BAB 21
SETAHUN KEMUDIAN....
Amy memicit bahu Mak biah yang tersenyum manis
sambil memandang wajah Amy yang masih tiada sinar bahagia. Sudah sebulan dia
dan Amy duduk di rumah baru mereka. Terletak di sebuah kampung. Perjalanan dari
kampung tersebut ke Kuala Lumpur mengambil masa kira – kira satu setengah jam.
Rumah batu sebuah yang baru dibeli oleh Amy tiga bulan yang lalu sudah siap
untuk mereka berdua tinggal. Amy juga membeli sebuah rumah di situ untuk
dijadikan sebuah homestay. Duit dari perniagaan itulah yang dijadikan
perbelanjaan bulanan untuk dia dan mak Biah.
Amy mencari mak Biah setelah pulang dari New Zealand
. Dia perlukan mak Biah. Sesiapa pun tidak tahu dia sudah pulang ke Malaysia.
Termasuk fikri. Dia mahu hidup bersama insan yang sentiasa memahaminya. Mak
Biah sendiri terkejut besar apabila Amy berdiri di hadapan rumah lamanya. Dia
sendiri dengan rela hati mahu menemani Amy sehingga ke akhir hayatnya.
“Nanti Amy mahu ke KL dengan Ana, anak jiran baru
kita tu. Dia pun cuti hari sabtu. Boleh ajak dia bersiar – siar” beritahu Amy.
Mak Biah Cuma tersenyum simpul.
“Bukan nak tengok Luqman?” soal Mak Biah. Amy
terdiam. Minyak angin diletak ketepi. Memandang ke luar tingkap.
“Sudah berbulan – bulan Amy mencuri pandang suami
Amy sendiri” tutur Mak Biah.
“Ingat Mak Biah tak tahu Amy suruh Ana beli masakan
Luqman di restorannya. Pergi jika rindu” tambah Mak biah.
“Amy tak dapat merasa sentuhan dia lagi jadi
cukuplah Amy dapat merasa air tangannya Mak Biah” jawab Amy. rambutnya
disanggul satu. Mak Biah menggeleng.
“Tak tengok papa?” soal Mak Biah lagi. Amy
mengangguk.
“Lihat dari jauh”
“Kenapa tak pergi dekat?”
“Tak mahu mengundang rasa benci. Bimbang rasa sayang
bertukar dendam. Yang penting papa dah sihat” jawab Amy. terus bangun. Memasak
untuk Mak biah . dia lakukan semuanya sendiri. Mak Biah termenung.
Amy lega Luqman punya kehidupan yang baru. Dia tahu
Luqman baru sahaja bangkit dari rasa sakit di jiwanya. Sewaktu dia berada di
luar negara, Fikri banyak bercerita bagaimana teruknya Luqman mengahadapi
dugaan itu. Macam orang yang hampir hilang akal. Luqman bangkit hanya dengat
satu ayat yang keluar dari mulut Fikri.
“Kau tahu, Amy akan sentiasa tanya aku mengenai kau.
Kau rasa dia bahagia kalau aku kata kau seperti orang hilang akal? Berserabai
begini. Bahagiakan Amy dengan khabar gembira”
Kata – kata Fikri itu membangkitkan semula semangat
Luqman. Dia tahu Amy masih menyayanginya. Dia cuba untuk membenci Amy tetapi
hati dan akalnya tidak setuju. Dia terus menyayangi dan menyintai Amy walaupun
tidak berada di hadapan matanya.
Hubungan Pak Ngah Leman dan ibunya semakin baik.
Puan kalsom tidak mendesak Luqman mencari pengganti Amy. dia benar – benar
menjadi seorang ibu yang baik. Dia juga tidak menghalang hubungan Lulu dengan
Eric. Jiji dan Lela juga sudah bekerja dengan Luqman. Restoran yang baru
dibukanya dengan duit simpanannya itu dinamakan sempena ungkapan yang selalu
disebut Amy... TERIMA KASIH BEB RESTAURANT.
Pertama kali Amy melihat restoran itu dia terus
mengalirkan air mata. Cinta Luqman amat dalam untuknya. Dia pasti nama itu
sentiasa mengingatkan Luqman kepadanya. Sehinggakan bihun tomyamnya juga diberi
nama set Bihun tomyam Amy dan burger nya diberi nama set burger Titi. Semua
yang mendengarnya agak pelik tetapi Luqman tidak kisah. Yang pasti restorannya
amat terkenal sekarang. Dia sering diundang ke rancangan televisyen untuk
membuat demonstrasi makanan.
“Nak beli set bihun Amy ke burger titi?” soal Ana.
“Ana beli apa Ana nak tapi untuk Kak Amy tolong
belikan dua – dua” Amy menghulurkan wang ke tangan Ana. Dia memandang dari
jauh. Langsung tidak nampak kelibat Luqman. Restorannya tertutup. Restoran 3
bintang. Dia berharap benar dapat melihat Luqman.
Ana melangkah masuk dengan wang di tangan. Kebetulan
Luqman ada di situ. Sedang berbincang dengan Jiji.
“Kak.. set Titi 2 set Amy 1” ujar Ana. Jiji
mengambil pesanan. Ana duduk di kerusi. Merenung Luqman. Dia tahu masakan
Luqman memang lazat tetapi dia juga hairan kenapa setiap hari sabtu Amy akan
mengajaknya membeli makanan di situ untuk dibawa pulang bukannya makan sahaja
di situ.
“Tak salah abang adik ni selalu datang sini hari
sabtu ya?” soal Luqman. Ana tersenyum. Wajah popular itu membuatkan dia ingin
sekali mengambil gambar bersama.
“Kakak angkat saya suka sangat makan masakan abang”terang
Ana. Remaja berusia 18 tahun yang masih belum bekerja itu juga menyimpan angan
– anagn untuk menjadi seorang chef terkenal seperti Luqman.
“Duduk mana?” soal Luqman.
“Hulu Langat” jawab Ana. Luqman terperanjat.
“Jauh juga tu. Terima kasih ya” senyum Luqman. Jiji
menghampiri dengan bungkusan makanan yang telah dipesan oleh Ana.
“Hari ini hari kami ada bagi percuma roti bakar
mentega kacang.” Senyum Jiji. Ana terus berlalu selepas mengucapakan terima
kasih. Dia terus ke kereta Amy. dengan rasa tidak sabar Amy terus membuka
bungkusan.
“Roti bakar mentega kacang. Mana Ana tahu akak suka
makan ni?” soal Amy.
“Ini chef Luqman bagi percuma pada siapa yang datang
setiap sabtu. Baru mula minggu ni” jawab Ana sambil menguyah kentang goreng.
Amy menangis. Terharu Luqman masih mengingati makanan kegemarannya.
“kak Amy, chef tu bagi roti bakar je. Itu pun nak
nangis ke?” soal Ana. Berkerut keningnya memandang Amy.
“”Kau budak kecil apa tau!” jeling Amy. dia terus
menyuap Burger dengan tangisan yang masih berbaki.
Ana menggeleng kepalanya berkali – kali. Tidak faham
benar dengan emosi Amy yang sentiasa tak stabil. Sedang Amy mengunyah kentang
goreng matanya tertumpu pada sesusuk tubuh yang baru keluar dari restoran.
“Sayang...”
Amy menangis lagi. Ana menepuk dahi.
“Sesuka hati akak je panggil chef Luqman tu
sayang... oh! Akak gila bayang sebab tu la gila masakan chef Luqman’ sengih
Ana. Amy buat tidak tahu. Lantaklah apa yang Ana nak fikir yang penting
rindunya terubat. Melihatkan pakaian dan penampilan Luqman yang kemas hati Amy
jadi terubat.
Luqman berhenti melangkah. Memandang kereta proton
saga model lama berwarna merah yang dimiliki oleh Amy. Luqman menarik nafas
dalam – dalam. Dia ketawa sendiri.
“Aku terlalu merindui Amy hinggakan kereta buruk itu
pun aku fikir Amy yang punya..” bebel Luqman sendiri dan terus masuk ke dalam
keretanya.
Amy puas. Dapat menikmati masakan Luqman sekali gus
dapat menatap wajah dan tubuh badan Luqman walaupun hanya sekejap. Setelah
membawa Ana membeli pakaian sebagai tanda terima kasih, Amy terus memandu
pulang ke Hulu Langat.
**************************
“Papa rindukan Amy” luah Dato Kamal.
Fikri seperti biasa hanya berdiam diri. Tidak
memberi respon.
“Kenapa Amy seksa papa begini?”
Masih tiada respon. Hanya mencebik.
“Fikri juga mahu salahkan papa?” soalan Dato kamal
itu membuatkan Fikri memandang papanya. Dia meletak dokumen ke meja. Duduk
dengan selesa sebelum mula bersuara.
“Pertama... Amy tak seksa papa tapi papa menyeksa
dia dan diri papa sendiri. Malah, dia lebih terseksa!” ujar Fikri.
“Kedua... Fikri hanya anak... papa betul semuanya.
Apa yang Fikri katakan tidak penting. Yang penting, papa puas” Fikri bangun dan
terus meninggalkan pejabat Dato Kamal. Mata Dato kamal merah. Rasa rindunya
pada Amy tidak tertahan lagi.
Dia masih ingat bagaimana keriuhan mulut Amy
membuatkan dia dan arwah isterinya tidak kering gusi.Amy sangat suka menyanyi
walaupun suaranya sumbang. Telatah anak bongsunya itu memang menghhiburkan.
Timbul juga rasa kesal di dalam diri Dato kamal
tetapi rasa bencinya pada Puan kalsom membuak – buak. Kerana Puan Kalsom,
Luqman yang memang sesuai menjadi suami Amy itu juga turut dibencinya.
Dato Kamal terjerat dengan wasiatnya sendiri. Dia
amat merindui Amy. Dato kamal memejam matanya. Beberapa titis air mata mengalir
ke pipinya. Dato Kamal tidak mahu diganggu. Semua temujanji dan mesyuarat
dibatalkan.
“Aku bekerja keras untuk siapa?.... Amy tidak mahu
satru sen pun dari harta aku” bisik Dato Kamal.
Egonya makin menipis. Rasa rindu pada Amy telah
menyedarkannya tetapi kedegilan dan rasa bencinya masih belum mampu dikikis.
***************************************
Ana kelam kabut mencampak basikalnya di halaman
rumah Amy. terkejut Mak Biah dan Amy dibuatnya. Ana terus berlari menggoncang
tubuh Amy.
“Chef Luqman... chef Luqman!!!” jerit Ana. Amy
membulatkan matanya.
“Kenapa?” soal Mak Biah.
“Dia buat shooting program masakannya di sini. Di
rumah ketua kampung” jerit Ana. Amy tersenyum memandang Mak Biah.
“Pergilah sayang” suruh Mak Biah. Amy kelam kabut
mencari tudung Mak Biah. Ana menggaru –
garu kepala.
“Sejak bila pula Kak Amy pakai tudung?”
“Kau diamlah... budak kecil!” cebik Amy.
“Ana dah 18 tahun tau. Bukan budak kecil lagi”
bantah Ana. Dia terus mengekori Amy dari belakang.
“Jomlah naik basikal” ajak Amy. Ana cepat – cepat
membawa Amy menbonceng basikalnya.
Setibanya di rumah penghulu kampung, mata Amy
bersinar – sinar memandang Luqman yang kacak dengan bandana merah di kepalanya.
Amy memegang dadanya. Jantungnya berdebar. Seperti mula – mula hatinya terpaut
pada Luqman. Melihat keramahan Luqman dengan warga emas kampung itu membuatkan Amy ketawa kecil. Ana ingin
mendekati Luqman tetapi dihalang oleh Amy.
“Biarlah kak. Chef Luqman kenal Ana”. Amy mengeluh.
“Jangan libatkan akak apa – apa” Amy memberi
peringatan. Ana mengangguk faham. Amy menutup mukanya dengan kain tudung yang
dipegangnya. Menyorok di sebalik pokok.
“Aku rindukan kau sayang... aku hanya mampu melihat
tanpa menyentuhm. Hanya mampu mendengar suaramu dari jauh. Kau masih sepertti
dulu. Memikat hati. Kau tahu, aku rindukan senyuman dan sentuhanmu. Ingat lagi
tak sewaktu kau merawat lukaku dari duri mawar yang diberi oleh hady?.... kau
sangat budiman pada masa tu... seperti sekarang.. kau masih lagi lelaki
budiman. Sayang... kenapa hati aku rasa pedih.. rasa sakit amat sangat...” amy
tersandar ke belakang. Terduduk di sebalik pokok. Menangis!. Dia langsung tidak
dapat menyekat air matanya.
“Cik... sakit ke?” soal salah seorang krew produksi.
Amy menggeleng dan terus berjalan pergi. Dia sempat menoleh ke belakang
memandang Luqman sebelum pergi dari situ.
“Aku cintakan kau, sayang... Luqman suamiku!” Amy
perlahan – lahan melangkah pergi.
Ana menghampiri Luqman yang sedang bersiap sedia
untuk memulakan program masakannya.
“Chef Luqman!” sapa Ana. Luqman agak terkejut.
“Oh ya... adik ada cakap yang adik duduk di Hulu
Langat ya?” senyum Luqman.
“Mana kakak angkat adik yang selalu beli makanan di
restoran abang tu?” Luqman memerhati sekeliling. Ana memandang ke arah pokok
besar. Tempat di mana Amy berdiri tadi. Ana menggaru – garu lagi kepalanya.
“Tadi ada tapi dah balik. Boleh tak Ana tengok chef
shooting sampai habis” pinta Ana. Luqman mengangguk. Bukan sahaja Ana boleh
tengok malah Luqman mengambil Ana sebagai pembantunya. Kembang kuncup hidung
Ana apabila memikirkan wajahnya akan keluar televiseyen dua minggu lagi.
Ana diberi wang saguhati dan Luqman memberinya
bandana dikepalanya di atas permintaan Ana. Mahu tergelak Luqman apabila
mendengar Ana mahu dia memberikan bandana itu sebagai tanda terima kasih
membantunya tadi.
Sebaik sahaja selesai shooting Ana kembali ke rumah
Amy. dia mengibas – ngibas kain bandana Luqman. Amy tercengang memandangnya.
“Bagi Kak Amy” pinta Amy
“Mana boleh!. Chef Luqman bagi pada Ana tau” Ana
menyorokkan kain bandana di bellakangnya.
“Tolonglah.. kak Amy mahukannya” rayu Amy.
“Kak Amy bagi Ana dua ratus. Kak Amy mahukan bandana
itu” Amy merayu dan terus merayu. Ana terkedu. Tidak sangka Amy juga terlalu
meminati Chef Luqman.
“Tak payahlah sampai dua ratus. Seratus pun ok. Nak
tukar handphone baru” sengih Ana dan terus memberikan kain bandana itu kepada
Amy. Amy mengambilnya dan terus mencium kain bandana itu. Penuh rasa rindu. Air
matanya berjurai – jurai. Kali ini Ana benar – benar tercengang.
“Tak sangka Kak Amy fanatik betul dengan chef
Luqman. Tahulah dia handsome tapi tak payahlah over!” Ana terus duduk disebelah
mak biah yang turut sama menangis.
“Ya Allah.. Mak Biah pun nangis juga?. Hebat betul
chef Luqman ni. Dah lah... pening betul ni. Esok je Ana ambil duit. Hai..
dunia... dunia... minat macam minat suami sendiri” bebel Anan dan terus pulang.
Terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan kain
miliknya kepadaku... sesungguhnya ini juga akan dapat mengubat rasa rinduku
buatnya.
kesiannya kat amy...sukar betui nak menggapai bahagia....wani sob..sob..sob..nak lagi..hukhukhuk..tapi jgn ckp kat bos ya hehehehe....peace
ReplyDeletekalam cinta...
ReplyDeletejangan nangis ye.. nanti saya bagi asam boi sebiji hihihi
hmm... takut bos yek..
x per, jangan kata bos, ketua menteri pun saya x bagitau
kita simpan rahsia sesama yek ;)
peace no war....
laa....igt kan after 1 year amy dh dpt ank.xpe2...usaha lg pas nie(sori....komen jauh menyimpang dri citer asal.hahahah)
ReplyDeleteWani mana sambungan dan next entry?? x sabar nak baca ni!!!
ReplyDeletekalam cinta, saya baru keluar hospital....
Deletekalau saya makin ok, saya masukkan
next n3..
thanks dear :)
Lahh wani x sehat ker...kesian..sakit apa? takpe lah take your time. while waiting for Lukman, Saya tengah pegang Hilman dalam ASST. hehehe repeat baca kali yang ke hmmmmmm 7 kot hehehe...semoga cepat sembuh ya.
ReplyDelete