Sunday, 18 November 2012

DIA WANITA EDISI TERHAD - bab 2


 BAB 2

Dua orang jururawat menghadiahkan senyuman buat Iqram. Jururawat bernama Mila dan Zati itu sudah lama bekerja di klinik desa itu. Iqram menggantikan Doktor Zarina yang telah ditukar ke Sabah. Ternyata mereka berdua amat menyenangi Iqram yang tidak sombong dan meninggi diri itu.  Klinik agak lengang. Mungkin tidak ramai yang mengalami masalah kesihatan. Yang ada pun temujanji warga emas yang kebanyakkannya mempunyai masalah kencing manis dan darah tinggi. Pintu diketuk.

“Doktor, ini pakcik Yasin datang. Dia tiada appointment hari ni tapi dia demam agak kuat” beritahu Mila. Iqram membenarkan pesakit itu masuk. Jururawat Zati menolak kerusi roda warga emas yang kurus itu dekat dengan Iqram.

“Pakcik demam dah lama ke ni?” soal Iqram dengan lembut.

“Baru semalam. Ini ada kurang sikit. Anak pakcik jelum dengan daun bunga raya” sengih Pakcik Yasin. Menampakkan giginya yang masih elok.

“Mana anak pakcik?” soal Iqram sambil memeriksa tekanan darah Pakcik Yasin.

“Kejap lagi dia masuk. Dia ke tandas sebentar”

Pintu diketuk. Iqram menyuruhnya masuk. Pintu di kuak perlahan. Iqram terpana. Begitu juga dengan Jasmin. Terlepas botol air mineral di tangannya. Cepat – cepat dia menghampiri Iqram.

“Eiii.. tebu, awak buat apa di sini?. Nanti nurse Mila tu tahu nahas awak!. Dia tu garang macam kerbau bunting tau!. Baik awak bangun dan tunggu di luar. Suka – suka hati awak saja nak bergurau jadi doktor. Ayah saya ni demam tau!.” Terkumat – kamit bibir Jasmin membebel. Pakcik Yasin tersenyum sambil menggeleng kepala. Jasmin selalu salah sangka. Serbu tanpa bertanya. Iqram hanya membulatkan matanya. Kadang – kadang dia tersengih. Geli hati!.

“Orang nak elak dia dari kena marah, sengih pula!. Nanti kerbau bunting tu da...”

“Ada apa ni?. Kecoh sangat?” soal Jururawat Mila dengan kening yang berkerut. Jururawat yang sudah pun berusia awal 40 tahun itu inginkan kepastian.

“Kerbau bunting garang ke Kak Mila?” soal Iqram. Cepat – cepat Jasmin menekup mulut Iqram. Sesak nafas dibuatnya. Iqram cuba melepaskan tangan Jasmin yang masih dimulutnya.

“Nurse jangan marah dia duduk di situ. Dia bergurau. Dia orang baru di sini. Jom keluar!. Ayah saya nak periksa ni” Jasmin menggamit – gamit Iqram.

“Kalau dia keluar, siapa nak periksa bapa kau ni Min?” soal Jururawat Mila. Jasmin agak keliru.

“Dialah doktor baru tu!” jururawat Mila menggeleng kepala.

“Nurse cakap muka dia macam bangla..” rungut Jasmin. Jururawat Mila ketawa besar. Begitu juga dengan Iqram dan Pakcik Yasin. Jasmin termalu sendiri.

“Tak mengapa, awak tunggu di luar. Kalau awak di dalam ni, saya tak boleh nak periksa Pakcik Yasin” arah Iqram. Jasmin keluar. Malunya tidak terkata. Kalaulah boleh balik sekarang, mahu sahaja dia pecut tanpa menoleh ke belakang. Hampir 15 minit, ayahnya keluar. Jasmin membawa Pakcik Yasin pulang setelah mengambil ubat. Dia perlu mengutip cili yang sudah masak di kebunnya yang tidak sebesar mana.

                              *************************

Iqram mahu ke rumah Maksu Zila. Semalam bengkak telinganya mendengar leteran dari maksu Zila di talian telefon. Bukannya dia tidak mahu menjenguk adik bongsu mamanya itu tetapi badannya terasa penat sekali. Kali ini dia pergi sendiri. Habis sahaja bertugas, Iqram membelok keretanya ke lorong menuju rumah Maksu Zila. Tersengih – sengih Maksu Zila apabila terpandangkan kereta hitam milik Iqram yang menjalar di hadapan rumahnya. dia berlari – lari anak dan terus memeluk Iqram.

“Macam filem hidustan pula” usik Iqram. Maksu Zila mencubit lengannya.

“Dah.. mari masuk. Maksu ada buat teh dekat kamu” pelawa Maksu Zila. Iqram duduk bersila sambil menunggu Maksunya itu membawa sedulang hidangan petang buatnya.

“Ini saja yang ada Iq. Bila – bila datanglah makan tengahari di sini” senyum maksu Zila. Iqram membalas senyuman itu dengan memandang biskut kering dan air teh yang cair warnanya.

“Mama kamu kata nak cari jodoh di sini” satu soalan penghentam jantung!.

“Mana ada!. Mama saja bergurau tu” dalih Iqram. Mama dan Ayahnya sama sahaja.  Tak habis – habis mahu melihat dia mendirikan rumahtangga. Bukannya dia sudah tua . malah usianya itu belum pun masuk angka 30.

“Anak saudara Paksu kau ada yang cantik. Zuraida namanya. Mengajar di sekolah rendah hujung sana tu. Cantik orangnya tau. Putih, tinggi, sopan, bekerjaya pula tu” pancing Maksu Zila. Dia tidak pasti tapi dia dapat mengagak cikgu Zue yang diperkenalkan oleh Zahid itulah wanita yang diceritakan oleh Maksu Zila sebentar tadi. Tidak sampai setengah jam pun Iqram dah rasa rimas mendengar leteran dan umpatan Maksu Zilanya. Iqram minta diri untuk pulang.

Dia memasang pendingin hawa di dalam keretanya. Dibukanya radio. Harapannya agar tekanan yang di alaminya tadi dapat keluar dengan cepat dari otaknya. Di pertengahan jalan Iqram berselisih dengan kereta Cikgu Zue. Senyuman Cikgu Zue tadi membuatkan Iqram memperlahankan keretanya. Cermin automatic terbuka. Kereta mereka bersebelahan.

“Doktor dari mana?” soal Cikgu Zue lembut.

“Dari rumah maksu Zila saya” jawab Iqram. Senang dengan sikap sopan dan lemah lembut Cikgu Zue. Sedap mata memandang dan sedap telinga mendengar suara yang lembut begitu.

“Oo... dia juga Makngah saya” senyum Cikgu Zue. Dia menyentuh rambut lurusnya yang panjang melepasi bahu.

“Hmm.. saya balik dulu ya” permisi Iqram. Cikgu Zue juga beredar. Tidak sampai sepuluh minit, dia bertembung pula dengan Jasmin yang sedang menjinjing dua bungkusan plastik yang kelihatan agak berat hinggakan dia berjalan ke kiri ke kanan. Terkedek – kedek. Iqram ketawa kecil. Dia berhenti di hadapan Jasmin. Iqram keluar dari kereta.

“Bawa benda apa tu?... macam berat saja?” senyum Iqram.

“Bawa dosa...” sengih Jasmin. Iqram terdiam. Jasmin yang menyedari Iqram agak tersinggung itu cepat – cepat memperbaiki keadaan.

“Ini cili masak tebu,... eh doktor!. Ini nak hantar kedai Abang Abu dan yang bekas tak besar mana ni nak hantar rumah Maklong Jihan” senyum Jasmin.

“Kenapa nak hantar ke rumah maklong saya?.. nak ambil hati dia, ngurat saya?” teka Iqram. Berkerut bibir dan hidung Jasmin mendegarnya.

“Tak kuasa saya nak ngurat doktor. Bawa motor pun tak lepas!.”

“Ni lagi satu... kenapa awak panggil dia maklong?. Dia maklong saya tau, bukannya maklong awak” telagah Iqram.

“Ishhh doktor ni. Memang semua orang dalam kampung ni panggil maklong Jihanlah!.. peliklah doktor ni!... mesti university doktor ni tersalah bagi sijil. Entah – entah kantoi” cebik Jasmin. Iqram terdiam. Dia juga yang memulakannya dulu.

“Mari saya hantar awak balik. Dah rupa kura – kura dah. Itik pun tak terkedek – kedek macam tu!” pelawa Iqram.

“Ha... awak nak mengurat saya ya!” kata Jasmin. Nada mengusik.

“Jangan perasanlah!” marah Iqram.

“Tau pun marah. Tadi cakap orang tak apa!”. Iqram menyambut bungkusan cili yang berat dari tangan Jasmin. Memang berat!... macam manalah perempuan ni boleh bawa?.. bisik Iqram sendiri.

Jasmin duduk di sebelah Iqram. Sengaja Iqram mendekatkan hidungnya ke Jasmin.

“Hmmm.... berkebun pun pakai perfume?” soal Iqram.

“Ingat doktor je nak wangi?” soal Jasmin. Iqram ketawa.

Pakcik Yasin yang duduk di hadapan pintu tersenyum lebar memandang Iqram dan Jasmin yang menghampirinya. Iqram menghulurkan salam.

“Pakcik tunggu siapa?” soal Iqram. Sengaja mencari topik perbualan.

“Tunggu anak sulung pakcik ni ha. Kuat sangat bekerja. Pakcik risau dia tak balik makan tadi” terang Pakcik Yasin. Iqram memandang Jasmin yang sedang sibuk membancuh air untuknya. Dia membawa secawan air kopi untuk Iqram.

“Minumlah kalau nak pengsan du tiga jam” senyum Jasmin. Iqram ketawa. Setelah berbualagak lama dengan Pakcik Yasin, Iqram pulang ke rumah. Dia masih terbayangkan senyuman Cikgu Zue yang sangat manis. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Maklong Jihannya sedang mengajar Zahid mengaji. Tidak mahu menyusahkan maklong Jihannya, Iqram terus ke dapur untuk makan. Dia tidak mahu dilayan seperti tetamu. Tidak perlu dihidang kerana itu akan membuatkannya berasa janggal.

No comments:

Post a Comment