***MINTA MAAF SEKALI LAGI YA....
Suasana hotel lima bintang milik
Dato Kamal agak sibuk kerana dalam proses menyiapkan dewan dan hidangan sempena
hari lahir Amy yang ke 25.ikri menguruskannya seperti yang di pinta oleh dato
Kamal.
“Fikri dah cari chef terbaik di
Malaysia ni?’ soal Dato Kamal. Turut sama meninjau persiapan pekerja –
pekerjanya.
“Ya....chef terbaik papa!” senyum
Luqman. Dato Kamal mengangguk.
“Papa nak jumpa dia ke?” soal Fikri
pula. Dato Kamal menggeleng. Dia mahu pulang ke pejabat sebentar. Qaseh juga
turut membantu Fikri di dewan.
Fikri ke dapur hotel. Dia menepuk
bahu Luqman yang begitu sibuk menyediakan kek untuk isterinya sendiri.
“Nasib baik papa aku tak masuk
dapur tadi” sengih Fikri. Luqman ketawa.
“Kalau kau tak gatal mulut, tak
adalah dia masuk” jeling Luqman. Berguaru.
Fikri mengangguk setuju.
Fikri keluar dari dapur. Mahu
memantau perkara lain pula. Hiasan dewan juga perlu diberi keutamaan. Fikri
perlu menyiapkannya sebelum jam 9 malam ini. Dia mahu semuanya sempurna untuk
adiknya itu.
Amy menunggu di rumah bersama –
sama Mak Biah.d dia yang sudah pun berpindah semula di rumah sejak tiga hari
lepas hanya duduk tanpa membuat apa – apa kerja. Hatinya tidak enak. Berdebar –
debar. Sebentar lagi abangnya akan
menjemput mereka berdua.
Fikri tiba dengan suit hitam yang
sangat kemas. Nampak segak. Amy senyum mengulum.
“Macam nak kahwin saja” Amy menapar
lembut pipi Fikri.
“Hai.. kahwin pakai baju melayu
lah!” sengih Fikri. Amy ketawa dan masuk ke dalam kereta bersama – sama Mak
Biah.
“Tak jemput ibu Luqman?” soal Amy.
terbeliak mata ikri mendengar pertanyaan adiknya.
“Nak mampus?. Nanti Puan Kalsom
baling kek ke muka papa, papa pula curah air ke kepala Puan Kalsom” jawab
Fikri. Mak Biah dan Amy ketawa. Amy tiba di lobi hotel. Memang sangat sempurna
dekorasinya. Amy masuk ke dalam dewan. Dalina, Gibran, Nora dan Encik Johan
juga ada di situ. Amy terus memeluk Dalina. Rindu benar pada Dalina yang sudah
lama dia tidak ketemu.
“Amy... lina rindu betul!” jerit
Dalina. Gibran menggeleng kepala. Pening dengan sikap mereka berdua yang masih
keanak – anakan.
“Amy juga!. Uncle Johan... terima
kasih untuk segalanya” air mata Amy bergenang. Encik Johan menyentuh pipi Amy.
“Jangan menangis sayang. Hari lahir
untuk diraikan... bukan untuk ditangisi. Uncle mahu lihat tawa Amy bukannya air
mata Amy” ujar Encik Johan. Amy mengangguk faham.
“Besar betul kek kau tu” tunjuk
Nora. Peduli apa kek itu sebesar mana... yang dia mahu hanyalah Luqman!.
Semua tetamu sudah hadir. Pengacara
majlis membuat meminta Amy pergi ke tempat dimana keknya yang besar itu
ditempatkan. Fikri, Lina dan Nora mengiri Amy. sampai sahaja di di hadapan kek
3 tingkat yang besar itu, hatinya berdegup kencang. Kek coklat yang dikelilingi
buah strawberry itu direnung. Amy mencalit sedikit krim di bawah kek itu. Rasa
mentega kacang. Amy memejam matanya. Menyentuh dadanya yang sudah pun berombak.
Dia terus meluru ke dapur hotel. Semua yang berada di situ berpandangan sesama
sendiri. Fikri dan Lina mengejar Amy.
Amy masuk ke dalam dapur. Semua
chef dan pembantu dapur memandang Amy yang tiba – tiba masuk ke tempat mereka
bekerja.
“Mana chef Luqman?” soalnya. Mereka semua diam membisu.
Luqman cepat – cepat menyorok di sebalik dinding. Tersorok dari pandangan mata
Amy.
“Mana chef Luqman?!!!” jerit Amy.
dia seperti sudah hilang pertimbangan. Fikri memegang bahu Amy. cuba
menenangkannya. Amy menepis dengan geram.
“Cakap abang.... mana suami Amy?”
soalnya. Air matanya sudah jatuh membasahi pipinya.
Amy memang sudah tidak dapat
mengawal emosinya. Diambilnya pinggan kaca di tepinya. Dibaling dengan kuat ke
dinding. Semua yang berada di situ sangat terkejut. Beberapa orang pembantu sudah
pun keluar dari dapur. Yang tinggal hanya Fikri, Lina dan Luqman yang masih
bersembunyi.
Amy membaling pula beberapa biji
gelas. Luqman memang terkejut. Kali ini dia benar – benar yakin Amy sangat
tertekan. Jiwanya terlalu sakit!.
Amy terjelepok di lantai. Tunduk
sambil menangis teresak – esak. Luqman keluar perlahan – lahan dan merapatinya
dari belakang. Tangan kirinya memeluk dada Amy. Amy terkejut. Cepat – cepat dia
menoleh. Air matanya makin laju apabila memandang suaminya di hadapan mata. Amy
memegang kedua – dua belah pipi Luqman.
“Abang .... abang sayangkan Amy
lagi?” soal Amy. Luqman mengangguk. Jarinya mengesat air mata yang jatuh ke
pipi Amy.
“Amy salah.. Amy minta maaf. Amy
sangat cintakan abang. Kalau abang tahu, Amy tak pernah sekakli pun melupakan
abang. Jangan tinggalkan Amy..Amy.....” Amy sebak. Tidak dapat meneruskan
bicar. Luqman terus menarik Amy ke dakapannya. Bibir Amy terkunci. Didakap
Luqman membuatkan hatinya tenang. Jiwanya tenteram.
“Abang cintakan sayang.... dunia
dan akhirat!” bisik Luqman. Amy menangis tetapi kali ini tagisannya tangisan
gembira.
Fikri memandang Lina dan tersenyum
puas. Dato Kamal yang baru sampai terdiam melihat anak dan menantunya
berpelukan. Dato Kamal terus ke dewan semula. Melayan tetamu seperti tiada apa
yang berlaku. Dia memberi pelbagai alasan kepada para tetamu.
Dia tidak tahu mengapa dia tidak
rasa mahu marah atau pun naik angin. Melihatkan Amy seperti sangat bahagia di
dalam dakapan Luqman membuatkan langkahnya terhenti di situ. Membiarkan anaknya
melepaskan rindu yang terlalu lama dipendam akibat dari kedegilannya sendiri.
Encik johan menepuk lembut bahu
Dato Kamal. Dia mengahsiahkan senyuman buat sahabat lamanya itu.
“Biarkanlah mereka bahagia, Luqman.
Percayalah, kau tidak akan kehilangan Amy malahan dia akan lebih menyayangi dan
menghargai kau. Kau akan lebih bahagia apabila menatap wajah cucu kau yang
bakal lahir suatu hari nanti. Waktu itu Amy akan ceritakan pada anak – anaknya
betapa kau menyayangi dia” senyum Encik Johan. Dato kamal terdiam. Kali ini dia
tidak rasa mahu menengking Encik johan tetapi dia tersenyum setelah beberapa
saat mendiamkan diri.
Fikri menghampiri Luqman dan Amy
setelah mendapat arahan dari dato Kamal.
“Papa suruh kau tukar baju.
Kemudian iringi Amy ke dewan” arah Fikri. Luqman agak tidak faham dengan arahan
Fikri.
“Papa ingin kenalkan kau dengan
semua tetamu. Kek belum potong. Aku pun nak rasa gak kek mentega kacang kau tu”
senyum Luqman. Amy menggenggam jari jemari Luqman.
“Mari sayang..” ajak Amy.
“Habis tu kaca yang pecah merata –
rata ni siapa nak kutip?” soal Luqman. Amy terus tersenyum. Dia memandang
pembantu dapur yang menggaru – garu kepala. Banyak kerja yang perlua dia
lakukan.
“Kita bersihkan dulu. Kasihan
mereka semua” sengih Amy.
“tahu taka pa!. Tadi mengamuk macam
gorilla hilang anak” usik Luqman. Amy menjuihkan bibirnya.
“Minta maaf ya semua. Saya akan
bersihkan dengan chef Luqman” trerang Amy. mereka ketawa.
“Dengan chef Luqman ya?.... che
Luqman tak buat semua ni. Biar isteri chef Luqman yang buat” usik Luqman lagi
sekali. Amy ketawa. Dicubitnya pipi Luqman.
Setelah menukar baju, Luqman dan
Amy masuk ke dalam dewan. Pengacara
majlis memperkenalkan Luqman sebagai suami Amy. agak riuh dewan ketika itu.
Mereka semua tidak tahu anak bongsu Dato kamal sudah pun menjadi suri kepada
Luqman. Wajah Luqman nampak tenang. Amy memandang papanya yang hanya tersenyum.
Membalas pandangannya. Amy menggerakkan bibirnya
“terima kasih papa” gerakan bibir
Amy itu membuatkan hati Dato kamal merasa sesuatu yang tidak pernah dirasakan
sebelum ini. Begitu indah dan sayu hingga tidak dapat digambarkan dengan kata –
kata.
Dato Kamal terus mengambil
microphone dari tangan pengerusi majlis.
“Luqman adalah suami kepada Amy
hanissa.. anak saya. Tidak perlulah dipersoalkan bila dan di mana mereka
berduna bernikah. Yang lepas biarkan berlalu. Yang penting mereka melakukan
perkara yang sah.. tidak dilaang oleh hokum agama. Di hadapan semua hadirin ...
saya akan menjemput anda semua di waktu terdekat ini untuk menghadiri majlis
persandingan kedua – dua anak saya. Doakan mereka gembira. Silalah menjamu
selera.” Ucap dato kamal. Dia turun dan menghampiri Luqman.
“terima kasih mengajar papa apa
erti kasih sayang yang sebenar. Papa sedar kesilapan papa pada Amy dan Luqman.
Darah yang mengalir dalam tubuh papa ini terdapat juga darah luqman, orang yang
pernah papa hina. Maafkan papa sekali lagi. Terimalah Amy kembali dan kita
hidup dengan bahagia sebagai sebuah keluarga” Dato kamal menggenggam erat
tangan Luqman.
“Maafkan Luqman juga, papa kerana
ada ketika Luqman bersikap agak tidak wajar dengan papa sebsagai bapa mertua
Luqman” kata Luqman. Mereka berdua berpelukan. Semua yang adadi situ bertepuk
tangan. Sebahagian darioada mereka yang tahu cerita mengenai Dato kamal dan
Luqman berasa lega.... semuanya sudah berakhir. Amy terus memeluk papanya.
Diciumnya pipi dato kamal.
“Papa adalah papa terbaik di dunia
ni’ senyum Amy.
Mata Dato kamal berkaca. Benar kata
Encik Johan, Amy lebih menyayanginya dan rasanya sungguh indah dan manis. Dato
kamal menarik nafas lega.
Qaseh menghampiri Fikri. Dicuitnya
lengan Fikri dengan wajah yang manja.
“Akhirnya...” kata Qaseh. Ikri
mengerutkan keningnya.
“Apa yang akhirnya?” soal Fikri.
Berpura – pura tidak mengerti apa – apa.
“kita akan disatukan juga” senyum
Qaeh.
“Hmm... gatallah tu!” cebik Fikri.
Qaseh ketawa. Begitu juga dengan Fikri.
“majlis harijadi paling bermakna
dalam hidup kami sekeluarga!” balas Amy dan terus memeluk Luqman yang sedikit
sebanyak cukup terkejut dengan kejadian pada malam itu. Namun begitu, dia cukup
bersyukur kerana dapat mendakap Amy ke dalam pelukannya semula. J
wah...bestnya...tenQ writer..=)
ReplyDeletesama - sama Rohana Januddin...
Deleteterima kasih juga untuk awak kerana
sudi baca TKB ni...
juga kerana sudi komen :))
cayang awak :))
wani ni dah ending ker???? sweetnya happy ending akhirnya....sob..sob..sob..suka awak lah...ehehehehe
ReplyDeletekalam cinta...
Deletesaya lagi suka kat awak!!!
banyak sampai penuh hati saya ni :))
cayang awak :))
best sangat! mcm2 perisa ada, kak.. akhirnya bahagia juga mereka berdua.
ReplyDeletewah.. tq Izzatul dalam masa sehari leh habis.. bagus lah! cayang Izzatul ler :)
Deletesalam... walaupun cerita nie dah lama...godek2 archive nie smlm dan terus marathon...cerita nya best ... suka sgt2...fuh lega, ketemu juga endingnya... thanks
ReplyDeletehahahahaa...
Deletepandai awak ye sj kihkih..
saya pun x terfikir nak letak kat layout TKB nih.
terima kasih banyak2 SJ.... muah!!! :) <3
best sangat...marah, sedih, suka...semua ada...puas hati...tagi geram ngan akak sebab wat amy(saya punya nickname) nangis sama ngan amy dan luqman tu...dah habis ek...pehal pun suka sangat coz happ ending...
ReplyDeleteYeayyy...hepy ending..seyes suka gila ngn cita ni...marathon nk bc smpai abis..sehari..hihi..wlaupn dh lma kn.. Ada novel kn, xsempt nk bc versi cetak lg.le kn.. Byk tu dugaan diorg,smpai rsa kt dlm hti ima ni..mcm nk nangis..setia wlau apa pn yg jd.. Tenkiu penulis,luv u..hihi
ReplyDelete