BAB 10
Zamri dan jasmin pulang ke rumah. Muka Zamri masam
mencuka apabila melihat kereta Dato Hashim sudah ada diperkarangan rumah.
“Hai.. si Jelly tu tak pergi kenduri ke?” soal
Zamri. Jasmin mengangkat bahu. Dia masuk dan terus bersalam dengan semua orang
walaupun hanya dipandang sebelah mata oleh keluarga Dato Hashim melainkan
Izreen yang sentiasa memberikan senyuman ikhlas buat Jasmin. Cikgu Zuee tidak
mahu memandang Jasmin. Zamri mendapatkan Iqram dan Kak Kasma di dapur. Begitu
juga dengan Jasmin.
“Pagi – pagi lagi dah datang” rungut Kak Kasma.
Iqram hanya memandang Jasmin yang duduk di sebelahnya. Dia hanya menunggu waktu
makan tengahari.
“Kasma, hidangkanlah!!” jerit Maksu Zila dari ruang
tamu.
“Kau tengok tu, mama kau tak apa – apa, dia yang
lebih” cebik Kak Kasma.
“Jelly masak ye KK?” soal Zamri selepas Iqram
beredar ke meja makan. Kak Kasma mengangguk.
“Suruh dialah yang hiding” hasut Zamri.
“Boleh ke?” soal Kak Kasma lagi. Zamri cepat – cepat
mengangguk.
“Kaulah... nanti Tan Sri marah pula pada kakak” kata Kak Kasma. Zamri lekas – lekas ke ruang
tamu.
“Cikgu Zue sakit kaki ya?. Jay dan KK tu penat nak
hidang makanan. Si Iris ni jangan ikut!. Keluarga Paklong saya ni, anak dia yang
sulung ni ada penyakit gout sebab tu tak boleh bangun” perli Zamri sambil
memandang Ireen yang melintasinya sambil tersenyum lucu.
“Sedap betul mulut kau, Zam” marah Iris.
“Rasalah... semalam rasa strawberry, hari ni mesti
rasa kacang hangus macam sambal kacang yang maklong masak hari raya tahun
lepas.... sambal kacang hangus” sengih Zamri. Dia cepat – cepat pergi ke dapur.
Iqram menahan senyum. suka juga dia apabila Zamri yang tak makan saman itu
mengenakan keluarga Paklongnya.
“Aku dah penat masak pun nak kena hidang?” jeling
Cikgu Zue.
“Ada akak kisah?” jawab Kak Kasma. Kali ini Izreen
ketawa berdekah – dekah. Dia memang suka dengan Kak Kasma yang sentiasa
menganggap dirinya tuan rumah.
Selepas menghidang semuanya, mereka semua duduk di
meja makan. Muka Iqram berubah. Dia mula bersuara.
“Min....bukan Min yang masak ya?” Iqram memandang
Jasmin yang duduk agak jauh darinya. Jasmin tunduk.
“Min kalau masak ayamnya mesti diperap dengan kicap
tapi ayam ni macam direbus sahaja. Putih tak hitam” kata Iqram. Dia kemudiannya
merasa sambal nasi ayam.
“Kenapa Min bubuh cuka?. Kan Min tahu iq tak makan
cuka?. Supnya pun kurang sedap. Cair dan tak sedap seperti selalu Min buat”
soal Iqram. Semua di situ hanya membisu. Muka Cikgu Zue sudah berubah sama sekali.
“Memanglah tak rasa nasi ayam Jay kalau Cikgu Zue
yang masak. Tak apalah bang long, makan aje la, nak bagi ayam nanti meraung
pula ayam – ayam tu kena makan daging saudara sendiri” Zamri menyampuk. Mereka
semua menyuap nasi ayam hasil air tangan Zue terkulat – kulat. Iqram terus
bangun. Meninggalkan meja makan dan terus naik ke atas. Masuk ke dalam
biliknya. Jasmin tidak makan. Mula rasa bersalah. Dato Hashim dan isterinya
juga tidak mampu menghabiskan sepinggan nasi. Cikgu Zue juga masuk ke dalam bilik
dan menangis kerana merasakan Iqram merendah – rendahkannya dihadapan orang
lain. Puas maksu Zila memujuk Cikgu Zue tetapi tangisannya makin kuat.
Jasmin membantu
kak Kasma mencuci pinggan.
Wajahnya muram. Kak Kasma yang mengerti semuanya terus membisikkan sesuatu ke
telinga Jasmin.
“Pandai kan Iq berlakon. Dia tahu semuanya. Puan Sri
ceritakan pada Iq apa yang terjadi di dapur. Yang jadi tuan pengarahnya akak
la..... lepas ni David teo mesti ambil akak jadi tuan director!!” Kak Kasma
menepuk dadanya dengan bangga.
“Iq pun tengah angin. Cikgu Zue tipu dia. Mana ada
kawan dia yang kahwin hari ni. Dia buat – buat tertinggal kad, tak tahu nombor
lah. Zila meroyan tu pun tadi tergagap – gagap bila Iq tanya pada dia” sambung
Kak Kasma.
“Lepas ni pergi mandi siap cantik – cantik. Iq nak
bawa kita ke Aquaria. Tengok jerung” sengih kak Kasma. Jasmin menelan air liur.
Dia sentiasa terikir yang Aquaria itu akan pecah dan menenggelamkan dirinya
jika masuk ke situ. Mahu atau tidak, dia terpaksa ikut sahaja.
***************************
Cikgu Zue dan Maksu Zila sudah pun duduk di dalam
kereta menunggu Iqram yang masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil
dompetnya yang tertinggal di atas meja. Kak Kasma memakai kaca mata hitam milik
Puan Sri Zaleha dan terus duduk di sebelah Cikgu Zue. Jasmin pula seperti biasa
duduk di tempat duduk hadapan bersebelahan dengan Iqram. Sepanjang perjalanan
mereka banyak membisu dari berbual. Iqram sering memandang wajah Jasmin yang
cantik dirias oleh ibunya. Malah pakaian yang dihadiahkan ibunya untuk Jasmin
itu memang padan dengan tubuh Jasmin yang ramping dan tidak terlalu kurus itu.
Kak Kasma masuk dengan gembira. Ditariknya tangan
Jasmin yang seram sejuk. Jasmin mengeraskan kakinya apabila masuk ke dalam
Aquaria itu. Air dan ikan disekelilingnya itu membuatkan dia berfikir bukan –
bukan. Muka Jasmin sedikit pucat. Iqram menghampirinya.
“Jom.. kenapa?” soal Iqram.
“Awak masuk sajalah. Saya tunggu di luar” Jasmin
berpatah balik. Iqram mengejarnya dan tangan Jasmin digenggam kemas. Jasmin
memandang tangannya.
“Saya jaga awak” Iqram merapatkan dirinya dengan
Jasmin dan tangannya masih erat memimpin tangan Jasmin. Cikgu Zue geram. Dengan
segera dia menghampiri Iqram.
“Saya juga takut. Boleh pegang saya juga” pinta
Cikgu Zue. Iqram senyum.
“Tak payah.. akak boleh pegang tangan kau. Mari
sini!” Kak Kasma terus menarik tangan Cikgu Zue ke hadapan. Malahan jauh
daripada Jasmin dan Iqram. Cikgu Zue menjadi makin geram. Direntap tangannya
sendiri dari disentuh Kak Kasma. Dia menoleh. Memandang Iqram yang menjaga
Jasmin seperti anak kecil. Hatinya bertambah sakit apabila Jasmin memaut lengan
Iqram dengan sebelah lagi tangannya.
“Macam muka awak” kata Iqram apabila terpandangkan
ikan jerung di hadapannya. Jasmin menjeling. Dicubitnya lengan Iqram. Ketawa Iqram
apabila melihat wajah Jasmin begitu. Maksu Zila menjeling tak henti – henti. Kalau
bukan kerana ugutan Maklong Jihan, sudah lama dia kenakan Jasmin cukup – cukup.
Cikgu Zue berpatah balik mendapatkan Iqram.
“Aku nak bercakap dengan dia sebentar” cikgu Zue
terus menarik tangan Iqram pergi ke suatu sudut. Jasmin cepat – cepat mendapatkan
Kak Kasma dan dipegangnya tangan Kak Kasma dengan senyuman di bibir.
“Kenapa?’ soal Iqram.
“Awak tak adil” gerutu Cikgu Zue. Iqram mengerut
kening.
“Awak lebihkan Jasmin dalam segala hal” rungut cikgu dengan wajah
yang muram.
“Adil?. Dengan awak?. Saya rasa macam kahwin dua
saja sekarang ni” senyum Iqram. Sengaja mengundang rasa marah di hati Cikgu
Zue.
“Awak kotakan apa yang awak cakap. Bahagikan peluang
yang sama antara saya dan Jasmin.” Tambah Cikgu Zue. Iqram masih ingat
bagaimana dia mahu memberikan masa yang sama rata antara Cikgu Zue dan Jasmin tetapi
dia tidak mampu menafikan bahawa bersama dengan Jasmin membuatkan dia lebih
bahagia dan tidak tertekan.
“Maafkan saya. Kita hanya berkawan tapi jangan desak
seperti kita ada hubungan cinta, Zue. Seperti mana Jasmin begitu juga awak tapi
saya tak boleh berbohong yang Jasmin lebih mengerti saya berbanding
awak.seperti apa yang saya kata pada Jasmin, itu juga yang saya mahu beritahu
pada awak. Rasa cinta masih tiada tapi rasa sayang itu mungkin ada. Sayang sebagai
seorang sahabat” terang Iqram.
“Rasa yang sama seperti Jasmin?” soal Cikgu Zue
lagi. Semakin mendesak. Iqram menarik nafas dalam – dalam.
“Jasmin akar dan awak ibarat bunga. Awak cantik tapi
tak kuat. Jasmin tersembunyi didalam tapi kuat dan kekal. Malah lebih hebat
dari bunga secantik awak” kata Iqram sebelum meninggalkan Cikgu Zue begitu
sahaja. Hatinya sakit apabila mamanya menceritakan segalanya pagi tadi
bagaimana teruknya Jasmin menerima cacian dari Cikgu Zue. Belum pun sempat
Iqram mendapatkan Jasmin di hadapannya, tangan Iqram ditarik dengan kuat. Cikgu
Zue sudah hilang pertimbangan. Dia terus menampar pipi Iqram dengan kuat. Semua
yang ada berhampiran tergamam. Iqram terdiam. Walaupun tamparan itu tidak sekuat
mana, tapi maruahnya seolah – olah dipijak oleh Cikgu Zue dihadapan orang yang
berada di sekeliling. Maksu Zila berlari mendapatkan mereka berdua. Cikgu Zue
dibawa keluar oleh Maksu Zila. Apalagi?.... Cikgu Zue terpaksa mendengar
bebelan panjang dari maksu Zila yang tidak habis – habis mengatakan dirinya itu
‘bodoh’.
Jasmin memegang pipi Iqram. Walaupun Iqram yang di
tampar, tetapi air mata Jasmin yang mengalir. Iqram masih belum mahu bersuara. Mamanya
sendiri tidak pernah menyentuh pipinya sebegitu. Kali ini dia pasti.. wanita
bernama Zuraidah itu adalah wanita yang tidak layak masuk senarai untuk menjadi
suri hidupnya.
“Sakit?” soal Jasmin. Iqram mengangkat tangan Jasmin
yang masih memegang pipinya.
“Kita pulang. Nanti Maksu Zila dan Zue, saya suruh
Izreen tolong ambilkan” Iqram terus memimpin tangan Jasmin dan jalan beriringan
dengan Kak Kasma. Meninggalkan Maksu Zila dan Cikgu Zue disitu. Kak Kasma
menelefon Maksu Zila dari dalam kereta agar mereka berdua menunggu Izreen .
marah benar Maksu Zlia dengan tindakan Cikgu Zue.
“Salah kamu. Aku dah tolong tapi kamu yang tak tahu
nak sabar” bebel Maksu Zila dan Cikgu Zue masih menangis. Dia akhirnya pulang
bersama Izreen ke rumah Iqram dengan perasaan penuh hampa.
Waahh cepatnya ada bab 10 tapi...
ReplyDeleteApasal ada suraya pulak ni..mana satu jasmin ker suraya???
hahahahaha....
Deletesorry termasuk watak cinta sos dan kicap lak.
xper, edit jap lagi. ma kaceh kalam.
kalau kalam x tegur iza pun x perasan kikhkihkih...
dwet memang best.....
ReplyDeleteterima kasih pada anda sbb sudi baca DWET..
Deletesaya sangat menghargainya..
jemputlah baca yang lain juga ya...
yang lain kalau x best saya minta maaf
:) :)
Rasa macam baca citer cinderella dengan kakak tiri dan mak tiri hehehe...nampak aje cikgukan sepatutnya akhlak mulia, berhati lembut dan penyabar kontra dengan Cikgu Zue yang wataknya tak ubah macam perempuan penggoda macam bagus plak...best cik penulis...masalah typing error tu boleh diperbetulkan.
ReplyDeleteseri ayu..
ReplyDeletetu cikgu yang betul2 nak jadi cikgu.
dia kena paksa jadi cikgu... x lama lagi ayu akan tahu kenaapa maksu zila dan si Cikgu Zue tu perangai gitu ngan Jasmin. banyak typing error kan kan... heee.. saya akan semak dulu sebelum publish lepas ni.... terima kasih Ayu n:)