaji dalam rumah ni. Diorang pun kesian tengok Amy. kurus sekarang ni” adu Fikri.

Luqman membuka pintu bilik Amy. hatinya luluh melihat Amy yang tidur kesejukan. Memeluk selimut. Luqman duduk di tepi katil. Diusapnya rambut Amy yang semakin panjang. Dia mengambil selimut di tangan Amy dan menyelimut tubuh Amy dengan kemas. Luqman membetulkan kedudukan kepala Amy di bantal. Sewaktu Luqman ingin berlalu tangannya ditarik oleh Amy.

“Abang nak pergi mana?” soal Amy. Luqman menoleh. Dia tersenyum.

“Abang tidurlah dengan Amy” rayu Amy. Luqman terus  baring di sebelah Amy. malam ini Amy mampu tersenyum memeluk suami yang amat dirinduinya. Yang pasti, jasa abangnya itu tidak mampu dibalasnya. Memang abangnya itu seorang abang yang sangat baik hatinya.

                             ****************************************

Amy bangun dari tidur. Dia lihat Luqman sudah tiada di sisinya. Amy bangun menghampiri Fikri yang sedang bersarapan.

“Mana Luqman?” soal Amy. Fikri ketawa.

“Amboi... dah dah lah. Abang bagi can tu dah kira ok tau. Abang suruh dia balik lepas dia solat subuh tadi. Buatnya orang nampak, nahas kita” bebel Fikri.

“Terima kasih abang” ucap Amy.

“Abang bukannya apa, selagi Amy tak bahagia, abang tidak  akan kahwin. Abang berdoa agar masalah ni cepat selesai. Abang pun tak tahan tunggu lama – lama ni. Kesian Qaseh tu” sengih Fikri. Amy tergelak besar. Sudah lama Fikri tidak lihat keceriaan seperti itu di wajah adiknya.

Fikri melurut rambut Amy. menyentuh pipi Amy yang agak cengkung.

“Abang akan menjadi abang yang sebenar bila dapat merebut kembali kebahagiaan Amy. demi Amy.. abang akan lakukan apa saja kerana Amy juga sebahagian dari rasa bahagia yang abang miliki” luah Fikri. Amy cuba memberi senyuman yang paling manis.

“jangan berikan senyuman ini buat abang selagi abang tidak menghadiahkan Luqman sepenuhnya ke pangkuan Amy” ujar Fikri lagi.

“Menjadi adik abang sudah pun membuatkan Amy bangga. Jangan ditanggung beban yang tidak perlu abang tanggung. Bantuan abang pun sudah cukup untuk membuktikan betapa abang mengasihi Amy”. tubuh Fikri dipeluk. Amy dapat rasakan kasih sayang itu meresap ke seluruh jiwa dan hatinya. Kadangkala dia sendiri terfikir kasih sayangnya terhadap Fikri melebihi rasa sayangnya terhadap Dato Kamal.


                      ************************

Fikri membawa Amy ke rumah Puan Kalsom. Luqman menceritakan semuanya tentang permintaan ibunya untuk bertemu satu – satunya menantu perempuannya. Amy sedikit gentar. Langkah kakinya tidak pantas seperti dia menjadi ‘Titi’ dahulu. Rumah yang biasa diuruskannya dahulu mengundang rasa rindu untuk berbual denga mertuanya. Gelak tawa Puan Kalsom selalu membuatkan Amy tersenyum. Amy belum masih mampu mendongak. Masih tunduk ke bawah. Tidak pasti sama ada Puan Kalsom benar – benar sudah menerimanya.

Air mata Puan Kalsom yang tumpah dahulu. Dia rindukan titi .... Amy Hanissa yang pernah melayan semua kerenahnya. Puan Kalsom tidak dapat menahan diri dari memeluk Amy. pelukan Puan kalsom itu membuatkan Amy tersentak. Dia memandang Luqman yang tersenyum puas memandang wajahnya yang sedikit terkejut. Luqman mengangguk dan menggosok kepala Amy.

“Maafkan ibu” pinta Puan Kalsom. Melepaskan pelukannya perlahan – lahan. Amy menyapu titik jernih yang mengalir di pipi Puan Kalsom.

“Maafkan Amy juga, ibu” Amy mengucup tangan Puan kalsom. Lulu yang kebetulan ada di rumah memeluk lengan Luqman. Saat ini adalah saat yang paling di nantikan. Saat rasa bahagia dalam diri abangnya.

“Kita bina hidup baru” Puan Kalsom tersenyum. Amy mengangguk.

“Tapi Amy perlu pulang dulu makcik. Nanti kita akan uruskan bersama. Papa saya akan pulang malam ini.” Bicara Fikri.

“Amy Hanissa!!!!!” jerkahan dari luar rumah itu membuatkan semua yang berada di dalam rumah keluar.

“Papa!” Fikri terkejut. Cepat – cepat dia memeluk Amy.

“Pulang sekarang!” bentak Dato Kamal.

“Jangan sesekali kau sentuh menantu aku Kam!” suara Puan Kalsom agak keras. Dato Kamal memandang Puan Kalsom dengan pandangan yang penuh dengan kebencian.

Serta merta kenangan mereka bersama berputar di ruang memori. Puan Kalsom memegang dadanya. Menahan rasa marah yang disimpannya berpuluh tahun. Dia nekad demi Luqman. Kasih sayang Luqman telah mengajarnya untuk menjadi manusia yang lebih baik. Lebih pandai mengahrgai.

“Dulu kau pernah hancurkan hidup aku dan jangan kau fikir yang kau bisa menghancurkan hidup anak dan menantu aku” kali ini mata Puan Kalsom dan Dato Kamal bertentangan.

“Dia adalah anak halal yang lahir dari rahimku dengan Johan. Benih haram yang kau tinggalkan itu sudah gugur. Tetapi rasa benci kerana dianiaya lelaki hina seperti kau tak pernah gugur dari ingatan aku!. Sesungguhnya anak aku ini lebih mulia daripada kau”

Dato Kamal mengecilkan  matanya. Tali lehernya dilonggarkan. Rasa seperti mahu menampar pipi wanita yang pernah menjadi miliknya suatu masa dahulu.

“Kalau dari darah keturunan kau, pasti semuanya hina!!” Dato Kamal terus menarik tangan Amy tetapi ditahan oleh Luqman.

“Dia isteri saya. Saya lebih berhak Dato” tenang saja tutur kata Luqman.

Dato Kamal memandang Amy.

“Amy cintakan Luqman. Dia suami Amy!” rayu Amy. Dato Kamal memegang dadanya. Mukanya merah. Tidak sampai seminit dia telah pun rebah ke bumi. Fikri dan Amy panik. Terus memeluk tubuh Dato Kamal yang terbaring di halaman rumah Puan Kalsom. Kali ini Amy benar – benar seperti mahu mati. Dia sendiri tidak tahu Dato Kamal menghidap sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Tanpa melengahkan masa mereka semua menghantar Dato Kamal ke hospital kecuali Puan Kalsom. Tidak ingin melihat wajah Dato Kamal walaupun seketika.
                                         

Amy memeluk tubuh Dato kamal yang masih belum sedar. Fikri dan Qaseh memujuk Amy yang tidak henti – henti menangis. Fikri meminta Luqman dan Lulu pulang ke rumah. Tidak mahu Dato kamal menjadi tegang dengan kehadiran mereka di situ.Peguam Dato kamal menghampiri Amy.

Mereka berdua duduk di sofa untuk berbincang. Agak berat bagi Encik Hatim, peguam Dato kamal yang telah lama berkhidmat bersamanya memulakan bicara.

“Ini bukan mengenai undang – undang. Ini adalah pesanan Dato kamal semasa kami berdua ke Dublin tempoh hari. Katanya, jika Amy masih mahukan Luqman dia akan berundur dan pergi jauh dari hidup Cik Amy. tetapi katanya Cik Amy tak perlu risau kerana Cik Amy tetap akan mendapat harta yang sememangnya menjadi hak Cik Amy. dia akan serahkan semuanya pada Encik Fikri dan Cik Amy sebelum pergi membawa diri. Dia akan mati di mana pusaranya tidak akan  ditemui oleh cik Amy. dia akan mati sebagai seorang ayah yang sangat kecewa kerana anaknya tidak sanggup berkorban seperti mana dia sanggup lakukan apa sahaja demi anak – anakmya” terang Encik Hatim panjang lebar.

Amy meraung. Rasa bersalah yang amat sangat. Fikri tunduk. Dia sendiri tidak sangka perkara itu akan diluahkan papanya. Fikri memeicit – micit dahinya. Hatinya luluh apatah lagi Amy. pada saat ini Amy rasa dialah anak paling tak berguna di dalam dunia. Dia menjadi buntu. Dia cintakan Luqman tetapi juga amat menyayangi papanya. Amy bangun. Menghampiri Fikri.

“Beritahu Luqman.... cinta Amy tak pernah hilang untuknya. Amy adalah manusia malang kerana terpaksa memilih suami dengan ayah kandung dunia dan akhirat. Jika luqman kecewa , Amy lebih kecewa. Malah kematian itu bukan tandingan jika dibandingkn rasa sakit yang ada dalam hati Amy ini. Selepas papa sedar, katakan padanya Amy tak mahu harta berjuta. Amy hanya mahu papa yang menyayangi Amy dunia dan akhirat. Amy juga mahukan Luqman tetapi ianya sudah berakhir..... terpaksa berakhir!. Amy hanya mampu teruskan hidup dengan cinta Luqman. Cinta yang hanya Amy kecapi sementara cuma. Abang... Amy akan pergi dari sini. Amy hanya akan membiarkan takdir berjalan dengan sendirinya. Amy tidak mahu dan tidak sanggup diceraikan Luqman. Jika Luqman sudah benci dan lupakan Amy... biarkan itu berlaku. Sesungguhnya Amy menghalalkan segala nafkah yang Luqman tidak penuhi selepas ini. Jika ada seorang wanita mampu membuatkan Luqman tersenyum, kahwinilah dia .. amy merelakannya. Abang jadi saksi Amy.... dengan sumpah yang tulus dari hati Amy, tidak akan ada lelaki lain yang akan menjadi suami Amy selepas ini melainkan Luqman bin Johan” panjang lebar Amy berbicara sebelum keluar dari wad persendirian Dato kamal.

Air mata Fikri sudah tidak dapat disekat lagi. Qaseh juga sudah pun mengalirkan air mata. Dia pasti Amy sangat merana pada waktu ini.

“Abang gagal jadi abang yang baik. Dia merana Qaseh. Jika tiada rasa bahagia dijiwanya... abang juga semestinya tidak akan bahagia” tutur Fikri.

Qaseh merenung wajah Dato Kamal. Jikalah papa tahu bagaimana besarnya pengorbanan Amy untuk membuktikan rasa kasih sayangnya, sudah tentu papa tak sanggup memusnahkan kebahagiaannya dengan sekelip mata sahaja. Timbul juga rasa geram dengan kedegilan Dato kamal yang menjadi penghalang kebahagiaan sahabat baiknya itu.

Dato kamal mula membuka matanya setelah hampir tiga hari tidak sedarkan diri. Fikri menghampiri katil Dato kamal.

“Papa..” panggil Fikri.

“mana Amy?” soalan pertama yang keluar dari mulut dato Kamal.

“Dia sedang bersiap untuk tinggalkan Malaysia” jawab Fikri dengan nada yang sangat perlahan. Hampir tidak dapat didengarinya.

“Kenapa?. Amy tidak mahu lihat papa?”

Fikri tidak mahu menjawab. Dia lebih senang membisu. Berdiam diri itu lebih baik. Yang pasti Amy sudah pun berada di luar negara. Atas permintaan Amy dia tidak mahu sesiapa oun tahu di mana dia berada.

Fikri yang sedia maklum situasi Amy hanya mengikut rentak Amy. Hati Amy terlalu banyak calarnya. Dia sendiri belum memberitahu Luqman tentang pemergian Amy ke luar negara. Petang ini dia harus menyelesaikan perkara ini dengan Luqman. Walau seberat mana pun, itu adalah tanggungjawab yang terpaksa dipikulnya dengan berat hati.


Petang itu Luqman menanti kedatangan Fikri di rumahnya. Puan kalsom juga begitu. Lulu sahaja tiada di rumah. Terpaksa bekerja.Fikri duduk menghadap Luqman sebaik sahaja tiba di rumahnya. Luqman hanya menanti butir – butir perkataan yang bakal dikeluarkan abang iparnya itu.

“Amy terpaksa pergi kerana keadaan yang terlalu memaksa. Katanya dia akan mencintai kau sehingga akhir hayatnya” kata Fikri. Luqman terkedu. Tersandar tubuhnya ke belakang. Bagai tidak percaya apa yang didengarinya saat ini.

“Dia tak cintakan aku lagi?’ soal Luqman.

Fikri menggeleng. Menafikannya.

“Dialah wanita yang sentiasa mencintai kau. Papa aku seperti mengugut mahu memutuskan talian darah jika dia tidak pergi dari hidup kau. Dia tidak mahu kami tahu pusaranya kalau dia sudah tiada lagi. Kau sendiri tahu bagaimana sayangnya Amy pada papa. Kalau kau di tempat dia pun kau akan melakukan perkara yang sama. Dia pergi meninggalkan kamu berdua. Dia menurut kata papa dan pada masa yang sama dia menghukum papa sedikit demi sedikit. Dia juga tidak mahu bertemu papa. Dia menderita sendirian” Fikri sugul.

“Aku juga menderita” Luqman mencelah.

“Amy pesan... hanya kau dihati dia. Dia rela jika suatu hari nanti kau bertemu dengan wanita yang mampu membuatkan hidup kau gembira. Dia tidak sanggup diceraikan kau. Dia juga bersumpah tiada lelaki lain dihatinya selain daripada kau sehingga akhir hayatnya”

“Aku boleh bahagia?” soal Luqman. Mukanya merah. Menahan kesakitan di jiwanya. Puan Kalsom menangis. Dia menyalahkan dirinya sendiri. Kalaulah dia merestui hubungan mereka dari dulu, semuanya tidak akan jadi begini.

“Aku akan cari dia... Fikri” Luqman bangun.

“Kau nak cari?. Aku sendiri tak tahu dia di mana sekarang. Dia pergi begitu sahaja. Pintanya agar aku tak mencarinya. Begitu juga papa dan kau!” Fikri memandang luqman yang seperti orang yang hilang hala tuju. Dia berjalan ulang alik. Memegang rambutnya. Kemudian duduk menghadap Fikri.

“Aku tak sangka Amy sekejam ini terhadap aku” luah Luqman.

“Jangan kau tuduh dia begitu. Dia terpaksa kejam bukan sahaja dengan kau malah diri dia sendiri!” Fikri membela Amy. Luqman terus keluar. Meninggalkan Fikri dan ibunya dirumah. Dia tidak tahu mahu ke mana yang pasti ke mana sahaja asalkan dapat bertemu Amy.

Luqman memberhentikan keretanya di hadapan tapak funfair di mana dia dan Amy pernah meluangkan masa bersama. Dalina sudah pun pulang ke Sarawak. Jika tidak, Dalina sudah tentu akan menemaninya saat ini. Luqman menghantukkan kepalanya ke stering kereta. kepalanya seperti mahu meletup.

Perlukah dia serahkan semuanya pada takdir seperti apa yang diujarkan Amy. perlukah dia hidup seperti ini lagi seumur hidupnya. Dia perlukan Amy Hanissa... isterinya!

8 comments:

  1. wahhh semakin menarik dan semakin sedih...teruskan berkarya kerna saya ingin tahu endingnya..can't wait....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok kalam cinta...
      terima kasih krn sudi membaca
      karya saya yang x seberapa ni..
      macam ni saya bersemangat nak
      menulis... tq cayang awak!!!

      Delete
  2. pergh2.....dah mcm telenovela gamaknye.en.kamal ble lg nk taubat nie?????c kalsom 2 nseb bek dh taubat smpai nk jd pahlawan gadis melayu terakhir bagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik jah kejap yek nak gellak jap
      hahahahhahahahahahahah....
      awak ni memang best ler..
      kalsom tu kan poyo jer...
      sekurang2nyer hilang satu beban hehehhe...
      saya pun pening nak memikirkan si som ni :)
      terima kasih sudi baca..
      sayang awak gak!!!

      Delete
  3. Aiyarkkk betul ke ape yg eden bace nie puan kalsom yg dulu mcm zombie da bertuka menjadi ala2 bidadari terakhir huhuhuhu terbeliak biji mate eden huhuhuhu pape pon ok lah 2 skrg tinggl en.kamal sorg je yg perlu amy gn luqman tempuhi huhuhu
    Akk all the best yea lya sentiase sokong akk huhuhuhu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bebanyak ya lya...
      puan kalsom akan jadi zombi lagi
      tapi ganggu hidup kamal jer hahaha

      Delete
  4. wani betul ke ada sorang bapa yg barhati batu begitu...apa akan jadi pada lukman dan amy?? kesian kerana ego orang tua, anak2 jadi mangsa..

    Wani sambung lah cepat ya...x sabar nak baca next entry...hari2 dok belek entry terbaru..syyy jgn ckp kat boss tau hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalam cinta...
      ada. sebenarnya dato kamal tu bukan bencikan Luqman tp dia bencikan mak Luqman tu. ex- gf dia.
      x per jangan risau, endingnya x mengecewakan punya ;)
      ha... curi baca blog masa kerja yek.. bagus3x hihih
      saper la bos yang teraniaya tu ;)
      terima kasih ya kalam cinta.
      sebagai tanda terima kasih setengah jam lagi saya masukkan n3 baru.... enjoy reading yek :))

      Delete