** STILL NAK MINTA MAAF KALAU BANYAK KESALAHAN EJAAN. MASIH BELUM BOLEH SEMAK SEMUA DI SKRIN..... CUMA COPY AND PASTE SAJA. MAAF YA :)
BAB 24
Luqman pulang ke Kuala Lumpur
setelah benar – benar melihat Amy sudah seperti sedia kala. Dia tidak mahu
meneruskan lakonannya. Dia tidak sanggup melukakan hati Amy lagi. Setelah
mengucapkan terima kasih dan memeberi sedikit sumbangan dan hadiah kepada Ana
dan Diba, Luqman dan keluarganya bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
Sehari selepas itu dia ke pasaraya
untuk membeli sedikit barang dapur yang hampir habis di rumahnya. Lulu hanya
tahu makan. Semuanya diuruskan oleh Luqman. Matanya terpaku melihat Dato Kamal
yang sedang melintas jalan dalam keadaan merbahaya. Tekaan Luqman benar sama sekali.
Sebuah kereta mpv terus bergerak menuju kea rah Dato Kamal. Kereta itu hilang
kawalan. Luqman cuba menyelamatkan Dato Kalam tetapi tidak sempat. Dia
dilanggar dan darah keluar dengan banyaknya. Keadaan menjadi kelam kabut.
Luqman memangku kepala dan badan Dato Kamal sebelum ketibaan ambulans. Mata
Dato Kamal terpaku ke arah menantu yang dibencinya.
“Papa....” panggil Luqman. Mata
dato Kamal tertutup perlahan – lahan. Luqman mengikuti ambulans ke hospital. Dia
menelefon Fikri.
Dato Kamal di masukkan ke dalam wad
kecemasan. Doktor bertugas mendapatkan Luqman. Dato Kamal kekurangan darah yang
agak banyak. Luqman dengan rela hati menderma [kan darahnya kepada Dato Kamal.
Fikri tiba dengan Qaseh. Dia jadi
tidak tentu hala.
“AKu tak tahu mana Amy” adunya.
Luqman hanya membisu.
“Terima kasih derma darah buat papa
walaupun dia membenci kau, Luqman” Fikri memeluk Luqman. Dia berkira – kira
sama ada mahu memberitahu Fikri mengenai Amy atau pun tidak. Akhirnya Luqman
memberitahu Fikri mengenai Amy. terkejut Luqman mendengarnya. Luqman
memberitahu nombor telefon Ana kepada Fikri tetapi pintanya agar Fikri
memberitahu Amy bahawa Lulu yang memberikan nombor itu kepadanya.
Amy dan Mak Biah tiba di hospital dengan
mata yang bengkak. Dato kamal sudah sedar. Melihatkan Amy yang menangis
dihadapannya membuatkan dato Kamala berasa sungguh tterharu. Rupanya Amy masih
menyayanginya. Dato kamal memegang tangan Amy. dia yang masih belum mapu
bersuara hanya mampu memberikan sekumtum senyuman buat anak perempuannya yang
sudah lama dia tidak berjumpa.
“Maafkan Amy, papa” kata Amy. Dato
kamal mengangguk. Fikri duduk di sebelah Amy.
“Luqman yang selamatkan papa. Darah
yang mengalir dalam tubuh papa sekarang ni pun darah Luqman” ujar Fikri. Qaseh
mencubit lengan Fikri. Tidak sesuai bicara mengenai itu saat ini. Fikri menutup
mulutnya. Dia diam.
Dato Kamal termenung. Amy
menjaganya sepanjang hari. Fikri harus menghadiri satu mesyuarat penting.
Luqman tidak lagi datang ke hospital.Puan kalsom melarangnya dari bertemu
dengan Dato Kamal yang menyakitkan hati itu. Luqman juga agak sibuk dengan
program masakannya. Dato Kamal tidak banyak cakap. Dia hanya merenung Amy puas
– puas. Hatinya sedikit sebak melihat tubuh badan Amy yang semakin susut.
Hatinya terdetik .. dialah punca penderitaan anaknya.
“Papa nak makan?” soal Amy. Dato
Kamal menggeleng lemah. Dipegangnya tangan Amy sekali lagi.
“Jangan tinggalkan papa lagi”
ujarnya tersekat – sekat. Amy tidak menjawab. Hanya membisu. Amy terus keluar
sari wad persendirian Dato Kamal. Dia duduk di kerusi . termenung panjang. Apa
yang harus dilakukannya sekarang?. Dia tidak boleh tinggal di Kuala Lumpur
kalau papanya masih melarang hubungannya dengan Luqman. Dia tidak bisa menatap
wajah Luqman tanpa hadir rasa bersalah. Amy mengeluh panjang.
********************
Dato Kamal sudah pulih sepelas dua bulan
dijaga Amy dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Segala makan minumnya
dijaga oleh Amy. timbul rasa kasihan melihat Amy yang bersusah payah
menjaganya. Namun begitu Dato Kamal agak kesal kerana Amy tidak banyak cakap.
Lebih suka menghabiskan masa bersendirian daripada berbual dengannya seperti
dulu. Dato Kamal bertambah sedih apabila Amy sudah pun pulang ke rumahnya pagi
tadi. Selepas mencium tangan dan pipi papanya, Amy pergi bersama Mak Biah.
meninggalkannya bersama dengan beberapa orang gajinya yang masih setia.
Fikri pulang ke rumah jam 6 petang.
Dia terus ke bilik Dato kamal. Fikri menghampiri Dato Kamal yang termenung
jauh.
“Papa termenung ingat siapa tu?”
soal Fikri. Dato Kamal sedikit terkejut. Dia terus duduk berhadapan dengan
Fikri.
“Benci sangatkah Amy pada papa?”
soal Dato Kamal. Fikri mengeluh. Sudah tentu papanya itu tahu apa sebabnya Amy
bersikap demikian rupa terhadapnya.
“Kalau papa benci suaminya sama
juga seperti papa membenci drir Amy tu sendiri” jawab Fikri. Dato kamal memejam
matanya.
“Papa cuma bencikan Som tu. Papa
sebenranya suka pada Luqman tapi setelah tahu dia anak Som, papa jadi tak suka
pada dia” luah Dato kamal. Menanggalkan cermin matanya dan diletakkan di meja
sisi.
“Tak bolehkah papa berkorban
sedikit demi kebahagiaan Amy. Hari tu waktu papa kemalangan, mujurlah Luqman
yang bantu kalau tidak?. Beginilah... anggap saja papa membalsa jasanya
menyelamatkan nyawa papa dengan memberi mereka peluang bersatu kembali. Dekat
dua tahun dah mereka merana, papa. Tak nampak lagi betpa setianya Luqman pada
Amy?.” soal Fikri. Dato Kamal membisu.
“Fikri rasa papa salah?” soal Dato
Kamal lagi. Fikri hanya tersenyum sinis.
“papa tahu apa jawapannya. Lagipun
papa, selagi Amy tak bahagia, Fikri juga tak akan berkahwin. Papa nak tengok
Fikri tua tak kahwin?” seloroh ikri. Dato Kamal terseyum.
“Dato.. kawan dato nak melawat” beritahu
orang gaji Dato Kamal. Tidak sampai seminit kawan perniagaannya masuk ke dalam
bilik. Tan Sri Hashim tersenyum memandang Dato Kamal.
“Maaf Kamal. Aku tak tahu kamu
accident. Aku tahu pun semalam. Itupun setiausaha kau yang beritahu aku. Aku ke
Perak. Buat kenduri kahwin anak aku” terangnya. Dato Kamal mengangguk faham.
“Anak kau yang mana nak kahwin?”
soal Dato Kamal. Dia mencapai cawan dihadapannya. Teh pekat dihirupnya
perlahan.
“Anak sulung akulah” jawab Tan Sri
Hashim.
“Kahwin dengan anak Tan Sri mana?’
soal Dato Kamal.
“Haishhh... kau ingat aku ni gila
apa?... suami dia Cuma bekerja sendiri. Tanam pisang tapi kebun dia besar
jugalah. Dalam proses memajukan perniagaan. Lagipun dia orang susah”
Dato Kamal mengerutkan dahinya.
“Kau beri anak kau kahwin dengan
orang yang tanam pokok pisang saja?” gelak Dato Kamal.
“KAu jangan lupa, Kamal.
Kebahagiaan bukannya pada wang ringgit. Lagipun dia yang nak kahwin. Hidup
bersama. Reezeki Allah yang beri. Bagi aku, kebahagiaan anak aku lebih penting dari
nyawa aku sendiri. Aku tak nak tentang hubungan mereka demi kepentingan aku.
Itu bukan cara seorang ayah, Kamal. Seorang ayah tu tak layak disayangi kalau
tak pernah berkorban demi anaknya. Aku tak sanggup tengok anak aku menangis,
merana sepanjang hidup. Kau pun tentu faham. Takkan kau nak buat anak kau
begitu” senyum Tan Sri Hashim.
Fikri terbatuk – batuk mendengar
kata – kata Tan Sri Hashim tadi. Kena sebiji batang hidung papanya. Muuka Dato
Kamal merah padam. Tidak mampu menjawab kata – kata Tan Sri Hashim.
Setelah Tan sri hashim pulang, dato
Kamal duduk bersendirian di dalam biliknya. Dai tidak tahu mengapa. Hatinya
berasa sangat sayu. Ada ketika dia rasa dialah seorang bapa yang tidak berguna.
Amy memberhentikan keretanya di
hadapan restoran milik Luqman sebelum meneruskan perjalanan ke Hulu Langat. Mak
Biah menunggu di dalam kereta. Amy merenung restoran itu. Luqman yang melihat
Amy berdiri di hadapan restorannya mendekati Amy dari belakang. Air mata Amy
jatuh. Dia masih tidak sedar lelaki dambaannya berada betul – betul di
belakangnya.
“Terima kasih beb....” tutur Amy.
dia tunduk menahan sebak. Ada sesuatu di dalam hatinya yang tak mampu
diluahkan.
“Terima kasih sayang....” ucapnya
lagi. Amy menangis. Merenung nama restoran Luqman. Amy menarik nafas dalam
dalam. Mengumpul kekuatan untuk pergi dari situ. Dia berpaling. Seluruh
tubuhnya menggeletar apabila melihat Luqman berdiri di hadapannya. Nafasnya
dirasakan tersekat – sekat. Tidak lancar. Pandangan mata Luqman hampir
membunuhnya.
“sayang...” panggil Amy. Luqman
mengecilkan matanya.
“Kalau Amy sayang abang, Amy tidak
akan tinggalkan abang begitu sahaja” jawab Luqman. Tiada senyuman. Amy benar –
benar buntu. Dia tidak salahkan Luqman kalau membencinya. Dia memang patut
dibenci. Tidak taat pada suami yang sepatutnya menjadi keutamaannya setiap
masa.
Amy teus memeluk Luqman. Dia sudah
tidak peduli. Dia mahu mendakap suaminya itu puas – puas. Luqman berundur ke
belakang.melonggarkan pelukan Amy.
“Maafkan abang” Luqman terus masuk
ke dalam restorannya. Meninggalkan Amy sendirian di luar. Amy terus mengejar Luqman ke dalam restoran. Jiji
dan Lela terkejut melihat Amy yang terus meluru ke dapur. Menarik tangan
Luqman. Beberapa orang pembantu yang berada di dapur it uterus keluar.
Meninggalkan mereka berdua sendirian. Amy menggenggam tangan Luqman dengan
kuat. Dia memeluk tangan Luqman.
“Lepaskan abang seperti mana Amy
tinggalkan abang dulu” kata Luqman. Bukannya dia tidak kasihankan Amy tetapi
dia lakukan semua itu untuk memberi Amy pengajaran agar tidak sewenang –
wenangnya membuat keputusan.
“Amy cintakan abang.. sayangkan
abang. Amy buat semua ini sebab papa nak putuskan pertalian darah kami” Amy
cuba menerangkannya. Luqman menggeleng kepala.
“Amy tahu abang masih cintakan
Amy!” rayu Amy. Luqman tidak mahu menentang mata Amy. dia bimbang hatinya tidak
teguh. Amy memegang muka Luqman.
“Sayang... maafkan Amy” pinta Amy
berkali – kali. Luqman tunduk. Dia hampir tewas dengan rayuan Amy. tidak sampai
hati dia lihat Amy merayu begitu. Amy menegsat air matanya yang sentiasa
mengalir.
“Amy faham abang bencikan Amy. Ini
memang balasan Amy.. tapi kita masih suami isteri, sayang!.abang sanggup
lepaskan Amy?.... Amy merayu, jangan abang lepaskan Amy. Amy mahu jadi isteri
abang hingga akhir hayat Amy” Amy memeluk tubuh Luqman yang masih berdiri kaku.
“Kalau mahu jadi isteri abang
seumur hidup mengapa Amy tinggalkan abang begitu saja. Macam batang kayu.. tak
punya perasaan?” soal Luqman. Amy menarik nafas dalam – dalam. Dia berundur.
Baginya hati Luqman sudah keras... tidak mampu dilembutkan lagi. Amy memjam
matanya sebentar.
“Amy cintakan abang..
Amy terus melangkah keluar dari
restoran Luqman. Menghidupkan enjin kereta dan terus berlalu. Hatinya sudah
hancur. Parah dan tidak mampu diselamatkan lagi. Dia pulang dengan membawa
hatinya yang hampa dan jiwa yang sangat tertekan.
Lela dan Jiji menarik Luqman duduk di ruang
vip. Luqman meraup wajahnya. Dia tahu Amy sangat terluka. Dia juga begitu. Dia
haris tekad. Mak BIah yang menyuruhnya buat begitu. Kata Mak Biah, biar Amy
merayu dan rasa kepedihan dari tindakan Luqman. Biar dia tahu bagaimana sakit
dan pedihnya apabila ditinggalkan. Amy mengambil keputusan yang salah. Senang
dipermainkan dato Kamal. Amy sememangnya tidak bijak mengawal masalah.
Melarikan diri bukanlah tindakan yang bijak. Akibatnya, Luqman yang langsung
tidak bersalah menjadi mangsa selain dari dirinya sendiri.
“Kena ke buat begitu?. Bukan ke kau
rindukan dia sangat. Kasihan aku tengok Amy merayu dan menangis begitu” ujar
Lela.
“Kau ingat hati aku tak pedih lihat
dia menangis. Setitis sahaja air mata dia mengalir hati aku bagai dihiris
pisau, kau tahu tak?. Aku buat semua ini untuk kebahagiaan kami juga. Dia perlu
rasa sesuatu akibat dari keputusannya” kata Luqman.
Jiji mengangguk. Dia faham akan
maksud Luqman.
“Cuma kalau boleh jangan lama –
lama sangat. Takut dia putus harapan pula” kata Jiji. Luqman tersenyum kelat.
Dia bangun dan terus keluar entah ke mana. Jiji dan Lela berpandangan sesame
sendiri.
“Cinta menakutkan!” kata Lela.
“Bercinta dengan kau yang
menakutkan!” cebik Jiji. Lela menjeling. Germa benar mendengar kata – kata Jiji
tadi. Lela mengeluh. Harapannya agar hubungan Luqman dan Amy aka pulih seperti
dulu.
*******************
Sudah dua hari Amy tidak keluar
rumah. Duduk terperap dalam bilik. Mengais tak henti – henti. Ana juga sudah
buntu. Dia memandang Mak Biah dan Amy silih beganti. Dia sebenarnya tidak
mengerti mengapa Luqman bertindak sedemukian rupa. Agak kejam pada pandangan
remaja berusia 18 tahun itu. Ana bingkas bangun dan terus pulang dengan mulut
yang tidak henti – henti membebel. Marahkan Luqman yang membuatkan Amy menangis
tak henti – henti.
Kereta mewah dato Kamal berhenti di
hadapan rumah Amy. dia keluar dengan hati yang berdebar – debar. Dia berharap
Amy sudi menerima kaehadirannya. Mak biah keluar dari rumah. Mengukir senyuman
manis buat ayah kepada anak angkat yang disayanginya.
“Dato semakin pulih ya?” tegur Mak
Biah. dato kamal senyum.
“Alhmdulillah.. Amy ada di dalam?”
soal dato Kamal. Fikri memimpin papanya masuk ke dalam rumah. Dato kamal
memerhati sekeliling. Setelah dipanggil Mak Biah, Amy keluar mendapatkan Dato
Kamal. Matanya membengkak. Dato Kamal memegang pipi Amy.
“kenapa Amy menangis?” soal Dato
Kamal walaupun dia tahu apa sebabnya dan siapa penyebabnya.
“Luqman tidak mahukan Amy lagi. Dia
sudah bencikan Amy” air mata Amy mengalir lagi. Dato Kamal terdiam. Melepaskan
tangannya yang melekat di pipi Amy sebentar taadi. Ikri memandang wajah Dato
kamal yang kelihatan agak murung.
“Amy tak mampu hidup bahagia
sendiri?” soal Dato kamal. Mak Biah membawa sedulang hidangan untuk dato Kamal
dan Fikri.
Amy menggeleng. Tiada apa yang
boleh diterangkannya lagi.
“Balik. Tinggal di Kuala Lumpur.
Tinggal di rumah Amy lama” pinta Dato Kamal. Amy mendongak. Memandang wajah tua
Dato Kamal.
“Papa sudah tua. Entah esok atau
lusa papa akan pergi buat selama – lamanya. Kalau Amy tidak ada hampir dengan
papa, hidup papa rasa kosong. Minggu depan hari lahir Amy yang 25 tahun. Papa
nak buat majlis yang besar untuk anak papa ni di hotel kita” senyum Dato Kamal.
“papa masih ingat hari lahir Amy?”
sedikit terharu. Dato Kamal menjawab soalan Amy itu dengan anggukan perlahan.
“jangan asingkan diri Amy begini.
Amy masih boleh teruskan perniagaan homestay Amy di sini. Biah, kamu pulanglah
dengan Amy ke Kuala Lumpur. Maafkan aku kerana menghalau kamu dulu. Terima
kasih kerana menjaga anak aku dengan baik” ucap Dato Kamal. Sesekali dia batuk. Fikri masih membisu.
“Saya Cuma mampu menjaga luarannya
sahaja tetapi sakit di hatinya tidak mampu untuk saya rawat, dato” jawab mak
Biah dengan ringkas. Dato Kamal melepaskan pandangannya jauh ke luar.
“Baliklah dik. Abang rindukan aduk
abang yang dulu” Fikri mula bersuara. Amy memandang wajah Fikri dengan sayu.
Dia juga rindukan wajah tampan darah dagingnya itu. Amy mengangguk lemah. Mak
Biah bersyukur. Hubungan Amy dan Dato Kamal semakin pulih. Selepas menikmati
makan tengahari, Fikri dan Dato Kamal pulang ke Kuala Lmpur. Mak Biah duduk
menghadap Amy. menasihatinya agar bersetuju dengan cadangan Dato Kamal. Amy
mengangguk lemah.
ehhh what had happen...Amy so week...alahai jgn lah jiwanya mati...kerana jiwa yang mati umpama jasad x bernyawa....wani please sambung lagi...
ReplyDelete